Perjudian pernah menjadi tiang ekonomi negara? Ini kisah legasi kerajaan Malaysia

Sejak kebelakangan ni, banyak isu tentang judi dan arak telah bangkit dalam negara ni. Macam isu kilang arak yang dikatakan telah diberi kelulusan untuk buka kilang mereka, sedangkan mereka bukanlah essential service. Lepas tu ada pula timbul isu pasal cabutan judi 22 kali yang dikembalikan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Hidup dalam negara yang majoritinya beragama Islam, hal-hal seperti judi dan arak ni agak taboo untuk dibincangkan. Walaupun dengan status sebagai benda yang haram di sisi Islam, tetapi ia merupakan satu sektor yang memberi pulangan yang sangat besar kepada negara! Ia juga dah lama berakar dalam negara ni, malah melibatkan kerajaan sendiri.

Sports Toto, syarikat judi yang dicipta oleh kerajaan Malaysia

Gah dengan namanya, Sports Toto! Imej dari Borneo Post

Percaya tak korang kalau kitorang bagitahu yang syarikat judi paling besar di Malaysia iaitu Sports Toto merupakan produk kerajaan Malaysia? Betul ni, kitorang tak main-main! Semuanya bermula apabila kerajaan menubuhkan Sports Toto Sdn Bhd pada tahun 1969 untuk menerajui bisnes perjudian nombor ramalan di Malaysia dan dikawal oleh Kementerian Kewangan.

Kira sebelum zaman Tun Mahathir lah benda ni dah ada. Dikatakan syarikat ini ditubuhkan oleh kerajaan sebagai usaha untuk meningkatkan dana bagi mempromosi dan membangunkan aktiviti sukan, belia dan juga kebudayaan di Malaysia. Nak dijadikan cerita, pada masa tu sektor perjudian ni boleh dikira sebagai tiang ekonomi negara.

Perbincangan awal-awal nak buat Sports Toto. Imej dari imgflip

Dikatakan orang-orang Melayu masa tu pun berpusu-pusu main nombor ramalan ni, sekarang pun ramai je rasanya. Ini ditambah lagi dengan kewujudan Kasino Genting yang pada masa tu yang sangat ramai dengan pengunjung, mungkin kebanyakan mereka yang datang Genting hanya selepas berjinak dengan Sports Toto tu.

Sampai lah pada tahun 80-an, orang muslim tempatan dilarang sama sekali untuk memasuki Kasino Genting di atas arahan kerajaan. Ia dikatakan sebagai salah satu cara untuk kerajaan cuba menjauhkan nama mereka dengan sektor perjudian yang telah di ‘halal’ kan oleh mereka sendiri.

Kawasan larangan orang Islam! Imej dari SOSCILI

Kalau difikirkan balik, sebenarnya judi ni boleh dikira sebagai salah satu budaya Malaysia. Mesti korang pernah terdengar atau terbaca pasal lumba kuda zaman dulu kat Malaysia ni kan, tu semua judi lah tu. Even tapak berdirinya KLCC sekarang ni sebenarnya bekas tempat lumba kuda tau.

Jadi tak pelik pun kalau nak kata ekonomi negara kita dulu diterajui oleh sektor perjudian kan.

Vincent Tan ambil alih Sports Toto semasa pemerintahan Tun

Hamboi, mesranya. Imej dari Malaysia Today

Tan Sri Vincent Tan, siapa je tak kenal dengan nama ni. Antara tycoon yang paling kaya dekat Malaysia ni, orang-orang bola sepak pun mesti kenal dia ni disebabkan Vincent Tan merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Lukman Hakim (pemain muda Malaysia) berkelana di KV Kortrijk (kelab bola sepak miliknya).

Dia juga merupakan pemilik kelab bola sepak di England iaitu Cardiff City, dari situ je dah tunjuk betapa kayanya Vincent Tan ni. Dikatakan net worth dia adalah sebanyak 915 juta dollar US tau! Pada 1985, dia membeli 70% saham dalam Sports Toto Malaysia Sdn Bhd menerusi B&B Enterprise Sdn Bhd (syarikat miliknya).

Masa Lukman ditawarkan pergi ke Eropah. Imej dari Football Tribe

Perkara tu dikatakan dilakukan secara direct negotiations, kiranya penjualan syarikat Sports Toto tu tak dibuat secara pembidaan terbuka oleh kerajaan ketika tu. Pada masa tu, nama seperti Tun Daim sangat significant terhadap penglibatan dalam proses penswastaan ni sebab dia merupakan Menteri untuk Kementerian Kewangan pada masa tu iaitu badan pengelola Sports Toto tu sendiri.

Suka diingatkan, kerajaan pada masa tu sedang giat menggerakkan polisi mereka iaitu penswastaan syarikat milik kerajaan yang diasaskan oleh Tun Mahathir. Di sini lah yang orang kata tentang kronisme tu, dikatakan aset yang dijual dibawah panggilan penswastaan tu dilepaskan dengan harga yang agak murah berbanding dengan harga pasaran.

Kerajaan juga dikatakan selektif dalam memilih individu yang akan membeli aset-aset mereka ni, tapi nak cari pembeli yang betul-betul bagus boleh dikira masalah besar juga. Susah kot nak cari orang yang betul-betul mampu untuk beli dan dalam masa yang sama dapat bawa syarikat tu pergi lebih jauh.

Ni ke apa yang mereka fikirkan dulu? Imej dari imgflip

Mungkin dari situ lah Vincent Tan dipilih untuk mengambil alih Sports Toto daripada kerajaan, ini disebabkan latar belakang Vincent Tan yang ‘mampu’ untuk bawa syarikat itu pergi lebih jauh. Sejurus selepas Sports Toto dibeli, ia dimasukkan dalam Berjaya Corporation Berhad dan menukar nama syarikat itu menjadi Berjaya Sports Toto Berhad.

Sejak penswastaan syarikat judi tu, Berjaya Sports Toto Berhad berjaya meningkat hasil daripada RM76 juta kepada RM6.7 bilion setakat tahun 2019. Mana tak lagi kayanya Tan Sri Vincent Tan tu kan.

Pendapatan yang dihalalkan oleh pemimpin negara tapi tak berkat

Bincang projek lama kah? Imej dari The Mole

Tadi kitorang cakap 70% daripada saham Sports Toto Malaysia Sdn Bhd tu dah dijual kepada B&B Enterprise Sdn Bhd kan? 30% daripada saham tu masih lagi milik kerajaan Malaysia.

Senang cerita judi masih lagi menjadi pendapatan utama negara kita, namun semuanya berubah pada satu masa. Pada 1987, Tun Mahathir ada masalah sikit masa tu sebab nak kena lawan Tengku Razaleigh (Ku Li) bagi berebut pucuk kepimpinan UMNO pada masa tu.

Kenapa masam je muka tu? Imej dari SOSCILI

Perkara yang terjadi pada masa tu sangatlah panas! Dengan Ku Li menggunakan sentimen kaum dan agamanya, Tun Mahathir pun guna sentimen kaum juga cuma lebih ekstrem sikit sebab melibatkan OPS LALANG. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal OPS LALANG tu dan juga sayembara antara Tun Mahathir dan Ku Li, korang boleh klik di sini.

Dikatakan Tun Mahathir ada meminta tolong sedikit daripada Vincent Tan untuk mendapatkan kemenangan pada masa tu, sedikit sebanyak Vincent Tan juga akan mendapat sedikit reward selepas pertolongannya itu. Ia menjurus kepada penjualan 30% saham Sports Toto tu kepada Raleigh Berhad yang sekarang dikenali sebagai Berjaya Group pada May 1988.

Resit zaman dulu. Imej dari Twitter

Katanya saham tu dijual dengan harga RM85 juta, jualan itu memberi Vincent Tan total control terhadap Sports Toto dan segala keuntungannya tidak lagi dibahagi kepada kerajaan (kecuali cukai lah). Oh ye, korang tahu tak B&B Enterprise Sdn Bhd tu hampir 50% pemegang sahamnya adalah bumiputera? Kitorang akan simpan cerita tu di lain hari.

Sebenarnya, isu perjudian ni memang dah lama wujud di negara ni. Malah sebelum merdeka lagi, rakyat negara ni dah diperkenalkan dengan Loteri UMNO. Nak baca lebih lanjut pasal Loteri UMNO tu? Korang boleh klik di sini. Tapi kepada mereka diluar sana, kalau boleh elakkan berjudi. Sekali dah ketagih, nanti tiba-tiba sudah jatuh ditimpa tangga baru nak menyesal.