Laman web ni boleh tahu kawasan MP mana paling tinggi kadar kemiskinan

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melancarkan satu laman web, iaitu ‘Kawasanku‘. Ia merupakan sebuah laman web yang menghimpunkan segala data Malaysia termasuklah data populasi penduduk di setiap kawasan Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Ketua Perangkawan DOSM, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin:

“Dengan mengakses Kawasanku melalui https://kawasanku.dosm.gov.my/, rakyat boleh mendapatkan maklumat berkaitan memaparkan statistik kependudukan dan indikator demografi serta sosioekonomi,” katanya.

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Imej dari MCI.

Kami ada tengok juga Kawasanku ni, hmmm… boleh dikatakan terkejut sebab bukan data golongan miskin saja, malah data menarik tentang lain pun ada, seperti jumlah penganggur di sesebuah kawasan.

Oh ye, kalau nak tahu inilah apa data-data menarik yang kami jumpa di ‘Kawasanku’…

Sabah antara negeri paling termiskin di Malaysia

Pastinya dalam kepala otak kita kalau fikirkan negeri paling miskin ialah Kelantan, tapi sebenarnya Sabah. Kelantan ni antara tergolong dalam negeri paling miskin. Kami akan ada satu konten mengejutkan tentang Kelantan, nantikan!

Baik, berdasarkan apa kami lihat di Kawasanku, terdapat beberapa kawasan Ahli Parlimen di Sabah yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi, antaranya:

  1. (P167) Kudat: Ahli Parlimen Datuk Abdul Rahim bin Bakri.
  2. (P168) Kota Marudu: Ahli Parlimen YB Datuk Seri Panglima Dr. Johnity @ Maximus Bin Ongkili.
  3. (P183) Beluran: Ahli Parlimen YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
  4. (P187) Kinabatangan: Ahli Parlimen YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin.
  5. (P182) Pensiangan: Ahli Parlimen YB Datuk Arthur Joseph Kurup.
  6. (P189) Semporna: Ahli Parlimen YB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal.
POV kawasan Ahli Parlimen dalam peta. Imej dari Kawasanku.

Selain Sabah, ada juga negara lain yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi seperti Sarawak, Kelantan dan Perak. Terdapat juga beberapa kawasan di Sabah yang mempunyai kurang akses kepada bekalan eletrik, iaitu Kinabatangan, Beluran, Kudat. Boleh lihat peta di bawah:

Kinabatangan paling kurang menerima bekalan eletrik. Imej dari Kawasanku.

Di Semenanjung Malaysia, Kelantan paling kurang akses kepada paip di rumah

Isu air di Kelantan ni dah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Mana taknya, hari-hari kita selalu dengar tentang isu air di sana. Buka Tiktok saja mesti kita lihat macam mana rakyat di sana selalu menerima air berkarat, takpun buka-buka paip dapat teh ais percuma.

@razifrodzali #airkelantan ♬ original sound – ameerah ketereh

Selain itu, Kelantan juga mempunyai kurang akses kepada paip di rumah menyebabkan ia menjadi penambah perisa kepada isu air. Nak tahu kawasan mana paling kurang akses paip (dari sudut kawasan Ahli Parlimen)? Tengok senarai di bawah:

  1. P019 Tumpat.
  2. P023 Rantau Panjang.
  3. P028 Pasir Puteh.
  4. P029 Machang.
  5. P027 Tanah Merah.
Boleh tengok Kelantan paling minimum. Imej dari Kawasanku.

Sekarang, isu air berada dalam situasi menuding jari di mana netizen kata semua berpunca dari PAS, tapi PAS pula kata ia adalah salah kerajaan persekutuan kerana tak memberikan dana untuk membantu selesaikan isu air. Kenyataan ini telah disebut sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

“Soal air (di Kelantan) boleh diatasi kalau peruntukan pusat dia bagi sepenuhnya…air tak ada bukan kerana pemimpin PAS cuai tapi sebab tak ada duit. Saya dah nilaikan semua, (ibarat) kalau nak marah pada orang miskin tak pakai kereta…dia miskin, dia buat apa dia mampu.” – Hasim Jasin, dipetik dari FMT.

Negeri sembilan paling banyak kemusnahan hutan

Imej dari Kawasanku.

Kalau ikut data Kawasanku, ada lima negeri yang tidak diliputi dengan hutan: KL, Putrajaya, Perlis, Pulau Pinang, dan Labuan. Tapi tahu tak, Negeri Sembilan antara negeri yang paling banyak kemusnahan hutan sejak tahun 2000 hingga 2021 (Tengok peta di atas, Jempol paling tinggi).

Tahu tak, yang Malaysia tersenarai dalam negara paling banyak kemusnahan hutan di dunia sepanjang tahun 2002 hingga 2020 berdasarkan data dari World Resource Institute (WRI).

Nampak tak Malaysia? Imej dari Mongabay.

Nak tahu lebih lanjut tentang ni, boleh baca artikel kami (tekan di sini).

Kawasanku sebagai rujukan untuk Ahli Parlimen atau DUN

Apa macam, menarik tak laman web Kawasanku ni? Yela kita boleh tengok semua data tentang negara kita secara terperinci, senang cerita, ia menyenangkan kita semua.

Bukan tu saja, Kawasanku boleh jadi rujukan kepada kita semua termasuklah Ahli Parlimen dan DUN. Kalau senang nak faham, ada satu Ahli Parlimen ni akses laman web Kawasanku, lepastu dia tengok kawasannya kurang akses kepada bekalan eletrik. Jadi, dia pun buat tindakan sewajarnya.

Bila buka paip di Kelantan be like! Imej dari Tenor.

Menurut Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin juga, Kawasanku yang boleh menjadi rujukan dan analisis perbandingan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Katanya lagi:

“Dengan adanya platform KAWASANKU ini, rakyat bersama pemimpin dan stakeholders setempat dapat memberi maklum balas dan pandangan berkaitan cadangan pembangunan di samping memantau kemajuan prestasi kawasan masing-masing dengan lebih berkesan.”

(Artikel ini merupakan terjemahan. Klik sini untuk membaca versi asal dalam Bahasa Inggeris di CILISOS.)