Buku ‘rare’ ni ceritakan perihal Malaysia 50 tahun yang lalu?

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Salah seorang pembaca Cilisos, Kevin Bathman ada bagitahu kitorang pasal senaskhah buku yang bertajuk, ‘Malaysians’. Buku ni ada adalah koleksi lukisan Mohamed Hoessein Enas, iaitu salah seorang daripada artis-artis tempatan terawal yang ada di negara kita. Ditauliahkan oleh Shell, buku ni juga diterbitkan pada tahun 1963, iaitu tahun negara kita dibentuk.

Yang paling menarik sekali, ia juga mempunyai kata pengantar dari Perdana Menteri pertama kita Tunku Abdul Rahman, yang ditulis pada 11 September, 5 hari sebelum pembentukan Malaysia!

Wah, prakata dari Tunku sendiri pun dah menarik.

Salinan buku yang Kevin kata tu sebenarnya adalah ayah dia punya, dan dapat masa bekerja untuk syarikat gas pada tahun 1972 dan bersara pada tahun 2002. Dia percaya yang buku tu dah tak disiarkan, dan sebab tulah buku tu sangat berharga.

‘Malaysians’ mempunyai 51 buah lukisan Hoessein mengenai orang-orang dan adegan-adegan yang memperlihatkan kebudayaan kita, sebuah potret menarik dari Malaysia (dan rakyat Malaysia), 50 tahun yang lalu. Apa yang lebih penting, artis tu lukis beberapa perkara dan amalan yang dah tak berlaku pada hari ini, contohnya macam

1. Mandi Safar… tradisi yang tidak dilakukan oleh umat Islam lagi, sebab ada elemen Hindu

Mandi Safar, salah satu lukisan dalam buku itu oleh Hoessein, dengan ulasannya di laman kiri

Mandi Safar adalah perayaan yang diamalkan oleh umat Islam pada masa lalu, khususnya di Melaka, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Ia berlaku pada hari Rabu terakhir bulan Safar, yang merupakan bulan kedua dalam kalendar Islam. Orang ramai akan berkumpul di pantai dan berenang di laut sebagai sebahagian daripada upacara, atau mereka akan minum air yang rendaman kertas atau papan kecil dengan tulisan suci dari Quran. Air ni la yang dikenali sebagai air safar.

Ritual ini tak lagi diamalkan oleh umat Islam hari ini kerana pada tahun yang sama (pada tahun 1963), Berita Harian melaporkan Timbalan Mufti Johor, Dato Dr. Abd. Jalil Hassan menyatakan yang upacara-upacara tu adalah “bidaah dan tak masuk akal”. Sejak tu, dia mengisytiharkan fatwa terhadapnya dan Islam menolaknya sebagai amalan pagan.

2. MAS yang lebih dikenali sebagai MAL satu ketika dulu

Pramugari MAS masih lagi pakai kebaya macam ni, cuma corak dan warna je berubah.

MAS pula kaya dengan sejarah. Atas inisiatif sesetengah syarikat British di Liverpool, maka adalah penubuhan Malayan Airways Limited (disingkat MAL) pada 12 Oktober 1937. Tapi diorang berjaya menyambut penumpang pertama pada 1 Mei 1947, iaitu 10 tahun lepas tu.

Hoessein melukis potret pramugari Malayan Airways yang lengkap dengan kebaya dan sarung sarung tangan syarikat penerbangan tu, dan menunjukkan imej “rumah mana-mana sahaja – walaupun di atas awan”. Pada masa tu, syarikat penerbangan MAS cuma ada beberapa destinasi antarabangsa, iaitu Brunei, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam Selatan. Tapi, pramugari diorang dengan bangga memperagakan wajah Malaysia dalam penerbangan tu.
Hari ni, Pramugari MAS dan cabin crew masih lagi menggayakan kebaya. CCO syarikat tu, Paul Simmon sendiri kata yang pakaian seragam tu memberikan simbol ikonik dan merupakan satu kebanggaan bagi generasi Malaysia. MAS mungkin dah tak dikenali sebagai MAL, tapi sesetengah perkara masih lagi tak berubah :)

3. Pekerja asing dari Selatan China di Sabah pada tahun 60-an

Pekerja China satu masa dulu.

Kemajuan Sabah sudah bermula pada tahun 60-an, contohnya macam rumah, kedai, sekolah, jalan dan lapangan terbang yang menghubungkan setiap bandar di negeri tu. Malah kebanyakan kerja pembinaan dijalankan oleh pendatang dari Selatan China. Nampaknya, dari dulu lagilah kita mengharapkan pekerja asing, ye?

Pendatang yang perempuan juga terlibat dengan kerja-kerja berat macam pembinaan jalan raya dan cuma melindungi kulit diorang dengan tutup pakai topi je (sebab dulu SPF, skincare ni mana wujud lagi) :P . Berdasarkan gambar tu, diorang nampak macam tengah menyaring atau meletakkan kerikil, biasanya digunakan sebagai asas untuk jalan, di kawasan di mana jalan akan dibina. Tapi tahun 2018 ni pula, China takde dalam senarai negara kita untuk sumber buruh yang diluluskan.

Kalau tengok balik sejarah kita dulu, timah adalah permulaan bagi pembinaan jalan raya di Malaya pada tahun 1860. Masa ni la Tengku Menteri Ngah Ibrahim, pembantu pentadbiran Sultan Perak, mengikat kayu dengan jalur rotan untuk membentuk jalan utama, yang merupakan satu kejayaan yang berlaku 25 tahun sebelum kereta api pertama tiba.

Diorang menggunakannya untuk mengangkut timah dari Kamunting (berhampiran Taiping) ke Port Weld. Disebabkan Perak ada banyak timah, British kemudiannya membangunkan negeri tu lebih cepat daripada negeri-negeri lain (termasuklah pembinaan jalan) untuk kepentingan ekonomi diorang.

4. Tukang Perak yang semakin berkurangan di Kelantan menjadi 90 orang

Tukang Perak di Kelantan.

Kelantan pula memang terkenal dengan kraf peraknya sejak zaman purba, di mana rumah-rumah golongan diraja akan menugaskan tukang perak untuk membuat sarung keris, kotak barang kemas dan perkakasan bekas makanan. Walaupun teknologi semakin maju, tapi ramai pelanggan masih memilih ukiran perak secara tradisional, kata Pok Li, salah seorang tukang perak tradisional yang terakhir dalam masyarakat hari ini. Malah di dalam buku Hoessein,  dia ada menyebut yang hanya 90 orang tukang yang masih hidup, itupun pada 50 tahun yang lalu.

“Masa saya mula-mula mempelajari asas-asasnya, ia amat sukar. Saya terpaksa menggunakan palu dan pahat, dan saya mengambil masa 8 jam untuk membuat cincin. “- Pok Li, The Malaysia Times

Tapi zaman ni pula dengan kecanggihan mesin, nak buat cincin cuma ambil masa lebih kurang 2 jam je, kata Pok Li, yang mula belajar sejak usia 15 tahun. Tukang perak Kelantan pada masa kini bukan saja bersaing dengan mesin, tapi juga bersaing dengan Pulau Pinang dan Perak! Negeri-negeri ni jual barangan perak lebih murah daripada Kelantan. Jadi bila diorang berada di pasaran selepas 90-an, industri pertukangan perak di Kelantan pun jatuh menjunam.

5. Wanita Sam Sui di Singapura yang… mungkin dah takde sekarang

Wanita Sam Sui, Singapura.

Salah satu perkara yang ramai dari kita tak pernah tengok adalah wanita Sam Sui di Singapura (masa tu Singapura masih lagi sebahagian dari Malaysia, iaitu pada 1963-1965). Jadi, diorang ni juga kadang-kadang dikenali sebagai ‘Hung Tau Kan’ (wanita bertudung merah) yang berasal dari Sam Sui, Selatan China pada tahun 20-an hingga 40-an, dan menetap di sini untuk menjadi pekerja pembinaan dan perindustrian.

Dengan bangunan-bangunan baru dan jalan-jalan yang muncul, pakaian kepala berwarna merah yang tersendiri adalah adegan biasa di mana terdapat tenaga kerja berat, kata Hoessein.Wanita Sam Sui seramai 2,000 orang yang datang ke sini, hampir memonopoli industri tu. Malah, diorang ni lah yang bertanggungjawab membantu perkembangan awal pembangunan kat sini.

Diorang semuanya tinggal di kawasan yang sempit, saling membantu satu sama lain, dan membentuk ikatan rapat. Wanita Sam Sui ada reputasi sebab diorang selalu tolak pekerjaan tak baik (contohnya macam dadah, menjaja, pelacuran dan segala pekerjaan tak baik), walaupun diorang hidup dalam kesusahan. Pada tahun 1986,  ada satu siri TV popular yang dipanggil Wanita Samsui telah dihasilkan di Singapura.

Disebabkan kemajuan teknologi, perkhidmatan diorang semakin kurang diperlukan, dan diorang akhirnya bersara dan memilih untuk menetap di Singapura. Menjelang 2014, dianggarkan hanya 2 orang wanita Sam Sui yang tinggal, dan kedua-duanya tinggal bersendirian di flat pangsapuri satu bilik.

Walaupun banyak perkara dah tak diamalkan lagi, tapi kita masih dapat peliharanya melalui buku ni

Sesiapa yang ada buku ni, memang bertuah.

Sejujurnya, lukisan Hoessein Enas dalam buku ni menghidupkan nostalgia lama bagi orang yang pernah hidup pada zaman tu. Bagi kita yang muda pula, ia adalah sesuatu yang sangat menakjubkan untuk kita singkap perkara-perkara yang tak sempat kita rasa.

Kalau korang perasan, perempuan Melayu yang mandi safar dalam lukisan tu juga tak pakai tudung, atau sesuatu yang tutup kepala sebab ia adalah satu perkara biasa pada zaman tu. Kitorang ada tulis artikel pasal tu, dan korang boleh rujuk kat sini. Tudung biasanya dipakai untuk beberapa upacara saja, contohnya pengkebumian atau kenduri. Mnakala perempuan Cina pula takdela pakai samfu hari-hari macam lukisan Hoessein.

Ada sesetengah perkara yang masih tak berubah, contohnya kita masih boleh tengok orang jual sate tepi jalan, pasar malam, persembahan kebudayaan, pakaian tradisional Orang Asli, dan beberapa yang lain. Apa yang menariknya adalah buku ni sangat rare, dan tak dijual lagi dan kalau ada pun, harapnya kita boleh jumpa di muzium atau perpustakaan untuk tontonan kita semua.