Nampak macam oversea, tapi kat Malaysia je kot! 4 tempat percutian murah untuk famili

Ramai daripada kita yang berangan nak pergi bercuti kat oversea, nak lagi bila time winter sebab boleh pakai baju sejuk ye dok. Tapi nak travel ke negara-negara bersalji ni mau tiga bulan makan megi je sebab nak kumpul duit.

Imej asal dari nadaafiqah.blogspot.my
Imej asal dari nadaafiqah.blogspot.my

Tapi korang tahu tak yang kat Malaysia ni pon ada banyak tempat menarik ala-ala obersea? Boleh drive terus pakai kereta Kancil, duit minyak pun save.

1. Nampak mewah macam kat Perancis tapi sebenarnya kat Pahang je!

Kalau korang lalu kat lebuhraya Karak, mesti korang akan nampak papan iklan yang menunjukkan arah ke Bukit Tinggi, Pahang. Ia merupakan lokasi yang unik dan menarik kerana kat Bukit Tinggi terdapat bangunan yang mempunyai reka bentuk seperti bangunan di negara beriklim sejuk di Eropah.

Hahh korang pon sebenarnya boleh je nak fefeeling cam dekat France dengan bajet RM16 dikenakan bagi dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak di bawah dua belas tahun bila korang pegi ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi ni.

Colmar Tropicale di Bukit Tinggi Pahang. Image dari Agoda
Colmar Tropicale di Bukit Tinggi Pahang. Image dari Agoda
Image dari Tripadvisor
Image dari Tripadvisor

Kenapa Colmar Tropicale? Sebab…  senibinanya membuatkan korang seperti berada di la petite france strasbourgkawasan bandar lama dengan rumah-rumah dan bangunan separa kayu, senibina yang unik dari sebuah kampung utara-timur di Perancis sejak abad ke-16.

Pemandangan di Colmar Tropicale. Image dari Agoda
Pemandangan di Colmar Tropicale. Image dari Agoda
Image dari kkday.com
Image dari kkday.com

Walaupun korang tak nak menginap kat situ, korang boleh je nak datang melawat atau makan di restoran ala-ala Perancis seperti La Cigogne (hidangan tradisional Perancis) dan La Boulangerie (restoran Perancis yang menyajikan pelbagai menu berasaskan roti)

Hotel-hotelnya ada tema sendiri yang terdiri daripada lapan blok keajaiban seni bina, masing-masing dengan gaya yang unik, dari jubin bumbung yang berwarna-warni.

Image dari MalaysiaAsia
Image dari MalaysiaAsia
Image dari BukitTinggiHotel
Image dari BukitTinggiHotel

Ciri reka bentuk hotel berinspirasikan Colmar Village di Alsace, Perancis pada abad ke-16 ini memelihara citarasa Eropah sejak dari awalnya. Perjalanan hanya mengambil masa 45 minit je dari Kuala Lumpur.

colmare-pahang-perancis-malaysia

Image dari Agoda
Image dari Agoda

Percutian ni sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan menjauhkan diri daripada kesibukan kota. Oleh sebab tempat dan senibina nya yang cantik dan unik, tu yang ramai jugak orang buat photoshoot wedding kat sini.

Image dari Bensonyin Photography
Image dari Bensonyin Photography
Image dari De Moment Bridal
Image dari De Moment Bridal

Bangunan berbatu-bata, ada fountain, ada juga drawbridge, jam besar dan replika kuda berwarna-warni memang seperti berada di Perancis. So sesapa yang tak berkesempatan lagi nak ke Perancis bolehlah pergi ke Colmar Tropicale

2. Nampak tenang macam kat Jepang tapi sebenarnya… kat Pahang jugak

Bukit Tinggi ni memang semmmuaa ada. Japanese Village merupakan sebuah taman landskap yang berkonsep Japanese Theme. Kalau korang datang ke sini, korang boleh ke Japanese Tea House, Botanical Garden, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan juga Ryo Zan Tei Restaurant.

Taman ini diilhamkan oleh arkitek Jepun iaitu Kaio Ariizumi dengan tujuan menarik minat pengunjung yang mencintai kehijauan hutan tropika di tanah tinggi yang dingin dan nyaman.

Image dari ahkwong

Image dari ahkwong

Selain tu, kat Japanese Village ni pon terdapat kolam-kolam berbatu, kolam ikan koi, taman bunga dan juga rumah teh Jepun yang selalunya mengendalikan majlis teh tradisional. Apa yang menariknya, Rumah Teh Jepun ni adalah satu-satunya yang pertama di dunia dalam Hutan Tropika ni!

Di Japanese Tea Culture, korang dapat lah merasakan kehidupan di perkampungan Jepun dengan mengayakan baju kimono, pakaian tradisional masyarakat Jepun dengan kadar bayaran RM20. Taman kat sini memang cantik-cantik dengan adanya anak-anak sungai dan ikan-ikan koi, membuatkan korang rasa tenang je. Kedamaian alam semula jadi uolss :P

Image dari ahkwong.com
Image dari ahkwong.com
Image dari kkday.com
Image dari kkday.com

Memang best bila dapat berpeluang berjalan dengan melewati deretan rumpun pokok buluh, pokok-pokok renek, pokok ala bonsai serta batu-batu gunung seperti berada di perkampungan Jepun.

3. Malaysia pon ada suasana seperti di New Zealand

Kalau korang teringin sangat nak bercuti ke New Zealand tapi faktor kewangan tak mengizinkan, korang boleh lah cuba jejakkan kaki ke Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang Sabah ni. Ia merupakan salah satu tempat yang paling popular di Kundasang. Ia terletak di kaki Gunung Kinabalu yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan menyegarkan.

Image dari Explo Rasa
Image dari Explo Rasa
kundasang-newzealand
Image dari Planet Milano

Sebenarnya Desa Cattle ni adalah sebuah ladang perternakan lembu dan kambing, tapi lembu yang diternak ni bukan jenis lembu biasa. Ia daripada baka luar negara, yang selalu korang tengok kat tv tu macam kat New Zealand yang bertompok-tompok hitam putih dan saiznya agak besar jugak lah daripada lembu biasa tu.

Permandangan Gunung Kinabalu dari Desa Cattle Dairy Farm Mesilau Kundasang. Image dari planet.milano
Image dari Planet Milano
Image dari Sabah up 2date
Image dari Sabah up 2date

Cuaca kat sini pon agak sejuk dan berkabus dan yang paling menarik lanskap ladang ternakan ini macam senibina ladang ternakan di negara Eropah dan berlatar belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu.

Tempat ni dibuka setiap hari, dengan bayaran hanya RM5 untuk seorang dan korang boleh masuk ambil gambar pemandangan sepuas-puasnya di New Zealand Sabah ni!

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang- New Zealand!
Antara aktiviti yang korang boleh lakukan kat sini ialah:

  • Bergambar dengan lembu berserta pemandangan yang seakan-akan berada di New Zealand.
  • Memberi makan rumput dan susu kepada anak lembu dan anak kambing.
  • Melihat aktiviti pemerahan dan pemprosesan susu lembu.

Paling penting, bila korang dah sampai kat sini, jangan lupa makan makanan berasaskan susu lembu yang ada kat sini (waffle, aiskrim,yogurt) dan susu segar.

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang,New Zealand! -

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang,New Zealand!
Image dari Sabah up2date

Sebenarnya korang tak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk melancong ke luar negara kerana salah satu tempat di negara kita ini akan membuatkan anda seolah-olah berada di New Zealand.

4. Nampak bergaya macam kat Australia, tapi sebenarnya kat Melaka

Bagi yang pernah ke Australia pastinya agak biasa mendengar tentang hotel berwarna warni Brighton Beach di Melbourne. Kini korang tak perlu ke Australia lagi sebab hotel berwarna warni seperti ini juga sudah ada di Malaysia. Jom ke Paya Rumput, Melaka dan tinggal di hotel gaya butik di Masbro Village yang berwarna warni dan sangat cantik ini.

Image dari MasBro Village Facebook
Image dari MasBro Village Facebook
Image dari says.com
Image dari says.com

Chalet yang berwarna-warni ni oleh memuatkan sehingga 6 orang untuk satu rumah dengan kemudahan ruang tamu berserta sofa, tv dan meja makan. Terdapat juga dapur yang di lengkapi mikrowave, cerek, peti ais dan pinggan mangkuk. Dua buah katil saiz queen di tingkat atas, dan sebuah katil sofa di tingkat bawah.

Cuma 5 minit berjalan kaki ke Tesco Cheng Stadium Hang Jebat dan jarak 7km ke bandar Melaka. Jika menaiki lebuhraya PLUS, hanya 6km dari Ayer Keroh dan sekadar 12km ke Tg Bidara.

masbro village melaka

Image dari Facebook MasBro Village

Image dari Facebook MasBro Village
Image dari Facebook MasBro Village

Korang jangan terkejut, sebenarnya ramai je pasangan pengantin yang buat photoshoot dekat sini tau! So korang yang bakal berkahwin tu boleh lah abadikan photo korang tu dekat sini. Luangkan masa bersama keluarga pon okeyh pehhh sebab ruang nya agak besar dan selesa :)

masbro-village-melaka

masbro village-melaka-nice

1459758_1178439265503317_1601539015969820579_n

11027510_1143934248953819_9222154713393808295_n

Rupa-rupanya Malaysia ni pun tak kurang hebatnya!

Oleh kerana tahun 2016 ni ekonomi Malaysia dijangka akan semakin mencabar, so korang pon kenalah plan percutian korang tu dengan hotel-hotel bajet yang awesome. Tapi kalau nak travel ke oversea tu memang memerlukan bajet yang besarkan, so kitorang pon try lah list-list kan tempat kat atas ni sebagai rujukan korang yang sedang plan nak bercuti dengan suasana cam kat luar negara.

Dan… apa pandangan korang tentang percutian bajet di Malaysia dengan fefeling oversea ni? Vote poll kat bawah ni k…

[socialpoll id=”2356561″ path=”/polls/2356561″ width=”500″]

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)