Wanita & Keluarga

5 kelebihan kat Selangor semenjak pimpinan kerajaan PKR

UPDATE 27 Mac 2017: Sultan Selangor ucap tahniah pada Azmin Ali yang memperkenalkan Skim Peduli Sihat dan Peduli Siswa dengan tumpuan khusus kepada golongan B40 dan mahasiswa. Merupakan negeri pertama memperkenalkan skim biayaan untuk kesihatan, baginda turut mengucapkan tahniah kepada Memanda Dato’ Menteri Besar yang terus tampil dengan idea-idea baru.

Sejak awal bulan Februari lagi, kecoh satu Malaysia pasal permohonan BR1M yang gagal sampai ramai yang spam FB Najib Razak dengan #br1m. Tak kurang juga rungutan lain yang masih lagi menunggu walaupun dah diluluskan.

Selain daripada BR1M, korang rakyat Selangor tahu tak yang kerajaan negeri ada macam-macam peruntukan sendiri untuk rakyat mereka?

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2010 hingga 2014, Selangor merupakan penyumbang terbesar untuk Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia iaitu sebanyak 22.4%, iaitu yang tertinggi kalau nak dibandingkan dengan negeri lain.

Untungla orang Selangor~~~

Menurut ucapan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali masa kat The Selangor Smart City International Conference 2016, Selangor juga sekarang berusaha ke arah menyertai barisan ‘Smart State’ di peringkat global. Katanya, Selangor akan setanding dengan negara maju yang lain menjelang 2025.

Ok jom kita tengok satu-satu kelebihan yang diberikan kepada rakyat Selangor yang korang mungkin terlepas pandang, bermula dengan…

1. Akses internet untuk seluruh rakyat Selangor dengan Wifi Selangorku

Nak cari hotspot jap. BRB. Gif dari giphy.com

Salah satu inisiatif kerajaan Selangor menuju ‘Smart City,’ adalah menyediakan servis wifi hotspot kat lebih kurang 300 lokasi yang terpilih seluruh negeri Selangor ni menggunakan pembekal syarikat telekomunikasi Celcom Axiata dan TM Berhad.

Wifi Selangorku Hotspot yang ada di seluruh Negeri Selangor. Imej dari Google Maps

Klik sini kalau nak tahu Macam mana nak connect dengan wifi Selangor.

Dilancarkan pada 10 April 2010 dengan nama Wireless City Selangor, wifi ni dinaiktaraf jadi Wifi Selangorku pada tahun 2015. Dalam tinjauan kami tentang Wifi Selangorku ni, kami dapati kebanyakan orang pernah dengar pasal wifi ni. Tapi, sejauh mana pulak keberkesanannya?

“Pernah dengar dan pernah je nampak connection available dalam phone, tapi tak pernah dapat connect. Masa tu duduk dekat Damansara Damai” – Hana, intern Soscili

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

“Tak pernah dengar pulak. Macam mana nak connect ni?”- Nurul, pelajar praktikal Arkib Negara dalam interview dengan Soscili

“Pernah sekali tu ada la juga cuba connect kat laptop. Tapi, tak boleh boleh nak connect. Mungkin pihak kerajaan (Selangor) kena bagi perhatian sikit la pasal hal ni.”- Razak, pekerja bank, dalam interview dengan Soscili

Daripada banyak komen yang kami dapat, ramai yang tak puas hati sebab Wifi ni slow sangat, so dorang guna data masing-masing je.

2. Servis pengangkutan Bas Selangorku

Fancy juga kaler dia, dari jauh dah boleh tahu Bas Selangorku. Imej dari infokereta.com

Dilancarkan pada 1 Julai 2015, Bas Selangorku ini boleh didapati di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Laluan boleh dilihat di sini.

Perkhidmatan bas pulak bermula seawal 6 pagi sampai 10 malam, dengan kekerapan setiap 15 minit. Kiranya ini satu peningkatan yang baik nak dibandingkan dengan perkhidmatan bas awam yang selalunya kita naik sebelum ni.

Korang jangan buat perangai macam ni pulak naik Bas Selangorku. Gif dari cheezburger.com

Dalam tinjauan kami, yang naik bas ni selalunya warga asing. Boleh ke? Kata untuk warga Selangor je?

“Memang kita ada terima aduan sebahagian penumpang adalah warga asing, namun perkara tersebut bertepatan dengan prinsip asas kerajaan negeri iaitu menyediakan perkhidmatan ini kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi menampung kos sara hidup. Orang ramai perlu menerima hakikat bahawa warga asing juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan negeri ini,” -Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali , menerusi Sinar Online

3. Kediaman ekonomi bersama Rumah Selangorku

The Simpsons bersama ‘Rumah Selangorku’. Imej dari thesimpsonshome

Dulu SOSCILI pernah tulis artikel pasal tips nak beli rumah, termasuklah cara nak kira rumah macam mana korang mampu mengikut gaji. Menurut pakar, jumlah loan rumah yang korang bayar setiap bulan tak boleh lebih daripada satu pertiga gaji.

Untuk rakyat Selangor, kerajaan negeri ada perkenalkan Dasar Perumahan Negeri Selangor dengan tema “Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna”. Malah Rumah Selangorku ni lagi murah daripada Rumah PR1MA yang Kerajaan Persekutuan buat. Menurut laman web PR1MA, harga yang ditawarkan bermula dari RM100 ribu sampai RM400 ribu. Rumah Selangorku pulak bermula daripada RM42 ribu ke RM250 ribu.

Rumah Selangorku ni dibangunkan untuk golongan isi rumah yang berpendapatan rendah sampai la sederhana rendah, menggantikan dasar rumah kos rendah.

Kalau ikut pada perkiraan ni, nampaknya macam masih mampu milik lagi. Imej dari kopiandproperty.com

Nak daftar untuk Rumah Selangorku boleh klik sini. Nak check kelayakan pulak, boleh klik sini. Harga setiap rumah pulak bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan tambahan yang disediakan.

Setakat ni, kami tak jumpa lagi sumber ataupun komen orang awam pasal kejayaan projek ni, mungkin sebab projek ni masih baru diperkenalkan. Kami cuma jumpa satu page FB Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang kurang aktif dari segi info pasal pelaksanaan penuh dan sambutan yang diterima setakat ini.

4. Kad Perubatan Percuma Untuk Rakyat Selangor

Imej dari panduankini.com

 

 

Dalam pembentangan Belanjawan 2017 kat Dewan Undangan Negeri Selangor awal tahun ni, kerajaan Selangor peruntukkan RM125 juta untuk pelaksanaan Kad Perubatan Skim Peduli Sihat Selangor.

Kad ini bertujuan untuk membantu rakyat yang kurang mampu untuk mendapatkan rawatan dan perubatan, terutamanya dalam hal-hal kecemasan. Contohnya kalau sakit tengah-tengah malan, nak pergi klinik kerajaan macam klinik 1Malaysia pun dah tutup. Jadi korang boleh guna kad ini untuk pergi ke mana-mana hospital Selangor yang masih dibuka.

Sakit tidak berbau. Gif dari giphy.com

Kad Perubatan Peduli Sihat ni ada dua kategori: Yang pertamanya untuk individu yang berumur 21 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan. Had gunaan kad ni biasanya RM50 setiap kali rawatan. Nilai dalam kad tu pulak ialah RM200, so kira-kira dalam setahun korang boleh guna untuk emergency empat kali je.

Untuk kategori keluarga pulak, yang layak dapat kad ni ialah suami atau isteri yang ada anak kurang daripada 21 tahun. Kalau yang dah lebih umur tu macam biasa la boleh apply kad Peduli Sihat untuk individu. Sama macam kad individu tadi, had gunaan setiap kali ialah RM50, tapi sebab satu kad untuk satu keluarga, nilai dia banyak sikit, RM500 setahun.

Mungkin bunyi dia tak banyak sangat macam kad kesihatan yang lain, tapi sekurang-kurangnya boleh la jugak tampung rawatan beberapa kali untuk setahun.

Boleh pergi dekat link ni untuk sebarang info dan kalau nak mohon, boleh isi borang kat sini.

UPDATE 22 DISEMBER 2017: Mulai tahun depan, Kad Peduli Sihat akan ditambahkan dengan suntikan vaksin Pneumokokal secara percuma. Suntikan ni adalah salah satu usaha pencegahan jangkitan paru-paru untuk anak-anak.

5. Peruntukan lain untuk rakyat dari Yayasan Negeri Selangor (YAWAS)

Selain daripada kemudahan dari segi servis yang disediakan, rakyat Selangor juga boleh dapat bantuan peribadi atau skim dan macam macam lagi daripada Yayasan Negeri Selangor. (Baca: DUIT)

Antara skim yang disediakan ialah:

i) Kerajaan Negeri Selangor tubuhkan TAWAS, iaitu singkatan daripada Tabung Warisan Anak Selangor. TAWAS, antara program terawal dalam Inisiatif Peduli Rakyat (yang sebelum 2017 dikenali sebagai MES: Merakyatkan Ekonomi Selangor). Anak kelahiran Selangor yang layak boleh dapat duit sebanyak RM1,500 bila mencapai usia 18 tahun. Program ini disertakan sekali dengan khairat kematian.

ii) Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian sebagai menghargai warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. Ia adalah pemberian istimewa kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak.

iii) Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR) ini dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah yang dihantar ke TASKA atau Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan yuran tu tak dapat kat ibu bapa, tapi disalurkan terus dekat taska atau nurseri. Boleh apply kat sini.

iv) Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS). Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai, tapi dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor. Boleh apply terus dekat link ni.

v) Insentif Perkahwinan Belia. Yes, kahwin pun dapat duit lagi! Tapi, macam biasa la, kena pastikan semua syarat permohonan lengkap, dan boleh check lagi kat sini pulak.

vi) Skim Kesihatan Wanita menawarkan skim pemeriksaan mammogram atau pemeriksaan X-Ray untuk mengesan peringkat awal kanser payudara secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun ke atas yang layak. Boleh dapatkan borang Mammosel kat sini.

Selain tu juga, anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah pun boleh dapat RM1K. Macam mana? Diorang mestilah melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan je, sama ada diploma atau ijazah sarjana muda. Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan Selangor untuk galakkan rakyatnya tak ketinggalan dari segi pembelajaran. Boleh mohon dekat sini.

Selangor people be like. Gif from tumblr.com

YAWAS ditubuhkan pada 5 Februari 2009, di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dulu dikenali sebagai Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, dan seterusnya disambung oleh kerajaan negeri Selangor yang sekarang ni, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali.

Bantuan harus dimanfaatkan sebaiknya

Semua bantuan untuk rakyat Selangor yang disebutkan tadi tu sebenarnya adalah antara idea yang pernah dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor sebelumnya, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau yang mulakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pada tahun 2008, dan dijenamakan semula sebagai IPR: Inisiatif Peduli Rakyat yang popular dengan #SmartSelangor.

Mungkin ramai yang terlepas pandang pasal sesetengah bantuan yang korang boleh dapat. Jadi korang kena rajin rajin la baca berita dan scroll sendiri dekat page Selangorkini atau yang berkaitan ok?

Artikel berkaitan:

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend