Sejarah & Politik

Isu Bangsa Johor: Sebelum Tanah Melayu berperlembagaan, Johor ada dulu

Bila cakap pasal kontroversi Bangsa Johor ni, mesti semua orang akan fokus betul-betul. Tapi nampaknya lepas ni dah takde lagilah ungkapan Bangsa Johor. Tapi, bukan bermakna Johor dah keluar dari Malaysia ye walaupun diaorang pernah berhajatkan benda tu dulu.

Baru-baru ni, Hassan Abdul Karim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-negeri dan Persekutuan juga Ahli Parlimen Pasir Gudang ada bagitahu lepas ni panggilan Bangsa Johor tu dah tak boleh dan tak releven digunakan lagi. Tapi kenapa pulak ye?

No! No! No! Euwww! Lepas ni jangan guna lagi tau! GIF dari Giphy

Betul ke Johor jadi punca rakyat berpecah belah?

Disebabkan orang-orang Johor ni nampak macam terlalu taksub sangat dengan semangat kenegerian diaorang dan ditambah lagi dengan penggunaan Bangsa Johor dalam negeri tu, dia pun bersuara lah. Dari apa yang Hassan Abdul Karim ni bagitahu, perkataan Bangsa Johor tu nampak macam tak sihat kalau nak digunakan dalam negara kita ni. Sebabnya, kat Malaysia ni cuma ada satu bangsa je, iaitu bangsa Malaysia.

Dengan adanya ungkapan Bangsa Johor tu, ia seolah-olah menjurus kepada sifat kenegerian yang tinggi dan bukanlah bersifat nasional dalam kedudukan bangsa di sebuah negara. Dan dia jugak bagitahu yang kalau Johor dan negeri-negeri lain ada ‘bangsa’ diaorang sendiri, Malaysia memang susah nak ada kesatuan dan perpaduan yang kuat.

“Saya faham, maknanya saya juga berhati-hati saya hormati institusi sultan dan tapi saya terpaksa menyatakan yang benar dari segi politik, antrologi, sosiologi iaitu kena terima hakikat negara kita negara Persekutuan.

Jadi bermakna Johor maknanya kita sebut orang Johor, orang Kedah, anak Johor, jadi tak boleh Bangsa Johor, salah.” – Hassan Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-negeri dan Persekutuan, sumber dari Sinar Harian.

Rupa manusia berpecah-belah. GIF dari Giphy

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang ada perlembagaan dan persekutuan tersendiri, sebab tu lah penggunaan Bangsa Johor tak sesuai digunakan. Kalau setiap negeri kat Malaysia, ada bangsa-bangsa tersendiri maksudnya diaorang duduk dalam negara sendirilah, tak bergaul dengan yang lain, macam tu ke?

Tapi, Noor Azleen Ambros, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang balas balik lah kenyataan dia dengan bagitahu yang kat Malaysia ni sebenarnya takde istilah bangsa Malaysia, yang ada cuma rakyat Malaysia. Bangsa tu merujuk kepada komuniti sesebuah rakyat yang dibentuk berdasarkan sejarah, etnik, bahasa dan budaya yang sama.

Contohnya macam bangsa Melayu, Cina dengan India. (Dalam borang kan selalu ada tanya bangsa apa). Kalau nak merujuk kepada seluruh rakyat Malaysia, ia akan digelar dengan sebagai kewarganegaraan = Malaysia / Warganegara Malaysia.

Kat dalam ni mesti ada orang Johor jugak. Imej dari The Malaysian Times

Sebenarnya penggunaan konsep Bangsa Johor ni dah lama digunakan (kitaorang akan terangkan sejarahnya nanti) yang membawa maksud kepada kemuafakatan dan kesepakatan antara masyarakat Johor. Takde kena mengena dengan soal rasis mahupun kenegerian.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Dan Bangsa Johor tu merujuk kepada keseluruhan rakyat Johor. Sebab tu lah dipanggil Bangsa Johor. Menerusi panggilan dan gelaran tu masyarakat Johor mempunyai semangat kesepakatan yang kuat, selain untuk mengembangkan kemajuan kat Negeri Permata Selatan tu sendiri.

Dulu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Khaled Nordin pernah kenalkan satu ungkapan dan program khas untuk orang Johor, iaitu Muafakat Johor yang konsepnya sama macam konsep Bangsa Johor. Dan program tu menekankan tentang aspek permuafakatan antara rakyat, pemimpin dan kerajaan untuk mengekalkan kesejahteraan dalam kalangan Bangsa Johor. Selain tu, ia merupakan identiti untuk negeri Johor jugak. Jadi bila ada gelaran dan konsep yang macam ni, identiti negeri tu dapatlah dikomersilkan.

Bangsa Johor. Imej dari Malaysia Gazette

“Orang Melayu adalah bangsa Johor, orang Cina juga bangsa Johor dan orang India juga sebahagian bangsa Johor. Masyarakat Sabah dan Sarawak yang kini bermastautin di Johor juga bangga menjadi sebahagian daripada bangsa Johor.

Ia adalah konsep yang membawa kepada kemuafakatan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negeri Johor dan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negeri Johor buat sekian lama.” – Noor Azleen Ambros, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, sumber dari FMT.

Malaysia jadi negara yang unik sebab adanya negeri Johor?

Sebenarnya, penggunaan terma dan konsep Bangsa Johor ni dah wujud dari sebelum merdeka lagi. Konsep ni jugak termasuk dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan merupakan salah satu perlembagaan rasmi dalam negeri Johor. Dan kalau kita ikuti kronologi sejarah, negeri Johor merupakan negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan menerusi undang-undang yang diasaskan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1895. 

Manuskrip Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Imej dari Kesultanan Johor

Undang-Undang Tubuh Kerajaan yang diasaskan tu bukanlah bersifat nasionalis yang beri tumpuan kat negeri sendiri je tapi ia lebih kepada undang-undang dan cara mengurus tadbir negeri Johor. Disebabkan undang-undang tersebut berjaya menjadikan Johor sebuah negeri yang terurus, ia dijadikan model dalam perlembagaan negeri lain. Selain tu, undang-undang tersebut dijadikan rujukan dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ataupun sekarang ni jadi Perlembagaan Malaysia. 

Daripada kesinambungan undang-undang tersebut, konsep Bangsa Johor diketengahkan bertujuan untuk menyatukan rakyat Johor di bawah kelolaan keluarga Diraja Johor. Konsep tersebut berasal daripada idea Istana Johor.

Sebenarnya, kalau kita perhatikan, orang zaman dulu ni sebenarnya suka menggelar diri diaorang sebagai rakyat di bawah jajahan sesebuah Kesultanan. Contohnya macam rakyat Kesultanan Kedah, rakyat Kesultanan Melayu Melaka, dan sebagainya. Selain tu, nenek moyang kita jugak akan menggelar diri diaorang berdasarkan kedudukan geografi yang diaorang tinggal. Contohnya macam orang laut.

Pelopor semangat Bangsa Johor. Sultan Abu Bakar (kiri) & Sultan Ibrahim (kanan)

Kemudian, sekitar tahun 1920-an, Sultan Ibrahim dah melestarikan lagi konsep tu dengan menggunakan sepenuhnya lagu Bangsa Johor sebagai lagu rasmi negeri Johor. Tajuk lagu tu pun dah Bangsa Johor. Sebelum tu, lagu tersebut diilhamkan dari irama dan konsep lagu Melayu ‘Dondang Sayang’, tapi lepas tahun 1910-an, baru digubah menjadi lirik baru dan khas dalam bahasa Inggeris oleh Hubert A. Courtney. Dan diterjemahkan oleh Kapt. Haji Mohamed Said.

“Gelaran bangsa Johor bukan satu perkara baharu kerana pada lebih 100 tahun yang lalu, ninda saya Almahum Sultan Ibrahim Abu Bakar sudah menggunakan gelaran itu apabila lagu negeri Johor diberi nama lagu Bangsa Johor,” – Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, sumber dari BH Online. 

Jadi, perkataan Bangsa Johor tu bukanlah saja-saja direka oleh rakyat Johor tapi ia berdasarkan sejarah dan undang-undang yang digubal dari sebelum merdeka lagi. Konsep Bangsa Johor sebenarnya konsep yang sangat penting dalam negeri tu. Berdasarkan fakta, konsep dan semangat Bangsa Johor dapat kukuhkan muafakat dalam kalangan rakyat Johor, mempertahankan jati diri diaorang, simbol kesetiaan pada negeri, membantu pembangunan negeri dan mempertahankan kedaulatan negeri tersebut dalam sesebuah pemerintahan. 

Konsep Bangsa Johor ni bukanlah bertujuan untuk membentuk masyarakat negeri Johor bersikap nasionalis dan terlalu kenegerian, tapi ia lebih untuk melambangkan identiti negeri tu sendiri. Dan berdasarkan sejarah, budaya, dan tradisi negeri tu. Bukannya ada niat untuk buat kerajaan sendiri ataupun taksub sangat dengan negeri diaorang tanpa ada sikap bangga jadi rakyat Malaysia.

“Begitu juga Johor mempunyai senarai panjang budaya dan tradisinya sendiri seperti Laksa Johor, Baju Melayu Teluk Belanga, Zapin dan Ghazal. Saya rasa setiap negeri mesti ada identitinya sendiri dan kita sepatutnya meraikan perbezaan itu dan ini yang menjadikan Malaysia cukup istimewa,” – Sultan Ibrahim, Sultan Johor, sumber dari My Metro.

Background bendera Johor. Imej dari Twitter @OfficialJohor

Kelahiran semula ‘Bangsa Johor’ melalui pasukan bola sepak?

Kalau kita perhatikan, semangat Bangsa Johor ni lahir semula dan selalu jadi sebutan waktu munculnya kehandalan pasukan bola sepak JDT sejak lebih kurang 10 tahun yang lepas. Semangat Bangsa Johor ni diketengahkan semula menerusi pasukan JDT tu lah. Semangat Bangsa Johor seolah-olah jadi keghairahan semua orang Johor bila transformasi dalam arena sukan kat Johor tu berlaku. Dan sejak dari tu, ia jadi ikutan seluruh rakyat Johor.

“Sejak saya hidupkan semula semangat Bangsa Johor yang telah diasaskan oleh Almarhum Sultan Ibrahim sejak tahun 1920an, saya dapat rasakan semangat perpaduan antara kaum di negeri Johor ini telah semakin meningkat,” – Sultan Ibrahim, Sultan Johor, sumber dari mStar. 

Sebenarnya, semangat Bangsa Johor merupakan semangat asas dalam kelab bola sepak JDT tu yang dipelopori oleh Tengku Mahkota Johor (Tengku Ismail) dan Sultan Johor sendiri. Dan dilengkapi dengan slogan ‘Luaskan Kuasamu’ menjadikan rakyat Johor nampak macam terlalu taksub dengan negeri diaorang.(Dengan Harimau Selatan jugakkk!)

Harimau Selatan. GIF dari Giphy

Tapi sebenarnya tak, rakyat Johor memang dah diterapkan dari kecik dengan aspek untuk mempertahankan negeri sendiri. Tapi ada yang nampak semangat dan keadaan tu macam terlalu kenegerian dan rasis dengan negeri lain. Mungkin sebab ada yang terlalu taksub sebab tu lah jadi macam tu. Tapi ia semua jadi sebab keghairahan rakyat Johor dengan pasukan bola sepak diaorang je. Sebab bila pasukan yang diaorang sokong tu menang, mestilah diaorang bangga kan?

Bila ada pemain Johor yang bermain dalam pasukan Malaysia, diaorang mestilah akan sokong pasukan Malaysiakan. Cumanya, berasal dari arena bola sepak JDT lah yang pupuk perpaduan Bangsa Johor menerusi semangat perpaduan dan integriti yang diaorang pegang dan diajar sewaktu perlawanan. 

“Bukan sahaja dari segi sukan malah dari segi ekonomi, pembangunan di Iskandar Malaysia , semuanya diberi keutamaan kepada rakyat yang mana semua rakyat merasainya.

“Setiap apa yang diusahakan oleh kerajaan negeri secara tidak langsung akan melibatkan rakyat di negeri,” – R Vidyananthan,  Ahli Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia, sumber dari FB AKU ANAK JOHOR.

Semuanya bermula semula dari sini. Imej dari Panduan Malaysia

Sebelum ni kitaorang ada sebut pasal konsep dan program muafakat Johor. Konsep dan program Muafakat Johor ni diperkenalkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor (JPNINJ), dengan tujuan untuk kukuhkan lagi perpaduan dan permuafakatan antara rakyat kat negeri Johor tu. Dan dalam program tersebut, ada banyak lagi faedah, perkhidmatan dan aktiviti lain untuk kemajuan dan kesenangan rakyat.

“Menerusi program yang telah dilaksanakan itu semua rakyat Johor mampu ketepikan politik kebencian dan bergabung menggembleng tenaga serta jadikan Johor sebuah negeri yang aman dan membangun,” – R Vidyananthan,  Ahli Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia, sumber dari FB AKU ANAK JOHOR.

Penerangan ringkas pasal negeri Johor. Imej dari Utusan

Konsep Bangsa Johor bantu mensejahterakan masyarakat Malaysia

Nampaknya, konsep dan semangat bangsa Johor ni bukanlah tujuan untuk pecah belahkan rakyat Malaysia, tapi ia khusus untuk penerapan identiti dan perpaduan masyarakat kat Johor sendiri. Dengan adanya konsep bangsa Johor ni, ia secara tak langsung dapat mengukuhkan struktur politik kat negeri tu, seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

“Ia dengan sendirinya akan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. Negeri-negeri yang kuat, dengan masyarakat yang kuat akan membentuk persekutuan yang kuat,” – Datuk Mohamed Khaled Nordin, bekas Menteri Besar Johor, sumber dari mStar. 

Konsep bangsa Johor yang berdasarkan sejarah negeri tu sendiri, ia berjaya memupuk sikap tanggungjawab untuk membangunkan negeri Johor yang dipupuk dari dulu lagi. Selain tu, dengan adanya semangat tersebut, ia jugak salah satu cara untuk memartabatkan pejuang-pejuang dulu. Jadinya, semangat tersebut dah sejati dalam rakyat negeri tu lah. Bukanlah sebab dibuat-buat tapi sebab kebanggaan dengan jati diri negeri sendiri.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend