5 cara unik umat Islam di negara lain menyambut 1 Syawal!

Setiap negara ada keunikan masing-masing semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri kan? Kalau dekat Malaysia, kita ada laungan takbir raya, pasang lampu pelita, bakar lemang dan sebagainya. Akan tetapi, pernah tak korang terfikir macam mana negara lain menyambut perayaan ni?

Kalau korang nak tahu, negara yang mempunyai keunikan tersendiri menyambut Raya Aidilfitri adalah…

1. Perang Ketupat di Indonesia, simbol pendamaian antara umat Islam dan Hindu

Di Indonesia, perayaan Aidilfitri dah dirasai pada permulaan 1 Ramadan. Yang menarik pasal Indonesia ni, ramai penduduk beragama Islam akan mengelilingi bandar dengan menaiki bas untuk melaungkan takbir menggunakan speaker. 

Ni lah bedug yang diorang gunakan. Imej dari republika.co.id

Semangat raya rakyat Indonesia ni lain sikit. Diorang akan sewa trak atau bas kemudian pusing satu bandar sambil memukul gendang yang dikenali sebagai “bedug” dan melaungkan takbir. Selain itu, di setiap sudut bandar akan kedengaran laungan syahdu takbir raya.

Penduduk di sana menyambut raya Aidilfitri dengan pelbagaian cara dan menu utama bagi orang Jawa adalah ketupat bersama dengan Ayam Ungkep dan menu utama bagi orang Padang adalah Rendang Padang.

Kalau kita ada pelbagai jenis baju raya, rakyat Indonesia juga ada pelbagai jenis baju raya yang mengikut tradisi kaum masing-masing tapi diorang memilih satu warna je — putih. Ia melambangkan kesucian dan sesuai dengan sambutan raya Aidilfitri hari kemenangan kepada seluruh umat Islam.

Takbir menyambut Hari Raya Aidilfitri di Indonesia. Imej dari rileklah.com

Bukan kita je yang nak balik kampung, rakyat Indonesia pun ada tradisi balik ke kampung masing-masing yang dikenali sebagai mudik. Biasanya bas atau kereta api akan sarat dengan penumpang, malah ada yang sanggup bersesak-sesak janji dapat balik ke kampung untuk meraikan hari raya dengan keluarga tercinta.

Kalau korang nak tahu, di Bali, Indonesia, ada satu tradisi membaling ketupat ke arah masing-masing yang diraikan oleh umat Islam di Lombok. Tradisi ni dinamakan “Perang Topat” dan tradisi ni diadakan pada 7 Syawal atau hari terakhir pada minggu pertama Syawal.

Kalau korang diberi kesempatan merasai “perang ketupat” ni, korang nak baling kat siapa? Imej dari inews.id

Walaupun ada perkataan ‘perang’ tapi bukan perang yang korang sangkakan tu… tradisi ni adalah simbol pendamaian antara umat Islam dan Hindu. Ia merupakan simbolik perpaduan antara dua kaum.

2. Pertunjukkan seni menjadi satu tradisi di Arab Saudi

Walaupun raya Aidilfitri hanya disambut pada raya pertama di Arab Saudi namun penduduk di sana tetap menghiasi rumah dan menyediakan makanan yang mewah untuk keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, diorang akan balik ke kampung belah lelaki dan menjamah Mugalgal (daging kambing yang diperap dengan bahan istimewa). Tanpa Debyazah (pencuci mulut kekacang) serta duit raya, perayaan ni takkan lengkap sebab 2 benda ni disukai oleh kanak-kanak di sana.

Mulgalgal Lamb yang menjadi makanan Arab Saudi. Imej dari dc.eater

Telah menjadi satu tradisi, lelaki arab akan membeli sejumlah besar beras dan makanan ruji untuk diletakkan di hadapan pintu mereka yang kurang bernasib baik. Semasa pagi Aidilfitri dan selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, penduduk di beberapa kawasan tengah Arab Saudi (seperti Al-Qassim) akan membuat majlis makan yang besar.

Mungkin cara macam ni diorang berkumpul dan menjamah makanan bersama. Imej dari gastroina.blogspot

Biasanya, seisi kejiranan menyediakan makanan yang banyak untuk dikongsi bersama jiran-jiran dan amalan ni dilakukan untuk diorang mencuba lebih dari satu hidangan. 

Kalau kat Malaysia, kita pergi melawat ke rumah saudara mara, namun masyarakat Islam Arab Saudi meraikan Aidilfitri dengan pertunjukan seni — membaca puisi, perarakan muzik, persembahan teater serta tarian. Selain itu, bandar-bandar besar di Arab Saudi akan mengadakan pertunjukkan bunga api yang besar.

Kalau kat Malaysia, bukan setakat bunga api je tapi siap dengan meriam buluh. Imej dari Giphy

3. Menyambut raya yang sama tetapi berbeza tradisi di China

Sambutan Hari Raya Aidilfitri terbesar di China adalah di Kashgar. Masjid Id Kah dijadikan pusat untuk merayakan hari kemenangan dengan ribuan Muslim berkumpul di sana melaungkan takbir serta solat Aidilfitri. Selepas menunaikan solat bersama, diorang menjamah hidangan khas yang disediakan.

Suasana solat Aidilfitri di Masjid Id Kah. Imej dari limaumandarin.

Kalau di Beijing, solat Aidilftri dan sambutannya biasa dilakukan di Masjid Niujie — masjid tertua dan menjadi simbol kepada Muslim di Beijing. Di sekeliling Masjid Niujie merupakan tempat tinggal orang Islam dan juga Institut Islam China.

Populasi Islam tersebar luas di Yunnan, China. Beberapa penganut akan mengunjungi kubur Sayyid ‘Ajjal selepas melakukan solat sunat Aidilfitri. Kalau di Malaysia, kita akan membacakan surah Yassin semasa mengunjungi pusara tetapi sebaliknya, diorang akan membaca ayat al-Quran dan membersihkan pusara.

Siapa Sayyid ‘Ajjal ni? Dia merupakan seorang panglima perang dan gabenor Yunnan. Selain itu, dia juga pernah menakluk Sichuan serta bertanggungjawab dalam bidang logistik, berkhidmat di mahkamah Dinasti Yuan dan menguruskan kewangan Imperial pada tahun 1259. Menurut Marshall Broomhall, Sayyid ‘Ajjal dikatakan keturunan generasi 26 dari Nabi Muhammad SAW.

Kubur Sayyid Ajjal. Imej dari facebook Legasi Zheng He.

Masyarakat di sana akan membersihkan pusara nenek moyang dan kawasan sekitar sambil mempersembahkan makanan. Selain itu, kunjung-mengunjung saudara mara dan sahabat menjadi amalan tradisi di kalangan masyarakat Islam di China.

Hidangan wajib semasa perayaan Aidilfitri masyarakat Muslim China adalah You XiangMakanan ni memerlukan plan yang rapi sebab jumlah dan sukatan bagi setiap bahan mestilah tepat untuk masak dalam kuantiti yang banyak. Setelah itu, You Xiang yang siap dimasak dan digoreng dibungkus secara berpasangan dalam bungkusan sebagai hadiah dan diberi kepada sahabat, saudara-mara atau tetamu.

Cakoi atau You Xiang? Imej dari mahramco.com

Selain itu, Sanzi, makanan popular dalam kalangan masyarakat Muslim China sempena Hari Raya Aidilfitri. Ia diperbuat daripada tepung gandum, telur dan gula dan amat laris dijual di Yinchuan, Ningxia.

4. Raya Aidilfitri disambut pada hari yang berbeza di Myanmar kerana tak tahu masa tepat

Di Myanmar, raya Aidilfitri disambut sehari di kalangan masyarakat Islam Myanmar. Diorang menggelarkan perayaan ni sebagai Eid Nei’ (Nei’=hari) atau Eid Ka Lay (Ka Lay=kecil). Seperti masyarakat di Pakistan dan India, Aidilfitri di Myanmar kurang lengkap tanpa semangkuk Sheer Kurma dan Seviyan — hidangan bihun manis dihidangkan dengan gajus goreng, hampas kelapa, kismis dan susu.

Ni lah semangkuk Seviyan! Imej dari veganricha.com

Sebenarnya, agak susah masyarakat Islam disana untuk tahu tarikh sebenar bermula dan berakhirnya ramadan sebab tak ada satu badan yang bertanggungjawab untuk melihat anak bulan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri. Disebabkan hal ni lah, raya Aidilfitri disambut pada hari yang berbeza lebih-lebih lagi di pekan-pekan kecil dan kampung.

Cara diorang menyambut raya Aidilfitri agak unik sebab diorang akan mengucapkan salam dan disertai dengan Eid Mubarak bagi ucapan hari raya sambil tangan berjabat dan diletakkan di atas dahitak ada goncangan tangan dilakukan ketika bersalam. Makanan dan hadiah diberikan majikan bukan Islam dan pihak berkuasa. Selain itu, kanak-kanak akan menerima wang atau hadiah dari orang dewasa.

Seterusnya, solat sunat Hari Raya atau “Eid Namaz” biasanya dilakukan di ruang luar terbuka dan hanya sertai oleh golongan lelaki je.

Eid namaz yang dilakukan oleh kaum lelaki. Imej dari Anadolu Agency

5. Mengadakan Festival Raya Aidilfitri di United Kingdom

Walaupun Hari Raya Aidilfitri tak dijadikan sebagai cuti umum di London, namun perayaan ni disambut dengan meriah selama 3 hari oleh masyarakat Islam di sana. Tradisi diorang sama macam tradisi di mana-mana negara — menunaikan solat hari raya, menikmati hidangan tradisional dan ziarah saudara mara cuma diorang akan bertukar hadiah atau baju.

Eid 2019: How do British Muslims celebrate? | Metro News
Siap ada jual belon lagi. Imej dari Metro

Selepas itu, beribu masyarakat Islam di London akan berkumpul beramai-ramai di Dataran Trafalgar untuk memulakan acara sambutan tahunan festival raya. Dannnnn… yang paling best sekali para pelancong dan masyarakat bukan Islam pun boleh join sekali tau!

Top 10 Eid attractions for Arab visitors to London | Al Arabiya English
Lain daripada yang lain! Imej dari alarabiya.net

Nama je festival raya tetapi festival ni seakan fun fair! Semua orang dapat tengok pelbagai persembahan menarik, menikmati hidangan istimewa dari pelbagai negara serta menyertai aktiviti-aktiviti menyeronokan bersama keluarga (memang unik kan?).

Aidilfitri merupakan hari kegembiraan untuk umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam digalakkan menyambut hari raya Aidilfitri dengan tahmid — tanda syukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia. Selain itu, ia juga tanda kemenangan untuk umat Islam sebab berjaya menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang dilarang semasa bulan puasa.

raya – Radio Zamburger
Suasana yang dirindui oleh semua orang. Imej dari radio.zamburger

Usaha untuk menceriakan suasana gembira dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Walaupun hari kemenangan tetapi sambutlah dengan persiapan sederhana dan jangan melakukan pembaziran.

Tak kira di mana bumi dipijak, ketibaan Syawal merupakan hari yang penuh bermakna bagi semua umat Islam kan?