Selain bijih timah, British meraih kekayaan melalui jualan candu di Malaya

Kalau korang membesar dengan filem P.Ramlee, mesti pernah menonton filem-filem beliau yang suka meletakkan unsur sindiran dan parodi lebih-lebih lagi dalam cerita ‘Ali Baba Bujang Lapok‘. Nah, cuba layan video ini mesti korang tahu :

https://www.facebook.com/SarawakAritok/videos/543695279459071/

 

Sekiranya video tidak boleh dimainkan, ini merupakan babak dimana Cik Siti iaitu hamba Ali Baba pergi ke pasar dan ada dua orang peniaga menjerit ‘candu’ dan ‘ganja’ untuk menarik perhatian pelanggan. Walau bagaimanapun, apabila Cik Siti ingin membeli belacan, dia tidak boleh cakap kuat-kuat macam beli ganja dan candu kerana tiada lesen belacan diperkenalkan.

Walaupun ini merupakan satu babak yang mempunyai kiasan tetapi sebenarnya perkara sebegini pernah berlaku di Tanah Melayu. Pada era tahun 1946, candu merupakan dadah yang boleh dijual di Tanah Melayu dan korang boleh beli candu macam beli rokok sebatang, ia juga mempunyai dua pilihan sama ada hisap di kedai atau bawak balik.

Jika dilihat dalam sejarah, British juga mengusahakan industri candu dalam perdagangan kerana jika mereka fokus kepada perlombongan bijih timah dan penanaman lada sahaja, mereka tidak akan mampu untuk membina bangunan kolonial dan pangkalan tentera yang mahal.

Korang ingat tiang roman ni murah ke? Imej dari blog Zain Abdullah (tidak wujud)

Separuh daripada pendapatan British di Negeri-negeri Selat merupakan hasil perdagangan candu

Kurus kering badan lepas hisap candu. Imej dari Desa Dusun

Kalau korang tak tahu apa itu candu, ia merupakan getah kering dari pokok popi yang juga boleh menghasilkan heroin dan morfin. Sejarah British dengan candu sangat menarik: Mereka akan menyuruh peladang di India untuk menanam pokok popi supaya mereka dapat barang dagangan yang baik. Hal ini menyebabkan kaum Cina ketagih dengan candu sejurus dengan itu mereka akan dapat teh dari China dengan kos yang rendah.

Oleh itu, ia juga akan mengejutkan kita jika sejarah candu tidak disebut dalam buku sejarah Malaysia. Candu juga bukan sekadar mengisi masa lapang malah merupakan salah satu industri besar yang berjaya. Untuk memberikan korang gambaran betapa besarnya industri candu, untuk setiap tahun antara tahun 1818 dan 1819, keuntungan candu menyumbang diantara 30% hingga 60% dari hasil yang dikumpulkan oleh British di Negeri-negeri Selat, rata-rata 40-50% setiap tahun.

Pada mulanya, British tidak menjual candu dan bagi menjimatkan kos pentadbiran, beberapa pemerintah kolonial melelong hak orang lain untuk memungut cukai bagi pihak mereka atau memegang monopoli terhadap barang-barang seperti candu dan minuman keras. 

Amalan ini disebut ‘farming out‘, dan monopoli disebut ‘ladang’, seperti minuman keras dan candu. Ini tidak bermaksud mereka mengusahakan minuman keras atau candu, tetapi mereka hanya memonopoli perniagaan.

Imej dari giphy

Dalam kes ladang candu, ‘peladang’ (pemegang monopoli) akan memberikan anak buahnya sendiri untuk mengimport candu, mengedar dan menjualnya di kawasannya. Mereka juga dapat mengupah ‘chinteng’ atau polis candu untuk memastikan bahawa candu dari kawasan lain tidak diseludup masuk ke kawasan mereka, dan semua pengambilan ini menjadi sebahagian daripada kos untuk menanam candu.

Sebahagian daripada keuntungan peladang akan digunakan untuk membayar kerajaan atas hak istimewa memegang monopoli, mengambil sewa, ‘overhead’, kos dan semua ‘shenanigans’ lain yang terlibat dalam mengimport, memproses, dan menjual candu. Oleh itu, cuba korang bayangkan berapa banyak pertukaran wang dan candu bagi bahagian kecil keuntungan dari semua ladang candu untuk menambah sekitar 50% daripada jumlah pendapatan negeri-negeri selat setiap tahun.

Perniagaan seperti timah dan komoditi lain hanya berjalan jika ada candu

Seperti pelacuran (yang telah kami tulis dalam artikel sebelumnya), permintaan  candu disokong oleh kemasukan secara besar-besaran pekerja migran Cina pada pertengahan abad ke-19. Walaupun orang dari semua kaum dan kelas diketahui menghisap candu di Tanah Melayu penjajah ini …

Ukiran kayu yang menggambarkan cara orang Melayu hisap candu. Imej dari Wellcome Images

…pelanggan tetap sebelum tahun 1900 ialah migran Cina yang dikatakan ketagih dengan candu di Tanah Melayu dan bukannya sudah ketagih ketika mereka datang ke sini. Jadi, tidak sangka mengapa buruh ini inginkan candu: memecahkan timah lombong di tanah asing tanpa Perkeso sangat tidak masuk akal. Oleh itu, candu ini digunakan untuk membuatkan mereka kurang letih semasa bekerja.

“Saya melihat ribuan pekerja Cina yang bekerja di perlombongan timah yang mempunyai tenaga, kekuatan dan fizikal yang bebeza dari orang yang berkulit putih. Selepas waktu bekerja mereka akan pulang ke rumah dan akan menghisap candu sama ada sebelum atau selepas makan tanpa kesan prejudis” – John Anderson, seorang Saudagar dari Singapura, dipetik dari Jurnal Asia Tenggara

Hal ini kerana pelombong timah tidak mendapat rawatan lalu penggunaan candu digunakan sebagai ubat tahan sakit bagi merawat pelbagai penyakit seperti taun, disenteri, demam, beri-beri, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, candu ini bukan boleh menyembuhkan semua penyakit tetapi menyebabkan orang ketagih.

Imej dari meme generator

Kebanyakan petani candu mempunyai (majoriti masyarakat Cina di Asia Tenggara) perniagaan lain. Di Johor dan Singapura, petani candu kebiasaannya mempunyai perniagaan lada dan gambir manakala di Perak dan Selangor mereka mempunyai perlombongan bijih timah sendiri. Jika perniagaan candu tidak berjalan, perniagaan lada, gambir dan bijih timah tidak akan mendapat keuntungan lagi-lagi di pasaran antarabangsa.

Walau bagaimanapun, candu juga dapat mengurangkan kos pembayaran gaji kepada buruh. Bayangkan korang sebagai ketua yang bayar gaji kepada buruh serta menjual candu, mereka akan menggunakan duit gaji yang korang bagi untuk membeli candu ibarat duit gaji itu masuk balik dalam poket korang. Betapa teruknya pengaruh candu ini sampaikan orang berhutang untuk membelinya.

“Menghisap candu menyebabkan sesebuah keluarga itu huru-hara dan melanda kemiskinan. Jika penagih sudah memajakkan semua hartanya, mereka akan menjual semua bini dan anak-anak.” dipetik dari The Land and People of China.

Candu telah diharamkan pada tahun 1946 selepas kedatangan Jepun

Hisap sambil baring baru otai. Imej dari giphy

Pada permulaannya, orang yang menghisap candu majoriti dari kalangan Cina kuli dan pelombong di kawasan luar bandar Tanah Melayu tetapi selepas mendapat pasaran yang tinggi, ia memberikan ketagihan kepada orang ramai. Menjelang tahun 1930, satu perempat dari orang Cina dewasa di Singapura ketagih dengan candu.

Petani candu yang terdiri dari kaum Cina merupakan orang yang paling kaya dan berkuasa pada ketika itu tetapi lama-kelamaan merosot. Kerajaan akhirnya memansuhkan sistem pertanian dan berpaling kepada candu ke dalam monopoli kerajaan pada tahun 1907. Hal ini menyebabkan ramai orang tertanya-tanya kenapa kerajaan membenarkan candu.

Sesetengah orang kaya dalam kerajaan British merasakan bahawa amalan mengumpul hasil dari candu adalah satu perkara yang tidak elok. Sebagai contoh, pada tahun 1920-an British di Negeri-negeri Selat mahu membina sebuah pangkalan tentera di Singapura, tetapi Leopold Amery, Setiausaha Negara British, telah menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada itu akan dibina daripada ‘wang haram’.

“… di antara 40 dan 50 peratus daripada sumbangan tentera (Penempatan Selat) berasal dari penjualan candu… dari apa yang komited untuk mengambil kira sebagai sumber yang haram. “- Leopold Amery, dipetik dari “A Genealogy of Tropical Architecture“.

Hal ini menyebabkan ramai orang telah membangkitkan kumpulan anti-candu di Tanah Melayu yang telah memberikan tekanan kepada kerajaan dan lama-kelamaan sekatan penjualan candu diperkenalkan. Selepas kedatangan askar Jepun pada tahun 1946, penggunaan candu ini telah diharamkan.

Imej dari giphy

Dalam sebahagian besar dari sejarah kita, candu tidak disebut

Suasana orang hisap candu ramai-ramai di Singapura. Imej dari rarehistoricalphotos

Candu ini juga menjadi salah satu sejarah yang tidak dimasukkan dalam silibus sekolah seperti sejarah pelacuran dan perhambaan. Tetapi kenapa perkara ini penting? Kebanyakkan bangunan kolonial di Malaysia yang kita dapat lihat hari ini datangnya daripada duit pembelian candu oleh pelombong bijih timah. Walau bagaimanapun, sejarah candu ini dimasukkan dalam silibus STPM tetapi hanya menceritakan tentang Perang Candu.

Mengenali sejarah hitam merupakan perkara yang penting, hal ini kerana jika perkara buruk diingatkan kembali walaupun perit macam putus cinta tetapi ia akan membuatkan diri kita lebih baik pada masa akan datang.