Setelah 2 tahun Adun PKR Dr Norlela bersuara tentang kilang haram, kenapa baru sekarang SPRM ambil tindakan?

(Artikel ini asalnya adalah versi Bahasa Inggeris, CILISOS)

Penahanan bekas Pengerusi FELDA, Isa Samad dan siasatan mengenai skandal Forex telah menyebabkan kita tak perasan ada satu lagi kes rasuah yang berlaku ni. Pada pagi 11 Ogos 2017, SPRM telah menyerbu pejabat Phee Boon Poh, Penge­rusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang.

Pada hari yang sama, Phee Boon Poh turut ditahan berkaitan dua surat ditandatanganinya. Dalam surat dilaporkan tertulis supaya tak perlu tindakan ke atas operasi beberapa kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Pulau Pinang.  Selain ditangkap, SPRM jugak buat permohonan kepada Mahkamah Majistret untuk melanjutkan penahanan reman terhadap Phee, tapi Mahkamah Tinggi menolaknya.

Phee diluar mahkamah. Imej dari The Malay Mail Online.

Jadi atas sebab apa exco ni ditangkap? Adakah exco dan Kerajaan Pulau Pinang secara rahsia melindungi kilang-kilang haram yang beroperasi?

Selama 15 tahun, kilang tu telah memberi kesusahan kepada orang kampung

Asap dari habuk kayu yang dibakar. Imej dari NST.

Siasatan terhadap isu kilang ini telah dijalankan oleh SPRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Apa yang menjadi masalah pasal kilang ni adalah sebab ia mengeluarkan gas karbon yang aktif serta beroperasi secara haram (tanpa permit/lesen) sejak tahun 2002. Kilang tersebut turut dikatakan melanggar dua undang-undang Alam Sekitar:

  1. Tiada sistem pengawalan udara
  2. Beroperasi secara haram di tanah pertanian.

Gas karbon dan asap yang dikeluarkan adalah hasil dari pembakaran habuk kayu. Isu ni mula bangkit selepas ada aduan dari orang kampung yang tinggal berdekatan kilang. Mereka risau kalau asap tu akan bagi kesan kepada kesihatan penduduk.

“Orang kampung telah menderita dengan pencemaran yang dilakukan oleh kilang sejak beberapa tahun. Kami sudah buat aduan banyak kali kepada pihak berwajib hingga kami hampir meyerah kalah. Jadi, kami mengalu-alukan mana-mana tindakan…” – Ketua Persatuan Penduduk, Tan Sing Lee, petikan dari New Straits Times

Pening braderrr, hari-hari makan asap. Sumber dari Giphy.

Selepas sahaja semua tangkapan ni berlaku, akhirnya kilang itu ditutup oleh Jabatan Alam Sekitar. Pengarah kilang, Edmund Gan Eu Long, (37 tahun) dan bapanya Gan Buck Hee, (70 tahun) selaku pengurus kilang turut ditahan bersama Phee.

Apa yang peliknya, sebelum ni orang kampung dah buat aduan sejak sekian lama takkan tak ada yang dengar? Tapi, sebenarnya ada…

ADUN PKR dah bawa isu ni sejak 2 tahun lepas dan sekarang dia diserang oleh rakan sendiri

Wajah senyuman Dr. Norlela. Imej dari Utusan.

Isu kilang ni telah dibangkitkan oleh ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin dari PKR pada September 2015. Bantahan tu turut bersama dengan petisyen yang ada tanda tangan sebahagian 170 penduduk. Petisyen ni telah dihantar kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Datuk Maimunah Mohd Sharif, Presiden Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) waktu tu. Malangnya, Dr. Norlela telah diserang oleh orang-orang partinya sendiri dan parti gabungan yang memanggilnya sebagai perancang terhadap serbuan kilang tersebut.

“Orang cakap kenapa tak tunggu sampai PRU ke-14 untuk buat aduan, saya telah membangkitkan isu ini sejak 2015, sementara kilang tersebut sudah beroperasi secara haram sejak 10 tahun. Ianya sangat menyedihkan apabila saya sekarang dilayan seperti penjenayah, musuh orang awam nombor satu.” – Dr. Norlela Ariffin petikan dari Malay Mail Online

Walaupun Anwar Ibrahim sendiri mengakui siasatan SPRM adalah munasabah, Dr. Norlela dan keluarganya telah menerima perlbagai ancaman sebab kejadian ni. Disebabkan tak tahan, dia telah membuat laporan polis.

Cara menyiasat yang rare. Sumber dari Giphy.

Tapi beberapa perbincangan telah berlaku selepas penyerahan petisyen tersebut. Bagi menjawab isu kilang haram tu, Kerajaan Pulau Pinang telah mendedahkan minit mesyuarat untuk setiap mesyuarat berkaitan kilang haram ni sepanjang tahun 2015. Tujuan pendedahan ni bagi membuktikan Phee Boon Poh telah menjalankan tugasnya sebagai Exco Alam Sekitar. Mesyuarat tu juga turut disertai Phee Boon Poh dan Dr. Norlela Ariffin sendiri serta wakil dari MPSP dan Jabatan Alam Sekitar.

“Ketika mesyuarat, wakil Jabatan Alam Sekitar menyatakan secara jelas yang mana mereka telah melawat kilang tersebut dan tak menemui sebarang pencemaran kerana ia mempunyai atap untuk mengelak sebarang asap dari terkeluar.” – Phee Boon Poh, petikan dari The Malay Mail Online.

Tetapi, Jabatan Alam Sekitar bertegas di mana kilang tu kena bayar denda sebab beroperasi tanpa permit. Diorang juga dicadangkan supaya membuat permohonan permit atau bakal berhadapan tindakan undang-undang kalau berdegil. Beberapa bulan selepas mesyuarat tu, satu post Facebook dari Dr. Norlela Ariffin menunjukkan MPSP hantar dua notis kepadanya. Notis tu bagitahu, kilang tu akan dirobohkan sebab masih tak ada lesen yang mana membuatkan Phee menulis beberapa surat kepada MPSP.

Tapi kenapa kilang tu tak ditutup sejak dulu lagi kalau dah tahu tak ada lesen?

Berdasarkan post Facebook yang sama, ia menyatakan yang Jabatan Alam Sekitar menghantar notis kepada MPSP sebelum mesyuarat berlangsung. Dalam notis tu jugak, nampak percanggahan dengan minit mesyuarat yang didedahkan sebelum ni yang menyatakan kilang tu selamat. Dalam notis ni menyatakan kilang tersebut menyebabkan pencemaran kerana mereka menggunakan cara lama dan mereka memasang sistem pengawal pencemaran yang tak sesuai.

Surat Jabatan Alam Sekitar kepada MPSP. Imej dari Thirdforce.

Tapi perlu diberi perhatian yang mana notis yang cakap kilang tu tak selamat telah dikeluarkan sebelum diorang semua buat mesyuarat. Jadi mungkin kilang tu dah pasang sistem yang sesuai hingga menyebabkan Jabatan Alam Sekitar telah mengubah penilaian selepas melawat kilang tu sendiri. Itu semua pasal notis. Apa yang paling penting, kenapa Kerajaan Pulau Pinang ambil masa terlalu lama untuk ambil tindakan dan kenapa kilang tersebut masih lagi tak ada lesen sampai sekarang?

Berdasarkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng, kilang haram tu adalah warisan yang ditinggalkan kerajaan BN negeri. Selain tu, polisi kerajaan Pulau Pinang sedia ada juga telah menghalang sebarang perobohan kilang haram yang dibina sejak  2008 sebelum Pakatan Rakyat memerintah. Sebab tulah, kerajaan negeri masih mencari jalan untuk menjadikan perniagaan haram ini sah disisi undang-undang.

“Kami telah mencari jalan untuk menjadikan ianya sah, tetapi kami telah tersepit ditengah jalan. Kami akan dikritik jika merobohkannya dan turut juga dikritik jika tak merobohkannya.” – Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng, petikan dari The Star.

Kenapa masih beroperasi? Imej dari TV14

Apa yang menyedihkan, ada juga aduan yang mengatakan kilang tersebut menyebabkan 12 orang yang tinggal berdekatan menghidapi penyakit kanser. Tapi, Pejabat Kesihatan Daerah kemudiannya mengesahkan bahawa kanser yang dihidapi penduduk tak ada kaitan dengan aktiviti kilang tersebut.

“Semua pesakit kanser tak pernah langsung bekerja di kilang itu sebelum ini dan lokasi kilang itu agak jauh di luar bandar. Sebab itu, kita tak boleh menentukan dengan tepat bahawa kilang itu menjadi penyebab kanser.” – Petikan dari minit mesyuarat Pusat Daerah Seberang Perai pada bulan September, petikan dari The Star.

Mereka yang menjadi pesakit kanser adalah penduduk yang berumur 41 hingga 85 tahun. Apa yang mengejutkan, orang yang kedua belas yang dikatakan menjadi pesakit kanser sebenarnya tak hidap pun penyakit tu. 

Tak tahulah apa punca sebenar. Sumber dari Giphy.

Tapi masih ada lagi satu misteri yang belum diselesaikan…

Portal media keluarkan berita mengenai RM2 juta milik Phee Boon Poh yang dibekukan

Sementara skandal ni masih berterusan, media berita ada juga membocorkan cerita mengenai RM 2 juta milik Phee Boon Poh yang telah dibekukan oleh SPRM. Phee menafikan yang dia mempunyai duit sebanyak tu dan turut mengancam untuk mengenakan saman kepada media yang mengeluarkan berita palsu tersebut. Sebabnya tak ada seorang pun yang hubungi dia untuk pengesahan.

“Saya tak dimaklumkan oleh SPRM yang mana akaun saya telah dibekukan.” – Phee Boon Poh berkata di Press Conference, petikan dari Malaysiakini.

Phee peluk Lim Kit Siang lepas selesai semuanya. Imej dari The Malay Mail Online.

Kami cuba mencari berita palsu itu di dalam mana-mana media yang ada siarkan. Apa yang peliknya, semuanya hilang dan link yang masih ada  pun bila kami buka ia tulis ‘404 error’ atau pun ‘Access Denied.”

Banyak betul kita dengar serbuan yang SPRM buat, tapi betul ke ianya berjaya?

Walaupun isu kilang haram masih belum diselesaikan, SPRM ada membuat serbuan lain di Universiti Selangor (Unisel) berkaitan rasuah jugak. Jadinya, memang banyak kita dengar SPRM buat tserbuan dan tangkapan, tapi, betul ke SPRM ni dah berjaya menghentikan rasuah dalam beberapa tahun?

Pada tahun 2012, SPRM berjaya menyelesaikan 75% dari kes-kes yang dilaporkan. Setahun kemudian, mereka berjaya menyelesaikan 82% dari 967 kes yang mereka siasat. Pada tahun 2014 pulak, mereka menyelesaikan 85% dari 919 kes yang mereka buka dengan 78% dikenakan hukuman dan 13 juta saman dikeluarkan oleh mahkamah. Nampaknya, SPRM sememangnya berjaya menyelesaikan beberapa kes sepanjang tahun dengan diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Dzulkifli Ahmad yang memaparkan senarai mingguan kes.

Kakitangan Kerajaan Pulau Pinang ketika lafaz Ikrar Bebas Rasuah di depan SPRM. Imej dari FMT.

Walaupun dengan kerja-kerja yang SPRM buat, Ragunath Kesavan (Presiden Bekas Peguam) telah meminta SPRM supaya menerangkan polisi SPRM berkaitan permberitahuan kepada media mengenai penahanan dan tangkapan. Sebabnya kalau orang yang terlibat dengar ada geng dia kena tangkap, jadinya…

“Siasatan berprofil tinggi akan rosak kerana orang lain yang terlibat dengan kes itu akan mendapat amaran dan mungkin mereka akan memusnahkan keterangan dokumen.” – petikan Free Malaysia Today.

Dari perkara ni akan menimbulkan beberapa persoalan penting. Antaranya, perlu ke SPRM mengumpul dahulu bukti-bukti sebelum menahan suspek dan membawa mereka ke mahkamah? Apa tujuan penangkapan suspek yang mana beberapa hari kemudian diepaskan tanpa sebarang dakwaan? Mungkin benar kata Presiden Majlis Peguam yang mana dokumen sudah dimusnahkan?

Bila orang tanya mana dokumen tu?

Walapun macam tu, kita harap SPRM akan mengurus kes ni sebaiknya dan membawa sesiapa yang bersalah ke muka pengadilan. Sebab kalau rujuk skor indeks rasuah Malaysia, kita ada dalam gred yang dikira lulus. Jadi kalau dalam ujian tak ada lah gagal ke apa. Tapi kena improve-lah.

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT