SPONSORED

Pengorbanan pelakon PASKAL luar biasa, ada yang pecah gegendang telinga

Sebelum ni, SOSCILI ada buat survey bersama kawan-kawan kami dari GSC untuk tau apa yang orang Malaysia suka buat kat panggung wayang. Salah satu keputusan survey tu menunjukkan bahawa tak ramai orang Malaysia suka tengok movie tempatan, dengan hampir separuh separuh (42%) responden berkata yang diorang tak pernah langsung tengok filem tempatan dalam satu tahun yang lepas.

Tekan sini untuk baca keputusan Survey Panggung Wayang kitorang!

Jadi, kami pun cubalah sendiri untuk tengok filem tempatan bagi mengubah sudut pandang orang ramai sama ada baik atau biasa-biasa je filem tempatan kita. Sekarang ni, GSC tengah tayangkan filem PASKAL: The Movie kat panggung wayang diorang. Filem ni juga adalah hasil edaran GSC Movies. Kalau korang minat tengok filem beraksi tapi berisi, boleh la korang tengok filem ni kat GSC terdekat korang. Padu babe!

Tambahan pula, filem ni bukan sahaja ditayangkan di Malaysia, ia turut ditayangkan di pelbagai tempat di seluruh dunia termasuk China dan Turki!

Tapi cerita ni pasal apa sebenarnya? Kenapa gempak sangat ni?

Berdasarkan kisah benar pertempuhan antara tentera kita dengan lanun Somalia

Dah lama kita tak dengar pasal insiden kapal perdagangan kita ditawan oleh lanun, tapi ianya berkemungkinan akan berlaku lagi sebab ada 54 insiden melibatkan lanun di persisiran laut Somalia tahun lepas yang mana ia dua kali lagi banyak dari insiden yang dicatatkan! Korang semua kena tahu yang kapal perdagangan seluruh dunia akan lalu berdekatan perairan Somalia.

Pada tahun 2011 pernah berlaku satu rampasan kapal perdagangan kita yang buat heboh satu negara. Tapi, korang ingat tak insiden tu dah menunjukkan yang kita mempunyai salah satu pasukan khas tentera yang terbaik. Dari kisah inilah ianya diolah untuk diyangkan di layar perak. PASKAL: The Movie ni dah ditayangkan bermula dari 27 September 2018 yang lalu!

Pembukaan cerita ‘PASKAL’ ni dah menggambarkan situasi Operasi Fajar 8, di mana sekumpulan lanun Somalia merampas kapal tangki kimia yang telah digagalkan oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL)…tanpa sebarang kehilangan nyawa!

Kami bukan nak tulis spoiler ke apa, kami hanya nak berkongsi berkaitan sejarah disebalik filem ni berserta jawapan-jawapan yang diberikan oleh Pengarah filem ni, Adrian Teh ketika diinterviu sendiri oleh penulis kami.

Menyorok di bilik kebal, komando-komando PASKAL cuba berunding

Pada 20 Januari 2011, kapal yang disewa MISC Berhad iaitu MT Bunga Laurel dah membawa bahan kimia dengan nilai RM30 juta ke Singapura. Mereka berlayar di Teluk Aden, satu kawasan panas yang dipenuhi lanun kerana berdekatan dengan negara Somalia.

Teluk lanun. Imej dari Wikipedia.

Pada waktu tu, kapal itu diawasi oleh Kapal Bantuan TLDM yang dipanggil Bunga Mas Lima. Ia ditugaskan untuk menjaga kapal perdagangan Malaysia dari serangan lanun. Jadi, ianya merupakan suatu rutin bagi kapal ini membuat misi pengawasan.

Apabila kapal Bunga Laurel memasuki zon selamat, maka kapal Bunga Mas Lima akan berpatah balik ke pangkalan. Malangnya, di sinilah bermulanya segala tragedi.

Kapal Bunga Mas Lima tengah menjalankan tugas. Imej dari The Star.

Sekitar jam 11:37 malam (waktu Malaysia), lebih kurang 2 jam selepas kedua-dua kapal berpecah, MISC menerima isyarat kecemasan dari kapal perdagangan Bunga Laurel. MISC cuba membuat panggilan semula, tapi tiada respon.

Selepas 3 minit, Bunga Mas Lima menghantar isyarat radio kepada MISC memberitahu mereka bahawa kapal perdagangan Bunga Laurel dah diserang oleh lanun dan ada dua kapal musuh yang terlibat: kapal induk dan sebuah bot kecil yang digunakan untuk mendekati kapal perdagangan Bunga Laurel.

Walau macam mana pun, 7 daripada 18 lanun Somalia berjaya melepaskan diri selepas tembakan rambang dilepaskan menggunakan senjata kecil sebagai gertakan. Mereka ni semua dilengkapi dengan rifel AK-47 dan pistol.

“…kami berpatah balik secepat mungkin tapi kapten membuat panggilan semula mengatakan lanun sudah berada di atas kapal dan apabila saya mendengar ini, hati saya gundah-gulana. Kami menghantar radio semula kepada kapten dan memberitahunya  untuk meletakkan krew-krew di dalam bilik kebal dikenali sebagai ‘citadel’.- Komander. Mohd Nazri Sharif.

23 ahli krew yang berada di atas kapal dah mengaktifkan Sistem Amaran Keselamatan, memadamkan lampu kapal, mematikan enjin kapal serta menyorok di dalam citadel. Lanun itu cuba untuk memecah masuk pintu citadel tetapi tak berhasil.

Komander Mohd Nazri cuba untuk berunding dengan lanun, tapi ianya terbukti tak berguna dengan lanun tak bagi kerjasama dan tak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Walau macam mana pun, lanun ni tadi tak tahu bahawa Bunga Mas Lima membawa komando-komando PASKAL yang dah dilatih untuk situasi macam ni! Disebabkan rundingan yang berlanjutan dengan lanun maka hanya ada satu jalan yang merupakan pilihan terakhir. Serang kapal tu dan rampas semula dengan kekerasan.

Dua pasukan komando dan sebuah helikopter menggempur lanun

Menggerunkan. Imej dari Youtube.

14 orang komando dah dihantar serta dipecahkan kepada dua pasukan, diketuai oleh Lt. Kdr. Mohd Maznan Mohd Said dan Lt. Noor Asri Roslan. Mereka dah bergerak keluar dari Bunga Mas Lima ke dalam dua buah bot untuk merampas semula kapal itu. Sebuah helikopter Fennec mengikuti mereka untuk membekalkan bantuan tembakan dari udara.

Helikopter Fennec kebanggan semua! Imej dari Akarsetia.blogspot.my.

Apabila dua pasukan dah mendarat atas kapal, tembak menembak pun berlaku antara komando PASKAL dan lanun. Lanun tu juga melepaskan beberapa tembakan ke arah Bunga Mas Lima yang berada berdekatan kapal perdagangan Bunga Laurel:

“Kami menembak semula ke arah kapal induk apabila mereka menembak kapal Bunga Mas Lima, di mana ia cuba mendekati kapal yang telah dirampas. Situasi menjadi kritikal dengan lanun kembali menembak dalam keadaan gelap.”- Cmdr. Mohd Nazri Shariff

Ditambah pula dengan jarak penglihatan yang rendah serta kekurangan mekanisme keselamatan bagi kedua-dua kapal. Komander Mohd Nazri mengemudi kapal dengan berhati-hati ketika mendekati kapal untuk elakkan perlanggaran:

“Ianya tak mudah untuk mendekati kapal perdagangan Bunga Laurel dalam gelap dan kedua-dua kapal tiada penghadang untuk elakkan perlanggaran…tanpa penghadang akan berlaku pertembungan besi dengan besi dan ini sangat berisiko.”-Komander Mohd Nazri Shariff

Walau macam mana pun, helikopter Fennec membuktikan betapa hebatnya mereka dalam operasi itu. Bukan sahaja menyelamatkan kapal dan membekalkan sniper serta machine gun. Helikopter ni juga dah bagi tekanan kepada kapal induk lanun supaya kapal ni tak dapat bekalkan bantuan kepada lanun mereka.

Aksi taktikal yang akan buat penonton puas. Imej dari Rojak Daily.

Lanun yang ditangkap siap diberikan rawatan lagi oleh mereka

Selepas beberapa minit ditembak oleh komando bertaraf dunia dan serangan sebuah helikopter serta bantuan dari Bunga Mas Lima sendiri. Lanun pun angkatlah bendera putih. Mengaku kalah lah apa lagi.

Sebahagian lanun yang diberkas. Imej dari mStar.

Selepas komando-komando PASKAL ni tadi menangkap lanun, mereka mengarahkan supaya krew-krew kapal untuk keluar dari citadel. Para lanun yang ditangkap ni telah diberikan rawatan kesihatan bagi yang tercedera, sekalipun lanun ni dah serang mereka pada awalnya. Pantauan ke seluruh kapal juga dah dilakukan untuk pastikan semuanya selamat.

Selepas tamat semuanya, 3 daripada 7 orang lanun dah tercedera di dalam adegan tembak-menembak, manakala status bagi 11 lanun lain yang terlepas tidak diketahui. Tapi, apa yang paling penting, kesemua 23 krew yang berada di atas kapal muncul tanpa sebarang ancaman dan TIADA YANG MATI. Ianya satu pujian kalau nak dibandingkan dengan askar khas Korea Selatan yang berada dalam situasi, waktu dan lokasi yang sama tapi berkahir dengan pembunuhan 8 orang lanun!

Pengorbanan para pelakon filem PASKAL yang ramai tak tahu

Korang bayangkan, filem ni buat aksi yang sama menggunakan kapal perang dan senjata yang betul serta di atas lautan sebenar. Inilah yang pengarah filem, Adrian Teh bagitahu kami waktu sesi interviu di pejabatnya.

Tony Stark tak laku lah tu. Sibuk je. Adrian Teh yang tengah.

“Dalam scene dia (pelakon: Ammar Alfian) jatuh ke dalam air. Dia nak buat aksi tu sendiri. Ianya berketinggian 8 tingkat bangunan dari permukaan laut ke titik terjunan. Gegendang telinganya pecah apabila masuk ke dalam air. Kemudian mukanya membengkak hingga bahagian mata.”- Adrian Teh, ketika diinterviu Soscili.

Adrian terpaksa bagi Ammar cuti lebih kurang 9 hari sebelum sambungan penggambaran filem diteruskan. Apa yang menarik, Adrian serta pelakon-pelakonnya turut menyertai latihan komando bagi merasai sendiri rintangan-rintangan di dalam latihan ini. Ianya sangat mencabar.

Cabaran-cabaran yang datang ni tak lain dan tak bukan untuk memastikan filem ini berjaya menggambarkan kehebatan pasukan khas yang wujud di negara kita. Kejayaan filem ni membuat gambaran di pangkalan dan laut bertitik tolak dari sikap keterbukaan yang diberikan oleh Panglima Tentera Laut Di Raja Malayasia, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin.

Laksamana Tan Sri Kamarul lah yang telah memberi krew PASKAL kebenaran buat filem ni. Imej dari Malay Mail.

Menurut Adrian, dia bagitau Tan Sri Kamarul yang filem ni dia tak nak buat dalam bentuk dokumentari, tapi lebih kepada sesuatu yang menghiburkan. Jadi, perlu ada watak PASKAL yang negatif untuk menjadikan ia dramatik. Dia ingat Tan Sri Kamarul akan tak suka sebab boleh bawa imej buruk buat pasukan khas tu. Tapi, nampaknya Tan Sri Kamarul ‘ok’ dan minta diteruskan penggambaran.

Selain tu juga, Adrian berkata yang dia terpaksa bekerja tanpa tidur sepanjang bekerja membuat filem ni. Nasib baik, dia pun dah berpengalaman panjang dalam bidang filem di Malaysia dan dah memang biasa dengan kerja ni.

Tapi dengan jenis bakat yang ada dalam industri filem tempatan kita, bila lagi filem-filem Malaysia nak jadi macam filem-filem Hollywood yang berjaya menangkap perhatian seluruh dunia?

Sebenarnya, banyak je filem tempatan yang padu… cuma orang tak nak tengok ?

Susah payah dan usaha ni nampaknya berhasil dengan kutipan RM 7.5 juta dalam masa empat hari tayangan. Sebelum filem PASKAL ni juga, menurut Adrian, ada beberapa filem tempatan yang menjadi perhatian rakyat Malaysia termasuklah Munafik 2 serta One Two Jaga. Jadinya, kami bertanya kepada Adrian sendiri, bagaimana filem tempatan boleh terus maju dan mendapatkan perhatian ramai orang.

“Pembikin Filem Tempatan perlu melangkaui apa yang ada sekarang ini. Kita perlu bergerak lebih jauh ke hadapan. Kita tak boleh menerbitkan isi filem yang sama. Menerbitkan genre yang sama berulang kali. Hanya kerana ianya boleh buat duit. Inilah falsafah yang saya ada waktu nak buat filem PASKAL.”- Adrian Teh ketika diinterviu SOSCILI.

Setiap detik filem ni sangat berharga. Imej dari Star2

Isi filem tempatan kebiasaannya seram dan komedi. Semuanya memang boleh buat duit tapi kata Adrian, ini tak boleh menjadikan filem tempatan sebagai filem berpengaruh (powerhouse) di rantau Asia Tenggara mahu pun dunia kerana kalau sesuatu negara terlampau banyak mengeluarkan filem dalam genre yang sama, basi la industri filem negara tu. Bagi filem jenis aksi dan ketenteraan macam sebelum ni, ianya mungkin terlalu serius dan kurang dramatik kerana pengarah terlalu berhati-hati.

Menurut Adrian, dia bertekad untuk buat filem aksi ketenteraan ni berbeza berbanding filem ketenteraan sebelum ni. Sebab tu lah filem ni lebih menumpukan perincian dalam pergerakan dan taktikal PASKAL tu sendiri dengan jalan cerita yang dipermudahkan dan ringkas. Berjaya atau tak ia terpulang kepada reaksi penonton. Hasilnya, korang kena tengok sendiri betapa hebatnya.

Kata Adrien, waktu merakam di atas air adalah waktu paling susah dalam pembuatan filem PASKAL. Imej dari YouTube.

Terasa nak tengok situasi perang sebenar di depan mata, boleh ke panggung wayang sekarang

Negara kita ni terletak di kawasan yang aman dan tak berapa banyak konflik. Jadinya, susah untuk merasai sendiri depan mata kita aksi-aksi para pejuang negara. Filem arahan Adrian Teh pastinya akan buat korang rasa macam berada di atas kapal yang ditawan lanun tu.

Filem PASKAL ni kini ditayangkan di panggung wayang GSC, dan bukan je kat KL dan Selangor, tapi seluruh GSC kat Malaysia pun ada filem ni! Jadi, kalau korang nak tengok dan menghargai pasukan elit Malaysia mempertahankan keselamatan negara kita, boleh la korang tangkap filem ni di GSC terdekat korang secepat mungkin.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend