Malaysia nak bantu pasangan dari China dapatkan anak kedua melalui pelancongan perubatan?

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Macam mana nak menarik pelancong melawat Malaysia? Kalau kita dengar bait-bait lagu Cuti Cuti Malaysia, ia berdasarkan pantai kita yang cantik, hutan kita yang subur, keunikan orang Sabah dan Sarawak dalam kostum mereka yang pelbagai, tarian tradiosional Malaysia, bangunan-bangunan gah macam KLCC, dan banyak lagi. Ala, korang pun macam la tak pernah ‘playing tourist’ kat negara sendiri, kan? Jadi, apa perkara baru yang ada sekarang ni?

Macam mana kalau kita kata yang tarikan terbaru sekarang adalah… pembedahan, atau prosedur perubatan?

Atau Bedah-bedah Malaysia? Imej dari SukaBorneo Travel dan Thumbay Hospital.

Baru-baru ni, Malaysia membenarkan pelancong dari China untuk memohon visa pelancong perubatan ke negara ni, menjadikan mereka lebih mudah untuk datang dan hamil melalui persenyawaan in-vitro (IVF) di hospital kita. Wah, mesti korang macam tak percaya kan? Kenapa pelancong China? Kenapa nak mengandung kat sini? Apakah yang dimaksudkan dengan visa pelancong perubatan?

Kitorang akan jawab semua soalan dalam artikel ini, tapi pertama sekali…

Ironinya, rakyat China memerlukan bantuan untuk buat bayi?

Ni kalau hilang anak maunya nangis. Dah la boleh buat sorang anak je. Imej dari WorldFinance.

Lebih kurang masa tahun 1980 dulu, kerajaan China sedar yang mereka ada terlalu ramai rakyat untuk dijaga, jadi mereka buat keputusan dengan dasar satu keluarga satu anak. Dasar tu berjalan dengan lancar pada mulanya, sampailah pada tahun 2010, kerajaan China sedar yang negara mereka tak seimbang bila ada terlalu ramai orang tua, dan terlalu ramai orang muda bawah umur untuk diambil bekerja. Jadi pada tahun 2016, China cuba untuk membalikkan kerosakan tu dengan membenarkan sebuah keluarga mempunyai dua anak – tapi perkara tu dah terlambat.

Sebabnya, masalah yang muncul sekarang ni adalah kemandulan. Antara perkara yang dipersalahkan adalah masalah kos hidup dan membesarkan anak, dasar maternal yang tak mesra, dan ramai perempuan yang dah berusia. Walau macam mana pun, ramai pasangan yang nakkan anak akan menjalani rawatan kesuburan, dan antara yang paling terkenal adalah Persenyawaan In-Vitro (IVF). Ini prosedur perubatan yang melibatkan penggabungan sperma dan telur dari ibu bapa di luar tubuh secara manual, kemudian embrio yang terhasil dipindahkan ke dalam rahim ibu.

Ini prosedur berbilang langkah, dan ada kemungkinan kitaran boleh gagal. Imej dari Indore Fertility Clinic.

Tapi sejak kerajaan China mengumumkan dasar dua orang anak, klinik-klinik kesuburan di China dah dibanjiri dengan pasangan yang sangat-sangat mengharapkan anak melalui IVF ni. Permintaan sangat tinggi, tapi nampaknya…China mempunyai hanya 400 klinik kesuburan, dan hanya kira-kira 10% je yang diklasifikasikan sebagai bertaraf antarabangsa. Tak padan la kalau diorang nak tunggu giliran. Jadi, pasangan China yang nakkan anak ni pun pergi ke negara lain untuk mencuba nasib mereka.

Dengan anggaran 40 juta wanita China berusia lebih 40 tahun untuk hamil, Malaysia nampak perkara ni sebagai peluang baik untuk meningkatkan sektor pelancongan perubatan.

“Adalah wajar bagi kita untuk melihat China sebagai pasaran potensi kita, terutamanya selepas penyingkiran dasar satu anak,” – Sherene Azli, Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post.

Bagaimanapun, Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang dapat idea bagi perkara ni. Thailand contohnya dah menawarkan IVF kepada pasangan China. Dan bukan Thailand je…

Pelancongan perubatan sebenarnya perniagaan yang berkembang pesat termasuk di Malaysia

Rawat dan rehat. Imej dari ITC dan Relaxing Soundzzz.

Jadi berbalik kepada persoalan tadi, di mana perkara ni dipanggil pelancongan perubatan dan mereka yang ambil bahagian ni dipanggil pelancong perubatan siap ada visa tersendiri. Kenapa diorang sanggup bersusah payah ke negara lain untuk prosedur perubatan ni? Negara diorang takde doktor yang hebat ke?

Mereka ada satu sebab penting, iaitu – perbezaan harga. Macam gaji dan beberapa perkara lain antara negara, sebuah prosedur perubatan adalah berbeza bagi setiap negara yang kadang-kadang tu mencapai 90%.

Sebagai contoh dari satu sumber ni, kos untuk pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat pada tahun 2018 adalah sekitar USD123,000 (RM500,000), manakala di India adalah sekitar USD7,900 (RM30,000). Dua perkara yang sama, tapi dengan perbezaan sebanyak RM470,000. Kalau nak kira dengan harga tiket penerbangan dan cuti selama 2 minggu lepas pembedahan tu pun, rakyat Amerika boleh jimat banyak lagi dengan kualiti yang hampir sama.

Imej dari wikipedia.

Antara sebab lain kenapa mereka akan ke luar negara untuk rawatan perubatan termasuklah sebab nak lari daripada senarai panjang menunggu atau prosedur perubatan tu sama ada tak sah, atau terhad di negara mereka (macam pengguguran atau rawatan kesuburan). Dengan perjalanan udara yang semakin murah dan juga peningkatan pesakit kelas pertengahan dari Asia dan Afrika, semakin ramai yang melakukannya, menjadikannya sebuah industri.

Walaupun bilangan yang tepat sukar diperoleh, Patients Beyond Borders menganggarkan sebanyak 14-16 juta orang telah mengembara merentasi sempadan untuk mendapatkan rawatan tahun lepas, dengan masing-masing biasanya membelanjakan antara RM15k hingga 20k pada setiap lawatan, termasuk perjalanan dan penginapan.

Pelancongan perubatan juga sebahagian daripada percutian, jadi termasuk pendapatan dari hotel, makanan dan barang niaga, sumbangan lapangan tahun lalu dikatakan berada di sekitar RM4-5 bilion. Jumlah tu dijangka akan bertambah pada masa akan datang, kerana kerajaan tahun lepas memperuntukkan RM30 juta untuk memperbaiki bidang ini.

Walaupun sebelum ni pelancong perubatan Malaysia kebanyakannya datang dari Indonesia, angka dari negara-negara lain macam Jepun, Singapura, negara-negara Timur Tengah dan Eropah semakin bertambah pada tahun ni.

Yeke ni? Imej dari gifer.com

Dan sekarang, Nampaknya Malaysia berhasrat untuk mengembangkan bahagian pelancong perubatan dari China juga. Tapi …

Boleh ke sektor perubatan Malaysia bersaing dengan negara-negara lain?

Kalau korang terfikir, “Boleh ke Malaysia bersaing dengan negara-negara lain?” sebab sama ada korang pernah ada pengalaman buruk dengan hospital kita atau pernah terbaca mana-mana kes: Jawapannya, tak. Kita taklah seburuk yang disangka. 

Tengah perati, siapa ada idea yang sama. Imej dari giphy

Pada tahun 2014, sebuah majalah US, International Living dah letakkan kedudukan penjagaan kesihatan Malaysia sebagai yang ketiga terbaik daripada 24 negara, menewaskan beberapa tempat lain macam di Ireland, Itali, dan juga New Zealand.

Majalah tu juga dah bagi skor sebanyak 95%, yang tak jauh dari tempat pertama (Perancis, 97%) dan kedua (Uruguay, 96%). Kita sekali lagi di senarai tertinggi tahun lepas, tapi kali ni sebagai satu-satunya negara Asia yang akan dimasukkan ke dalam laporannya yang bertajuk “4 Negara Dengan Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Dunia”! 

“Kebanyakan hospital di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur adalah antara penerima pertama di Asia Tenggara untuk pensijilan Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) yang berprestij di Amerika Syarikat.

Sebagai standard bertaraf emas untuk penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh dunia, Malaysia tidak kurang daripada lapan hospital yang diiktiraf JCI.

Beberapa perkara yang dipertimbangkan adalah hanya sedikit waktu menunggu, hingga tiada langsung semasa anda tiba, “- International Living, seperti yang dilaporkan FMT.

Sekurang-kurangnya ada kerusi dan aircond kan? Imej dari NST.

Jadi, boleh ke Malaysia kekalkan prestasi dengan kedatangan rakyat China yang nak buat IVF nanti? Kitorang tak pasti kalau rawatan IVF ni lagi murah atau mahal kat Malaysia ni berbanding China, bezanya tak banyak sangat. Jadi, apa yang membuatkan mereka datang membuat rawatan di Malaysia ni adalah disebabkan kualiti dan tahap kelajuan perkhidmatan.

“Kadar kejayaan rawatan In Vitro Fertilization (IVF) di Malaysia adalah tinggi, iaitu antara 55 hingga 60 peratus, dan untuk rawatan kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN) sudah mempunyai reputasi yang sangat baik dan ia adalah antara yang terbaik di Asia,”- Sherene Azli, dipetik dari MalaysiaKini.

Not bad, kan? Bukan tu je. Pada tahun 2016, MHTC telah menubuhkan perkongsian dengan Tai Orient, yang dikatakan syarikat rujukan IVF terbesar di tanah besar China. Melalui itu, ada lebih kurang 100 pasangan dirujuk ke Malaysia setiap bulan. Kemasukan China baru-baru ni ke senarai negara-negara yang layak untuk e-visa sebagai pelancong perubatan ke Malaysia juga dijangka membantu beberapa perkara. Berdasarkan semua faktor ini, tak hairanlah slogan kita Malaysia Boleh! Tapi…

Persepsi pasal Malaysia nampaknya macam mengganggu kejayaan Malaysia…

Ok la, sejujurnya sebelum korang baca artikel ni, korang…

Walaupun ada pelbagai pendapat berbeza tentang sistem penjagaan kesihatan kita ni, hakikat sebenarnya ramai pelancong mendapati ia cukup baik dan murah untuk datang buat rawatan di Malaysia. Walau bagaimanapun, berdasarkan wawancara dengan orang-orang dari China, nampaknya sebahagiannya meragui kredibiliti Malaysia dalam bidang perubatan, berdasarkan reputasi ekonomi Malaysia.

“Kesan pertama mereka ialah pembangunan ekonomi Malaysia yang tidak baik. Mereka bertanya kepada kita: kerana ekonomi mereka tidak begitu kuat seperti China, bagaimana mungkin mereka melakukan yang lebih baik dalam IVF? “- Yu Maotao, penolong pengerusi Tai Orient, seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post.

Tiffany Xiong, seorang pengurus kanan yang berpangkalan di Shanghai mengatakan yang dia tak tahu pun Malaysia adalah pilihan untuk IVF. Tapi, dia tak rasa dia peduli sebab dia merasakan Malaysia “tak maju”. Reputasi ekonomi Malaysia agak teruk baru-baru ni, dan walaupun nampak pelik untuk menghubungkannya dengan kejayaan penjagaan kesihatan, banyak sebenarnya kerajaan belanjakan untuk  penjagaan kesihatan bergantung pada ekonomi, serta kesediaan pelabur untuk melaburkan duit mereka untuk penyelidikan perubatan.

“Berdasarkan pemerhatian saya … ia ada rasa buah” Imej dari Randalabs dan Mydin.

Keraguan China terhadap negara kita mungkin berdasarkan buah mulut atau anggapan je. Jadi sebagai tambahan untuk menarik pelancong perubatan melalui penjagaan kesihatan yang berkualiti, kerajaan perlu memperbaiki reputasi Malaysia dengan lebih baik.