5 menteri ni sama muka macam watak anime? Yang last ni mesti korang terkejut

Tahun ni je, kita dapat melihat pelbagai kontroversi, konflik dan perubahan politik Malaysia. Daripada kontroversi yang berlaku semasa sidang Dewan Rakyat pada bulan Julai lepas sampai la kisah Tun M mengatakan Perdana Menteri tak boleh jadi jutawan.

Ye, kami faham korang dah penat dengan segala konflik atau kontroversi dalam politik di Malaysia. Kita juga boleh melihat ramai orang tengah mengalami tekanan kerana pelbagai masalah hidup yang dihadapi.

Takpe, bagi hilangkan sedikit stress korang tu kami bawakan:

Anda sudah bersedia? Imej dari imgflip.

Yang pertama…

1. Zahidi yang mukanya sama seperti Kizaru si laksamana Marines

Amacam, sama tak? Imej dari Asap Land & Bebas News.

Kami rasa korang sendiri sudah tahu yang dia ni mula naik selepas isu Veveonah. Mana yang tak kenal lagi, namanya Datuk Zahidi bin Zainul Abidin dan beliau merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Padang Besar.

Okaylah, kalau masih ada yang terlupa mengenai isu beliau dengan Veveonah, mari kami ingatkan balik. Sebelum ni, viral seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah bernama Veveonah Mosibin yang sanggup memanjat pokok demi mendapatkan line internet untuk menjawab peperiksaan.

Namun, Veveonah ni telah dituduh menipu oleh Zahidi menerusi kenyataannya di Facebook. Selepas mengetahui bahawa Veveonah memang legit ambil peperiksaan tu, Zahidi telah memohon maaf atas kenyataan yang diberikan.

“Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti. Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi.” – Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, dipetik dari Sinar Harian.

Semasa isu ni tengah hangat diperbincangkan, ramai orang membuat troll mukanya sama seperti Kizaru (kalau nak tahu siapa Kizaru ni, kena teruskan baca).

Oh ye lupa lak, kalau korang tak kenal lagi siapa Kizaru ni, dia merupakan watak anime dalam siri One Piece. Dia ialah seorang laksamana untuk Marines (sebuah kerajaan dunia) dan pemakan buah setan Pika Pika No Mi (kalau makan ni boleh dapat kuasa cahaya). Korang boleh tengok watak Kizaru ni dalam siri One Piece episod 400 (boleh tengok di sini).

Ni la kuasa Kizaru tu. Imej dari giphy.

2. Lim Guan Eng: Mukanya seringkali disamakan dengan Nobita

Hmm…nampak sama en. Imej dari The Straits Times & Doraemon Wiki.

Baiklah, sekarang ni kita tengok Lim Guan Eng pula. Kalau tak kenal lagi, beliau merupakan Ahli Parlimen Bagan dan sebelum ni pernah memegang jawatan Menteri Kewangan semasa PH memerintah.

Satu fakta yang mungkin korang tak tahu atau tahu, Lim Guan Eng pernah dijatuhkan hukuman penjara pada 1997 kerana didapati bersalah menyebarkan tuduhan terhadap Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Pada mulanya, hukuman asal beliau hanyalah denda maksimum RM5,000 untuk dakwaan hasutan dan RM10,000 untuk “berita palsu” tetapi tiada hukuman penjara.

Namun, selepas beberapa siri di Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Gopal Sri Ram menaikkan hukuman dari denda RM15,000 kepada penjara 36 bulan tapi dipendekkan kepada 18 bulan selepas membuat rayuan. Tapi sebenarnya beliau duduk penjara hanya 12 bulan sahaja.

Oh ye, orang Malaysia ni boleh dianggap kreatif juga la kerana membuat muka Lim Guan Eng seperti Nobita. Tak percaya? Korang boleh tengok gambar di bawah:

Kreatif kan? Imej dari ABAI.

3. Radzi Jidin merangkap cikgu Nobita

Nampak sama tapi bukan. Imej dari Dr Radzi Jidin & Doraemon Fandom.

Sebelum ini, Radzi Jidin selaku Menteri Kanan Pendidikan telah viral dengan isu penutupan sekolah last minute. Perkara ini telah membangkitkan kemarahan golongan ibu bapa kerana mereka terpaksa pergi ke balai polis minta surat untuk ambil anaknya di sekolah asrama.

Bukan itu je, beliau juga mengeluarkan kenyataan di mana kes buli di sekolah semakin berkurang pada tahun lepas. Hal ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana memang kes buli tak banyak kerana sekolah tutup.

Disebabkan perkara-perkara di atas ni la ramai orang troll Radzi Jidin dengan muka cikgu Nobita dalam siri Doraemon.

Baiklah, seterusnya…

4. Syed Saddiq: Ramai orang samakan dengan Saitama selepas potong tambut

Dua-dua licin. Imej dari iLike Buzz & Looper.

Disebabkan Ahli Parlimen Muar merangkap Pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah berjanji akan botakkan kepalanya #botakchallenge jika dia berjaya mengumpul RM200,000 untuk sumbangan 100 komputer riba.

Akhirnya, Syed Saddiq berjaya mengumpulkan lebih dari RM200,000 iaitu sebanyak RM383,000 dan beliau juga berjaya mengotakan janji botaknya. Peristiwa membotakkan kepalanya telah ditayangkan pada waktu perdana di Astro Awani.

Sejak itu, ramai orang mula menyamakan mukanya dengan Saitama iaitu watak utama dalam siri One Punch Man. Kalau korang tak tahu lagi, Saitama merupakan seorang manusia yang mempunyai kuasa tumbukan yang kuat, dengan hanya sekali tumbuk dia dah boleh mengalahkan musuh.

Hmmm…hebat juga editing orang Malaysia ni. Imej dari Lahhamid.

5. Rina Harun: Netizen samakan dengan Doraemon

Hmmmm? Imej dari Finance Twitter.

Ingat lagi tak masa awal-awal PKP haritu, media sosial Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengeluarkan satu infografik “Kebahagian rumah tangga dibina bersama”. Dalam infografik itu, ada tertulis:

“Jika melihat pasangan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak kita, elakkan dari berleter – gunakan “humorous” seperti “cara sidai baju macam ni lah sayangku” (tiru nada Doraemon dan diikuti dengan gelak manja!).” – petikan dari infografik KPWKM.

Hal ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia dianggap tidak masuk akal. Lepas je infografik ni dikeluarkan, ramai orang troll Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun dengan Doraemon.

Dekat luar negara pun ada juga yang troll pemimpin

Sebenarnya troll menteri atau pemimpin ni bukan ada di Malaysia saja, kat luar negara pun ada. Akan tetapi, ia lebih kritikal dan sarkastik kalau dilihat. Tak percaya?

Okay, korang pernah tengok anime Gintama tak? Kalau tak tengok takpe, meh kami jelaskan. Dalam season terbaru Gintama pada 2015, mereka pernah troll ahli politik Jepun di mana mereka mengadaptasikan balik sidang media seorang ahli politik, Ryutaro Nonomura.

Kalau korang nak tahu, Ryutaro Nonomura ni pernah dituduh menggunakan duit rakyat untuk bercuti. Jadi, Ryutaro pun membuat sidang media dan memohon maaf sambil menangis-nangis.

Nah, kami letak video tu kat sini:

Oh ye, kalau kami terlepas pandang ke apa en, mana la tahu sebenarnya ada banyak lagi menteri yang sama macam watak anime atau kartun, korang boleh kongsi di ruangan komen ye!