Hang Mokhtar, penyanyi pop 80an yang korang mungkin pernah dengar lagu dia

(This article is a translation. For the original, visit our brother site, CILISOS)

Bila kita dengar nama yang bermula dengan ‘Hang’ di depan, kita tahu yang dorang ni memang orang-orang yang hebat. Nama seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Li Po, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi… korang faham-faham je lah. Namun, hari ni kita nak bercerita tentang seorang lagi legenda, ia adalah Hang Mokhtar.

Muka ada iras-iras Datuk K sikit. Imej dari Discogs

Mungkin orang-orang lama ada yang kenal siapa dia ni, tapi untuk mereka yang memang langsung tak kenal, sini kitorang nak bagitahu. Hang Mokhtar ni boleh dikira popular di Malaysia pada zaman 1980-an. Walaupun muka dia ni nampak macam gangster dan rock sikit (sebab zaman tu rock kapak tengah naik), tapi genre muzik yang dibawanya lebih unik daripada itu…

Antara karyanya yang terkenal adalah lagu tentang jalan rosak di Malaysia

Oh ye, Hang Mokhtar sebenarnya nama pentas dia je. Mokhtar Ab Latiff yang merupakan anak Melaka ini dikenali dengan lagunya yang berunsurkan lawak dan parodi, walaupun sebenarnya dia ada je keluarkan lagu yang mainstream. Untuk lebih bagi korang faham tentang genre yang diketengahkan Hang Mokhtar ni, korang cuba try dengar salah satu lagu popular dia ni…

Kalau korang terdengar macam irama lagu Hong Kong dalam ni, ada sebabnya juga tau. Latar belakang lagu ‘Lobang Korek’ berasal dari program tv kantonis yang popular bernama ‘Shanghai Bund’. Liriknya juga memang ditulis untuk complain, lagi-lagi tentang jalanraya kita yang selalu ada construction dan juga tol yang banyak. Ia dinyanyikan dalam style Melayu campur Cina, kira fusion lah!

Yang menarik lagi, Hang Mokhtar memasukkan sekali loghat dan perkataan Cina dalam lagunya itu, lepas tu dia sebut terus nama-nama pihak yang dirasakan bertanggungjawab ke atas kerosakan jalanraya tu.

Serba sedikit lirik yang ada streotaip. Imej dari CILISOS

Tapi mungkin lagu dia yang paling berjaya adalah ‘Ayoyo Samy’, kira kalau korang search pasal Hang Mokhtar ni, kebanyakan berita lama banyak highlight pasal lagu ni lah. Lagu tu memang secara direct nya ditujukan kepada Samy Vellu yang merupakan Menteri Kerja Raya ketika itu. Lagu ‘Ayoyo Samy’ itu dikeluarkan selepas sahaja harga tol naik macam nak gila!

Lagu ni memang jadi salah satu hits ketika itu, even topik ni pun hangat dibincangkan di Parlimen, sehingga terciptanya karya ini!

Lagu terus menjadi kegilaan ramai disebabkan liriknya yang ‘berani’ dan muziknya yang sangat menarik. ‘Ayoyo Samy’ telah menjadi lagu wajib dalam setiap demonstrasi berkenaan kenaikan harga tol pada tahun 80-an, lagi-lagi pada masa itu ‘lagu rojak’ telah dibenarkan untuk berkumandang dekat radio. Kira orang dah memang hafal awal-awal lagu ni sebelum berdemo.

Lagu ni kalau nak dikira dengan standard sekarang boleh dikira agak ‘berani’, tapi dengan cara penyampaian lagu yang santai dan kelakar, ia tidak dilihat sebagai satu masalah pun. Namun, ada lagu Hang Mokhtar yang ‘kena gam’ disebabkan mesejnya yang mungkin terlalu offensive

Lagunya tentang Sikhs dan lembu telah di ‘ban’ pada 1987

Inspirasi Hang Mokhtar untuk membuat lagu bukan je datang dari jalan yang rosak. Dia juga mendapat inspirasi daripada pemerhatiannya terhadap kehidupan seharian orang Malaysia, seperti kemeriahan pasar malam…

Sampai lah ke perangai datuk-datuk di Malaysia ni yang selalu berpoligami.

Senang cerita Hang Mokhtar punya idea memang datang dari orang kita sendiri, segala lagunya menceritakan kisah orang kita yang memang terjadi dalam kehidupan seharian. Tapi ada juga lagu dia yang boleh dikatakan agak melampau, ia adalah lagu yang mempunyai sindiran kaum. Lagu yang dimaksudkan itu diberi nama Kecik-kecik, Lembu Jaga’, ia diharamkan pada 1987.

Versi original lagu tu adalah dari sebuah lagu hindi yang popular iaitu Pukarta Chala Hoon Main’, dan pada asalnya lagu itu mempunyai maksud tersirat yang agak melampau ditujukan terhadap komuniti Sikh. Dia pun ada bagitahu kat orang ramai supaya tak upload lagu tu dekat internet, kitorang takkan letak link kat sini cuma kalau korang search, korang akan terjumpa juga lagu tu.

Lagu itu pula telah dikeluarkan semula dengan lirik yang berbeza, kali ni Hang Mokhtar menggunakan dialek Negeri Sembilan sebagai asas untuk membuat lirik lagu ini. Namanya juga ditukar kepada ‘Kocik-Kocik’, ia merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang kehidupan susahnya sebagai anak peladang dan dalam masa yang sama memberitahu macam mana senangnya kehidupan zaman sekarang.

Lagu ni kalau layan dengan kopi o panas, function gila ooo…

Hang Mokhtar meninggal pada 2018, tetapi lagunya mampu buat kita tersenyum

Gambar Hang Mokhtar paling latest yang kitorang jumpa. Imej dari GondangTV

Selepas 1987, Hang Mokhtar menghabiskan masanya di luar pandangan orang ramai sehinggalah sedekad yang lalu apabila terdapat berita palsu berkenaan kematiannya. Yang meninggal pada ketika itu adalah abangnya, yang juga seorang penyanyi untuk The Goodman Brothers, tetapi gambar yang digunakan adalah Hang Mokhtar pula dah.

Walaupun dia tidak menonjol pada masa itu, semangat dia dalam muzik tidak pernah terkubur selepas dia sendiri meneruskan untuk compose lagu, menulis lirik, dan juga mengeluarkan album di sekitar tahun 2000. Dia juga ada membuat persembahan di hotel, kelab, dan juga majlis-majlis eksklusif. Ini termasuk album terakhir dia iaitu Sepekan di Tanjung Pinang pada 2009.

“Walaupun zaman kegemilangan saya sebagai penyanyi boleh dikatakan sudah berakhir tetapi saya masih minat lagi dalam bidang ini… Susah untuk saya melupakan bidang yang telah saya ceburi sejak 1969,” Hang Mokhtar, semasa ditemuramah oleh Utusan 

Pada 2017, dberitakan bahawa Hang Mokhtar telah menghidap penyakit Parkinson, dan pada 2018, Hang Mokhtar telah meninggal di usia 70 tahun. Namun, legasi yang ditinggalkan Hang Mokhtar sentiasa mengalir sehingga sekarang. Kita semua masih lagi boleh dengar lagu dia pada hari ini, lagu dia pun memang kalau layan zaman sekarang still syok.

Hang Mokhtar sendiri pernah kata yang dia tidak kisah jika orang tidak cam dan mengenali dirinya, asalkan lagunya sentiasa diingati orang ramai.