Politik Antarabangsa

Putera Saudi ditahan? Ini antara cubaan-cubaan rampasan kuasa di Arab Saudi

Baru-baru ni, kita dilaporkan tentang tindakan Arab Saudi menahan tiga orang puteranya yang didakwa terlibat dalam rancangan cuba merampas kuasa. Antara yang ditahan tu termasuklah, Putera Ahmed bin Abdul Aziz (adik Raja Salman), Putera Mohammed Bin Nayef (bekas Putera Mahkota) dan Putera Nawaf Bin Nayef.

Menurut Mahkamah Diraja Arab Saudi, putera-putera tu ditahan kerana cuba merancang ‘rampasan kuasa bagi menjatuhkan Raja dan Putera Mahkota’. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara seumur hidup atau dihukum mati.

Itulah Putera Mohammed Bin Nayef bekas Putera Mahkota, sebelahnya tu Putera Mahkota yang baru, Muhammed Bin Salman. Imej dari The Sun.

Apa yang pasti, tindakan terbaru ni nampaknya seperti mengulangi sejarah lama Saudi yang pernah berhadapan dengan beberapa cubaan rampasan kuasa. Antaranya…

Pada tahun 1960-an je, dah ada dua cubaan rampasan kuasa

Pengasas Arab Saudi, Raja Abdul Aziz al-Saud (tengah) & Presiden AS, Franklin Roosevelt. Imej dari businesswire.com

Pada tahun 1932, sebuah negara baru dah dibentuk di Semenanjung Arab setelah jatuhnya Kerajan Uthmaniyah selepas Perang Dunia Pertama (WWI). Negara tu dinamakan sebagai Arab Saudi bersempena dengan nama keluarga rajanya yang pertama iaitu Raja Abdul Aziz al-Saud. Beliau dah berjaya menyatukan beberapa wilayah di Semenanjung itu dan membentuk sebuah kerajaan sendiri.

Walaupun sebuah negara, sistem kerajaan tu masih lagi kabur sehingga sekarang, sebab masih lagi boleh dikatakan sulit dan jarang dibincangkan secara umum. Seorang bekas diplomat Amerika juga pernah kata yang dia sendiri tak faham macam mana Arab Saudi buat sesuatu keputusan.

Tapi apa yang pasti, Arab Saudi tetap sebuah negara yang unik sebab diperintah oleh keluarga al-Saud yang mempunyai beribu orang anggota. Seperti biasa – risiko cubaan rampasan kuasa tu tetap ada. Dan itulah yang pernah dihadapi oleh Saudi pada tahun 1966.

Pada tahun tu – pihak pemberontak dah bertindak mengebom kawasan berdekatan dengan Istana Putera Fadh, pejabat penasihat Amerika Syarikat di Riyadh, ibu pejabat keselamatan Arab Saudi di Dammam dan Pangkalan Udara Saudi di sempadan Yaman. Disebabkan serangan tu, Raja Arab Saudi, Raja Faisal ketika tu dah minta bantuan dari Amerika Syarikat yang kemudiannya memperbaharui jaminan keselamatan dari negara kuasa dunia itu.

Raja Faisal meninggal dunia pada 1975, akibat ditembak oleh anak saudaranya sendiri. Imej dari Pinterest.

Tapi hal tu tak buatkan Saudi terus tenang, sebab pada tahun 1969 – sekali lagi negara tu dikejutkan dengan cubaan rampasan kuasa. Cubaan ni dah membuatkan Saudi menahan 200 ke 300 orang pegawai tentera. Malah, dianggarkan 20 orang pegawai atasan tentera juga ditahan dalam operasi tu. Dikatakan, rancangan sebenar diorang adalah nak mengebom istana, membunuh raja, membunuh putera-putera kanan dan mengisytiharkan pembentukan negara baru – ‘Republik Semenanjung Arab’.

Ada yang kata, ia didalangi oleh sebuah pertubuhan di Saudi yang dikenali sebagai National Liberation Front. Pertubuhan ni menyokong perjuangan Marxist dan Parti Baath. Ia juga dikatakan berpunca dengan keadaan masa tu yang menyaksikan banyak negara beraja yang mula digulingkan, seperti Libya yang diketuai oleh Muammar Gaddafi.

Akibatnya, Saudi mula melakukan pemberantasan besar-besaran ke atas menyokong ideologi ni, sehinggakan tangkapan masih lagi dibuat menjelang beberapa tahun selepas peristiwa itu terjadi.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Menjelang tahun 1970-an,  cubaan rampasan kuasa masih lagi berlaku

Raja Khalid pun pernah menjadi sasaran pihak pemberontak. Imej dari Alchetron.

Seperti mana negara-negara Timur Tengah lain yang tak sunyi dengan pergolakkan politik dan keselamatan. Arab Saudi pun tak terlepas dari hal yang sama pada tahun-tahun 1970-an. Hal ni dapat dilihat bila berlakunya beberapa siri serangan dan tangkapan kerana cubaan rampasan kuasa. Antaranya:

  • 17 Julai 1977: 1,500 konspirator dah ditahan kerana cuba melakukan rampasan kuasa di Tabuk dan Taif. Diorang dikatakan cuba nak buat sebuah republik dan rejim baru di sana. Ia dikatakan dapat sokongan dari Libya, Iraq dan Hejazi Brotherhood. 
  • 09 Ogos 1977: Hejazi National Movement cuba membentuk pemerintahan sendiri di Hejaz dengan mengebom kemudahan awam ni Jeddah dan Riyadh. Tapi akhirnya dapat dipatahkan.
  • 27 Ogos 1977: Dan berlaku pemberontakan oleh pegawai-pegawai tentera terhadap Komander Tentera Udara Saudi yang berpangkalan di Hail dan Hufuf dengan sokongan Iraq. Pemberontakan ni tamat setelah pihak tentera masuk campur.
  • 30 Oktober 1977: Pasukan Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) telah dipintas oleh Saudi. Misi mereka adalah untuk membunuh Raja Khalid dan enam orang Saudara Sudairi (anak-anak Raja al-Saud dengan isterinya – Hussa al-Sudairi).

Berlaku juga cubaan rampasan kuasa dari orang yang mengaku jadi Imam Mahdi

Antara keadaan yang jadi masa Masjidil Haram ditawan. Imej dari Middle East Monitor.

Pada tahun 1979 pula, sekali lagi cubaan rampasan kuasa berlaku dan kali ni di kawasan yang terletaknya Kaabah dan Masjidil Haram – Mekah. Cubaan rampasan kuasa ni dilakukan oleh satu kumpulan dikenali sebagai Ikhwan yang dipimpin oleh Juhaiman bin Muhammad Saif al-Utaiby.  Pada tarikh 20 November 1979, Juhaiman serta pengikutnya dah bertindak menyerang dan menawan Masjidil Haram.

Dia lepas tu buat pengisytiharan yang abang iparnya, Muhammad Bin Abdullah dari Bani Qahtan adalah Imam Mahdi dan minta orang ramai ramai berbaiah dengannya. Orang ramai yang panik mula berlari keluar dari Masjidil Haram tapi malangnya ada yang ditembak. Pemberontak ni kemudiannya tawan Masjidil Haram selama beberapa hari.

Inilah dia Juhaiman, yang kata abang iparnya tu Imam Mahdi. Imej dari randomhouse.com

Disebabkan keadaan yang semakin tak terkawal, kerajaan Saudi pun minta pandangan daripada ulama tentang apa nak patut dibuat kepada diorang ni. Mufti Besar Saudi masa tu, Syeikh Abdul Aziz Bin Baz pun keluarkan fatwa yang kerajaan boleh buat apa yang patut untuk tamatkan pemberontakan. Akhirnya, berlakulah serangan terhadap pemberontak ni, yang menyebabkan Juhaiman turut terbunuh.

Pengikut-pengikut Juhaiman yang lain kemudiannya dihukum mati oleh kerajaan Saudi. Peristiwa ni juga dah membuatkan Saudi menambahkan lagi polisi keselamatan di sekitar Masjidil Haram, supaya hal yang sama tak berulang.

Tapi untuk kes terbaru yang jadi ni…

Penganalisis ada pandangan yang agak berbeza

Putera Mahkota, Mohammed bin Salman (MBS) dikatakan sangat berkuasa di Arab Saudi sekarang. Imej dari Financial Times.

Walaupun dinyatakan dalam media yang penangkapan putera-putera tu disebabkan adanya rancangan merampas kuasa. Masih ada di kalangan pemerhati politik antarabangsa yang agak skeptikal dengan hal tersebut. Hal ni ada kaitan rapat dengan reputasi Putera Mahkota, Mohammed Bin Salman (MBS) yang selama ni dilihat mempunyai kedudukan yang cukup dominan dalam pentadbiran Saudi.

Bagi Penganalisis Politik Antarabangsa, Simon Mabon ada kemungkinan yang tangkapan terbaru ni sebagai satu cara untuk menghapuskan sebarang percanggahan pandangan dan menjadikan peralihan kuasa berjalan lancar.

“Menangkap tiga anggota terkemuka al-Saud adalah demonstrasi kuasa simbol dari Putera Mahkota. Sesungguhnya, dengan penangkapan Mohammed bin Nayef, bekas Putera Mahkota, MBS menghantar mesej yang jelas kepada mereka di seluruh kerajaan bahawa penentangan (terhadapnya) tidak akan diterima.” – Katanya, dipetik dari Al-Jazeera.

Dalam waktu sama, pemerhati juga melihat – setelah apa yang berlaku dalam sejarah Saudi, tak ada peluang berlakunya rampasan kuasa di sana. Ini kerana, keadaan ketenteraan di sana juga dah terpisah.

Sebagai contoh, Tentera Pengawal Kebangsaan dikawal oleh Shammari (anak-anak al-Saud dari isterinya Fahda al-Shammari), manakala Kementerian Pertahanan pula dikawal oleh Sudairi (anak-anak al-Saud dari isterinya Hussa al-Sudairi).

“Jadi, tentera tidak dapat bersatu dan melaksanakan rampasan kuasa terhadap Putera Mahkota, keluarga al-Saud dan kerajaan. Secara keseluruhan, dalam keadaan ini kemungkinan berlakunya rampasan kuasa di Riyadh adalah sangat rendah.” – Dipetik dari The Geopolitics.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend