Apa yang KL boleh belajar dari Singapore tentang penjagaan pokok?

Baru-baru ni ada berita tentang 16 batang pokok sepanjang Jalan Ara (setentang dengan masjid di Bangsar) akan ditebang, dan berita ini menimbulkan amarah penduduk tempatan. nak lagi bila  kena share oleh Ng Sek San, seorang arkitek yang terkenal dengan Sekeping Serendah yang dibina di tengah-tengah hutan TANPA menebang mana-mana pokok.

Klik untuk baca status FB yang sepenuhnya.
Klik untuk baca status FB yang sepenuhnya.

Arahan ini datangnya daripada DBKL untuk untuk meluaskan longkang dan jalan. Ada yang mengatakan benda ni turut terjadi kat Petaling Jaya.

Kalau korang nak tau, Malaysia pernah dilaporkan mempunyai kadar kehilangan hutan paling teruk di dunia antara tahun 2000 ke 2012. Tapi kita jugaklah yang memegang rekod jumlah pokok paling banyak ditanam dalam seminit. Dalam masa yang sama, iklan cuti-cuti Malaysia kita penuh dengan kehijauan.

Jadi susahlah nak cakap yang kita ni sayang ke tak dengan tumbuhan-tumbuhan. Apa pun…

Siapa yang bertanggungjawab akan pokok-pokok di Malaysia?

Pekerja DBKL membersihkan pokok-pokok jatuh selepas ribut di Kepong. Gambar dari The Star.
Pekerja DBKL membersihkan pokok-pokok jatuh selepas ribut di Kepong. Gambar dari The Star.

Pada 1995, satu pindaan dibuat ke atas Akta Perancangan Bandar dan Desa yang bertujuan melindungi pokok-pokok setelah pembangunan bandar membawa kesan buruk kepada penjagaan alam sekitar.

Menurut akta tersebut, kerajaan negeri mempunyai kuasa tertinggi terhadap pokok-pokok. juga terhadap SEMUA polisi dalam perancangan tanah dan bandar. Senang kata golongan-golongan pokok ni tak boleh nak mengadu nasib kepada Perdana Menteri ataupun Agong, kerana mereka tertakluk kepada negeri masing-masing…

Kerajaan negeri ada kuasa untuk melarang atau membenarkan pokok-pokok ditebang, dan siapa-siapa ingkar boleh didenda sehingga RM100 ribu atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya. Menurut akta kat atas tadi (rujuk PDF), takde siapa boleh tebang pokok dengan lilitan lebih 800 meter tanpa kebenaran bertulis.

Sebenarnya lah kan, kita dah mula menanam pokok di kawasan bandar sejak zaman penjajah lagi. Sejak tahun 70-an kita ada program hijau yang sangat aktif dan pada tahun 90-an, negara kita sedang berusaha menjadi sebuah Negara Taman. Tun Mahathir sendiri melancarkan Kempen Menanam Pokok pada tahun 1997, di mana Malaysia memecahkan rekod dunia dengan menanam 110,461 batang pokok seminit! (Rekod lama dipegang oleh Brazil dengan 25 ribu pokok seminggu.)

what purpose tree planting Image from fao.org..
Urban planting locations in KL under the Garden Nation campaign. Image from fao.org

“Meningkatkan kesedaran aestetik mencerminkan pertumbuhan dan pembangunan masyarakat dalam melangkaui keperluan sara hidup semata-mata dan mencari kualiti hidup yang lebih baik.” – Datuk Seri Sanusi Junid, Menteri Pertaninan, dipetik oleh New Straits Times (1992).

Jadi kat sini kita boleh lihat yang pokok-pokok ni sebenarnya selari dengan pembangunan bandar, bukannya bertentangan… so apa yang dah jadi sekarang?

Malaysia masih mahu menjadi Negara Taman, tapi kita tak berapa mesra dengan pokok

Klik untuk baca artikel asal kami mengenai penebangan hutan di Malaysia.

Menurut laporan berita, FRIM mengatakan yang kita masih lagi ada target nak jadi Negara Taman pada tahun 2020. Mereka dah panggil pakar, hadiri sidang perbincangan dengan negara lain, buat pembentangan dan macam-macam lagi.

“Saya dah lihat yang rakyat Malaysia ni suka beriadah, berinteraksi atau berehat dalam taman-taman yang sedia ada ataupun taman yang lebih besar. Kita semestinya boleh buat lebih lagi daripada ini.” – Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dipetik daripada The Sun Daily.

Tapi dalam kita cuba menanam pokok kat kawasan bandar, kita juga dok tebang pokok di hutan. Cabut yang ori, ganti dengan yang baru. Cara ni boleh bertahan ke?

Imej dari Reddit.
Imej dari Reddit.

Bukan tu je, baru-baru ni ada highway yang akan dibina merentasi Hutan Simpan Ampang, yang juga merupakan kawasan takungan air bagi sebahagian besar Lembah Klang, pokok-pokok di Jalan Gaya di Kota Kinabalu ditebang kerana dikatakan banyak anai-anai, tapi sebenarnya sebab nak buat kawasan parking.

Malah seorang pembaca dari Kangar yang menegur Majlis Perbandaran kerana mencantas pokok secara salah. Mereka menggunakan kaedah tree-topping yang membuang kesemua bahagian berdaun, tapi kalau takde daun macam mana nak ber-fotosintesis ye tak?

Kajian yang dibuat oleh Universiti Yale mendapati Malaysia kini tinggal 15.1 billion pokok je lagi, tapi sampai bila boleh bertahan?

Apa yang boleh kita buat untuk menyelematkan pokok-pokok kita? Dalam kes ni kita tak perlu cari jauh sangat… sebab kita boleh tengok jiran kita sendiri.

Nak tau kita boleh belajar pasal perancangan pokok daripada siapa? Singapura!

Lap lip lap dah macam hari raya. Imej dari citi.io

Gambar kat atas bukanlah sekadar hiasan ye, ia adalah pokok ‘buatan’ manusia di Singapura. ‘Pokok’ setinggi 50 meter ni dilingkari bunga dan paku-pakis asli, panel solar untuk menjana elektrik, menakung air hujan, serta menyediakan pengudaraan.

Bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew, mempunyai visi yang Singapura perlu menjadi ‘bandar taman’ dan bukanlah ‘banda konkrit’ semata-mata. Pada tahun 1976, Jabatan Taman dan Rekreasi ditubuhkan di Singapura dan telah giat menanam pokok di sekitar pulau.

Pada tahun 2008, Singapura memperkenalkan indeks untuk mengukur kadar kepesatan flora fauna di sesebuah negara. Indeks Singapura ni digunakan di lebih 80 bandar di seluruh dunia. Setakat ni Malaysia belum pun lagi mengambil bahagian dalam indeks ni, tapi kat sini ada manual kalau nak tengok (fail PDF).

Sekarang ni mereka ada teknologi PRIME untuk menyelia setiap satu daripada 1.3 juta batang pokok di 300 buah taman. PRIME boleh memantau saiz, spesis, kesihatan, dan berapa kali pokok tu dah kena cantas! Siap ada lebih 150 pekerja khas untuk pokok-pokok ni je.

sistem-prime-pokok-singapura
Nampak je macam Paint, tapi cukup canggih ok. Imej dari esri.com.

Memang kita tak boleh menghentikan pembangunan yang akan berlaku, nak lagi bila populasi kita yang kini seramai 30 juta penduduk akan terus meningkat. Tapi kalau Singapura selaku bandar paling padat di dunia pun boleh berusaha mencari ruang untuk pokok-pokok, kita pun boleh contohi benda yang sama.

“Sebagai sebuah negara yang kecil, kami sentiasa mencari jalan untuk menjadikan yang terbaik daripada sumber tanah kami yang terhad. Walaupun kami kekal membangun, kami sentiasa menyimpan 9% daripada tanah untuk taman dan kawasan simpan menjelang 2030. Ini bukanlah pilihan yang mudah terutamanya apabila mempertimbangkan keperluan perumahan, industri, pertahanan dan juga infrastruktur pengangkutan. Kami membuat pilihan ini untuk faedah semua rakyat Singapura, kerana hubunngan dengan alam semulajadi adalah satu kemestian, bukan sekadar kemahuan.” – Desmond Lee, Menteri Pembangunan Negeri, Singapura.

(This article is originally translated from English, click here to read!)