Viral lelaki makan telur buaya, tapi halal ke?

Selain telur ayam, apa lagi telur pelik yang awak semua pernah makan? Paling hebat pun, telur burung unta. Takpun, telur penyu, tapi janganlah makan sebab penyu spesis terancam. Selalunya telur goreng ayam kita selalu makan, tapi lain cerita pula dengan seorang tiktoker ini.

Boleh lihat video di bawah:

@khairuljohari27 Replying to @azri_juhari ♬ Musik Relaksasi – Formasi

Dipetik daripada akaun tiktok @khairuljohari27, dia menggoreng telur buaya yang rupanya nampak seperti telur ayam apabila digoreng atas kuali. Kemudian, dia makan telur itu dengan penuh nikmat, katanya telur itu rasa berkrim dan kenyal.

GIF daripada Tenor GIF

Namun, timbulnya satu soalan tipikal yang berlegar-legar dalam akal pemikiran masyarakat kita… halal ke? Boleh dimakan ke?

Makan daging buaya haram, tapi kalau telurnya?

Bagi merujuk hukum pemakanan, kami mengambil rujukan daripada Mufti Wilayah Persekutuan dan beberapa sumber sahih.

Menurut Mufti Wilayah Perseketuan, daging buaya bukan kategori makanan, tetapi ia berkategori najis. Tambahan pula, ia adalah haiwan dua alam serta haiwan bertaring. Jadi, secara terang lagi bersuluh, kita memang diharamkan memakan daging buaya.

Berdasarkan Riwayat al-Bukhari (5530) dan Muslim (1932):

“Sesungguhnya Rasulullah SAW menegah daripada memakan setiap haiwan yang memiliki taring haiwan pemburu.”

Riwayat al-Bukhari (5530) dan Muslim (1932). Dipetik daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Itu kalau daging buaya, tetapi kalau telur buaya bagaimana pula? Berdasarkan rujukan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, semua jenis telur haiwan boleh dimakan kecuali telur ular dan serangga.

Akan tetapi, jika telur buaya itu memudaratkan serta mengancam kesihatan manusia, maka hukumnya haram.

Laman web mufti wilayah merujuk kitab Qalyubi wa Umairah (1/82):

Kesemua telur suci meskipun daripada (haiwan yang) tidak di makan (dagingnya), walaupun telah berubah (menjadi) darah di mana jika diperam, akan menetas. Namun, diharamkan memakan apa yang memudaratkan seperti telur ular.

kitab Qalyubi wa Umairah (1/82)
Imej daripada Iluminasi.

Jika ada kajian sains dan perubatan mengatakan telur buaya akan menjejaskan kesihatan, maka hukum memakannya haram. Namun, menurut beberapa sumber, khasiat telur buaya boleh mengurangkan hipertensi, penyakit jantung serta mengawal kolesterol darah rendah.

Sebaliknya, kalau berkhasiat makan saja. Namun, satu sahaja persoalan — awak semua berani ke makan telur buaya?

Sumber: