Seni & Budaya

Sebelum indie, inilah band-band underground yang memberi impak pada industri muzik kita

Sebelum lahirnya band ‘indie’ macam Meet Uncle Hussain, Hujan dan Bunkface, korang ingat tak dulu kita selalu sebut pasal band ‘underground’? Sewaktu industri muzik kita hanya penuh dengan lagu pop, balada, dan rock kapak, band underground ni lah yang cuba memberi pilihan alternatif.

Dorang tak femes kat TV mahupun radio tapi konfem hampir semua golongan muda pernah dengar lagu dorang. Zaman tu mana ada Facebook atau Twitter, so pergi la fotostat fliers dan sebarkan secara buruh kasar. Kalau kaki gig dulu pula, ada beberapa tempat wajib yang korang pernah pergi macam MCPA kat KL depan Stadium Merdeka tu atau pun Paul’s Place kat Jalan Klang Lama.

https://www.youtube.com/watch?v=wBc56y0sL3k

Baru-baru ni juga, kebanyakan band lama ni mula buat comeback, contohnya band Shizuka Ben Aman yang femes dengan lagu Redline dan jadi ringtone wajib sesapa yang pakai handset Nokia.

1. ACAB dan muzik skinhead, ska, dan oi (skinhead bukan pasal bergaduh je ye)

Kat Malaysia, kalau kita sebut pasal skinhead mesti semua terngiang-ngiang dengan lagu dari band ACAB. Band yang ditubuhkan pada tahun 1994 ni merupakan antara band yang ternama dalam dunia muzik underground lokal.

Kat luar negara, skinhead dipandang negatif kerana selalu dikaitkan dengan golongan ‘white supremacist’ yang rasis dan selalu menganggu ketenteraman awam. Malah Vice ada menulis pasal budak skinhead Malaysia yang cuba menyebarkan mesej ketuanan Melayu mereka sendiri (tapi yang peliknya pakai swastika dan bagi tabik Nazi).

Namun golongan rasis atau ‘boneheads’ bukan satu-satunya puak skinhead kat sini. Ada juga yang mengikuti prinsip yang menentang racism iaitu Skinheads Against Racial Prejudice (Sharp), yang mulanya diketuai oleh ACAB sendiri.

 

skinhead malaysia

Skinhead SHARP Malaysia. Gambar dari penangmonthly.com

Menurut seorang otai skinhead kat KL, waktu budaya skinhead mula masuk kat Malaysia, ramai yang copy bulat-bulat tanpa mempersoalkan apa benda yang dorang buat:

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

“Ia bukannya pasal racism, kami tengok Sid Vicious pakai baju swastika, dan kami ingat itu adalah simbol punk.” – Rozaimin Elias, dipetik daripada Penang Monthly.

Tambah Rozaimin lagi, time tu nak carik mana-mana buku atau recording skinhead pun sikit punya payah, jadi kena la pesan kat member yang pergi oversea.

Ada yang join skinhead ni sebab ideologi tapi ada juga yang join sebab style, termasuklah baju Fred Perry, kasut Doc Martens, dan kepala botak.

Korang pernah perasan tak, kat mana ada Skinhead kat situ mesti ada budak ska. Ini sebab kedua-dua subculture sebenarnya ada asal-usul yang sama iaitu dari Jamaica. Dalam band Gerhana Ska Cinta sendiri, vokalis dorang adalah guitarist daripada band ACAB.

Walaupun cerita pasal keganasan skinhead ni tak boleh dipisahkan, budak-budak Skinhead SHARP Malaysia ni masih berpegang teguh kepada agama. Salah sorang otai skinhead Malaysia, GG, berkata yang dorang kat sini masih memandang tinggi terhadap agama cuma cara pemakaian dan fahaman budaya je lain sikit.

2. Poetic Ammo dan Too Phat yang mempopularkan scene hip hop di Malaysia

Hip hop yang berasal dari USA ni merupakan satu subculture yang sering dikaitkan dengan African-American, tapi kini dah tersebar ke seluruh dunia termasuklah Malaysia.

 

Apa yang unik pasal hip-hop ni adalah dia boleh adapt ke semua jenis budaya, dan tiap-tiap negara pun ada cara rap yang tersendiri. Contohnya kat Amerika Selatan dorang ada Daddy Yankee, Tego Calderon,dan Marcelo D2 di mana cara dia rap lain dari segi melodi dan juga bahasa. Sama juga macam kat Malaysia, Too Phat telah mengenalkan lenggok Melayu kat dalam lagu dorang.

Ada sorang lecturer dari University of Calgary, dia kata gaya rap ni ibarat baca puisi tapi ada gayanya sendiri dan tajuk rap ni boleh jadi apa-apa je, dari benda serious macam masalah hidup sampailah benda simple macam jenama bag. Senang cerita, apa-apa pun boleh di-rap kan. Hip hop juga merangkumi budaya lain seperti break dancing, lukisan grafiti, deejay (main turntable), dan juga fashion.

Kat sini hip hop masuk lambat sikit, kira kira pada pertengahan 90-an. Time tu ada satu syarikat rakaman independent bernama Positive Tone yang berani untuk sign kontrak dengan hip hop band iaitu Poetic Ammo. Usaha dorang tak disia-siakan bila band tu meletup dan terkenal dengan lagu Monay Monay dan Who be the player. Lepas tu Positive Tone telah sign kontrak dengan lagi satu band legend iaitu Too Phat dan telah menghasilkan lagu-lagu famous macam Anak Ayam dan juga Ala Canggung.

Disebabkan dorang jugalah budaya hip hop Malaysia telah bertapak. Kini kita ada hip hop artis yang power macam Teh Tarik Krew, Ahli Fiqir, Sonaone, Karmal, Aman-Ra, Kayda, NtahSape2Ntah, dan ramai lagi. Tak cukup dengan artis, kita ada hip hop dance crew kita sendiri macam Wakaka Crew, Bounce StepperzEleColdXHot, dan juga rancangan menari hip hop Showdown kat channel 8TV.

bounce stepperz image

Bounce Stepperz perform guna batik. Gambar dari batikpelikat67.blogspot.my

Berdasarkan pengalaman Jason Schadt (emcee dari Canada yang telah menetap lebih dari 10 tahun kat Malaysia) dia kata hip hop berjaya menyatukan artis-artis rapper kita. Orang India, Cina, dan Melayu berjaya buat event sama-sama walaupun tiap-tiap rapper rap dalam bahasa masing-masing dan siap ada yang tak faham bahasa masing-masing.

Menurut beliau lagi, walaupun Malaysia ni tak terkenal dengan budaya hip hop dan tak sebesar negara jiran, tapi negara kita merupakan salah satu tempat yang mempunyai pelbagai pilihan bahasa untuk layan rap Asia.

3. Butterfingers dan permulaan band underground yang melanggar norma industri muzik temapatan

Kalau bersembang pasal grunge, mesti orang sebut band Nirvana, Pearl Jam, dan ramai lagi. Kat Malaysia pulak kita ada Butterfingers. Band legend ni ditubuhkan pada tahun 1991 dan telah merevolusikan bukan saje industri muzik tanah air malah telah memberi satu nafas baru kepada pemuda time tu.

“When you’re not familiar with it, it mean it is rare, the first time you listen to it, it is original sangat tau” – Abang Rom, ROTTW Magazine 

Butterfingers zaman tu dianggap melanggar ‘peraturan’ muzik mainstream tanah air dengan buat lagu dalam bahasa Inggeris dan bukan genre Ballad/Pop/Rock Kapak. Pada tahun 1996, dorang telah keluarkan album sulung dan setahun kemudian telah menang AIM.

Memandangkan dorang berjaya tanpa menjadi ‘sell out’ atau pun mengubah genre muzik dorang, ini telah memberi inspirasi kepada peminat dan pendengar untuk stay true kepada diri sendiri dan tidak berubah untuk orang lain.

Noh dari band Hujan pernah berkata yang salah satu sebab band Hujan tu wujud adalah Butterfingers. Bukan ahli muzik je, pengasas TapauTv pun kata dia buka company dia disebabkan Butterfingers. Muzik dan fahaman Butterfingers secara tak sengaja telah mengajak anak muda kat Malaysia ni untuk berjaya dengan apa yang dorang minat.

“With Butterfingers, they actually taught you to take pride as a Malaysian, doesnt matter kau ni Melayu, Cina, India. Kasi kau rasa bangga dengan roots kau, masa aku buat TapauTv tu lah aku rasa yang penting” – Ahmad Faris, Tapau Tv

Lead singer untuk Butterfingers, Emmet sekarang ni tengah sibuk buat show di serantau Malaysia dan mungkin akan keluarkan album dia sendiri pastu guitarist Butterfingers pula, Loque sekarang tengah sibuk dengan band dia sendiri iaitu MonoloQue dimana dia mengetengahkan elemen-elemen tradisional Melayu kat dalam lagu-lagu dia.

4. Implikasi KAMI terhadap muzik dan budaya

Tahun 2007-2008 merupakan tahun keramat untuk band-band indie. Time tu, muzik scene untuk anak muda yang memberontak ni tengah takde idola dan artis-artis underground sebelum ni pula dah mula masuk dalam status hiatus atau pun tengah berehat. Tapi time tu jugalah band-band indie ni mula buat nama dan disedari oleh orang ramai.

Tahun 2007 ada satu rancangan bernama KAMI The Series dimana cerita tu mengisahkan pasal 4 sekawan yang masih bersekolah sambil menghadapi masalah hidup. Series tu guna tema surrounding yang tak asing dengan remaja time tu. Sekitar 2000-an band pop rock mula mengenalkan diri dorang kepada orang Malaysia.

SOSCILI setakat ni tak jumpa bukti yang kukuh untuk mengaitkan kejayaan band indie ni dengan cerita KAMI tapi band-band ni start jadi famous lepas cerita KAMI tu guna lagu dorang dalam series dan juga movie. Cerita tu telah menggunakan lagu dari band Meet Uncle Hussain untuk dijadikan sebagai lagu intro. Selain daripada Meet Uncle Hussain band lain pun ada buat penampilan istimewa dalam setiap episode macam Bittersweet, One Buck Short, The Times, Laila’s Lounge, They Will Kill Us All, dan juga Couple.

https://www.youtube.com/watch?v=wQqqO3fMrjE

Disebabkan band-band ni buat nama, band lain yang bunyi macam dorang pun dapat perhatian pada masa yang sama. Band macam Pesawat, Komplot, Oh Chentaku, dan ramai lagi berjaya jadikan muzik sebagai kerjaya sebab kehangatan cerita KAMI tu, port gig macam MCPA dan Jalan Klang Lama kat KL telah menjadi tempat berkumpul dan have fun untuk anak-anak muda.

Tak menang banyak anugerah tapi peninggalan dorang kekal selamanya

Dalam sejarah muzik Malaysia, kita ada nama-nama besar seperti Sudirman, M Nasir dan Sheila Majid, tak lupa jugak band rock lejen seperti Wings dan Search yang sampai sekarang pun masih berkumandang kat mana-mana termasuklah bas Metro, karaoke, mahupun kenduri kahwin.

Namun jangan dilupa band underground yang keluar sekitar tahun 90-an ni semua yang berusaha untuk membuat perubahan kepada industri muzik kita. ACAB dengan muzik skinhead, Too Phat dengan muzik hip hop, dan Butterfingers yang menjadi inspirasi kepada puluhan bang lain untuk datang dan memberi satu kelainan. Walaupun ada di antara band yang disebutkan ni semua kini sedang berehat dan tidak kedengaran lagi, tapi impak yang mereka tinggalkan kekal selamanya. Bak kata lagenda nombor satu kita:

 

“Aku nak hidup lagi 1000 tahun lagi” – Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Alang-alang sebut pasal P Ramlee, jom layan OAG sebijik:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend