Siapa ada bakat menulis dan nak buat duit lebih?

Kalau korang jerit “SAYA!!!”, apa kata anda tulis artikel untuk SOSCILI secara sambilan? Kami sentiasa mencari bakat-bakat baru dalam menghasilkan artikel yang bermanfaat dan menghiburkan pada masa yang sama, jadi jika anda…

  1. Boleh menulis dalam Bahasa Melayu yang seronok dan mudah dibaca. Kami tak kisah sangat tentang tatabahasa: asalkan tak kekok dan mudah faham, kami suka!
  2. Biasa dan faham dengan rupa bentuk artikel SOSCILI. Korang mestilah boleh tulis artikel yang formatnya lebih kurang seragam dengan artikel kami.
  3. Tepat, pantas, dan teliti. Kami mungkin akan minta korang tulis artikel berkenaan berita semasa, jadi kebolehan mencari maklumat yang tepat dan betul dalam masa yang terhad diperlukan.
  4. Penyabar dan boleh terima kritikan. Kadangkala, anda mungkin akan diminta untuk pinda artikel anda berkali-kali sebelum ia boleh diterbitkan. Jadi kalau anda rasa tak mampu nak hadap, fikirlah dua tiga kali sebelum isi borang.
  5. Mudah dihubungi. Kalau boleh, janganlah kami hantar WhatsApp atau e-mel hari ni, bulan depan baru korang balas.
  6. Boleh edit gambar dan sebagainya itu satu kelebihan.

…dan berminat, jangan tunggu lagi! Isi borang di bawah atau hantar e-mel ke [email protected]. Ada soalan? Pun hantar ke e-mel tersebut juga.