5 perkara pelik pasal kes mahkamah Lim Guan Eng menurut seorang peguam ni

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Beberapa minggu lepas, semua orang buat ‘statement terkejut’. Daripada Tun Mahathir, SPRM, malah Najib Razak sendiri, terkejut pasal kes Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon yang dikatakan digugurkan. Mereka sekaligus terlepas dari beberapa dakwaan pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah di Pulau Pinang.

Semudah tukar relationship di FB

Bagi yang tak berapa ingat pasal kes tu, meh sini kitorang ingatkan balik. Pada tahun 2015, Lim Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) untuk meluluskan penukaran tanah pertanian ke zon perumahan awam.

Bukan tu je. Ada satu lagi pertuduhan terhadapnya di mana dia didakwa membeli sebuah banglo di bawah nilai pasaran (yang dia sebenarnya mampu, berbanding beberapa menteri yang lain *ehem*). Manakala Phang juga dituduh kerana terlibat dengan proses pembelian banglo tu.

Klik untuk baca pasal harga rumah menteri, dan sama ada mereka betul-betul mampu. Imej dari cilisos

Bila Guan Eng dan Phang dibebaskan dari pertuduhan mereka, netizen pun apa lagi, tuntut pendedahan awam sepenuhnya atas pembebasan tu. Jadi kitorang terus dapat idea ni dan minta bantuan seorang peguam, Fahri Azzat untuk terangkan 5 perkara yang aneh tentang kes banglo ini.

1. Pertama sekali… kenapa dia jadi ‘Rocky’?

No pain, no gain. Imej dari Spotern dan The Star

Korang tak terkejut ke bila Guan Eng keluar daripada courtroom dalam keadaan gembira dan tangan yang berbalut? Dia nampak macam baru menang kes lepas tumbuk pendakwa terhadapnya, bertubi-tubi.

Ok ok, sebenarnya dia baru je menjalani pembedahan untuk membaiki ligamen (alah, tak drama kungfu la macam ni). Tapi ni bukanlah kali pertama Lim Guan Eng tercedera macam ni sebab dia baru je menjalani pembedahan jari tahun lepas.

Mungkin sebab banyak sangat menunding jari terhadap pihak lain? Itu gurauan mesra dari kami.

2. Kes ni ambil masa DUA tahun, yang sepatutnya tak lama macam ni

Selain tu juga, Fahri bagitahu kitorang berapa lama (biasanya) sepatutnya sesebuah kes tu akan bertahan:

“Jadi, lebih mudah untuk kita katakan berapa lama kes seperti itu bertahan – antara satu tahun hingga satu setengah tahun. Kenapa? Kerana kes jenayah tidak perlu terlalu lama, jika dapat dielakkan – orang yang dituduh tidak harus terancam dengan pertuduhan yang tergantung terhadapnya terlalu lama. “

Tapi nampaknya kes ni dah DUA TAHUN!

Ia bermula pada 2016, iaitu apabila ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes banglo tu. Kes tu disiasat oleh SPRM yang kemudiannya menyebabkan kedua-dua Guan Eng dan Phang dapat pertuduhan rasuah. Mereka yang sebelum tu didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Timeline kes ni panjang snagat sampai kitorang kena potong kes ni separuh je sebab tak muat. Screengrab dari NST

Walaupun kitorang mungkin ada tertinggal timeline tahun 2017, tapi ada laporan pasal kes tu pada tahun yang sama. Kebanyakannya adalah macam mana mahkamah menangguhkan perbicaraan untuk membenarkan Guan Eng dan Phang mengemukakan rayuan. Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan yang menyatakan Guan Eng adalah sebab di sebalik kelewatan percubaan dengan mencabar SPRM sebagai tidak berperlembagaan dan bukannya membenarkan kes mahkamah diteruskan.

Dan kes diteruskan pada minggu lepas apabila kedua-dua mereka dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan mereka. Tapi, kenapa kes ni ambil masa yang sangat lama?

Kalau takde kalender kena kira macam ni la. Gif dari WordPress.com

Fahri kemudiannya bagitahu kitorang yang mungkin takde kerangka waktu (timeline) untuk berapa lama kes biasanya perlu diambil untuk membuat kesimpulan. Ini disebabkan pelbagai faktor macam bukti yang diperlukan, saksi, mahkamah, penasihat, pendakwa dan peguambela (sebab diorang banyak lagi kerja lain nak kena buat). Sebab tu la, dengan siasatan dan penangguhan percubaan dalam kes banglo, mungkin sebab tu la masa kes ni jadi panjang.

Walaupun kes ni berlangsung selama dua tahun…

3. Guan Eng dibebaskan separuh jalan melalui perbicaraan

“Dalam kes Guan Eng, perbicaraan terhadapnya tak lengkap, tapi Peguam Negara (AG) sendiri membuat permohonan untuk menarik balik pertuduhan itu (sebab tak cukup bukti). Tapi Hakim pula kemudian memutuskan untuk membebaskan Guan Eng.” – kata Fahri kepada CILISOS.

Jadi… apa makna sebenarnya?

Pembebasan, atau perbuatan menetapkan seseorang bebas dari tuduhan yang dituduh, biasanya dilakukan pada akhir kes pendakwaan atau penahanan. Ini sebenarnya salah satu kaedah untuk menggugurkan kes. Terdapat juga kaedah lain seperti;

  • Pembebasan dan pelepasan
  • Sabitan dan hukuman
  • Dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA)

Dalam kes banglo ni, walaupun Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud memohon DNAA, Hakim bersetuju dengan peguam Guan Eng, Ramkarpal Singh yang meminta pembebasan sepenuhnya.

Ni la aliran kes mahkamah kat Malaysia. Imej dari Justice Audit Malaysia

Seseorang hanya boleh dibebaskan apabila tertuduh tidak melakukan jenayah bergantung kepada bukti, saksi dan hujah, antara lain la. Fahri juga sebut yang kaedah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) boleh diberikan, tapi kalau Hakim kata tertuduh boleh dilepaskan dan dibebaskan, maksudnya boleh la. Ini berdasarkan Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah;

“(3) Pelepasan sedemikian tidak boleh dibebaskan melainkan jika Mahkamah mengarahkannya.”

Tapi macam mana Guan Eng boleh dilepaskan macam tu?

4. Ok, dia mungkin dilepaskan dengan mudah sebab percubaannya juga mudah

Kita dapat tengok pelbagai reaksi terhadap kes ni. Tapi salah satu daripada reaksi datang dari Jamal Yunos yang terkenal dengan gimik dia, pernah mintak Peguam Negara gugurkan segala pertuduhan terhadapnya. Dia juga puji Peguam Negara ni baik sebab boleh tolong orang macam Rafizi Ramli, Lim Guan Eng dan Tony Pua, antara yang berjaya bebas dari pertuduhan diorang. Kalau macam tu, Jamal pun ada harapan untuk bebas la ye?

Tapi malangnya, jawapannya adalah tak dan menggambarkan prinsip umum di mana semua orang yang disabitkan tak boleh dibenarkan untuk dibebaskan di pertengahan jalan melalui perbicaraan. Kitorang pun tanya kepada Fahri pasal perkara ni dan dia kata;

“Keputusan itu oleh Peguam Negara dan Hakim berdasarkan pada fakta aneh dalam kes Guan Eng.”

*gulp* Imej dari NST

Apa yang dimaksudkan oleh Fahri dengan fakta aneh pula adalah tentang kesukaran untuk membuktikan yang Guan Eng tahu pasal harga yang dibayar untuk banglo tu. Dan nampaknya, ia adalah berdasarkan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sebuah lagi sumber berita mendakwa sebaliknya, iaitu tuduhan terhadap Guan Eng dan Phang jatuh setelah bukti baru timbul semasa pemeriksaan balas terhadap pendakwaan saksi. Datuk Mohamad Hanafiah Zakariah, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk melihat bukti ni dalam sudut yang baru.

“Jabatan Peguam Negara selepas menilai kes itu (selepas menerima Representasi Guan Eng) memutuskan bahawa mereka tidak akan berjaya membuktikan kes prima facie. Kes prima facie adalah apa yang pihak pendakwa mesti tubuhkan terhadap tertuduh sebelum mereka boleh disabitkan. “- kongsi Fahri.

Prima… apa?

Tapi… ni Prema. Imej dari 123rf

Bayangkan korang jumpa seseorang tapi pertama kalinya. Tanggapan pertama yang korang buat melalui rupa, pemakaian yang dipakai dan cara diorang bawa diri. Ciri-ciri ni adalah bukti, manakala tanggapan pertama yang dibuat pula adalah prima facie. Dan prima facie hanya akan ditubuhkan apabila bukti yang dibentangkan sebelum perbicaraan untuk membuktikan kes tu adalah sah dan mencukupi, kecuali kalau ia bercanggah.

Oleh itu, Jabatan Peguam Negara mungkin dah nampak yang mereka takkan berjaya membuktikan kes prima facie kerana;

  • ketidakupayaan untuk membuktikan yang Guan Eng tahu tentang nilai pasaran banglo
  • kedua-dua Guan Eng dan Phang menyatakan yang pembelian tu dibuat berdasarkan kehendak-pembeli, penjual yang bersedia

Tapi kalau ye pun, kenapa dipanjangkan sampai dua tahun?

Fahri menjelaskan, mungkin ada pertimbangan politik yang mungkin masuk ke dalam keputusan ni. Sebenarnya, bukan Fahri sorang je yang berpendapat sebegitu.  Pengarah Pemantau Anti Rasuah (C4), Cynthia Gabriel, menyebut:

“Sama ada Peguam Negara terdahulu dipaksa untuk mendakwa tuduhan di mahkamah, atau sistem itu sentiasa disusun untuk memihak kepada kerajaan yang sedia ada.” – terang Cynthia mengenai ‘peristiwa yang membingungkan’ dan bagaimana keputusan hakim menegaskan perlunya penjelasan lebih awal tentang pertuduhan terhadap Guan Eng.

5. Satu-satunya orang yang boleh merayu untuk kes ni ialah seseorang yang tak terlibat dengannya

Dan dengan semua perkara yang kita bicangkan sebelum ni, nampaknya ada sebutan rayuan yang hanya boleh dibuat oleh Peguam Negara… walaupun dia tak terlibat dengan kes itu. Peguam Negara juga meletak jawatan dari kes ni (tapi ditarik balik) lebih kurang pada bulan Ogos tahun ni.

Bagaimanapun, seorang peguam kanan menyeru pihak pendakwaan untuk buat rayuan bagi kes ni walaupun dia tahu cuma Peguam Negara je yang boleh buat.

Tommy Thomas yang banyak kali disebut-sebut tahun ni. Imej dari The Malaysian Insight

Jadi kitorang sekali lagi tanya Fahri kalau ada kemungkinan untuk sesiapa merayu kes ni. Dia jawab,

“Saya meraguinya. Kedua-dua parti tidak mempunyai minat untuk merayu. Peguam Negara pula mesti takkan merayu sebab mereka yang merayu untuk menarik diri. Guan Eng pun takkan merayu sebab ia bermakna pertuduhan masih tergantung di atasnya. Dia mempunyai keputusan terbaik yang boleh dia dapat.”

Perkara yang paling penting adalah untuk mengetahui ada “checks and balances”

Ada sesetengah orang mengatakan badan kehakiman dianggap semakin lemah sejak zaman Tun M. Nak nak pula masa dia didakwa memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh pada tahun 1988 (tapi Tun M menafikannya). Tak pun masa Anwar Ibrahim didakwa dengan tuduhan liwat dan dihumban ke penjara untuk membatalkan kelayakannya daripada bertanding pilihan raya. Dan persepsi tu juga nampaknya masih teruk dalam tempoh lapan tahun yang lepas.

Klik untuk baca pasal kes pemecatan Tun Salleh Abas.

Walaupun Malaysia buat pertama kalinya mempunyai kerajaan baru selepas kemerdekaan sejak 1957, tak semua orang rasa benda yang sama. Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi apa yang seluruh rakyat Malaysia harapkan adalah kerajaan baru sepatutnya jadi lebih baik daripada kerajaan sebelum ni. Malah, sistem yang diharapkan boleh memberikan harapan baru di mana rakyat bebas bersuara dan undang-undang perlu diterapkan secara adil kepada semua.

“Ada yang meragui niat Mahathir untuk membuat perubahan kepada sistem politik. Lagipun, beliau la yang menjadi pemula kepada proses membina semula pembangunan institusi ni, yang akhirnya membuka jalan untuk penyalahgunaan kuasa oleh penggantinya.

Selain tu, sudah tiba masanya untuk melihat ke luar keperibadian kepada institusi yang boleh bertindak sebagai checks and balances kepada pemimpin politik yang berkuasa, walau siapa pun mereka. Demokrasi yang teguh bergantung pada institusi yang kuat dan bukan keperibadian yang kuat. ” – South China Morning Post.