Kenapa Malaysia marah sangat dengan garisan peta yang China lukis tu?

(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

Ini bukanlah kali pertama negara kita ada krisis dengan China, tapi baru-baru ni, Menteri Luar Negeri, YB Saifuddin Abdullah ada mengeluarkan kenyataan mengenai perihal China dah melukis garis putus kat peta untuk menuntut wilayah diaorang. Bunyinya nampak macam remeh, tapi ia sebenarnya lebih serius daripada apa yang korang bayangkan:

“Untuk China mendakwa bahawa seluruh Laut China Selatan adalah milik China (dengan melukis garis putus), saya rasa ia tidak masuk akal.” – Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri, sumber dari Al-Jazeera. 

Jangan keliru dengan Saifuddin Nasution pulak. Imej dari Al-Jazeera

Hal ini merupakan tindak balas terhadap protes China terhadap penyerahan yang dikemukakan oleh Malaysia kepada PBB untuk mendapatkan penjelasan mengenai sempadan luar wilayah Malaysia kat Laut China Selatan. Ia disebabkan ada potensi untuk berkongsi sempadan daripada ‘zon ekonomi eksklusif’ (EEZ) sendiri.

Tapi, kenapa ia jadi kontroversi hanya disebabkan garisan ni je, dan apa yang lebih penting, apa yang dimaksudkan dengan hubungan Malaysia-China?

Ia dikenali ‘sembilan garis putus’ dan China dah lukis sejak tahun 1947

Lepas kejayaan angkatan laut Republik China mendakwa ada pulau yang pernah diduduki Jepun (termasuk Spratlys) kat bahagian taruhan kat Laut China Selatan, diaorang mengalihkan sempadan wilayah maritim diaorang mengikut versi diaorang sendiri kat peta dunia. Wilayah-wilayah ni, yang ditanda dengan garisan putus kemudian diwarisi oleh Parti Komunis lepas diaorang ambil alih negara China.  

Garis putus-putus (warna hijau) yang China buat. Imej dari Wikipedia.

Walau bagaimanapun, apa yang China tuntut tu mendatangkan masalah, memandangkan status pertaruhan dan perebutan bahagian Laut China Selatan tu jugak didakwa merupakan kepunyaan negara lain iaitu Malaysia, Filipina, Taiwan, Brunei dan Vietnam. Tambahan lagi, garis putus yang China buat tu merangkumi sekitar 90% daripada kawasan perairan yang direbutkan tu, jadi ia bermaksud takde siapa-siapa pun yang boleh tuntut kawasan tu melainkan ia dibenarkan.

Dan apa yang lagi teruk bila …

Laut China Selatan jadi kawasan pertikaian semua orang

Macam yang kita nampak dalam peta kat atas tu, bahagian Laut China Selatan membuktikan yang ia jadi kebanggaan utama untuk mana-mana negara yang berjaya mengawal dan menakluknya. Antaranya disebabkan ia merupakan kawasan strategik kat rantau ni. Macam yang kitaorang pernah tulis artikel sebelum ni, lebih daripada barangan bernilai AS$3.4 trilion dibawa untuk tujuan import dan eksport melalui Laut China Selatan setiap tahun.

Selain tu, Laut China Selatan juga sebenarnya jadi pusat latihan ketenteraan terbesar, walaupun tentera laut Amerika Syarikat yang memperngerusikan kawasan persisiran lautan tu dan buat rondaan kat rantau ni, ia didakwa dah mencabar China. Apa yang lebih menarik, salah satu sebab terkini kenapa Malaysia menuntut Laut China Selatan adalah diaorang nak ‘tingkatkan keupayaan angkatan lautnya’ untuk ‘menguruskan kawasan perairan jadi lebih baik sekiranya ada konflik antara kuasa besar kat Laut China Selatan’.

“Kitaorang punya kapal lagi besar lah”. Imej dari The Edge Market

Hal ni sebenarnya bukanlah tuntutan yang pertama kali Malaysia buat kat kawasan tu. Pada tahun 2009, satu tuntutan bersama Malaysia-Vietnam dibuat untuk memperluaskan had luar kawasan maritim dua negara, yang mana China memberi respon dengan mengatakan kawasan tu ‘hak bersejarah’ diaorang. Diaorang mendakwa yang mereka dah ‘terima penyerahan Jepun dan menebus semula rantau ini dengan sokongan undang-undang dan kebenaran pihak yang berkait.’

Pada tahun 2016, Filipina juga ada menyuarakan pasal Sembilan Garis Putus ni kat Mahkamah Tetap Timbang Tara Antarabangsa, dengan mengatakan yang garisan tu dah melebihi had kawasan maritim yang ditentukan oleh Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS). Mahkamah memutuskan untuk memihak pada Filipina, dengan menyatakan yang China tak mempunyai ‘hak bersejarah’ berdasarkan sembilan garis putus kat peta. Ekoran daripada tu, China tak puas hati dengan keputusan tu dan tolak keputusan tu.

Perbicaraan Mahkamah Tetap Timbang Tara Antarabangsa. Imej dari Permanent Court of Arbitration

Terdapat banyak kekeliruan mengenai kurangnya penjelasan ke atas sempadan wilayah sejak bertahun-tahun lamanya memandangkan negara-negara yang terlibat dikenalpasti secara tak sengaja dah menceroboh wilayah masing-masing. Nelayan dah diserang kat perairan laut (kadang-kadang dibunuh), China dan Vietnam dah melancarkan tembakan ke atas pelantar minyak China yang ditempatkan kat Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) Vietnam. Dan nelayan Malaysia kat kawasan luar pantai Sarawak pun ada mengalami serangan ganas dari China

“Para nelayan [kami] dikejar dan dihalau daripada kawasan peraiaran oleh kapal Tentera Laut China dan sekarang mereka tidak berani pergi ke tempat itu untuk menangkap ikan.” – Jamali Basri, pengerusi Persatuan Nelayan Miri, sumber dari The Diplomat. 

Ada satu perjanjian yang dibuat sejak tahun 2002, tapi ia tak dipedulikan

Apa yang mengejutkan bila ia sebenarnya dah ada satu kod tingkah laku Laut China Selatan, yang digelar sebagai Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), dah ditandatangani pada tahun 2002. Tapi kenapa ia tak berfungsi?

Isu utamanya mengatakan yang DOC hanyalah perjanjian yang tak sah, jadi takde orang yang menganggapnya serius. Dikatakan, ASEAN tengah mengusahakan Kod Tata Laku Laut China Selatan (COC) dengan China. Walau bagaimanapun, masalah ni tak secara 100% selesai dari semasa ke semasa sebab kebanyakan negara terlibat tak bersetuju dengan banyak benda. 

Memandangkan ia nampak macam China yang berkeras dengan pendirian diaorang dalam persengketaan Laut China Selatan ni, tapi diaorang masih terbuka untuk berdialog, walaupun secara berdepan dan terang-terangan, tapi bukan dengan seluruh negara ASEAN sekaligus. Sebagai contoh, pada Ogos lepas, Menteri Luar Negeri kita dah jumpa dengan rakan sejawatnya dari China, Wang Yi untuk menubuhkan satu ‘mekanisme perundingan dua hala untuk isu maritim’. 

Agak-agak diaorang berbincang ke bergaduh? Imej dari Al-Jazeera

Walaupun ada tekanan daripada pelbagai pihak, China takkan mengalah

Apa yang semua orang perlu tahu adalah Xi Jinping dari China ni tak pernah mengundur dan mengalah daripada apa-apa cabaran. Dengan kecanggihan pelancaran pesawat baru, Shandong,  ditambah dengan perkara yang lain, aura kuasa China ni seolah-olah baru je bermula.

#ChinaNomborSatu. Imej dari SHINE

Bagi hubungan Malaysia-China, pertikaian mengenai sembilan garis putus adalah krisis baru yang tercetus. Pada awal tahun ni, waktu lawatannya ke Beijing, Tun Dr. Mahathir ada hentam tuan rumah China tu dengan mengatakan: 

“Kami tidak mahu situasi di mana terdapat penjajahan versi baru yang berlaku disebabkan negara-negara miskin tidak dapat bersaing dengan negara kaya, oleh itu kita perlukan perdagangan yang adil.” – Tun Dr. Mahathir, sumber dari Nikkei Asian Review. 

Selain tu, kes tahanan Uighur yang didera yang heboh baru-baru ni memberikan lagi kesan negatif pada China. Komik Jalan dan Jalur oleh Superman Hew (yang diharamkan sebab ada ‘elemen mempromosikan komunis’) hanya menambahkan minyak pada api.

Salah satu halaman dalam komik tu. Sumber dari MalaysiaKini.

Sebenarnya, apa yang berlaku di antara hubungan dinamik Malaysia-China ni agak janggal dan pelik sikit. Di sebalik semua percanggahan yang berlaku, diaorang masih menjadi rakan dagangan terbesar kat Malaysia sejak 10 tahun lagi. Tahun lepas, perdagangan Malaysia-China mencatat sebanyak $76.7 bilion, 16.7% daripada jumlah perdagangan Malaysia. 

Dengan keadaan Laut China Selatan tu, kita hanya perlu tunggu dan lihat apa respon dan tindak balas China terhadap kekecohan yang berlaku pada sembilan garisan putus tu.

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)