Pendidikan & Kesihatan

Betul ke OKU boleh dapat dapat layanan lain daripada segi undang-undang?

Pada pertengahan bulan Mac hari tu, satu negara kecoh apabila seorang remaja berumur 19 tahun telah memandu kereta yang berlawan arus di Pulau Pinang. Tindakan semberono dia ni telah menyebabkan accident dan traffic jam yang lama. Paling sedih, seorang lelaki berumur 26 tahun telah meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.

Beberapa hari kemudian telah keluar berita bahawa remaja tersebut adalah seorang OKU dan telah mengambil dadah jenis amphetamine, berita tersebut telah mengubah dinamik hukuman yang ‘sepatutnya’ dikenakan dan membawa kepada pelbagai spekulasi dari netizen.

Tekan sini untuk baca berita penuh. Gambar dari The Star.

Rupa-rupanya penggunaan dadah tersebut adalah normal untuk orang yang ada penyakit mental terutama sekali di kalangan pesakit Attention Deficit Disorder atau ADHD. Penyakit ni sering membawa masalah seperti aktif yang melampau atau mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian.

Jadi kami tertanya-tanya penyakit mental ni dikira sebagai OKU juga ke dan adakah ni bermaksud OKU mempunyai kekebalan dari undang-undang? Untuk fahami, kami telah menggali lebih mendalam dan apa yang kami jumpa sebenarnya agak meluas…

OKU bukan je dalam bentuk fizikal, malah juga mental

Gambar dari Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan.

Mengikut definisi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), OKU adalah mereka yang mempunyai kekurangan jangka masa panjang seperti fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi mempunyai halangan, boleh menyekat penuh penyertaan dan keberkesanan mereka dalam masyarakat.

Berpandukan JKM dan Suruhjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pula, OKU terbahagi kepada 7 bahagian:

  • Kurang upaya pendengaran
  • Kurang upaya penglihatan
  • Kurang upaya fizikal
  • Masalah pembelajaran (lembam)
  • Kurang upaya pertuturan
  • Kurang upaya mental
  • Kurang upaya pelbagai

So senang cerita OKU ni bukan je untuk orang yang hilang anggota kaki atau tangan, malah meliputi pelbagai kekurangan termasuklah mental. Asalkan ia mempunyai kesan jangka masa yang lama dan membawa masalah untuk berkomunikasi maka bolehlah dikategorikan sebagai OKU.

So kalau luka jatuh basikal tu tak kiralah. Gambar dari ctfand.com

Berdasarkan website SPA pula, kudung satu jari, mempunyai jari lebih, kurang sempurna cuping telinga tak dikira sebagai kekurangan upaya fizikal. Dan kalau ada yang tertanya-tanya, TAK, lesung pipit bukannya kecacatan. Untuk tau lebih mendalam tentang ciri-ciri OKU ni boleh tekan kat sini atau kat sini.

JKM menggalakkan orang yang memenuhi syarat untuk berdaftar sebagai OKU, kerana:

“Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan” – dipetik dari website JKM

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Berbalik kepada kes kemalangan yang kami cerita tadi, macam mana pulak seorang OKU boleh dapat lesen memandu?

OKU yang ada masalah lembam dibenarkan untuk membawa kereta

Kalau korang ada sticker OKU (yang sah of course) jangan lupa untuk tampal! Gambar dari faqar.blogspot.my

Untuk menjawab persoalan tersebut, kami telah bertanya dengan dua orang pelatih dalam kamar (chambering) mengenainya. Mereka berkata secara am, OKU atau pun tidak, yang disabit tetap boleh kena dakwa. Sebagai contoh, ada satu kes curi ni terjadi dan sepatutnya pesalah dikenakan hukuman 7 tahun. Melainkan kalau boleh dibuktikan bahawa pesalah tersebut tu gila, dia mungkin boleh terlepas atau dikurangkan hukuman.

“Kalau dia kantoi mencuri dan dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun, dia boleh buat rayuan untuk dikurangkan tempoh hukumannya.

Untuk dakwa seseorang masuk mahkamah (dalam kes contoh mencuri ni), kena ada dua benda iaitu ‘mens rea’ – niat dan juga ‘acpus reus’ – perbuatan tu sendiri. Tapi kalau pesalah terbukti yang dia tak waras, maka dia tak boleh didakwa.” – Jia Min, interview dengan SOSCILI

Tapi ini untuk kesalahan criminal je, bukan sivil:

“Kalau kesalahan sivil, tu lain sebab melibatkan kontrak, wasiat atau tort (etika). Tapi untuk kesalahan criminal, pegang kepada state of mind (kewarasan minda). Kalau orang tu waras walaupun cacat, dia tak boleh terlepas sebab dia masih boleh berfikir” – Jasmin Kwan, interview dengan SOSCSILI

Dan ini juga merangkumi jenayah yang berat seperti membunuh. Contohnya kalau seseorang tu memang terbukti dari segi klinikal bahawa dia adalah gila, ada kemungkinan besar bahawa dia boleh terlepas dari hukuman gantung sebab tak boleh bezakan antara betul dan salah.

Untuk lesen memandu pula, JPJ membenarkan OKU untuk membawa kenderaan terutama sekali yang ada kecacatan fizikal. Janji kena ada surat dari doktor dan telah membuat pengubahsuaian yang berkenaan dengan kecacatan tersebut.

Ni contoh pengubah suaian kereta, bukannya tukar exhaust atau pun letak enjin turbo. Tu pengubah suaian yang lain haha.

Manakala untuk OKU yang mempunyai masalah lembam, mereka dibenarkan untuk memandu kalau takde masalah mental, mempunyai IQ yang berpatutan, dan boleh buat keputusan yang rasional. Biasanya JPJ akan bagi ujian khas kepada OKU untuk memastikan mereka mampu membuat keputusan yang wajar.

“Ada sesetengah pemandu OKU ni lebih hebat dari pemandu yang waras dan lengkap tubuh badan. Mereka lebih banyak praktikan pemanduan pertahanan.”

“Saya lebih risaukan pemandu yang ada serangan sawan dan juga pemandu yang berada dibawah pengaruh” – pelatih JPJ, interview dengan Free Malaysia Today.

Bayangkanlah korang kena lalui hidup dengan keadaan yang berbeza dengan oran lain, bukan senang. Sebab tu gomen menggalakkan OKU supaya berdaftar agar mereka boleh dibantu.

Salah satu kelebihan register OKU adalah terkecuali daripada cukai jalan

Kepada yang plan atau dah register sebagai OKU, kerajaan akan kasi insentif atau pertolongan. Ia terbahagi kepada beberapa kategori dan setiap kategori ada kelayakan masing-masing, iaitu:

  1. Elaun Pekerja Cacat (EPC), iaitu pemberian wang sebanyak RM350 setiap bulan kepada pekerja yang cacat.
  2. Geran Pelancaran (GP), iaitu duit modal untuk membuka bisnes.
  3. Bantuan Alat Tiruan (BAT) untuk yang cacat fizikal. Kalau warga OKU tu tak cukup bajet, gomen akan tanggung penuh kos pembelian dan pemasangan anggota alat palsu.
  4. Untuk orang yang terlantar atau dikenali sebagai Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT). Kat sini warga OKU tersebut boleh mendapat wang bantuan sebanyak RM300 setiap bulan dengan penilaian semula dalam masa 12 bulan. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) pula diberi wang sebanyak RM200.
  5. Bantuan mesin Braille (mesin untuk orang buta). Kat website JKM tak bagitau kelayakan tapi hanya memberitahu bahawa mesin Braille tu sekarang dibiayai penuh oleh gomen. Korang boleh tengok list kelayakan penuh untuk bantuan kat sini (fail PDF).

Terima kasih! Gambar dari Kaki Palsu Online.

Selain daripada tu, kawan baik kami kat CILISOS ada bapa yang ada kad OKU. Dia kata terdapat beberapa kelebihan untuk bapanya termasuk jugalah parking kat kawasan OKU :

“Bapa aku buta sebelah mata dan dia tak perlu bayar cukai jalan. Kad OKU dia boleh diguna pakai kat luar negara juga dan bukannya kat Malaysia je [sic].” – interview dengan rakan kami kat CILISOS

Kelebihan OKU ni bukan je dari segi kewangan dan undang-undang tau, malah gomen telah berbelanja besar untuk pendidikan khas…

Bukan je dapat elaun malah sambung belajar pun gomen tanggung

Gambar dari malaysiaaktif.my

Daripada peringkat kanak-kanak lagi, sudah terdapat beberapa tadika yang khas untuk OKU cumanya kebanyakkannya adalah milik swasta dan bukannya kerajaan. Tapi untuk peringkat sekolah rendah dan menengah pula, memang banyak sekolah pendidikan khas ni. Malah menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, setiap sekolah rendah wajib ada kelas untuk Program Pemulihan Khas.

Di peringkat menengah pula, ada program Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk mengajar murid-murid OKU hidup berdikari tanpa memerlukan bantuan dari ibu bapa mereka, termasuklah menyediakan kursus kemahiran dan teknikal.

“Malah bagi menampung permintaan ke SMKPV (Sekolah Pendidikan Khas Vokasional) yang terlalu tinggi, kerajaan melaksanakan program buying seats iaitu penempatan MBK di enam buah institut latihan kemahiran swasta dengan semua pembiayaan ditanggung oleh kerajaan.” – Shazali Ahmad, interview dengan Utusan.

Mereka berkata sekolah pendidikan khas Putrajaya telah menampakkan pendaftaran yang tinggi pada tahun 2017. Kebiasannya sekolah khas ni ada guru-guru yang special untuk para pelajar mereka dan pendidikan khas untuk warga OKU ni tak terhenti kat sekolah menengah je, malah mereka boleh sambung belajar sehingga ke peringkat menara gading.

Tunggu apa lagi, cepat-cepat lah apply. Imej dari movie Harry Potter.

Setakat ni apa yang kami tau universiti awam dan universiti swasta memang ambil pelajar OKU dan gomen siap kasi bantuan kewangan, termasuklah bayarkan yuran bagi sesetengah course. Selain tu, ada juga kolej yang betul-betul dibina khas untuk warga OKU.

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti telah mengambil langkah proaktif dengan meluaskan lagi program kemahiran khas mereka. Program yang ditawarkan pula bukannya sikit tau, malah boleh tahan banyak juga. Siap ada short semester lagi, kalau nak tau lebih lanjut boleh tekan kat website dorang kat sini.

Tidak semua kecacatan OKU nampak dari segi fizikal, malah ada sesetengah tu pakar je yang tau

Nampak sihat, tapi apa kita tau. Imej dari giphy.com

Apa yang penting adalah kita semua kena tau bahawa ada sesetengah penyakit tu tak terang atau tak nampak, jadi sebelum menghukum secara membuta-tuli elok kita biarkan kepada yang pakar untuk menentukannya.

“Di Malaysia ini, tahap kesedaran tentang masalah pembelajaran masih ditahap menyedihkan. Yang paling ‘glamer’ setakat ini hanya lembam, down syndrome, autism dan disleksia

Masih ramai yang tidak didiagnos oleh mana-mana pakar kerana masih ramai yang tidak tahu.” – dipetik dari Apemazing, article mengenai OKU.

Tapi ini tak bermaksud mereka terlepas dari hukuman. Seperti yang termaktub kat dalam perlembagaan negara kita, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan juga berhak mendapat perlindungan yang sama. Malah perlembagaan telah berkata tidak boleh ada diskriminasi berdasarkan agama, ras, tempat lahir atau jantina. Apa yang membezakan waras dan tidak waras adalah kesedaran terhadap tindakan masing-masing.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend