Ekonomi

Dikala ekonomi dunia jatuh, Petronas diiktiraf jenama minyak terkuat dunia 2020

Siapa sangka pada zaman kita hidup ni, ekonomi Malaysia pada suku keempat 2019 – pertumbuhan 3.6 peratus, ia dikira berada pada pertumbuhan paling lemah sejak akhir 2009. Inilah yang disebut oleh Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos yang merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Walapun begitu, nampaknya ia tak memberi kesan sangat kepada prestasi Petronas di mata dunia. Siapa yang tak kenal Petronas, jenama petrol pujaan rakyat Malaysia ni. Bukan setakat tu je, kita siap ada Menara Berkembar Petronas yang pernah jadi menara tertinggi di dunia. Kalau dalam F1 pun ada pasukan yang bersama Petronas, kira memang popularlah kat Malaysia mahupun peringkat antarabangsa.

Pelajar di South Sudan pegang bendera Petronas. Imej dari Forbes

Satu benda yang mungkin ramai tak tahu, di Afrika, bila orang tengok logo Petronas, mereka akan kaitkan dengan F1. Perkara macam ni memudahkan lagi untuk Petronas dijual di mana-mana negara.

Tapi korang tahu tak…

Petronas disenaraikan sebagai jenama minyak dan gas nombor satu terkuat di dunia untuk tahun 2020

Ya, betul. Ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Brand Finance. Petronas telah pun mengalahkan syarikat besar seperti Shell serta beberapa syarikat besar lain di dunia untuk tahun 2020.

“Jenama milik kerajaan Malaysia ini berkembang dengan jumlah jualan produk petroleum telah meningkat dan ringgit menjadi lemah berbanding US dolar, ini semua bagi memastikan terdapat cukup peruntukan untuk berdepan turun naik pasaran yang tidak dapat dielakkan.” – Petikan dari Laporan Brand Finance 2020

Sebenarnya, pada tahun 2019, Petronas masih lagi power apabila diiktiraf sebagai syarikat minyak dan gas kedua terkuat di dunia. Ketika itu nombor satu adalah Gazprom yang merupakan syarikat petrokimia gergasi dunia.

Dan pada tahun 2020, Petronas naik ranking menjadi syarikat terkuat di dunia mengalahkan Gazprom dan juga Shell. Ini kerana peningkatan nilai jenama dari 13,318 juta (2019) kepada 15,215 juta. Ia adalah peningkatan sebanyak 14.2%  Kiraan Indeks Kekuatan Jenama (BSI) pula telah dicatatkan sebagai 86.3% atau pun dikira gred AAA.

Imej dari Corporation Profile

“PETRONAS bersama-sama dengan semua syarikat gergasi minyak & gas menghadapi turun naik pasaran secara berterusan, di mana jenama-jenama ini perlu bersedia mengatasinya.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

PETRONAS mempunyai matlamat yang jelas untuk berusaha ke arah penyelesaian baru dan alternatif kepada minyak dan gas – sambil kekal optimis serta berwaspada – dalam usaha untuk melindungi jenama pada masa akan datang.” – David Haigh, CEO Brand Finance

Petronas beli 100% kepentingan syarikat pembekal bumbung solar terbesar di India

Gembira solat panel dicurahkan cahaya mentari. Imej Indiaincgroup

Pada awal Januari 2019, Petronas dilaporkan dalam usaha untuk membeli Amplus Energy Solutions Pvt Ltd yang merupakan syarikat pembekal bumbung solar terbesar di India. Ketika itu pemegang besar kepentingan syarikat ini adalah I Squared Capital yang memegang 90% kepentingan.

Akhirnya, pada April 2019, diumumkan bahawa Petronas telah membeli 100% kepentingan dalam syarikat Amplus Energy Solutions ni tadi dengan nilai berjumlah RM1.56 billion. Ini adalah tanda bahawa Petronas sudah mula memasuki ruang global tenaga bersih.

Kalau nak tahu, betapa besarnya Amplus ni kita kena sebut projek dan angka berkaitan. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2010. Ketika itu ia telah pun mempunyai kapasiti penjanaan tenaga solar sebanyak 350 megawatt (MW) di seluruh India. Dan angka ini meningkat kepada 500 MW dan dibangunkan di 200 lokasi termasuk India, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Ketika ni juga Petronas melalui Amplus sedang membida projek tenaga angin di Vietnam.

Turbin udara nampak tenang tapi jana elektrik. Imej dari Eco-business

Manakala di negara sendiri pada tahun 2019, Petronas dah bekerjasama dengan UiTM Energy & Facilities Sdn. Bhd. untuk membangunkan loji tenaga kuasa fotovoltan solar berskala besar dan pengoptimuman tenaga di kawasan kampus. Kedua-dua pihak akan berkongsi tenaga dan kepakaran dalam projek ini. Melalui projek ini juga, UiTM berpotensi untuk menjimatkan 30 peratus perbelanjaan tenaganya setahun.

Jika Petronas terus berkembang, rakyat Malaysia juga mendapat keuntungannya

Perkembangan Petronas ini sebenarnya berita baik juga untuk rakyat Malaysia. Ini kerana Petronas juga mempunyai projek-projek komuniti untuk orang awam sama ada di peringkat dalam negara dan juga antarabangsa. Di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, mereka ada bina asrama berdekatan sekolah. Jadi, anak boleh pergi sekolah dengan jarak yang dekat dan selamat.

Selain tu, Petronas juga dah memberi penajaan kepada 36 ribu pelajar sama ada di Malaysia atau pun luar negara dengan pelaburan melebihi 790,000 US dolar. Di peringkat antarabangsa, Petronas menaja pelajar-pelajar dari negara South Sudan untuk menjadikan mereka pakar serta membina semula sekolah di daerah Al-Rifa’i, Baghdad yang memberi semula peluang 900 pelajar untuk menimba ilmu.

Jadi, tak boleh dinafikan lagi, perkembangan Petronas juga adalah kebaikan untuk kita semua dan masyarakat antarabangsa.

 

 

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend