Alam Sekitar

Kerajaan India pernah beri upah untuk rakyat tangkap Ular Kobra

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Hidup dalam zaman serba mencabar ni, macam-macam korang boleh buat untuk dapatkan duit sampingan. Ada yang kerja, ada yang join MLM dan ramai jugak yang pergi jumpa bomoh untuk minta nombor ekor. Nampaknya sekarang ni ada cara baru untuk dapat duit – tangkap tikus! Ya, korang tak salah dengar. Tangkap tikus untuk dapatkan duit.

Tangkap tikus yang hidup, bukan dalam game. Imej dari Giphy

Idea ni datang dari Dr Shahruddin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah. Kalau korang nak tahu, operasi buat duit dengan tangkap tikus ni DBKL dah buat sejak tahun 2012. Setakat ni dah RM170,000 DBKL bagi kat penangkap tikus. Dr Shahruddin kata hadiah dalam bentuk duit ni boleh ditukar dalam bentuk rebat sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kadar sewa PPR ni RM128 sebulan, so kenalah tangkap 42 ekor tikus sebulan.

“Secara peribadi saya fikir ganjaran dalam bentuk wang boleh diubah menjadi pembayaran yang lebih baik dalam bentuk rebat untuk sewa rumah.” -Dr Shahruddin, dipetik dari FMT

Jumlah tikus dekat KL hampir 6 kali ganda jumlah manusia

Walaupun pihak berkuasa kadang-kadang letak angka yang tak tepat tentang populasi tikus, setakat maklumat yang DBKL ada – dianggarkan kat KL ada 6.8 tikus pada tahun 2013, dan jumlah tu dikatakan meningkat sebanyak 2% setiap tahun. Kat KL, dianggarkan ada 1.6 juta orang pada tahun 2016. Maksudnya, kat KL sekarang ni – jumlah tikus lagi banyak daripada jumlah manusia!

Walaupun jangka hayat tikus liar cuma setahun, tikus ni membiak dengan mudah, tikus betina cuma perlukan tiga minggu untuk mengandung. Bukan setakat kejap mengandung, bila dah beranak pulak – diorang mampu hasilkan sehingga 15 ekor anak. Diorang boleh teruskan kitaran ni sehingga 15 kali setahun. Jadi, seekor tikus boleh hasilkan 225 ekor anak setahun.

Kalau tikus ni, kena tunggu 9 bulanlah jawabnya. Imej dari Giphy

Kebanyakan tikus liar yang lepak kat Malaysia adalah Tikus Hitam (Rattus rattus) atau Tikus Coklat (Rattus norvegicus). Tikus ni pada asalnya takdelah bahaya, tapi diorang ni macam teksi – diorang beri tumpang macam-macam bakteria dan parasit kat badan diorang. Ada kajian yang kata setiap tikus liar sekurang-kurangnya ada satu jenis cacing parasit camping kat badan diorang.

Bukan setakat tu je, diorang ni bawak banyak bakteria macam salmonella dan selalu kotorkan makanan. Penyakit yang paling popular berkaitan tikus ni – leptospirosis, atau bahasa kampungnya kencing tikus. Korang boleh dapat penyakit ni kalau korang terdedah dengan kencing haiwan yang dijangkiti (selalunya tikus) atau mandi kat kawasan air bertakung yang ada kencing binatang tu.

Kat KL, tentera tikus ni selalu lepak kat pasar basah di kawasan Chow Kit, Pudu, Sentul, Keramat dan Selayang. Setakat ni, tak pernah lagi tikus lepak Pavilion atau pergi merempit. DBKL memang nak selesaikan masalah tikus ni, walaupun diorang lakukan banyak operasi dan mampu tangkap 6,000 ekor tikus sebulan, jumlah tu takde kesan pun pada populasi tikus kat KL.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Kucing kat pasar bukan macam Tom, diorang tak kejar tikus. Kucing makan PowerCat yang jadikan Syafiq Rahim sebagai duta. Kalau nak guna racun tikus pulak, racun tu akan bagi kesan kat makanan. Hmmm…jadi macam mana kita nak settlekan masalah tikus ni?

Vietnam dah cuba cara ni 100 tahun dulu, tapi gagal

Ni jumlah tangkapan tikus, masa ni DBKL bagi seringgit je. Imej dari AWANI

Macam yang korang dapat tengok pada gambar kat atas – kempen tangkap tikus ni diorang dah mulakan sejak tahun 2008, masa tu diorang berikan RM1 untuk seekor tikus. Biasanya DBKL akan tetapkan masa dan tempat, selalunya kat pasar-pasar di sekitar KL. Tikus yang ditangkap akan dikenakan klorofom dan dibakar. DBKL dah sediakan bajet RM50,000 untuk sasaran tangkapan tikus.

Daripada jumlah tangkapan yang kitaorang bagi, korang boleh tahulah DBKL tak capai sasaran. Paling banyak pun diorang berjaya tangkap 17,230 ekor tikus pada tahun 2011. Oleh sebab kempen ni tak berjaya – diorang naikkan ganjaran pergi RM3. Bukan setakat kat KL je kempen ni ada – Petaling Jaya, Ampang Jaya, Shah Alam pun ikut sekali!

Mangsa-mangsa ini dibawa untuk bedah siasat. Kami gurau je, lepas mati, tikus ni akan dibakar. Imej dari NST

Kat Indonesia pun ada kempen yang lebih kurang macam ni, cuma cara diorang beza sikit. Kalau kita bagi RM3 untuk seekor tikus, Indonesia beri 20,000 rupiah (RM5.50). Diorang jugak hanya terima tikus yang hidup, dan tak benarkan tikus-tikus yang ditangkap diracun. Logik lah kan – kalau tikus tu diracun dah tentu dia mati, lagipun racun tikus boleh jadi bahaya kalau kena kat makanan.

Kaedah mintak bantuan orang awam untuk tangani tikus liar ni bukan benda baru. Sekitar tahun 1900an dulu, Vietnam dah cuba gunakan orang awam untuk selesaikan isu tikus. Cara diorang lebih kurang je dengan DBKL, diorang akan bayar orang yang berjaya tangkap tikus. Sampai satu tahap diorang berjaya tangkap 20,112 ekor tikus sehari!

Kaedah ni tetap tak berjaya, sebab apa? Biar kitaorang cerita…

Daripada susah-susah nak tangkap, baik pelihara dan jual

Walaupun kempen tangkap tikus ni DBKL dah dimulakan sejak tahun 2008, jumlah tikus kat kawasan yang diorang sasarkan tetap sama. Mungkin inilah masanya kita panggil Thanos dari Infinity War untuk hapuskan populasi diorang. Salah satu sebab kempen ni gagal – tikus dapat membiak dengan cepat, selaju Naruto buat kage bunshin no jutsu.

Walaupun DBKL nak jadikan tikus sebagai mesin ATM korang, kempen ni nampaknya tak berapa nak berhasil. Ada je yang cadangkan supaya ganjaran tangkap tikus ni ditingkatkan, tapi ramai yang takut Cobra Effect akan berlaku. Cobra Effect ni tak bermaksud korang kena pelihara ular Kobra untuk makan tikus eh.

Penat tangkap tikus? Minum air dulu…Imej dari Giphy

Cerita dia macam ni – masa British menjajah India, diorang ada masalah ular Kobra yang banyak. Ular Kobra ni bagi siapa yang tak tahu, bahaya. Kalau korang kena cium oleh ular ni, korang boleh mati. Kerajaan British pun bagilah upah kepada penduduk yang berjaya tangkap Cobra. Masa awal-awal tu nampak macam berjaya, banyak tikus yang berjaya ditangkap.

Para pemburu ni pun dapat idea yang lagi bijak dari British – daripada diorang pertaruhkan nyawa pergi tangkap Kobra, baik diorang pelihara je Kobra ni, bila dah besar jual kat British. Kerajaan British pun perasan benda ni – diorang terus hentikan program bagi upah. Oleh sebab dah berlambak ular yang diternak, diorang lepaskan ular-ular ni sebab upah dah takde. Makin banyalah Kobra…

Kalau takde bajet nak beli botol renjis masa korang kahwin nanti, guna je lah Cobra. Imej dari Askideas

Bukan setakat tikus je yang tengah menghantui orang awam

Ramai je yang bising dengan populasi tikus yang tak terkawal ni, kebanyakan orang setuju – kalau nak hapus tikus ni bukan setakat kena bunuh tikus, tapi kena pastikan semua kawasan bersih. Bak kata orang dulu-dulu, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kalau tempat tu tak kotor dan terjaga macam bilik korang, mesti tak akan ada tikuskan?

“Pemburuan tikus secara besar-besaran dilakukan oleh beberapa pihak berkuasa tempatan di Malaysia, tetapi ini tidak menyelesaikan masalah itu. Tikus akan membiak dengan cepat di mana makanan boleh didapati – terutamanya sisa makanan.

Untuk mengekalkan populasi tikus terkawal, kita mesti memastikan kebersihan dan tidak membuang sampah makanan merata tempat. “- Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, dipetik dari Teluk Times.

Macam manalah agaknya diorang tangka tikus-tikus ni eh? Imej dari Cilisos

Bukan setakat tikus je yang menghantui orang awam, burung gagak pun dah semakin banyak. Kitaorang fikir burung gagak ni dalam filem hantu je. Bunyi gagak lebih annoying, sebab Gagak ada bunyi yang tak sedap didengar. Kalau kita boleh terbang, senang sikit nak tangkap diorangkan. Gagak selalu bawak masalah bila diorang jatuhkan sampah dari langit – selalunya sisa makanan yang kena kat kereta orang.

Korang rasa apa langkah yang diambil untuk cegah Gagak? Hmm. Tembak. Dah ada usaha wujudkan kempen tembak Gagak yang ada mata sharingan ni. Tembak bukan guna tembak air yer, guna senapang betul – bagi yang pernah ada permainan video tembak burung, korang tahulah maksud kitaorang, tapi tu tembak kat depan TV lah.

Pastikan rumah korang tak macam sarang tikus

Isu tikus ni kena ada yang lakukan kajian dengan serius untuk tahu punca utamanya. Cadangan nak berikan rebat sewa rumah kat penduduk PPR yang berjaya tangkap tikus kira macam menyelam sambil minum airlah. Sambil bantu selesaikan masalah tikus, diorang boleh tolong penduduk PPR yang kurang berkemampuan. Tapi kena pastikan orang tak pelihara tikuslah jawabnya.

Kalau rumah macam ni, bukan setakat tikus, singa pun boleh sembunyi. Imej dari Diarishare

Macam kitaorang cakap tadi, masyarakat pun kena ada kesedaran. Kalau dah nampak rumah tu macam kandang lembu, kenalah ada usaha untuk bersihkan. Ceh, kami dah macam ibu korang yang membebel. Marilah kita bersama-sama cegah Aedes, dan hapuskan tikus! Majulah Malaysia tanpa tikus menjelang 2020! Moto baru persatuan tikus yang belum didaftarkan.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend