Pesta burger TERBESAR kat KL? Ni cara korang boleh dapatkan burger PERCUMA

Sebagai rakyat Malaysia, mesti kita dah terbiasa menuju ke gerai burger bila lapar tengah-tengah malam. Ditambah dengan aroma dia yang boleh dihidu dari jarak 100 meter lagi, bahan-bahan dan ramuan dalam burger tu lengkap untuk buat perut kenyang dari malam sampai ke subuh.

Yang susah tu menahan air liur masa tengok abang meniaga burger tu buatkan order kita. GIF dari Ro-Fish.

Menurut kajian firma perundingan industri makanan, Technomic, 95% orang akan makan burger sebulan sekali dan 45% dari orang yang makan burger sebab diaorang mengidam. Tambahan lagi, hampir dua pertiga pengguna lebih suka dengan konsep burger yang dibuat sendiri dan berdasarkan resepi sendiri (customade).

Bercakap pasal resepi burger sendiri ni, memang kita orang Malaysia ni ada sejarah customade burger tau. Dilaporkan, pada sekitar tahun 1960 ada seorang orang putih ni order hamburger kat seorang penjaja Melayu di Sembawang, Singapura. Tapi, waktu tu bahan-bahan hamburger tak ada. Jadi, penjaja Melayu ni buatlah resepi sendiri dengan gunakan roti Perancis letak daging cincang dan bawang. Dari situ, lahir Roti John. Nampak? Dari dulu kita dah biasa customade tau!

Berbalik kepada burger customade. Selain tu juga, 64% bagitahu yang diaorang suka pilih sos dan perisa sendiri kat burger tu serta lebih suka dengan resepi burger yang lebih sihat atau bertema fusion. Tapi bila cakap pasal burger fusion ni pula…

Burger Fusion yang wujud sekarang siap boleh letak Kangkung Sambal Belacan!? ?

Kepada yang suka makan burger, cepat-cepat set reminder untuk tarikh 27 dan 28 Julai 2019 dalam telefon bimbit korang! Sebabnya, MyTOWN Shopping Centre, KL akan mengadakan suatu BURGER FEST di mana korang boleh temui pelbagai menu burger viral dan unik! Jadi, jangan la lepaskan peluang rare ni, sebab bukan senang nak cari pelbagai burger unik di satu tempat.

Asyik nasi Buttermilk je. Cuba burger Buttermilk lah pulak!

Contoh-contoh burger rare dan unik korang boleh dapat kat sini termasuklah – Malaysian Buttermilk Burger, Ox Tongue Bao, Burger Kangkung Sambal Belachan, Australian Bacon Beef Burger, Caramelamb Kambing Burger dan… eh banyak lagiiiii!

Mungkin ni asal usul perkataan bergembira kot!

Waktu kat BurgerFest ni, lebih kurang 20 vendor burger terkemuka kat seluruh Malaysia akan bukak booth kat situ dan hidangkan korang dengan menu burger yang unik! Antaranya termasuklah CockoncoalMyBurgerLab, STEAM N GRILL BURGER, Mean Mince, Fuel Shack dan banyak lagi!

Tapi bukan tu je berita baik yang kitorang nak kongsi dengan korang…

Dapatkan baucer burger PERCUMA dengan cabaran makan burger sambil tutup mata! ?

Sambil makan burger fusion, korang juga berpeluang bertemu dengan chef selebriti macam Dato’ Fazley Yaacob, Ili Sulaiman dan Papi Zak. Chef-chef handal ni akan menjadi juri Burger Championship (buat burger) yang disertai oleh pakar-pakar burger di BurgerFest. Andi Bernadee penyanyi terkenal lagu ‘Donde’ tu pun akan datang untuk menghiburkan pengunjung bersama persembahan muzik lain. Selfie sakan la korang nanti!

Korang tak excited ke nak jumpa diaorang ni? Imej dari Vulcan Post, MIGF, & Butter Kicap

Dan yang tak nak buat burger sebab kerja korang makan burger je, korang boleh masuk challenge bawah ni

Nak burger free lah tu…

MyTOWN nak belanja korang baucer burger percuma bernilai RM20. Tapi korang kena main #MessyBiteChallenge dengan mengikuti langkah-langkah mudah ni:

  • Game ni ada 2 pemain. Kedua-duanya kena tutup mata dengan kain.
  • Pusing (ya, pusing!) 3 kali sampai pening
  • Cuba suapkan burger pada kawan korang dalam masa 15 saat
  • Kongsi video korang tadi di ruangan komen video FB rasmi MyTOWN atau akaun
    Instagram anda. Jangan lupa ‘public’ kan profil,ya!
  • Tag @MyTOWNKL dan hashtag #MyTOWNBurgerFest #MessyBiteChallenge

Selain tu, korang juga boleh main permainan Burger Canvas di FB MyTOWN untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM 10! (Tertakluk pada terma dan syarat).

Ingat 3 benda penting ni lepas dah buat video…

P/S: Tapi, kalau korang tak sempat nak buat challenge tu, tak apa, datang je ke BurgerFest dan korang masih berpeluang untuk dapat baucer percuma tu dengan mengambil bahagian dalam mini game di situ nanti!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom la jumpa kitorang dekat BurgerFest MyTOWN 27-28 Julai nanti!

Burger Mean Mince janganlah beli satu je. Terus beli tiga empat sampai perut buncit makan…

Sekali lagi, jangan lupa set tarikh 27 dengan 28 Julai siap pergi BurgerFest kat MyTOWN Shopping Centre, KL. Kalau korang nak tau lagi, korang boleh la lanjut layari FB MyTOWN Shopping Centre atau laman sesawang www.mytownkl.com.my.

Dengan sajian pelbagai burger yang sedap-sedap, tempat lepak best dan muzik happening, admin pasti MyTOWN BurgerFest akan menjadi pilihan korang hujung bulan ni untuk bawa keluarga, pasangan dan kawan kawan korang! Jadi, kitorang jumpa korang kat situ ye ?

Untuk senarai penuh vendor yang akan mengambil bahagian:

  1. myBurgerLab
  2. Steam N Grill Burger
  3. Define: Burgers Bukit Jalil
  4. The Burg
  5. Mike’s Charbroiled Burgers
  6. Mean Mince
  7. Mustafa Jones BBQ
  8. Aiden Picnic
  9. Fuel Shack
  10. The Tokyo Burger
  11. Wayback Burgers Malaysia
  12. dr Mak Rony Grilled Burger
  13. Burger-Mbira
  14. GB Vegetarian Burger
  15. Sixty Bites
  16. The Daily Grind
  17. Pampas Steakhouse
  18. CockonCoal … dan banyak lagi!!!