Jenayah & Undang-undang

Malaysia larang AWEK COSPLAYER luar negara buat persembahan terbuka? Dan kenapa?

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Ada satu ancaman baru yang melanda industri kat Malaysia ni dengan dakwaan: Penahanan pelancong dan pelawat asing. Pada 21 Jun, penyanyi Amerika iaitu Maggie Lindemann yang dikatakan telah ditahan waktu dia tengah buat persembahan kat The Bee, Publika. Dan, beberapa minggu lepas dia ada tweet satu kenyataan:

Dalam kenyataannya yang macam “5 hari terkurung dalam neraka hidup” tu sebenarnya dia cuma ditahan kurang dari 24 jam pada 21 Jun, pukul 9.30 malam dan dibebaskan pada pukul 7 malam pada hari yang berikutnya. Dan lepas tu dia tinggal beberapa hari lagi kat Malaysia untuk selesaikan masalah dia.

Tapi baru-baru ni, dia bukanlah satu-satunya selebriti dan warga luar negara yang ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen. Empat cosplayer dari luar negara jugak kena nasib yang sama waktu datang program Geek Summit pada 30 Jun. Dan, benda yang sama pernah terjadi kat ahli-ahli cosplay waktu bulan Mac dulu, iaitu bila 11 cosplayer dari luar negara dah ditahan kat Cosplay Festival 4. 

Kesian diaorang, dah comel-comel kena tahan pulak. Imej dari The New Paper

Tapi sekarang ni mesti korang tertanya-tanya apa yang diaorang ni buat sampai kena tahan dengan pihak Imigresen. Dan… kalau korang ada kawan-kawan dari overseas yang nak buat apa-apa persembahan kat Malaysia, bagitahu diaorang pasal benda ni…

Mana-mana orang yang buat persembahan tanpa permit boleh kena tangkap!

Walaupun korang warga Singapura (jiran kitaorang) yang cuma nak menyanyi kat bar hotel, korang jugak mesti perlukan pas lawatan profesional dan beberapa kelulusan lain. 

Kelulusan dan pas yang diperlukan kalau nak buat persembahan. Imej dari Jabatan Imigresen

Kitaorang cuba menghubungi Rizal Kamal dari ALIFE (Association of the Arts, Live Festivals and Events) untuk bertanyakan tentang keadaan tu. Dia bagitahu kitaorang, golongan yang ditahan tu disebabkan diaorang takde pas lawatan profesional ataupun Pas Lawatan Iktisas (PLIK). Dan pas tersebut di bawah kelolaan Jabatan Imigresen dan terletak di bawah Akta Imigresen 1963. 
Menurut website Jabatan Imigresen, pas lawatan profesional adalah untuk warga asing yang ingin melakukan kerja dan berurusan dalam jangka masa pendek seperti penggambaran, aktiviti sukarelawan, persembahan dan latihan kat Malaysia.
Tapi tu bukanlah satu-satunya perkara yang diaorang perlukan untuk menganjurkan acara yang melibatkan artis-artis dan selebriti dari luar negara. Diaorang jugak perlukan kelulusan daripada cawangan polis tempatan, majlis perbandaran tempatan dan PUSPAL (Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara).

“Ini adalah 4 permit utama yang diperlukan untuk sebarang acara dengan penglibatan artis antarabangsa. Dan semestinya pembayaran untuk pemotongan cukai daripada kalangan artis luar negara diperlukan daripada jabatan cukai.” – Rizal ketika dihubungi CILISOS.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

 

Ni lah rupa pas lawatan profesional tu. Imej dari May Wong

Okay… jadi artis luar negara yang buat persembahan kat Malaysia macam Maggie perlukan 4 benda penting tu, tapi macam mana pulak dengan cosplayer yang datang dengan menggunakan pas lawatan sosial tu? Sebenarnya, diaorang pun tertakluk dengan syarat dan peraturan yang sama jugak! 

“Kalau mereka hadir untuk sesuatu acara, mereka hanya perlukan pas lawatan sosial. 

Kalau mereka buat persembahan kat atas pentas sebagai cosplayer, itu memerlukan permit.” Rizal.

Inilah hakikatnya walaupun cosplayer tak termasuk dalam kategori tertentu, contohnya macam: A1 Nyanyian, A2 Muzik, A3 Tarian, A4 Konsert, A5 Teater, A6 Sarkas, A7 Akrobatik, A8 Seni Mempertahankan Diri, A10 Komedi, A11 Promosi dan A12 DJ. (Betulkan kitaorang kalau salah).

Apa yang lagi mengejutkan bila penyanyi popular macam Maggie takde item penting yang diperlukan. Sebabnya dah didedahkan dalam posting kat Facebook daripada pihak penganjur, The Bee, untuk menjelaskan hal sebenar. Sebenarnya ada masalah yang timbul waktu permohonan dokumen yang diperlukan tu, yang mungkin menyebabkan proses permohonannya tak dapat diproses dalam masa yang ditetapkan. 

Kenyataan dalam Facebook The Bee. Imej dari Facebook The Bee

Biasanya, ia memerlukan sekurang-kurangnya 21 hari untuk memproses sesuatu permohonan, sebab tu ada penganjur dan promoter yang buat permohonan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum sesuatu acara tu diadakan. Jadi, diaorang ada lebih banyak masa dalam tempoh proses permohonan tu dan proses rayuan boleh dibuat jika perlu.

Dalam hal Maggie ni, korang mesti terfikir pihak penganjur akan membatalkan persembahannya sebelum tarikh yang dijadualkan kalau permohonannya tidak diproses pada waktu yang ditetapkan. Tapi Rizal bagitahu ada banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan pembatalan sesebuah persembahan tu. 

“Ia bukanlah senang untuk menangguhkan atau membatalkan sesuatu acara sebab ada banyak pihak yang terlibat – artis, pihak pengurusan, agensi bakat, agensi muzik dan sebagainya.

Artis popular jugak ada jadual lawatan yang padat. Bila sesuatu persembahan tu dibatalkan, ia boleh menyebabkan kerugian pada pihak penganjur dan menjejaskan reputasi mereka. Tapi bila artis tu ditahan, ia jauh lebih teruk.” – Rizal.

Disebabkan hal yang macam ni, banyak pihak penganjur jadi muflis

Malaysia Marathon KL, Devouror’s concert, Better Beer Festival, Above Ordinary Malaysia… Semua acara ni berbeza tapi diaorang berkongsi satu perkara yang sama: Acaranya dibatalkan. Dan bukan event tu je yang dibatalkan, ada banyak lagi event lain yang dibatalkan daripada tahun-tahun yang lepas.

Pada awal tahun lepas, ALIFE ada anjurkan program Enough is Enough untuk menyuarakan bantahan terhadap beberapa pembatalan yang telah meletakkan 17,000 pekerjaan yang terlibat dalam industri pengacaraan Malaysia (bagi kesan kat industri pelancongan jugak) dalam situasi yang tak ada jaminan. Antara yang terjejas dengan isu ini adalah penaja dan pembekal, yang jadi takut untuk menyokong aktiviti dan acara langsung.

“Hari ni, semua pembekal dan penaja risau dengan perkara tersebut, dengan selalu mengatakan “Ini event confirm cancel la boss, so kita tak mau buat la.” 

Setiap tahun, saya pergi ke Djakarta Warehouse Project, dan bila ada beberapa DJ tanya Semua orang dari Malaysia angkat tangan!!”, 30,000 tangan dinaikkan dengan bendera Malaysia.” – Andrew Netto memberitahu CILISOS tahun lepas.

Klik gambar ni untuk baca artikel dari CILISOS

Ia sangat teruk sebab selama bertahun-tahun, banyak acara dan program yang dah diluluskan sebelum ni tapi ditolak pada saat akhir. Berbeza pulak dengan tujuan proses kelulusan daripada pihak PUSPAL. ALIFE telah dipanggil untuk tujuan kelulusan daripada pihak PUSPAL untuk tak berubah supaya pihak polis dan majlis perbandaran tak abaikan kelulusan tersebut tapi hanya membatalkan acara yang dah diluluskan.

“Jadi sama ada kita membubarkan PUSPAL, ataupun memberikan kuasa sepenuhnya pada mereka. PUSPAL ada kelebihan mereka di peringkat kebangsaan. Apa yang kami harapkan adalah untuk menyekat kuasa PUSPAL.Rizal memberitahu CILISOS tahun lepas. 

Flowcart daripada ALIFE mengenai sistem kelulusan yang dicadangkan. Imej dari CILISOS

Dan tahun ni, kitaorang tanya Rizal mengenai proses kelulusan daripada pihak PUSPAL sama ada ia bertambah ketat ataupun tak… dan ia tidak. Dan berita buruk adalah tak ada langkah dan cara-cara untuk proses permohonan tersebut dipaparkan dalam talian. (Bukan sepenuhnya).

“Proses dalam PUSPAL tetap sama. ALIFE dan NGO lain yang berkaitan secara formalnya telah memberikan saranan untuk penambahbaikan dan mereka dalam usaha untuk memperbaiki aspek tersebut…

Mereka perlu menjadikannya lebih mudah. Ia rumit dan sangat sukar untuk dilakukan tanpa ada panduan. Kami mendorong mereka untuk mempunyai semuanya (keseluruhan proses) secara dalam talian.” – Rizal.

Dalam garis panduan PUSPAL ada menunujukkan yang permohonan, pembatalan, perubahan artis ataupun kru dan lain-lain perlu dilakukan secara dalam talian. DAN dihantarkan secara terus ataupun dipos ke Sekretariat PUSPAL. Cuba bayangkan betapa susahnya bagi diaorang yang berada di luar negara. Jadi, Rizal ada bagi nasihat pada sesiapa yang nak anjurkan sesuatu acara, terutamanya bila melibatkan persembahan artis luar negara, ialah:

“Buat masa sekarang ni, kami menyeru semua penganjur untuk memahami undang-undang dan prosedur Malaysia yang berkaitan dengan persembahan antarabangsa.” – Rizal.

ALIFE boleh tolong mudahkan urusan

Jadi, korang perlukan 4 perkara utama – pas lawatan profesional, serta kelulusan daripada PUSPAL, pihak polis dan majlis perbandaran tempatan. Tapi kalau korang adalah penganjur acara tersebut yang nak tahu lebih lanjut mengenai penganjuran sesuatu acara serta mematuhi peraturan yang ditetapkan, Rizal sarankan korang untuk mendaftar dengan ALIFE. 

“Dengan menjadi ahli ALIFE, kami dapat mendidik dan membimbing anda bukan hanya dalam proses permit tapi boleh menjadi penganjur yang terbaik.” – Rizal.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend