Tahukah korang idea-idea Anwar Ibrahim ni telah mengubah pelbagai sektor?

Korang mesti sudah kenalkan dengan Ketua Pembangkang kita sekarang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Mana taknya dekat Mesyuarat Khas Dewan Rakyat je mesti suara beliau la akan lantang dalam mengetengahkan pendapat. Tahun ni je kita sudah melihat banyak perkara yang berlaku mengenai beliau.

Antaranya, korang masih ingat lagi tak dengan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 29 Julai lalu di mana beliau telah membongkarkan tentang isu tarikh ordinan darurat, sampai huru-hara la Dewan Rakyat masa tu. Mana yang tak tahu lagi, kerajaan telah menarik semula ordinan darurat pada 21 Julai 2021, tanpa pengetahuan Agong sedangkan ia sepatutnya batal pada 1 Ogos 2021.

Baiklah, sebenarnya dari dulu lagi beliau sudah melakukan pelbagai perkara sampai digelar bapa reformasi. Tak lupa juga, beliau terpalit dengan pelbagai skandal dan tuduhan seperti skandal kereta mewah dibeli guna duit Yayasan Aman serta banyak lagi.

Kami sebenarnya ingin menghuraikan sikit tentang idea-idea beliau yang telah mengubah pelbagai perkara atau sektor dalam negara kita, antaranya…

Penubuhan bank Islam sebagai cara untuk menghapuskan riba

Keratan akhbar Utusan 5 Jun 1982. Imej dari Lib Perdana.

Untuk mukadimah, bank Islam ialah institusi kemudahan dan perkhidmatan bank yang berlandaskan hukum Syari’ah dan ia dikhususkan kepada umat Islam.

Kalau sistem perbankan Islam pula bermaksud satu rangka kerja institusi perbankan dan kewangan di mana prinsip perjalanan dan amalannya berlandaskan kepada Syari’ah untuk mewujudkan keadilan pengagihan kekayaan dan pendapatan.

Penubuhan bank Islam sebenarnya idea dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, bank Islam ni penting kerana ia akan menjadi asas utama ke arah perlaksanaan sistem ekonomi Islam di Malaysia. Ia juga salah satu cara untuk menghapuskan riba.

Jangan makan riba ye. Imej dari Imgflip.

Pada 1993, beliau telah mengeluarkan peraturan yang memudahkan penubuhan perbankan islam ke bank-bank Barat konvensional yang beroperasi di Malaysia. Ia sebenarnya membantu perbankan Islam bebas di Malaysia.

Walau bagaimanapun, semasa penubuhan Islam ini dicadangkan terdapat beberapa pihak yang tidak mencadangkan sesuatu atau respon positif padahal mereka la yang melaungkan cogan kata ‘perjuangan Islam‘.

Baiklah info tambahan, tahukah korang simbol RM dekat duit kita tu merupakan idea yang dicadangkan oleh beliau semasa sidang Parlimen. Akan tetapi, ramai orang menganggap matawang ringgit datang dari beliau tapi salah, kerana matawang ringgit dah lama pakai cuma simbol je belum tukar. Jadi, beliau la yang menukar kepada RM.

Budaya pemakaian tudung sebagai uniform sekolah

Dulu-dulu macam ni pemakaian budak sekolah. Imej dari Berilmu Beramal Berbakti.

Kalau kita imbas kembali ke zaman mak bapak kita dulu (atau mungkin zaman 80-an ke bawah), pemakaian uniform sekolah agak berbeza. Dulu kita memakai skirt sebagai uniform sekolah manakala pelajar lelaki memakai baju sekolah dan seluar pendek.

Akan tetapi, revolusi pemakaian tudung di sekolah ni mula nampak apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Yayasan Anda Akademik. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran.

Bagi mengukuhkan kenyataan di atas, kami sertakan satu video mengenai bagaimana Yayasan Anda Akademik menjadi pelopor utama dalam pemakaian tudung (oh ye, kalau video ni tak muncul, korang boleh tekan di sini):

Mari kami explain sikit mengenai video ni. Ia sebenarnya menceritakan kisah bekas pelajar Yayasan Anda Akademik, Adibah Baharuddin mengenai pemakaian tudung di sekolah. Pada mulanya, mereka ni hanya memakai baju kurung sahaja, tapi lama-kelamaan mereka disuruh untuk memakai tudung. Peraturan pemakaian tudung ni menggunakan cara berhemah, bukan paksaan.

Diceritakan budaya pemakaian tudung ni tersebar luas ke seantero negara apabila majoriti pelajar yang tamat pengajian di Yayasan Anda Akademik mula memasuki kampus-kampus di seluruh Malaysia.

Silibus mandi Safar dibuang dalam subjek Tata Rakyat

Minggu lepas kami ada tulis artikel mengenai mandi Safar, kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini.

Dah habis…

https://youtu.be/_UOzcZbqwig

Sorry guna meme lapuk…

Taklah gurau je, ada lagi yang kami nak bagitahu ni sabar jap. Baiklah, dulu mandi Safar ni dah jadi macam pesta tahunan la, memang meriah betul masyarakat kita menyambutnya.

Akan tetapi, lepas je majlis agama mengharamkan mandi Safar, semakin lama ia tidak disambut. Akan tetapi, kami dengar cerita negara jiran kita ada yang masih mengamalkan mandi Safar ni (harapnya sahabat kita dari Indonesia boleh huraikan tentang perkara ini dan salam toleransi).

Buku Tata Rakyat. Imej dari Jiwa Kelantan.

Mandi Safar ni juga pernah ada dalam silibus subjek Tata Rakyat (sekarang subjek ni dah takde dah). Semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah mengeluarkan surat pekeliling supaya skip topik mandi Safar ni.

Pendapat positif dan negatif terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tanggapan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sangat banyak sama ada positif atau negatif. Tak kisahlah dari segi sumbangan mahupun skandal dan kontroversi (macam kami sebutkan di atas tu: Skandal kereta mewah Yayasan Aman).

Hmm…yang mana satu? Imej dari Imglfip.

Perbezaan pendapat juga boleh dilihat di media sosial, Facebook, Twitter, Instagram, Reddit dan sebagainya. Ada yang mengatakan beliau dari dulu sampai sekarang hebat dan ada orang kata beliau tak seperti dulu.

Secara konlusinya, ini semua bergantung kepada pendapat masing-masing sama ada ingin memberikan pendapat positif atau negatif terhadap beliau.