Ekonomi

Pernah ada Elaun Khas Debu? Ini EMPAT elaun kerajaan yang tak wujud lagi

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada mengeluarkan pekeliling mengenai pengguguran 8 elaun pekerja kerajaan termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK). Ia akan bermula pada Januari 2020. Alasannya elaun-elaun tersebut tidak menepati kriteria tertentu.

Mungkin ramai dah tahu. Tapi untuk yang tak tahu ia turut memberi kesan kepada doktor, ahli farmasi dan jururawat muda yang baru. Maka, ia ditentang ramai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadiq. Setelah dia berjumpa Perdana Menteri, Tun M. Akhirnya, PM bersetuju untuk menangguhkan pengguguran elaun-elaun yang hendak digugurkan.

Apa yang akan jadi seterusnya? Kami pun tak tahu. Cumanya, kami tertarik dengan kenyataan pihak JPA bahawa langkah pengguguran elaun ni dulu pernah dibuat. Ada beberapa elaun yang dah pun digugurkan mungkin 10 atau 20 tahun yang dulu. Macam-macam jenis elaun yang kami jumpa. Termasuklah Elaun Bisa Ular dan Elaun Kesusahan Pulau Jerejak. Tapi, kami berjaya maklumat terperinci 4 elaun bawah ni.

1) Elaun Baju Kot / Pakaian Khas

Dulu, semua kakitangan dan pekerja sektor awam diberikan elaun khas untuk baju kot ataupun pakaian khas ni, tapi ia cuma tertumpu pada Jurubahasa Mahkamah dan pegawai yang bertugas kat mahkamah. Diaorang diberikan peruntukan khas untuk membeli ataupun bagi sesiapa yang memerlukan kemudahan tu. 

Elaun baju kot waktu sebelum teknologi komputer atau laptop digunakan dan printer pun belum ada. Imej dari ecircular.sarawak

Peruntukan tu pada awalnya diberikan sebanyak $100.00 pada tahun 1975. Dan seterusnya, daripada pindaan, pada tahun 1996 kerajaan dah luluskan kadar bayaran elaun baju kot ni kepada RM150.00 sehelai sekali dalam tempoh 3 tahun. Walaubagaimanapun, ia dibatalkan atas sebab tak menepati prinsip dan kriteria pemberian elaun seperti yang ditetapkan. 

Elaun ni terletak dalam kumpulan bayaran balik perbelanjaan, yang bermaksud diaorang sebelum ni boleh claim baliklah apa yang dia dah beli tu. Tapi peruntukan untuk elaun tu dah digugurkan pada tahun 1991. Tapi elaun tu tetap diperuntukkan lagi cumanya ia di bawah jabatan yang terlibat sama jugak macam elaun makanan yang kitaorang ada terangkan kat bawah ni.

“Fuhh nasib baik dapat jugak kot ni.” GIF dari Giphy

Adik-beradik untuk elaun ni antaranya elaun alat perkakas, elaun keraian tentera laut sebagai nakhoda kapal, elaun keraian bagi pegawai yang bawah daripada pangkat Kolonel, elaun dobi dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, untuk kumpulan ni, tak semua jenis elaun digugurkan.

2) Elaun Khas Debu

Sebelum ni, ada jugak elaun-elaun lain yang dimansuhkan. Hampir 27 jenis elaun khas diberikan untuk pekerja sektor awam dah dimansuhkan. Antaranya, elaun debu ni. Mungkin korang tak tahu dan tertanya-tanya untuk apa yang dimaksudkan dengan elaun debu ni dan kenapa ia diberikan ataupun apakah kriteria khas orang yang terima elaun debu ni.

Debu yang dimaksudkan tu bukanlah debu yang ada kat perabot rumah korang. GIF dari Giphy

Elaun ni diwujudkan pada tahun 1 Mei 1989, yang diberikan khas untuk pekerja-pekerja kuari-kuari pecah batu yang dengan secara tak langsungnya terdedah dengan debu-debu kat situ. Elaun debu ni diletakkan dalam kumpulan elaun berisiko yang menunjukkan pekerjaan dalam skop tersebut adalah berisiko terdedah pada penyakit ekoran daripada persekitaran yang berbahaya macam tu.

Pada dasarnya, elaun ni diberikan khas untuk pekerja kuari yang terdedah secara langsung kat debu tu, maksudnya buruh yang bekerja kat tapak kuari kat kawasan mesin ataupun loji pecah batu. Bagi yang kerja dalam pejabat yang cuma kadang-kadang je turun padang, tak layak dapat elaun ni. 

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Sebab elaun ni dimansuhkan. Hmmm korang bolehlah bincangkan. Imej dari JPA

Tapi, memandangkan kat Malaysia ni masih ada lagi tapak-tapak kuari dan kerja dalam bidang tu masih ada, apa nasib pekerja-pekerja tu ye nanti?

3) Elaun catuan bekalan makanan kakitangan hospital bertugas malam

Elaun ni ditetapkan dalam kumpulan insentif atau galakan. Elaun ni diberikan khas untuk pekerja sektor awam yang bertugas dalam bidang perubatan yang kena kerja lebih masa sampai malam ataupun yang bertugas pada sesi (shift) malam.

“Hmm banyaknya elaun kritikal yang kena potong.” Imej dari Nona

Ia bertujuan untuk pastikan skim makanan diperuntukkan untuk pekerja-pekerja tersebut disediakan. Ia untuk pastikan catuan makan malam dibekalkan khas untuk pekerja yang bertugas pada waktu malam berdasarkan kelayakan yang dah ditetapkan serta kadar yang dah ditetapkan. 

Elaun ni digugurkan sebab tak sesuai diteruskan atas alasan yang bekerja dalam skop dan struktur kerja tersebut dah dilengkapi dengan alat-alat keselamatan yang sesuai. Dan kalau elaun ni nak diteruskan, ia ditetapkan di bawah kuasa Jabatan yang mengelolakan, bukanlah kerajaan. Dan pemansuhan elaun ni dikuatkuasa pada tahun 1992.

Elaun lain yang dihapuskan jugak. Imej dari JPA

4) Elaun Preman Pakaian Detektif

Pada tahun 1991 juga, satu pekeliling dikeluarkan mengenai gaji Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Dalam pekeliling tu juga ada menyentuh mengenai elaun-elaun tertentu yang dimansuhkan atau digugurkan. Sebabnya ada elaun-elaun tak sesuai diteruskan lagi kerana anggota yang menjalankan tugas boleh dilengkapi dengan alat-alat keselamatan yang sesuai.

Selain tu, sebahagian daripada perbelanjaan tu didapati sesuai ditanggung oleh Jabatan. Antara elaun-elaun anggota PDRM berkaitan yang dimansuhkan adalah:

1) Elaun Penempatan Khas (KUP) yang telah diganti dengan Bayaran Insentif Wilayah

2) Elaun Preman Pakaian Detektif yang digugurkan kerana Pakaian Awam memang digunakan walaupun anggota tidak bertugas sebagai detektif.

3) Bayaran Rebat Kepada Pegawai-Pegawai Polis Berpangkat Inspektor kerana diseragamkan dengan anggota perkhidmatan awam yang mendapat bayaran rebat berkenaan.

4) Elaun Bertugas Di Laut, Polis Marin kerana tugas ini merupakan tugas rasmi.

5) Elaun Pakaian Awam kerana pakaian itu memang digunakan walaupun anggota tidak bertugas sebagai Pegawai Penyiasat.

6) Elaun Keraian Anggota Berpangkat Terkebawah Daripada Penolong Pesuruhjaya Polis kerana perbelanjaan elaun ini ditanggung oleh jabatan.

PDRM banyak jasanya. Imej dari The Star

Walaupun ada elaun yang digugurkan pada ketika itu, ada je elaun baru untuk PDRM yang diperkenalkan. Antaranya Bayaran Balik Letak Kereta yang akan diberikan kepada anggota polis disahkan oleh Ketua Jabatan, bahawa dia perlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dan menyewa ruang letak kereta di pejabat. Jumlah tuntutan dihadkan kepada RM30 sebulan berdasarkan resit.

Selain tu ada Elaun Gantian Motosikal kepada anggota polis pangkat rendah. Kadar elaun tu ditetapkan sebanyak RM80 sebulan.

Alternatif memuaskan penting kerana masih ramai ingin bekerja di dalam sektor awam

Dalam sejarah pentadbiran negara, memang pernah ada elaun-elaun tertentu dimansuhkan. Tapi dalam beberapa kes ia diganti dengan elaun lain yang lebih relevan. Jika pihak bertanggungjawab ingin mengelak langkah yang dipertikaikan, mungkin perlu dikaji dan diselesaikan dengan alternatif yang memuaskan.

Sekalipun banyak isu berkaitan pekerjaan dalam perkidmatan awam. Data menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang memohon untuk berkhidmat dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sehingga dilaporkan melebihi keperluan jawatan yang ditawarkan. Ini bukti bahawa rakyat Malaysia masih ramai yang ingin menyumbang sesuatu di dalam sektor awam. Apa pendapat korang?

 

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend