Misi Rakyat jalankan dana haram? Kami siasat

Belakangan ini, kita menerima berita yang Misi Rakyat sedang menjalankan Misi Farms. Ia merupakan satu gerakan yang orang ramai boleh memberikan dana bagi membangunkan lagi sektor pertanian serta membangunkan hub pertanian yang terbesar di seluruh Malaysia.

Namun, segalanya mula merundum apabila pihak Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan kenyataan supaya berhati-hati dengan kempen pengumpulan dana yang tak pasti kesahihannya (tanpa hitam dan putih).

Selain itu, terdapat pelbagai keraguan daripada orang ramai mengenai gerakan ini. Antaranya…

Menggunakan sistem kutipan dana sebagai modal

Baiklah, agak rumit, tapi mari kami huraikan satu per satu. Sebelum ini, Misi Rakyat pernah menjalankan kutipan dana untuk Baby Naail yang telah meraih RM9 juta.

Ia adalah satu gerakan yang bagus kerana kita bekerjasama demi menyelamatkan seorang bayi. Tambahan pula, kita sudah tahu tujuan utama secara jelas dan terperinci.

Akan tetapi, bagi Misi Farms pula, ia agak sedikit janggal kerana mereka masih menggunakan sistem kutipan dana untuk membangunkan industri pertanian dan perladangan di Malaysia. Hal ini telah menimbulkan pelbagai persoalan:

  • Apakah ganjaran yang diterima oleh penderma?
  • Sekerinya gagal, apa yang akan berlaku pada wang itu?

Dikatakan pemilihan hub berdasarkan undian semata-mata. Hal ini mungkin menimbulkan keraguan kerana mungkin kita perlu lihat dari segi kesuaian tempat berbanding undian.

Imej daripada Sham Stoichkov.

Kecoh di media sosial Misi Rakyat palsukan laman web digodam

Dikatakan laman web Misi Rakyat telah digodam. Hal ini dapat diketahui selepas mereka memuat naik Facebook status.

Ia mungkin akan memberikan kerisauan kepada penderma kerana sekiranya wang itu hilang, maka wang mereka akan bazir begitu saja.

Akan tetapi, ramai pengguna media sosial telah meniliti serta menjalankan siasatan apakah benar laman web Misi Rakyat digodam. Terdapat beberapa orang yang telah membongkarkan bahawa laman web digodam itu satu penipuan:

Namun, pemilik kepada Misi Rakyat telah menafikan dan menganggap semua orang yang membongkarkan isu penggodam ini satu fitnah.

Selepas beberapa jam, laman web kembali pulih, Founder Misi mengeluarkan kenyataan wang Misi Farms telah dikembalikan kepada penyumbang bagi memastikan wang itu tidak hilang akibat digodam.

Walau bagaimanapun, pemilik Misi Rakyat telah memohon maaf atas kesilapan dan kecuaian yang dilakukan akibat daripada isu Misi Farms. Dikatakan dia akan buat satu gerakan ‘restart’ bagi memulakan perkara baharu.

Ramai orang menasihati Founder Misi supaya tidak tergopoh-gopoh dalam menjalankan sesuatu perkara. Pada masa yang sama, perlu ada hitam dan putih sesebuah projek supaya ramai orang tidak meraguinya.

Misi Rakyat memperkenalkan mata wang baharu: Misi Coin

Selain daripada Misi Farms sebagai matlamat utama untuk membangunkan hub pertanian di seluruh Malaysia, Misi Rakyat juga turut memperkenalkan sistem mata wang baharu yang dipanggil Misi Coin.

Pada mulanya, ramai menyangka ia adalah cryptocurrency tapi sebenarnya tidak. Ia adalah syiling yang diperkenalkan dalam aplikasi Misi. Konsepnya duit ini seperti mendapat ganjaran. Contohnya, kalau beli barang di Shopee atau Lazada, mesti kita akan dapat syiling sebagai ganjaran.

Kami mengambil sebuah rumusan oleh seorang Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan Maishince Academy mengenai Misi Coin: