Malaysia tersenarai dalam kemusnahan hutan & pokok terbanyak di dunia?

Akhir tahun lepas, seluruh masyarakat internet dikejutkan dengan gambar longgokan kayu di Karak akibat banjir:

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh check out Berita Harian.

Disebabkan isu ini, ramai la NGO dan penduduk tempatan bengang serta meminta kerajaan untuk menyiasat bagaimana banjir yang membawa longokkan kayu ni boleh berlaku.

Tak cukup lagi dengan tu, sebelum ni juga kita banyak kali melihat gambar-gambar kemusnahan hutan di Pahang yang sangat kritikal. Korang tak percaya? Takpe, kami tunjukkan bukti melalui Google Earth.

Ini merupakan keadaan hutan di Raub (boleh search Tanah Amy Sapiah di Google Maps, nanti mesti jumpa):

Bukan tu je, sebelum ni pun ramai kan dah nampak video ni di Facebook:

Mungkin semua perkara di atas ini telah menjadikan Malaysia sebagai…

Antara negara yang paling banyak kemusnahan hutan di dunia

Kalau ikut logik, semasa awal pandemik ni berlaku, pelbagai kegiatan tak kisahlah ekonomi, pendidikan, dan sebagainya mesti berkurang, jadi maksudnya aktiviti pembalakan atau kemusnahan hutan mesti tak berlaku, maksudnya menurunlah kemusnahan hutan kan? Jawapannya, SALAH!

Tahukah korang purata kemusnahan hutan di seluruh dunia tidak menunjukkan perubahan langsung walaupun dunia kita dilanda wabak COVID-19. Berikut merupakan data dari World Resource Institute (WRI):

Carta kemusnahan hutan dari 2001 hingga 2020. Imej dari Mongabay.

Namun, tindak balas dasar terhadap wabak itu berkemungkinan memberi kesan yang lebih besar terhadap nasib hutan. Frances Seymour dari WRI:

Pandemik COVID-19 mengganggu kehidupan dan mata pencarian di seluruh dunia, dan ekonomi global menguncup sekitar 3.5% pada 2020. Namun di sebalik kemelesetan ekonomi, kehilangan hutan tropika primer meningkat sebanyak 12% berbanding 2019, terus meningkat. trend,” tulis Seymour dalam ulasan menjawab data itu. “Kesan pandemik yang lebih ketara ke atas hutan mungkin akan datang.” – dipetik dari Mongabay.

WRI juga menunjukkan data kemusnahan hutan pada tahun 2020 mengikut negara dan percaya atau tak, Malaysia turut tersenarai. Adakah kami menipu? TIDAK SAMA SEKALI!

Terdapat juga negara dari Asia Tenggara selain Malaysia dalam data ini. imej dari Mongabay.

Akan tetapi, walaupun Malaysia tersenarai dalam data kemusnahan hutan dari WRI, tetapi kita antara negara yang berkurangnya kemusnahan hutan tropika termasuk Indonesia dan Papa New Guinea.

Menurut data bermula pada 2002, Indonesia terkeluar daripada tiga negara teratas dari segi kehilangan hutan primer tropika. Ia menduduki tempat keempat dengan 270,00 hektar kerugian, turun 17% daripada 2019. Kehilangan hutan utama Malaysia jatuh 39% dan Papa New Guinea merosot 22%.

Data dari WRI. Imej dari Mongabay.

WRI menyifatkan penurunan kehilangan hutan primer di Indonesia dan Malaysia (antara dua negara yang empat tahun berturut-turut menurun) disebabkan gabungan inisiatif kerajaan dan inisiatif sektor swasta.

Tapi tu la…

Janganlah kita ambil mudah dengan data dari WRI ni

Mentang-mentanglah WRI merumuskan negara Malaysia menunjukkan statistik yang baik, janganlah kita ambil perkara ini dengan senang-lenang ye. Nak tahu kenapa? Kalau korang buka laman web Global Forest Watch, korang boleh lihat banyak hutan-hutan yang musnah akibat aktiviti penebangan hutan (deforestation).

Baiklah, kalau nampak ada pigmen warna merah jambu tu, ia merupakan kawasan-kawasan yang musnah akibat aktiviti penebangan hutan:

Oleh itu, nak tak nak semua pihak berwajib perlu la buat sesuatu dengan khazanah negara kita ni. Yela, korang tahu tak Malaysia ni tersenarai dalam 10 negara yang paling banyak spesis pokok di dunia.

Data dari Food and Agriculture Organization of United States.

Kami tutup artikel ni dengan slogan kata “sayangilah hutan kita“.