Sejarah & Politik

5 cerita-cerita spy kat Malaysia yang bukan lagi rahsia

Baru-baru ni Malaysia telah menjadi tumpuan dunia apabila abang tiri pemimpin Korea Utara telah mati di Malaysia. Mangsa, Kim Jong Nam dipercayai mati kena bunuh oleh spy (perisik) dengan menggunakan pen jarum dan kain yang disaluti racun.

Tapi bukan Korea Utara je ada spy mereka sendiri, malah kita pun ada! Bekas Perdana Menteri kita, Tun Abdul Razak, merupakan seorang spy sewaktu Perang Dunia Kedua. Dia yang kononnya berkhidmat untuk tentera Jepun sebenarnya berpihak kepada British dan Tanah Melayu.

Boleh baca kisah penuh Tun Abdul Razak kat sini. Gambar dari My Musing

Memandangkan kes Kim Jong Nam sedang hangat di berita, kami tertanya-tanya adakah insiden spy ni selalu terjadi kat negara kita dan adakah kisah Tun Razak tu satu kes yang berasingan? Rupa-rupanya memang dah ada beberapa kes pengintipan yang ada kat Malaysia ni. So tanpa melengahkan masa, jom layan…

1. Agen KGB di Malaysia menghasut pegawai tinggi kerajaan jadi spy

Tahun 1981, Tun Mahathir baru naik jadi Perdana Menteri menggantikan Tun Hussein Onn. Tapi tiga hari sebelum ‘ditabalkan’, bekas setiausaha politiknya Siddiq Mohamad Ghouse telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan menjadi spy untuk Kesatuan Soviet.

Siddiq yang juga merupakan ketua sebuah cawangan pemuda UMNO dikatakan telah diberi tawaran oleh tiga ejen KGB (sebuah organisasi perisikan untuk kerajaan Kesatuan Soviet) untuk menjual maklumat negara.

Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang juga merupakan bekas agen KGB. Gambar dari itpropotal.com

Sebenarnya Siddiq dah disyaki oleh pihak berkuasa sejak tahun 1979 lagi, tapi time tu dia hanya kena pecat daripada jawatan setiausaha politik Tun Mahathir je. Dia tak ditangkap tapi berada di bawah pengawasan pihak berkuasa sampailah tahun 1981. Ada teori mengatakan bahawa Siddiq kena tangkap lambat sebab saje nak bagi kesan kat Tun Mahathir masa dia naik jadi Perdana Menteri.

Kalau tu betul kenapa Siddiq kena tangkap lambat, Putin pun kagum dengan cara Tun tu. Gambar dari memeful.com

Masa serbuan dibuat oleh pihak berkuasa, polis telah menemui alat-alat perisikan yang dipercayai dibekalkan oleh Kesatuan Soviet. Hasilnya, ketiga-tiga warga Kesatuan Soviet tu telah dihalau keluar negara manakala Siddiq masuk penjara. Satu keratan dari arkib negara telah mengatakan bahawa Siddiq tak sempat nak curi apa-apa rahsia kerajaan sebelum dia ditangkap.

Kesatuan Soviet time tu tak bawa keluar apa-apa kenyataan dan sebarang pertanyaan kepada kerajaan tirai besi tu jugak turut tak dilayan. Tun Mahathir pula telah maintain polisi luar negara dan mengekalkan hubungan dengan Kesatuan Soviet.

2. Singapura tolong Amerika Syarikat intip Malaysia

Guys, Edward Snowden ada benda nak bagitau.. Gambar dari venturebeat.com

Seorang bekas pekerja CIA (Jabatan Perisikan Amerika Syarikat), Edward Snowden, haritu telah kantoikan hampir kesemua rahsia perisikan Amerika tu apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana apa yang sedang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat dianggap sebagai tak beretika.

Tapi apa kaitan dengan negara kita pula? Rupa-rupanya dalam banyak-banyak fail yang kantoi tu, Singapura kantoi sedang bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat dan Australia untuk mengintip Malaysia.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Gambar dari memeful.com

Kisah ni pertama kali dilaporkan oleh media Australia apabila mereka bagitau yang syarikat telekomunikasi Singapura (SingTel) telah bekerjasama dengan SID (Jabatan Perisikan Singapura) dan juga kerajaan Amerika Syarikat. Dengan kepakaran dan bantuan SingTel, pihak SID telah menanam alat pengintip kat dalam kabel komunikasi.

Kabel komunikasi tu pula merupakan satu kabel panjang dalam laut yang digunakan oleh beberapa negara termasuk Malaysia untuk tujuan Internet. Pastu kat dalam Malaysia pula, kerajaan Amerika Syarikat telah didakwa menggunakan kedutaan mereka sebagai pusat pengendalian operasi mengintip. Ni serius dah macam dalam filem betul!

Rupa-rupanya Singapura dan juga Korea Selatan memang dah berganding bahu untuk mengintip kita dan Indonesia. Masa kantoi tu, Menteri Luar Negeri Dato’ Sri Anifah Aman telah memanggil Kementerian Singapura, Australia dan Amerika Syarikat untuk kasi penjelasan.

“Haaa apa alasan korang mengintai Malaysia ni?!” kata Datuk Seri Anifah. Gambar dari globalnation.inquirer.net

Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kita mengambil berat terhadap isu ni dan menunjukkan sikap kecewa dengan Singapura. Indonesia pula telah menghentikan latihan ketenteraan dengan Australia dan pada masa yang sama  downgrade level diplomatik dengan mereka.

3. Lepas jadi mangsa spy, kita pula tolong intip orang lain

Korang ingat tak kemalangan MH370 yang terjadi pada tahun 2014? Time tu banyak negara datang menghulurkan bantuan termasuk jugalah Amerika Syarikat dimana mereka telah menghantar sebuah kapal terbang spy baru iaitu P-8 Poseidon untuk tolong sekali.

P-8 Poseidon tu, gambar dari military.com

Setahun kemudian Amerika telah berbincang dengan kerajaan Malaysia untuk letak kapal terbang P-8 Poseidon kat Pantai Timur semenanjung Malaysia sekali, tujuannya untuk bagi dorang buat perisikan kat China. Sebagai balasan, kerajaan Amerika Syarikat akan tolong kalau ada kemalangan terjadi seperti MH370 atau QZ8501. Masa awal-awal diusulkan, kerajaan kita tak bersetuju dengan tindakan Amerika Syarikat tu tapi last-last kasi juga, mungkin sebab time tu kerajaan Malaysia tengah bergaduh pasal kawasan perairan dengan China, malah terdapat beberapa insiden dimana kapal China melanggar masuk ke perairan Malaysia.

Sila parking kapal terbang anda disini. Gambar dari giphy.com

Tapi kapal terbang tu singgah sekejap je,  sebab sekarang ni kerajaan Amerika Syarikat telah mengambil keputusan untuk park P-8 Poseidon tu kat Singapura pulak atas tujuan yang sama, siap tambah lagi bilangan pesawat tu untuk operasi mencari dan menyelamat di kawasan Pasifik.

Setakat ni kerajaan kita takde komplen apa-apa, malah Menteri Pertahanan kita, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata bahawa ia merupakan satu isu yang kita tak perlu risau sebab Singapura dan Amerika kata mereka akan kongsi sebarang maklumat yang mereka dapat.

4. Agen British di Malaysia yang lawan Chin Peng

Pada tahun 1948, ada seorang businessman dengan nama Denis Emerson-Elliott tinggal kat Singapura dengan family dia. Tak lama lepas tu dia berpindah ke Cameron Highlands pulak.

Yang peliknya, time tu Parti Komunis Malaya (PKM) tengah berleluasa kat Cameron Highlands, siap ada kes di mana tiga orang Eropah mati terbunuh kat situ. Denis ni sengaja cari mati ke pe? Rupa-rupanya dia merupakan seorang ejen perisik British dan kerja dia sebagai businessman tu sebenarnya cover up je.

Denis Emerson Elliott, gambar dari Daily Telegraph.

Tanggungjawab Denis yang pertama adalah untuk memburukkan nama PKM sebab time tu, PKM telah mendapat sokongan ramai dan dijangka akan menang dalam pilihanraya sebelum merdeka. Jadi British tak nak negara bekas jajahannya menjadi sebuah negara komunis.

Yang kedua pula, Denis kena ‘hasut’ orang-orang PKM dan pastikan dorang maintain berperang kat dalam hutan je, sebab perang dalam hutan makan kos yang tinggi dan amat sukar. Yang paling best sekali ialah, musuh utama dia adalah Chin Peng. Tapi dalam masa yang sama, dia telah menyamar menjadi kawan kepada Chin Peng

Akhir sekali, operasi Denis ni boleh kata berjaya juga lah sebab PKM telah gagal untuk menang pilihanraya dan kebanyakkan operasi mereka memang dalam hutan je sampailah hari terakhir mereka. Malah masa operasi tu dijalankan, Denis telah diberi codename BB 007 oleh MI6 (organisasi perisikan British).

*cue in lagu tema James Bond* Gambar dari The Federalist

Macam kenal je nombor code tu!? Seorang sejarawan dari Australia kata ada kemungkinan tinggi bahawa watak terkenal Hollywood, James Bond, telah diinspirasikan oleh Denis Emerson-Elliot. Jadi kalau korang nak baca lebih lanjut pasal siapa Denis ni dan kaitannya dengan James Bond, boleh klik kat sini.

5. Restoran Korea Utara tempat spy berkumpul

Malaysia dan Korea Utara boleh kata kawan jugak lah, kita ada kedutaan kat sana dan dorang ada kedutaan kat sini. Tapi kehadiran mereka kat sini bukan saje untuk berkawan malah untuk mengintip.

Mengintip atau bahasa pasarnya, skodeng. Gambar dari giphy.com

Sebuah artikel dari The Star telah mengeluarkan laporan bahawa Korea Utara telah lama mengintip kita. Reconnaissance General Bereau (Biro Pengintip) yang dikenali sebagai RGB gemar melakukan operasi kat Malaysia dan juga Singapura. Kebanyakkan spy mereka menyamar sebagai jurutera atau penasihat teknikal kat sini.

Malah ada sebuah restoran Korea Utara kat Kuala Lumpur dilaporkan menjadi hub atau tempat spy berkumpul. Mengikut keratan beberapa akhbar luar negara pula, restoran yang dibuka di beberapa buah negara ni telah melatih pelayan mereka untuk memasang telinga terhadap pengunjung restoran, bukan je untuk mendapatkan rahsia kerajaan, malah untuk mencuri maklumat bisnes luar negara untuk kepentingan ekonomi Korea Utara.

“Harini tetamu kata esok harga minyak naik” kata pelayan restoran Korea Utara kepada kawanya tu. Gambar dari whatsonweibo.com

Restoran-restoran ni dipercayai kena bayar 10,000 USD hingga 30,000 USD setiap tahun kepada kerajaan Korea Utara sebab mereka dikendalikan oleh Biro 39. Biro tersebut terkenal dengan operasi penyeludupan/pembuatan dadah, buat duit tiruan, dan yang paling penting memikirkan cara-cara untuk isi wallet pemimpin Korea Utara.

Gambar dari CNN

So kalau kempunan sangat pun nak makan bimbimbap, pastikan korang simpan dulu semua rahsia sebelum melawat restoran Korea Utara ni kat KL.

Keselamatan negara bukan je bergantung kepada saiz tentera

Jadi apa yang berlaku kat Kim Jong Nam ni bukanlah satu insiden yang terasing, cuma kali ni agak teruk sikit sebab melibatkan nyawa orang penting. Apa yang kami sedar adalah keselamatan sesebuah negara bukan saje bergantung kepada saiz senjata dan tentera, tapi juga kembali kepada sistem pengurusan keselamatan dan kemahiran kita dalam menguruskan keadaan-keadaan tertentu.

Untuk mengatasi masalah tu, kerajaan telah menubuhkan beberapa cawangan keselamatan yang khusus untuk melawan balik perisikan negara-negara lain. Contoh dalam tentera, kita ada Kor Risik Diraja dan untuk polis pula Special Branch. Selain dari tu kerajaan Malaysia juga mempunyai “CIA” kita sendiri.

Jabatan Perdana Menteri, rupa-rupanya kat sini lah banyak operasi spy terjadi. Gambar dari harakahdaily.net

Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri merupakan jabatan risikan kita yang sangat low profile. Mereka mungkin tak famous macam CIA atau MI6 tapi boleh kata mereka ni menjalankan tugas dengan baik, disebabkan mereka kisah-kisah pengganas dan risikan negara luar kepada kita kantoi dan dalam setengah kes tu berjaya mengelakkan pertumpahan darah.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend