Sejarah & Politik

5 perkara yang sangat misteri pasal keluarga tiri Najib

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

UPDATE 3/10/2018: Datin Seri Rosmah Mansur dah ditahan bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM. Soal siasat dilaporkan berkaitan syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan pengubahan wang haram. Dia juga akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Keluarga DS Najib dan DS Rosmah memang dah terlebih popular, termasuklah anak perempuan dia orang hari itu buat perkahwinan mengalahkan raja-raja. Majlis perkahwinan yang sepatutnya rahsia itu kantoi dengan media bila keluar beberapa gambar dan liputan daripada agensi berita tempatan. Memang belanja tak ingat dunia keluarga dia orang ni. Tapi kau orang tahu ke sebelum Najib… Rosmah ada keluarga dengan suami pertama?

Hah, Rosmah ada suami sebelum Najib? Ya betul, memang ada. Dipercayai suami pertama Rosmah adalah Abdul Aziz Nong Chik dan mereka ada dua anak iaitu Riza Aziz dan Azrene Soraya. Sebelum ini, Riza jadi popular sebab kena saman oleh badan kehakiman Amerika, dan Azrene pulak tiba-tiba jadi viral bila mengatakan yang abangnya itu telah ‘menjual diri kepada syaitan‘. Fuh! dia punya kenyataan.

So kami cuba lah selidik sikit pasal keluarga tiri Najib, dan ini yang kami dapat…

1. Satu benda tak pun jumpa pasal suami pertama Rosmah

John Doe

Tak Dikenali. Gambar dari mafiagame.wiki.com

Kami cuba Google pasal suami pertama Rosmah tapi susah nau nak cari. Bila kami taip “Rosmah first husband”, muka Najib pula yang keluar. Bila taip dalam “suami pertama Rosmah” pula, macam-macam blog yang keluar dan menamakan lelaki misteri ini sebagai Abdul Aziz Nong Chik. Satu sahaja artikel datang daripada portal berita yang rasmi iaitu Sinar Harian.

Jadi, kita orang pun cubalah Google Abdul Aziz Nong Chik tapi tak banyak benda yang keluar. Senang cerita, nak cari bunian lagi senang dari cari mamat ini.

bunian

Tu ke Abdul Aziz? Eh, silap tu bukan dia.

 “Sebarang pencarian mengenai Abdul Aziz Nong Chik di google tidak akan membawa apa-apa keputusan yang memberangsangkan. Satu-satu perkahwinan Rosmah yang ada di internet hanyalah dengan Najib” – Petikan dari Malaysiamustknowthetruth.blogspot.com

“Siapa tak kenal suami pertama DSRM iaitu Abdul Aziz Nong Chik? Carian walau sebutir zarah bagi nama ini tidak mungkin wujud sama sekali untuk kita kenal” – Petikan dari blog-hangit.blogspot.my

Selepas itu, kita orang cuba Google gambar Rosmah yang lama-lama, manalah tahu Abdul Aziz ni ada tapi hampeh, satu habuk pun tak ada. Tapi kita orang ada jumpa gambar Rosmah masa muda.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!
rosmah

Gambar dari says.com

Secara jujurnya kita orang tak tahu Abdul Aziz Nong Chik ini hidup lagi ke tak atau pun memang betul wujud. Bak kata Eminem “Will the real slim shady Abdul Aziz please stand up”…

2. Azrene pernah mengamuk kat FB pastu senyap balik

Azrene fb statement

Azrene naik status kat FB. Tekan untuk lihat gambar ni dalam size besar.

Selepas Riza Aziz  disaman oleh kerajaan US, keluar pula status daripada adiknya Azrene Aziz yang panjang bertarikh 21 Julai di Facebook, Twitter dan Instagram.

Dalam status Azrene yang panjang lebar itu, Azrene kata abangnya akan ‘membayar harga’ untuk kemasyuran dan kekayaan yang dimilikinya. Tapi bahagian yang buat kami agak tersentuh adalah bila dia bagithau mak dia (Rosmah) yang telah “mengabaikan seorang anak” supaya tidak “sia-siakan yang lain hanya supaya engkau dan suami engkau boleh terlepas.” Apa yang kami boleh simpulkan daripada kenyatan ni adalah Azrene masih sayangkan keluarga, tapi dia tak nak ikut jejak langkah mereka.

Jurucakap PM kata dia tak boleh nak komen apa-apa mengenai hal peribadi keluarga, tapi Azrene ada hak untuk menyuarakan pendapat manakala pembantu Rosmah, Rizal Mansor pula berkata ni kat Facebook dia :

“Tiada kata yang terbit daripada mulut si ibu… tidak lama kemudian saya dapat melihat air matanya bergenang..

Apa yang dapat saya simpulkan, tiada sedetik pun dibenak fikiran si ibu mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak elok buat si anak.. Dapat saya gambarkan perasaan ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan,” – Rizal Mansor, dipetik oleh Malaysiakini.

Azrene Soraya and family

Azrene bersama keluarga dia sendiri. Gambar dari Sinar Harian.

Ini pula apa yang kita orang jumpa pasal Azrene. Setakat ni dia menjauhkan diri dia dari keluarga Najib-Rosmah dan menggelarkan diri dia sebagai ‘kambing hitam keluarga’, dan Riza Aziz sebagai ‘anak soleh’. Kami sedar dalam gambar perkahwinan dia, tak ada pun Rosmah ataupun Najib.

Azrene juga telah berkahwin dengan seorang artis terkenal tanah air dulu, Fazley Yaakob dan telah menghasilkan tiga putera. Setakat ini Azrene bekerja dekat syarikat IMAGO Consultancy dan sebagai seorang cake artist dekat Suka Sucre Bistro.

Dan kalau kau orang tengok Instagram dia, penuh dengan gambar kek. Post viral yang panjang lebar tu ada sekali sahaja, kemudiannya kembali normal…

Azrene cake outburst

Gambar-gambar dari Twitter dan Instagram Azrene.

3. Menantu Rosmah bukanlah seperti yang disangkakan

fazley yaakob

Gambar dari dcscience.net

Fazley Yaakob adalah suami Azrene, secara tak langsung telah menjadikan dia sebagai menantu tiri Najib. Fazley dulu pernah menjadi seorang penyanyi. Dia juga menang pertandingan Celebrity Masterchef Malaysia. Oh dia juga ‘ada’ Masters dan PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan merupakan Prersident untuk Fazley International College (FIC) yang bekerjasama dengan University of Wales.

Tapi Masters dengan PhD tu sebenarnya…Tipu! Palsu! Kononnya dia dapat sijil tiu dari European Business School (Cambridge). Kisah dia kantoi bila BBC News pecahkan temberang dia pada tahun 2008.

fazley yaakob fake

Gambar dari dcscience.net

Fazley bagitahu yang University of Welsh tak tanya dia pun pasal sijil tu, dia siap letak kelulusan dia dekat website FIC lagi.

Lepas dah kantoi, Fazley letak jawatan dekat FIC pada tahun 2010. Dia menjelaskan bahawa peranan dia dalam FIC tu sebenarnya hanyalah sebagai seorang pelabur dan dia tak pernah jadi sebahagian dari tim akademik. Memandangkan isu ini boleh menjatuhkan nama kolej, dia buat keputusan untuk letak jawatan.

“Saya ingin meminta maaf sebab menyusahkan pihak universiti. Saya berharap kisah ini dapat dikuburkan dan perhubungan antara universiti dan FIC dapat dipulihkan” – Fazley Yaakob, BBC

4. Informasi Wiki Rosmah Mansor tak banyak maklumat pasal keluarga pertamanya

Pasal personal life seciput je. Kontroversi yang banyak tertulis. Imej dari Wiki.

Bagi orang yang ternama macam isteri PM, mesti ramai ingat page Wiki dia panjang nak mampus tapi kita orang agak terkejut bila dapat tahu yang maklumat dekat Wiki punyalah sikit. Padahal isteri bekas PM, isteri Pak Lah yang kedua pun lagi panjang maklumatnya.

Nak screenshot pun kena buat dua bahagian. Imej dari Wiki.

Berbalik kepada maklumat dalam Wiki mengenai Rosmah Mansor, kebanyakan sumber adalah daripada media terkemuka dunia macam New York Times dan The Guardian. Kalau media tempatan adalah sumber dari Kosmo dan Malaysia Today. Tapi dari Kosmo ini kelakar sikit sebab sumbernya dari artikel bertajuk ‘Dodol juadah raya Rosmah’.

5. Adik tiri Rosmah pun tak puas hati dengan dia

rosmanuddin

Rosmanuddin Mansor yang mendakwa diri sebagai adik tiri Rosmah.

Nampaknya Azrene bukannya ahli keluarga tunggal yang kena block dengan Rosmah. Pada tahun 2009, Rosmanuddin Mansor mendakwa diri dia sebagai adik tiri kepada Rosmah Mansor dan telah buat satu siri video di YouTube yang bertajuk “Rosmah perempuan puaka“.

Lima video dekat YouTube itu ada interviu daripada Rosmanuddin dan juga ahli keluarga serta jiran dari kampung Rosmah di Seremban. Dia orang dakwa yang Rosmah dengan sengaja tak nak akui kewujudan dia. Dia orang juga kata yang Rosmah ni pakai bomoh.

Kalau kau orang tengok video itu, kau orang tahu yang dia orang ini berani gila nak cakap macam itu tapi betul ke apa yang disembangkan? Kita orang cuba sahkan cerita dia orang tapi tak ada benda sangat. Apa yang kita orang jumpa blog sahaja lah… Tapi The Star dan juga Malaysiakini ada laporkan jawapan balas Rosmah kepada video itu.

video puaka

Datin Che Mah dakwa yang dia pernah jadi jiran Rosmah kat Seremban. Tekan untuk tonton.

Yang paling dekat kita orang boleh dapat untuk kesahihan adalah satu artikel dari Zakiah Koya yang masa itu merupakan penulis untuk The Sun tapi sekarang ini dia tulis untuk Malaysia Kini. Zakiah Koya merupakan kakak kepada Latheffa Koya (peguam untuk Anwar Ibrahim). Zakiah dengan tenangnya tanya pasal video puaka itu dan Rosmah pun jawab. Ini adalah sebahagian dari jawapan itu:

“Saya tak marah, saya cuma tak layan mereka. You perlu tahu bila perlu senyap. Kalau asyik layan; makin seronok mereka tanya macam-macam. Saya tak fikir saya ada masa untuk melayan…” – Rosmah, dipetik oleh Malaysia Kini.

Apa yang kami sedar pasal jawapan Rosmah adalah dia tak menafikan yang Rosmanuddin ini adik tiri dia. Kalau mamat tu menipu mestilah Rosmah akan cakapkan? Tapi kami terjumpa melalui satu blog ini kata dia orang ada salinan sebiji dari satu interview dengan Rosmah oleh Malaysia Instinct. Tapi sayangnya kami tak jumpa salinan asal oleh Malaysia Instinct. Jadi kita orang tak boleh sahkan cerita ini.

“Ye, Rosmanuddin adalah adik saya. Saya tak tengok lagi video ni tapi saya sedih dengan tuduhan yang dilemparkan kepada saya” – Rosmah, petikan dari Barkingmagpie.blogspot.my

Tambahan pula, dekat dalam video puaka itu (minit 3.59) Rosmanuddin tunjuk IC dia tapi kita orang tak berapa nampak sebab video tu kabur tapi dekat satu blog ini ada gambar IC tersebut dengan jelas.

ic rosmanuddin

Kat IC tu ada tulis alamat kediaman rasmi Perdana Menteri. Gambar dari barkingmagpie.blogspot.my

Setakat ini nak kata Rosmanuddin menipu pun tak boleh juga, siap tunjuk IC kot. Tapi tak semestinya kita kena percaya bulat-bulatkan (contoh macam mamat ni kononnya nak kantoi kan duit haram Tun tapi akhirnya dapat tahu yang dia menipu sebenarnya).

Kenapa keluarga tiri Najib sangat…misteri?

mamah family

Hanya Riza Aziz je lepak dengan family baru Rosmah. Gambar dari steadyaku-huesseinhamid.blogspot.my

Kita orang sedar masa tulis artikel ini satu benda, keluarga tiri Najib ini penuh dengan misteri. Malah orang lain yang pernah nak kaji pasal bekas suami dia pun tak jumpa apa-apa yang sahih. Pasal Azrene itu pun orang dapat tahu sebab dia bising kat Facebook hari itu, kalau tak memang orang takkan tahu.

Sama juga dengan bekas bini Najib yang pertama, Puteri Zainah Eskandar, kena nasib yang sama macam bekas suami Rosmah. Semua hilang dari umum dan ada yang dinafikan pertalian saudara. Ya memang semua ni berlaku sebelum wujudnya Facebook tapi memandangkan Najib ni fpopular selalu masuk TV bagai, agak memeranjatkan yang orang awam tak tahu sangat pasal keluarga dia.

I need to know

Gambar dari Giphy.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend