Sejarah & Politik

Presiden MIC minta kembalikan kuasa raja. Kenapa Tun M hilangkannya dulu?

*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 5 Oktober 2015

Presiden MIC yang juga Yang di-Pertua Dewan Negara yang bersara, Senator Tan Sri SA Vigneswaran menyarankan kerajaan agar menarik balik pindaan kontroversial 1993 yang disifatkan bercanggah dengan Perlambagaan Persekutuan.

Lagipun pindaan itu dibuat tanpa persetujuaan Majlis Raja-Raja dan dah mengurangkan kuasa raja Melayu maka kedaulatan Institusi Diraja harus dikembalikan.  Dari kenyataan yang dikeluarkan ni, kita mesti tertanya-tanya, kenapa pernah ada pindaan yang mengurangkan kuasa raja Melayu?


Mungkin ada di antara kita yang pernah terdengar pasal kes Douglas Gomez, seorang jurulatih hoki yang dipukul oleh ahli kerabat pada tahun 1992. Semuanya gara-gara sebab Johor kalah final dalam Malaysian Games pada tahun sebelumnya.

Kes ni telah menarik perhatian ramai orang, dari rakyat biasa sampailah ke pihak atasan kerajaan. Masa ni semua orang start bising secara terbuka dan tertanya-tanya, macam mana kuasa-kuasa sultan boleh kebal sangat? Dan isu ni sebenarnya dah lama dipersoalkan, sejak 1981 lagi.

kebal man

Bukan kebal peluru lah, kebal dari undang-undang. Gambar dari Shangai Metal Corporation.

Akhirnya pada tahun 1993, Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba pun membangkitkan isu ni kat parlimen dan kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang bersetuju dengan cadangan tersebut. Pada masa yang sama PM wakt tu, Dr Mahathir Mohamad telah mendapatkan persetujuan 6 daripada 9 sultan/raja untuk menggubal undang-undang.

Jadi macam mana undang-undang tersebut mempengaruhi kuasa raja-raja di Malaysia?

1. Sultan/raja tak boleh lantik EXCO Negeri

Atas kertas memang Agong pegang pangkat tertinggi kat dalam institusi negara, tapi baginda masih terikat dengan perlembagaan dan hampir semua kuasa pentadbiran negara telah diberi kepada pihak kerajaan kecuali benda-benda yang melibatkan hak Melayu, Islam dan kelulusan undang-undang baru. Dan bercakap pasal undang-undang…

Sebelum ni, semua rang undang-undang kena ada tanda tangan dari Agong. Secara ringkasnya, proses ni bermula dengan mendapat kelulusan dari Dewan Rakyat, kemudian dibawa naik ke Dewan Negara dan akhir sekali dapat cop mohor Agong sebelum ia dijadikan sebagai undang-undang negara.

allow it gif

Gambar dari giphy.com

Tapi kalau Agong tak tanda tangan, ia tetap akan diluluskan. Malah kalau majoriti parlimen setuju ia akan automatik jadi undang-undang. Perubahan inilah yang pernah digunakan oleh PM sebelum ni, Najib Razak untuk meluluskan Akta MKN.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!
Klik untuk baca macam mana PM Najib gunakan pindaan ni untuk meluluskan Akta MKN.

Klik untuk baca macam mana PM Najib gunakan pindaan ni untuk meluluskan Akta MKN.

Di peringkat negeri, lain pulak kisahnya. Sebelum Krisis Perlembagaan, semua sultan dan Raja kena tanda tangan Perlembagaan Negeri sebelum ia diluluskan. Dr Mahathir pernah kasi ucapan pasal isu ni, dia kata:

“Tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat” – 18 Januari 1993.

Dan macam sebelum ni, sultan/raja boleh lantik Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri, dan Pegawai Kewangan Negeri. Tapi sekarang kuasa tu dah kena tarik dan isu ni telah dikemukakan oleh pihak pembangkang sebab dari pandangan mereka, undang-undang ni melanggar kuasa negeri.

Pasal darurat pula masih kena ada tanda tangan dari Agong, malah hanya baginda seorang je boleh isytihar dan tak perlu undian dari parlimen tapi kena ada nasihat dari Perdana Menteri.

2. Kerabat tak boleh terlibat dalam dunia politik

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, semua kuasa pentadbiran dari benda-benda kecil sampailah isu besar akan dikendalikan oleh sultan atau istana. Masa zaman penjajah pula, sultan masih mempunyai kuasa cuma kena dengar cakap penjajah yang kononnya ‘penasihat’. Tapi lepas merdeka lain pula ceritanya.

bailairung seri

Gambar dari sebuah video kat Youtube pasal Balairung Seri. Tekan kat gambar untuk tonton.

Secara ringkasnya Agong berkhidmat untuk negara, sultan/raja berkhidmat untuk negeri, manakala Perdana Menteri dan Menteri Besar mewakili Dewan Rakyat di mana mereka diperlukan untuk menasihati Agong dalam hal ehwal negara. Jadi, kat situ kita dah ada sistem di mana masing-masing bergantung antara satu sama lain.

Tapi seorang professor dari UIAM berkata, sultan-sultan tak boleh masuk campur hal politik sebab kedudukan mereka lain daripada rakyat biasa tapi kalau nak juga masuk politik, mereka hanya boleh tegur je, tak pun suarakan pendapat mereka masa perjumpaan Majlis Raja-Raja.

lepas meeting majlis raja-raja

Sultan/raja dan Agong lepas mesyuarat Majlis Raja-Raja. Gambar dari expatgo.com

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ni pula dihadiri oleh semua sultan-sultan dan juga Perdana Menteri untuk berbincang pasal masalah negeri masing-masing, mereka ibarat wakil rakyat yang tak dilantik tapi kedudukan tersebut membenarkan mereka untuk bincang pasal isu-isu negara.

3. Penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja

Sebelum 1993, sultan/raja diberi keutamaan lebih dari rakyat biasa dan tak boleh didakwa dalam perbicaraan dalam mana-mana mahkamah pun. Secara asasnya, kita sebagai rakyat biasa-biasa tak boleh nak tuduh sultan/raja apa-apa, dari masalah kecil sampailah besar sebab undang-undang memang tak membenarkan.

Lepas krisis Perlembagaan 1993, kerajaan telah menubuhkan Mahkamah Khas Raja-Raja di mana semua masalah atau tuduhan terhadap sultan/raja boleh dikemukakan kat mahkamah ni. Dan kuasa mahkamah ni boleh tahan hebat juga sebab ia merangkumi semua mahkamah lain termasuk jugalah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan. Manakala segala tuduhan hanya dilayan selepas tahun 1993, sebelum tu ia tak diambil kira.

Bercakap tentang tuduhan terhadap sultan/raja, kita tak boleh senang-senang nak bawa mereka ke mahkamah tau. Mengikut perlembagaan Perkara 183, orang biasa macam kita ni kena dapat kebenaran dari Peguam Negara baru boleh teruskan nak dakwa sultan/raja.

Mungkin ada yang tertanya-tanya “Ada ke yang nak saman sultan atau kerabat?” Ada je. Contoh yang terkenal adalah kes Kerabat Diraja Kelantan pada tahun 2009/2010, adik beradik kerabat Kelantan telah bergaduh di mana abang telah menyaman adik menggunakan mahkamah Khas Raja-Raja. Agak kecoh jugalah kes ni sampaikan Unit Tindakan Khas (UTK) pun masuk campur… wooaah.

4. Penglibatan sultan/raja dalam dunia perniagaan

Kami tak pasti sama ada sultan/raja boleh melibatkan diri dalam industri perniagaan ke tak tapi kalau korang kaji pasal Krisis Perlembagaan tu, salah satu topik yang sering dinaikkan adalah sultan/raja tak boleh terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan melainkan melalui pegangan amanah.

Walaupun perlembagaan tak ada kata apa-apa mengenai isu ni, tapi ada seorang ahli parlimen UMNO kata yang kerabat boleh je nak buat bisnes, janji ia diluluskan oleh pihak kerajaan Negeri dan Persekutuan. Wakil pihak pembangkang pun bersetuju, cuma dia kata isu di sini adalah berani tak berani je untuk Menteri tegur atau kasi nasihat.

Najib and king

Gambar dari The Sun Daily.

Malah sorang peguam yang SOSCILI hubungi berkata, walaupun Perlembagaan tak kata apa-apa tapi memandangkan sultan/raja adalah seorang tokoh masyarakat ia tentu akan menarik perhatian sesetengah pihak untuk menyoal. Tapi isu ni tak menghalang sultan/raja melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Kita ambil contoh macam Sultan Ibrahim, baginda pernah kata elaun diberi oleh pihak kerajaan tak mencukupi dan untuk menyara hidup, Sultan Ibrahim telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Tapi tak semua setuju dengan tindakan kerabat melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Satu kajian mengenai kuasa Raja Melayu dari sebuah universiti di Kanada, mereka mendapati bahawa sesetengah ahli perniagaan Melayu dan juga bukan Melayu rasa tak adil bila kerabat melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Lagi-lagi apabila mereka mempunyai status dan kenalan yang lagi hebat dari orang biasa.

Sheikh Tender

Gambar dari sott.net

Tapi penglibatan mereka tak semestinya tak elok, contohnya macam kat Johor buat masa ni banyak kemajuan di  negeri tu telah dilakukan oleh kerabat. Johor Bahru telah menjadi bandar terbesar di selatan Malaysia dan sering menjadi tempat perhentian untuk kaki traveler. Malah negeri tu terima banyak pelaburan dari negara China dan Singapura yang mana ia telah menguntungkan ekonomi penduduk tempatan.

Walaupun perlembagaan diubah, pengaruh raja-raja masih kuat di kalangan rakyat

Salah satu sebab kenapa kuasa sultan/raja kena sekat adalah isu salah guna kuasa dan kekebalan undang-undang, contohnya kes Sultan Kelantan tak nak bayar cukai import kereta yang berharga RM800,000 dan kes Douglas Gomez yang kena bantai dengan kerabat Johor. Walaupun bukan semua kerabat yang buat hal tapi ia telah mendatangkan kerisauan dalam hati rakyat.

Malangnya, perlembagaan yang diubah ini juga memberikan peluang untuk penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin, seperti yang telah berlaku kepada kelulusan Akta MKN yang tidak mendapat perkenan Agong dulu. Apa yang menakutkan, dengan undang-undang baru tersebut, PM pun boleh berkuasa macam Agong! Malah Tun M sendiri ada meminta maaf pasal perkara ini.

akta-mkn-najib

Klik untuk baca kenapa Akta MKN ini agak menakutkan.

Namun ini tak bermakna pengaruh sultan dan raja-raja telah berkurang. Sultan/raja masih lagi banyak memberi komen dalam isu semasa. Dulu pun, Majlis Raja-Raja sendiri pernah memberikan komen pasal isu 1MDB, menggesa agar kemelut tersebut diselesaikan segera. Hal ini membuatkan rakyat terus bergantung harap kepada raja-raja

Klik untuk baca akan pengaruh Majlis Raja-Raja terhadap kerajaan.

Klik untuk baca akan pengaruh Majlis Raja-Raja terhadap kerajaan.

Mudah-mudahan sultan dan majlis raja-raja akan teruss mengimbangkan kuasa pemerintah bagi mengekalkan kemakmuran di negara kita ini!

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend