Alam Sekitar

7 haiwan yang korang takkan percaya pernah mengubah sejarah Malaysia untuk SELAMANYA

Kalau kitorang sebut perkataan “Rakyat Malaysia“, siapa yang korang gambarkan? Biasanya, banyak iklan-iklan yang keluar masa nak Merdeka ni akan tunjuk rakyat Malaysia daripada berbilang kaum, memakai pakaian tradisional masing-masing, dan mengibarkan Jalur Gemilang ??. Tapi tahun ni, Maxis ada idea lain sikit pasal rakyat Malaysia yang mesti korang tak sangka…

Tahun ni, Maxis telah menghantar tiga jurukamera ke Taman Negara untuk mendapatkan rakaman rakyat-rakyat yang dilupakan ni, tetapi diorang keluar selepas DUA hari tanpa mendapat apa-apa rakaman. Kenapa pulak? Sebab banyak haiwan ni dah semakin kurang bilangannya, sehinggakan Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) pun dah keluarkan skala yang menunjukkan betapa terancamnya setiap rakyat-rakyat Malaysia ni.

Imej dari RekoForest.

Disebabkan pembalakan terlampau, pemburuan haram, ataupun lintas-lintasan jalan yang merbahaya, ramai haiwan Malaysia yang kini menghadapi ancaman kepupusan disebabkan aktiviti-aktiviti manusia. Jadi pada 31 Ogos ni, Maxis mahu membantu rakyat-rakyat Malaysia terancam ni.

Untuk membantu warga senegara kita ni, korang boleh ikrar dengan hashtag #KitaRakyatMalaysia dan Maxis akan menderma RM1 kepada usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar melalui PERHILITAN. Tapi kenapa pulak haiwan pun nak dikira rakyat Malaysia? Sebab diorang pun ada warisan sendiri kat negara ni dan ada je beberapa haiwan yang pernah mengubah perjalanan sejarah Malaysia dengan cara-cara yang tak disangka.

Contohnya…

1. Kisah harimau jadian Tanah Melayu yang menangkap hati seorang residen British ?

Kedongengan:  0/5 Toyol – Penceritanya memang wujud. Tapi ceritanya tu…

Macam citer Twilight sikit, tapi orangnya tukar jadi harimau dan bukan serigala. Imej dari Tracking the Weretiger.

Pada tahun 1887, seorang ejen Inggeris bernama Hugh Clifford telah dihantar ke Pahang untuk tujuan memujuk Sultan Ahmad mengadakan perjanjian dengan pihak British secara bersendirian. Jadi pada waktu ini, dia pun terpaksalah menjalin hubungan persahabatan dengan masyarakat Melayu Pahang selama dua tahun bekerja di situ.

Mengikut katanya tentang masanya di Pahang:

Saya muncul dari pengalaman ini dengan pengetahuan yang sangat intim mengenai (masyarakat Melayu)… dan dipenuhi dengan kasih sayang yang mendalam bagi mereka. Saya menganggap waktu itu antara hari-hari yang paling bahagia dan menarik dalam hidup saya.” – Sir Hugh Clifford, dipetik daripada kata pengantar bukunya, Saleh: a prince of Malaya.

Hugh Clifford bersama pekerja-pekerja lombong emas Raub. Imej dari Sustainable Living Institute.

Selama beberapa tahun dia berkhidmat dengan pihak British di Pahang dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Residen pula, Hugh Clifford sering mendengar dan mengumpul legenda-legenda yang diceritakan kepadanya oleh masyarakat Melayu di Pahang. Salah satu yang dikaryakan olehnya dalam sebuah cerita bertajuk “A Night of Terror” adalah kes serangan seekor (ke seorang? ?) harimau jadian di Lembah Tembeling, Pahang.

Mengikut ceritanya, kes itu direkodkan pada tahun 1860-an dan berkenaan dengan pembunuhan keluarga tujuh orang lelaki dan dua perempuan oleh harimau jadian itu. Harimau jadian ni adalah manusia yang dipercayai mampu menukarkan diri menjadi harimau. Kes pembunuhan ini pula didakwa melibatkan harimau jadian dan bukan je harimau biasa kerana badan mangsa-mangsa tu tidak dimakan dan hanya darah diorang je yang didapati telah dihisap.

Mengikut legenda Melayu, satu tanda harimau jadian adalah orang yang tidak mempunyai lekukan di atas bibir. Imej dari Frontiers of Fear.

Mengikut Hugh, pembunuhan ini dipercayai melibatkan harimau jadian kerana merupakan satu-satunya kes serangan harimau dalam rumah manusia. Namun, minatnya dengan kisah ini serta legenda-legenda Melayu lain menyebabkan Hugh menulis pelbagai buku tentang masanya di Tanah Melayu, walaupun telah dihantar ke tanah jajahan British lain selama 24 TAHUN. Dia akhirnya pulang kembali ke tanah tercintanya pada tahun 1927, kali ni sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat sebelum persaraannya pada tahun 1929.

Buku-bukunya masih boleh didapati pada hari ni kat Amazon! Imej dari Amazon.

Kini tak ramai lagi yang mempercayai kewujudan harimau jadian dan cuma menganggapnya harimau biasa dengan saiz luarbiasa. Tetapi dengan bilangan harimau menurun sebanyak 50 PERATUS sejak 10 tahun yang lepas akibat pemburuan haram dan kemusnahan habitat, ia mungkin akan menjadi mustahil pula untuk mempercayai kewujudan harimau liar di hutan-hutan Malaysia tak lama lagi.

Padahal, ada satu ketika dahulu di mana terdapat bilangan harimau yang mencukupi sehinggakan boleh terlanggar kat lebuhraya! Imej dari Frontiers of Fear.

Status ancaman: Lagi banyak harimau kat logo syarikat atau sukan daripada yang betul-betul (Sangat terancam)

2. Pasukan kucing yang dipayung terjunkan ke Sarawak untuk memerangi tikus ?

Dongeng-ness: 1/5 Toyol – Pernah dilaporkan oleh suratkhabar New York Times dan majalah TIME, dan juga terdapat dalam rekod-rekod rasmi.

 

Imej ori dari @WeirdBristol‘s Twitter.

Kita semua tahu demam malaria kan? Ia merupakan sejenis virus berbahaya yang berpunca daripada gigitan nyamuk, dan terdapat banyak kes yang berlaku kat Malaysia, terutamanya Sabah dan Sarawak. Jadi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pun datang membantu dengan menggunakan teknik indoor residual spraying (IRS), di mana racun serangga akan disembur di dalam rumah untuk membunuh nyamuk malaria ni. Mudah, murah dan berkesan. Kan?

Tapi sebenarnya teknik ni backfire sebab racun serangga yang diorang pakai, DDT (dichlorodiphenyltrichloroethane) merupakan racun yang tak mesra alam dan mengambil masa yang lama untuk racun ni habis efek dia. Selain tu, DDT ni bukan saja membunuh nyamuk, tapi juga serangga lain yang berdekatan. Kalau masih hidup pun, serangga ni akan dimakan oleh cicak, dan cicak ni pula akan dimakan oleh kucing. Tak pasal-pasal kucing pun mula banyak mati masa tu. Ah sudah!

Ahh. Bulatan Hidup. Gif from Giphy.

Bila kucing si pemangsa ni mula mati, tikus yang selalu jadi mangsa ni happy la. Populasi tikus di Sarawak semasa itu bertambah dengan kadar yang sangat cepat, membawa bersama risiko penyakit seperti kencing tikus kepada manusia. Cadang nak hapuskan malaria, sekali kencing tikus pula datang adoi!

Yang peliknya, seorang askar British yang bertugas di Sarawak bernama Tom Harrison mendakwa bahawa WHO nak tebus balik kesalahan diorang di Sarawak ni. Dia kata WHO ambil kucing-kucing dari bandar Kuching (lol), pasangkan mereka dengan payung terjun dan minta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk lepaskan mereka dari udara ke kampung-kampung yang banyak tikus tadi. HAAAAA??

Tom siap bagi gambaran lagi di laporan dia di mana kucing ni dipasangkan dengan harness yang macam lampin tu dan disambungkan pada payung terjun. Tapi beberapa orang kata cerita ni tak betul pun dan Tom hanya buat cerita.

Ada kemungkinan kejadian ni berlaku beberapa kali. Img from catdrop.com.

Jadi adakah benar kucing-kucing Kuching (lol) telah mendarat di kampung Sarawak dengan menggunakan payung terjun? Melihatkan kejadian ini dikatakan berlaku pada 1960, Sarawak masa tu pun takde jalan-jalan lagi jadi mungkin logik la kot. Tapi kucing naik payung terjun bro, logik tak korang rasa?

Status ancaman: Korang makan kat gerai pun mesti ada lima ekor datang kat korang cari makan (Tak tersenarai pun dalam mana-mana kategori spesies terancam).

3. Anak hibrid orang utan-manusia yang menjadi penyelamat kampung ?

Kedongengan: 4/5 Toyol. Ada orang dakwa dia pernah jumpa hibrid orang utan-manusia, tapi tak tau la nak percaya orang daripada zaman 1600-an.

Agaknya, hibrid orang utan-manusia rupa macam ni la ye. Imej dari Macroevolution.

Kisah ni telah diriwayatkan oleh Ansow Gunsalam dalam isu 1983 Majalah Sabah Society dan melibatkan seorang pemburu daripada daerah Pinosuk, berdekatan Kundasang. Ceritanya bermula dengan si pemburu yang terserempak dengan seekor orang utan betina ketika berjalan di dalam hutan.

Ia dipercayai bahawa zaman dulu, orang utan mempunyai keupayaan bercakap dan mengguna kata-kata jampi, dan orang utan betina ni pula mengugut si pemburu tadi untuk mengikutnya ke sarangnya di atas pokok tinggi berdekatan dengan Sungai Liwagu. Disebabkan ketakutan, si pemburu tu pun patuh.

Masa ni Giant pun takda lagi, jadi makanan pun diburu dari hutan. Imej dari Orang Utan: Malaysia’s Mascot.

Selama dua tahun, pemburu tu dipegang sebagai mangsa culik orang utan tu, sehingga satu hari, orang utan tu pun mengandung dengan anaknya bersama si pemburu tu. Pemburu tu banyak kali cuba larikan diri waktu orang utan tu cari makanan, tapi tak dapat juga. Tapi sekali tu, orang utan tu pergi masuk kampung untuk cari nasi, dan si pemburu akhirnya berjaya jejakkan kaki ke tanah untuk lari. Malangnya, apabila dia turun je, orang utan tu pulang dan dia terpaksa bersembunyi.

Bila menyedari yang suami/mangsa culiknya telah melarikan diri, orang utan tu menangis dan menjerit sambil menikam dirinya dengan anak panah racun yang ditinggalkan oleh si pemburu tu tadi. Bila si pemburu tu keluar dari tempak soroknya, dia terjumpa mayat orang utan tu lalu memotong perutnya dan mengeluarkan bayi rupa manusia tetapi berbulu orang utan.

Di kampungnya, si pemburu tu dapat tau yang semasa dia tiada, sekumpulan pemburu kepala telah membunuh semua lelaki dalam kampung itu dan memberitahu penduduk yang tertinggal bahawa diorang akan pulang dalam masa sepuluh tahun. Si pemburu tu pun menjaga anak hibridnya dengan tujuan menjadikannya pahlawan untuk mempertahankan kampung tu.

Ambik kau. Imej dari The Natural History of Orang-Utan.

Apabila kumpulan pemburu kepala tu pulang kembali selepas sepuluh tahun, diorang semua dikalahkan secara terukkk oleh anak hibrid tu sorang-sorang. Dengan rasa bangga, bapa anak hibrid tu membenarkannya memilih mana-mana perempuan kampung itu sebagai isteri, tetapi anak hibrid tu tak minat. Tak lama lepas tu, dia pun lari ke hutan dan tak dilihat lagi untuk selamanya.

Cerita-cerita sebegini menampilkan status mistik orang utan dalam budaya masyarakat Sabah serta kepentingan haiwan ini dalam tradisi mulut ke mulut. Tapi korang percaya boleh ada anak hibrid orang utan-manusia ke tak?

Imej dari Barbara Harrison.

Status ancaman: Hampir 200,000 orang utan telah pupus dari tahun 1973 sampai sekarang atas sebab-sebab termasuk penerokaan kawasan hutan serta pemburuan haram (Sangat terancam).

4. Ludah burung yang dijadikan hadiah utama kepada maharaja China ?

Kedongengan: 2.5/5 Toyol. Ada yang kata ni cerita betul, ada yang kata ni cerita dongeng.

Di negara-negara Asia tenggara, terdapat satu spesies burung yang mempunyai beberapa ciri-ciri ajaib. Pertama, burung layang-layang ni merupakan salah satu daripada dua jenis burung yang mampu menggunakan ekolokasi untuk melihat dalam kawasan-kawasan gelap seperti gua. Kedua, burung ini juga mampu menggunakan ludahnya untuk menghasilkan sarang yang… enak untuk dimakan?!

Serius, tak tipu. Imej dari Queens’ Birds’ Nest.

Legenda penemuan sarang ludah burung sebagai makanan manusia ni pun menarik jugak. Menurut cerita yang sering diulangi tentang asal usul hidangan ni, Laksamana Cheng Ho telah menghadapi ribut petir semasa belayar lautan Asia Tenggara dan terpaksa mendarat di utara Pulau Kalimantan. Disebabkan kekurangan bekalan makanan, dia memesan anak kapalnya untuk mengutip dan memasak sarang-sarang burung yang ditemui di gua-gua tepi laut kat pulau tu.

Alangkah terperanjatnya kru kapal tu apabila mendapati bahawa diorang bertambah sihat dan kuat setelah meminum sup sarang burung yang dimasakkan tu. Menyedari penemuan ini, Laksamana Cheng Ho terus mengutip sarang-sarang burung itu dan membawanya pulang sebagai hadiah kepada maharaja Cina. Dan sejak peristiwa inilah sarang burung ni dikatakan menjadi makanan istimewa dalam masakan istana tradisional Cina.

Mat Kool, Mat Kool, kawanku… Imej dari Wonder Walet.

Kini, industri sarang burung kat Malaysia dianggarkan mencecah BILLION RINGGIT, disebabkan permintaan yang tinggi terhadap produk ni. Malah, harga runcit sarang burung berkualiti premium dari Malaysia boleh mencecah RM66,000 SEKILO di Cina. Power betul burung ni, sekali ludah terus boleh dapat gaji CEO kat Malaysia.

Status ancaman: Kau ingat manusia nak biar burung dengan ludah emas pupus??? (Tak terancam)

5. Kisah dua haiwan yang menjadi permulaan dan kejatuhan Melaka ??

Kedongengan: 3.5/5 Toyol. Setaraf dengan Hikayat Hang Tuah.

Siapa ingat citer ni lagi? Imej dari Kumpulan Dongeng Indonesia.

Masa membesar dulu, kita semua mungkin pernah dengar kisah sang kancil dan buaya daripada cerita-cerita Sang Kancil yang mempunyai beberapa pengajaran berdasarkan setiap cerita tu. Tapi dalam kisah sejarah pula, kedua-dua kancil dan buaya pernah disebut dalam kisah mengenai kebangkitan dan kejatuhan kerajaan Melaka.

Menurut Sejarah Melayu (Annals Melayu), seekor kancil telah menendang anjing pemburu milik Parameswara (pengasas negeri Melaka) ke dalam sungai. Parameswara yang sangat kagum dengan perkara tu kemudiannya menamakan tempat tersebut sebagai Melaka, nama sempena pokok yang disandarnya semasa melihat kejadian tu.

Kalau korang tertanya-tanya, macam mana agaknya rupa pokok Melaka. Imej dari Dunia Sejarahku.

Buaya pula ada disebut dalam Hikayat Hang Tuah. Sultan Melaka pada waktu tu dikatakan berada dalam bot dan menjenguk ikan emas di lautan(?). Lalu, mahkota yang berada di atas kepalanya jatuh. Sebagai seorang laksamana, Hang Tuah terpaksa menyelam untuk mendapatkan mahkota tu kembali. Tiba-tiba, seekor buaya putih datang dan merampas keris lefgendanya, menyebabkan dia terkejut dan melepaskan mahkota yang berada di tangannya. Nampaknya, Hang Tuah kehilangan mahkota milik raja dan kerisnya, dan kedua-dua mereka mengalami kerugian.

Insiden ni dikatakan sebagai sebuah simbolik kejatuhan Melaka, atau mungkin juga kisah benar, di mana tentera Portugis menyerang ketika Sultan dan Hang Tuah sedang dalam pemulihan. Hikayat-hikayat sejarah kita kadang-kala memang agak berunsur fantasi, tapi mungkin juga ada kebenaran dalam setiap kisah yang diceritakan.

Status ancaman: Kedua-dua kancil dengan buaya takda la terancam, tapi ada spesies rusa (rusa sambar) dengan buaya (buaya jejulong) lain kat Malaysia yang tersenarai sebagai terjejas.

6. Gajah peliharaan yang menukar Larut menjadi pekan perlombongan ?

Kedongengan: 1/5 Toyol. Tinggi kemungkinan yang ia berlaku.

Replika seekor Larut dan Long Jaafar bersama member dia yang lain. Imej dari Utusan.

Antara haiwan-haiwan yang kami senaraikan, gajah selalu disebut dalam sejarah Malaya. Tesis yang ditulis oleh Barbara June Watson Andaya pada tahun 1975 menyatakan yang populariti gajah dalam kalangan pemimpin Melayu dipengaruhi oleh India, dan pemburuan gajah dikatakan sebagai sukan untuk raja-raja. Penggunaan gajah yang banyak juga ada sewaktu konflik Kedah-Siam, dari gajah perang yang digunakan Siam sampailah gajah milik Sultan Ahmad Tajuddin Kedah yang dah melarikan diri ke Seberang Prai sambil menaburkan duit syiling untuk melengahkan orang yang mengejarnya.

Ambik, ambik, nak sangatkan! Gif dari Giphy.

Sebahagian sumber ada menyebut bagaimana Sultan Mansur Shah, Perak yang bagi hadiah isitimewa iaitu gajah dengan dua puluh jari kaki bernama Chapang Pileh kepada Raja Siam, Rama II. Ianya adalah langkah yang membebaskan Perak dari pengaruh Siam. Selain dari digunakan untuk peperangan oleh golongan di raja, gajah juga telah mengubah sejarah dengan caranya yang lain.

Satu catatan yang dikumpul oleh seorang ketua kampung di Perak menceritakan mengenai seseorang yang bernama Long Jaafar iaitu orang pertama yang menemui perlombongan tin di Larut. Dia telah berpindah ke situ dari selatan Perak pada tahun 1848 bersama keluarganya menggunakan gajah peliharaan mereka. Dan selepas beberapa bulan tinggal di sana, dia mendapati Larut (gajahnya) hilang pada satu hari.

Pada waktu petang, gajah itu kembali dengan badannya disaluti lumpuh yang ada serpihan-serpihan putih yang kemudiannya mereka sedar itu adalah bijih tin. Hari berikutnya, Long secara rahsia mengikut gajahnya masuk ke satu kawasan dan dia mendapati kawasan itu dipenuhi banyak gajah yang disaluti lumpuh dan bijih tin. Dia buat keputusan untuk memulakan perniagaan lombong tin, tapi dia tak ada modal atau ilmu mengenainya.

Pastu ada pulak cerita Panglima Gee Hin yang disumpah menjadi buaya putih di Larut. Imej dari Orang Perak.

Jadi, dia pergi ke Pulau Pinang dan meminta bantuan pelombong Cina. Dia memulakannya di satu tempat bernama Kelian Pauh. Tapak perlombongan yang pertama mendatangkan kejayaan yang besar buatnya dan hutan disekitarnya dibersihkan apabila semakin ramai orang memenuhi kawasan itu. Kawasan itu menjadi pekan perlombongan, dan Long Jaafar dilantik sebagai orang penting di sana. Pekan yang dibangunkan itu diberi nama Larut berdasarkan nama gajahnya.

Status ancaman: Walaupun masih terdapat beberapa gajah di zoo-zoo dan hutan-hutan Malaysia, bilangannya tetap menurun (terancam).

Cerita ni boleh percaya jugak, tapi adakah ia benar-benar jadi?

Yang ternyata betul adalah kepentingan haiwan-haiwan ni dalam sejarah dan budaya Malaysia

Ok la, beberapa cerita kitorang sebut tadi pun memang susah nak percaya. Tapi kita nak ingatkan korang: semua cerita ni telah diturunkan daripada generasi ke generasi untuk hampir beratus tahun. Sama ada cerita-cerita ni betul atau tidak, semua orang yang pernah menceritakan kisah-kisah ni pun telah membantu membentuk sejarah dan budaya negara kita melalui haiwan-haiwan ni.

Haiwan betul ke tipu? Imej dari Borneo Post.

Seperti yang diceritakan dalam video Maxis tadi, banyak haiwan ni lagi senang dilihat dalam kartun atau video daripada secara betul-betul. Malah, satu kajian pun pernah tunjuk yang kanak-kanak sekarang lagi mahir dengan nama Pokemon daripada nama haiwan dan tumbuhan. Salah satu sebab ini adalah modernisasi, tapi ia mungkin juga disebabkan pengancaman yang dihadapi oleh haiwan-haiwan ni.

Kedua-dua Harimau Malaya dengan Orang Utan dah dikategorikan sebagai SANGAT TERANCAM, yang bermaksud kemungkinan kepupusan spesies-spesies ni adalah sangat tinggi, sepertimana yang berlaku kepada Badak Sumatra. Tetapi selain daripada tu, terdapat juga haiwan-haiwan yang kitorang tak sebut seperti tapir, seladang, rusa atau penyu yang sukar dibayangkan oleh ramai orang, lagi-lagi dilihat di alam liar.

Tangkapan skrin daripada Maxis.

Jadi, untuk bantu menyelamat rakyat-rakyat Malaysia yang terancam ni, Maxis kini menjemput korang ikrar apa yang KORANG boleh buat menggunakan #KitaRakyatMalaysia. Contohnya:

“Saya berjanji akan melawat pusat konservasi hidupan liar cuti ini, kerana setiap lawatan akan membantu sanktuari ini menjadi lebih mampan. #KitaRakyatMalaysia”

Dengan setiap ikrar yang korang buat, Maxis akan menderma RM1 kepada PERHILITAN untuk membantu diorang dengan usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar. Jadi, pada Merdeka tahun ni, meh lah kita mengambil kesempatan ni untuk menghargai haiwan-haiwan yang telah membentuk sejarah negara kita untuk selama-lamanya.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend