Reka bentuk ROKET PERTAMA Malaysia dah siap, bila nak berlepas?

Korang tahu tak baru-baru ni design roket pertama Malaysia dah terpilih untuk mendarat kat bulan tak lama lagi? Wow! Pereka design roket tu merupakan anak jati Melayu yang berasal dari Kuala Lumpur! Agak-agak korang kenal tak? Dan, pereka dan pencipta roket ni jugak sebelum ni pernah sahut cabaran dunia melalui misi Google Lunar XPRIZE yang memerlukan pendaratan roket ke bulan. Mewakili Malaysia dan ia merupakan satu-satunya kumpulan dari Asia Tenggara yang bertanding ke peringkat akhir dengan Israel.

Sebelum ni, hantar angkasawan je diwakili oleh Sheikh Muszaphar Shukor yang dah pernah pergi angkasa (Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)) pada tahun 2007 dulu melalui roket Soyuz TMA-II ciptaan Rusia. Tapi kali ni roket Malaysia pulak yang akan mendarat ke angkasa! Uish bangganya!!!

Roket Malaysia akan mendarat kat bulan tak lama lagi…

Lepas ni bendera Malaysia akan melayang ke angkasa. Imej dari FB Izmirov Yaminovich

Sekumpulan penyelidik, jurutera aeroangkasa dari sebuah syarikat teknologi tinggi aeroangkasa yang bertapak di Kuala Lumpur, Independence-X Aerospace Sdn. Bhd. (IDXA) telah mencipta roket untuk dihantar ke angkasa lepas. Roket tersebut dinamakan sebagai Dedicated Nano Launch Vehicle (DNLV) yang akan siap sedia dikomersialkan pada tahun 2023. Jadinya, ia akan berlepas dan mendarat ke angkasa lepas dalam tempoh 4 tahun lagi. Wah!

DNLV jugak tersenarai dalam Northrop Grumman dan Orbital ATK yang merupakan kontraktor dan syarikat aeroangkasa terkenal kat UK bersama-sama kapal angkasa dan roket terkenal yang lain atas tujuan untuk dikomersialkan. DNLV merupakan satu-satunya rekaan dari Asia Tenggara dan jugak tersiar dan direkodkan dalam Laporan NASA Small Spacecraft Technology: State of the Art pada tahun 2015.

Sekarang ni DNLV telah difailkan untuk dipatenkan dalam Patent US dan ujian penerbangan orbital yang pertama untuk DNLV akan dijalankan dalam tempoh 2 tahun akan datang, tahun 2021 nanti.

Roket DNLV bila dilepaskan di angkasa. Imej dari Independence-X

Roket DNLV ni mampu berikan khidmat dan bantuan pelancaran satelit-satelit kecik ke dalam sesebuah orbit yang dituju. Ia mampu membawa muatan sehingga 200 kg hingga ke destinasi orbit dalam jarak sejauh 500 km.

Idea mencipta roket ni sebenarnya bermula dari roket Soyuz yang Sheikh Muszaphar pernah naik waktu pergi ISS dulu. Idea untuk menambah baik fungsi dan teknologi dalam roket Soyuz tu dikembangkan menerusi prototaip dan penciptaan roket DNLV ni. Di samping untuk mengembangkan teknologi yang diguna pakai dalam roket Soyuz yang dah berjaya mendarat kat angkasa sejak berpuluh tahun dulu.

Roket Soyuz yang angkasawan Malaysia naik dulu. Imej dari Graphic News

Anak jati Melayu si pencipta roket angkasa

Sebelum ni berita mengenainya tersebar menerusi pertandingan antarabangsa Google Lunar XPRIZE nak lancarakn kapal angkasa robotik ke bulan pada tahun 2017. Program Google Lunar XPRIZE tu pertama kali diumumkan pada tahun 2007 untuk mencabar dan bagi ganjaran kepada usahawan aeroangkasa dalam mewujudkan akses yang berpatutan ke bulan dan angkasa lepas. Dan menawarkan hadiah sebanyak USD30 juta (RM120 juta) kepada pemenang. Malaysia tersenarai dalam 16 finalis daripada 8000 kumpulan yang lain.

“Pertandingan ini batu loncatan untuk kami mengkomersialkan kemahiran dan produk dicipta. Kami atasi setiap cabaran dalam masa singkat dan pelajari pelbagai teknik bagi menguasai teknologi pembuatan roket,” – Izmir Yamin, CEO IDXA, sumber dari Harian Metro. 

Izmir Yamin. Imej dari SAYS

Di sebalik pertandingan gah bertaraf dunia, ia diketuai dan dikendalikan oleh CEO IDXA sendiri iaitu Izmir Yamin yang merupakan anak jati kelahiran Kuala Lumpur. Selain pertandingan yang disertainya tu, Izmir Yamin jugak dah banyak mengharumkan nama negara melalui bidang aeroangkasa ni.

Dengan penubuhan IDXA pada tahun 2013 di bawah kelolaannya, ia juga bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai kemahiran dan pengendali utama dalam bidang aeroangkasa. Pada tahun 2014, dia dah dicalonkan dalam Anugerah Teknologi Dunia (Kategori Angkasa) oleh majalah Time dan Fortune di New York City, tersenarai bersama-sama jutawan Elon Musk, yang juga merupakan pemilik SpaceX dan Tesla.

Izmir kat kilang aeroangkasa dia. Imej dari My News Hub

Sebenarnya, sebelum ni dia dah banyak lancarkan roket tapi prototaip roket-roket dia dirampas oleh orang yang tak dikenali. Hasil kerja dia bermula dari penghasilan sel bateri hidrogen dan seterusnya menceburi dalam bidang bahan api roket dan enjin ion elekterik. Hasil ciptaan, projek dan inovasi mengenai aeroangkasa semuanya menggunakan dana dia sendiri dan dibantu oleh pihak NASA. Bukan biashe-biashe dapat kerjasama dengan NASA tu!

Antara projek yang dia jalankan di bawah IDXA yang dah berjaya dapat tumpuan dunia adalah:  

Orang kuat IDXA. Imej dari IDXA

Malaysia akan jadi industri aeroangkasa terkenal di mata dunia

Kepakaran Izmir Yamin dalam bidang aeroangkasa ni menjadikan negara mempunyai industri khas yang merupakan sektor strategik yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi. Dan pada tahun 2015, Datuk Seri Najib Razak dah lancarkan Pelan Induk Aeroangkasa Kedua 2030. Di mana ia mampu menjadikan Malaysia sebagai pemangkin dalam industri aeroangkasa menjelang tahun 2030. 

Pelan tersebut secara tak langsung dapat membantu menjana pendapatan negara lebih daripada RM32.5 bilion dan menawarkan lebih 32,000 peluang pekerjaan. Pelan tersebut diletakkan di Agensi Koordinasi Aeroangkasa Nasional di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang dilihat boleh membantu pertumbuhan negara. 

“Berdasarkan kedudukan Kuala Lumpur yang strategik, hubungan yang kukuh di rantau ini dan persekitaran ekonomi terbuka serta mesra pelabur, saya yakin prospek pertumbuhan Malaysia kekal kukuh,” – Datuk Seri Najib Razak, sumber dari BH Online.

Antara barang-barang aeroangkasa buatan Malaysia selain daripada roket. Imej dari MIDA

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)