Para perutusan Kerajaan Melayu pernah menghadap Maharaja Qianlong di China?

Sejak tahun sebelum Masihi lagi, Tamadun China memang sangat terkenal dengan aktiviti perdagangan. Dikatakan pelayar-pelayar China ni sanggup mengembara ke seluruh dunia demi mendapatkan barang yang diingini.

Mereka ni memang dikatakan sangat menjaga hubungan diplomatik bersama dengan negara-negara lain. Daripada sinilah ada bukti-bukti mengatakan para perutusan kerajaan Melayu pernah datang menghadap Maharaja Cina. Ia dibuktikan melalui sebuah lukisan yang ada tersimpan di sebuah muzium.

Kami tahu yang korang semua nak tahu pasal lukisan tu, tapi mari kami huraikan dulu sejarah perdangan di China kerana ada kesinambungan dengan perkara di atas.

China suka berdagang dengan negara Asia kerana produk eksotiknya

Pelabuhan Cina zaman dulu. Imej dari Majalah Labur.

Semasa Tamadun Cina mula berkembang sekitar (206 SM – 1126 AD), banyak pedagang-pedagang luar menjalinkan hubungan diplomatik dan keagamaan. Sebenarnya ada sebab juga kenapa China beri saja mereka ni eratkan hubungan.

Haa…nak dijadikan cerita, hubungan dengan pedagang-pedagang antarabangsa sangat penting kerana terdapat sesetengah barang dagangan eksotik yang menjadi idaman golongan bangsawan China. Ia dikeluarkan oleh negara India, Timur Tengah dan Asia Tenggara sendiri seperti:

  • Mutiara.
  • Bulu burung raja udang.
  • Cangkerang penyu.
  • Damar.
  • Kayu gaharu.
  • Kayu cendana.
  • Rempah-ratus.

Kehadiran mereka ke China ni sebenarnya disambut meriah oleh pihak istana. Hal ini kerana rakyat China percaya, seorang Maharaja yang baik dan berkarisma sepatutnya dapat menarik minat negara-negara luar untuk menghantar utusan diplomatik dan mengaku taat setia kepada Maharaja tersebut. Ia turut dilakukan supaya Maharaja dipuji dan dipandang baik oleh masyarakat.

Setiap utusan diplomatik yang datang ke China perlu bawa membawa hadiah rare dan mahal untuk dipersembahkan kepada maharaja.

Dikatakan bulu burung raja udang ni sangat berharga. Imej dari Om Kicau.

Selalunya, China ni akan berikan dua bentuk hadiah kepada mana-mana kerajaan yang menghantar utusan iaitu pengiktirafan diplomatik dan juga hadiah yang dianggap sebagai tanda penghargaan kerana hantar utusan.

Oleh itu, kerajaan luar yang menghantar utusan tersebut mendapat penghormatan kerana Maharaja China mengiktiraf mereka sebagai raja yang berkuasa dalam negeri itu.

Berdasarkan beberapa kajian, terdapat kerajaan yang pernah menghantar utusan kepada China, anataranya:

  • Kerajaan Pan Pan.
  • Kerajaan Poli.
  • Kerajaan He Le Dan.

Daripada sinilah kita boleh lihat ada…

Para duta kerajaan Melayu datang menghadap Maharaja Qianlong

Lukisan ni la yang kami cakap tu. Imej dari Legasi Zheng He.

Haaa…tadi kami ada cerita sikit bagaimana aktiviti perdagangan dan hubungan diplomatik antara kerajaan lain di Tamadun China. Sebenarnya kerajaan Melayu kita pernah terlibat juga tau dalam aktiviti tersebut.

Hal ini dapat dibuktikan dengan sebuah lukisan lama yang bernama “Puluhan Ribu Negara Tiba di Balairung” (Wànguó Láicháo Tú). Lukisan itu sudah wujud semasa era Maharaja Qianlong yang ke 26 tahun pada 1762. Ia juga dilukis sempena Hari Keputeraan ke-70 Maharani Balu Chongqing.

Info tambahan, Maharaja Qianlong ialah maharaja Dinasti Qing yang keenam. Baginda merupakan anak kepada Maharaja Yongzhen serta cucu kepada Maharaja Kangxi. Baginda juga terkenal dengan kejayaan dalam meluaskan empayar Dinasti Qing.

Untuk pengetahuan korang, lukisan ini menceritakan para duta dari pelbagai kerajaan berhimpun di luar balairung yang dihujani salji pada pagi Tahun Baru Cina dan bersiap sedia untuk menghadap mempersembahkan ufti masing-masing.

Lukisan ni ada menunjukkan kerajaan Melayu. Imej dari Legasi Zheng He.

Lukisan di atas ni menunjukkan perhimpunan para duta dari kerajaan luar. Berdasarkan kajian dari Legasi Zheng He, terdapat beberapa kerajaan Melayu yang ada dalam lukisan itu. Baiklah, korang nampakkan nombor-nombor di atas? Ia merupakan bendera yang bertulis nama kerajaan:

  1. Johor.
  2. Siam.
  3. Melaka.
  4. Annam (Vietnam).
  5. Ryukyu (Onikawa, Jepun).
  6. Jepun.
  7. Belanda.

Selain itu, ada banyak lagi kerajaan lain yang ada dalam lukisan ini seperti Myanmar, Sulu, England dan Brunei.

Jadi, kita boleh nampak ada dua kerajaan Melayu iaitu Johor dan Melaka. Tapi en, korang nak tahu tak yang lukisan tersebut sebenarnya palsu?

Hal ini kerana lukisan ini dikatakan untuk mengagung-agungkan kebesaran baginda sahaja. Sebenarnya pada masa tu, Maharaja Qianlong hanya bersantap dengan seorang Putera Monggol dan beberapa pegawai di Ziguāng (Balai Cahaya Ungu), Taman Zhongnanhai.

Balai tersebut dikatakan bersebelahan Istana Kota Larangan, Beijing. Takde pun sebenarnya kerajaan luar datang menghadap baginda.

Jap, korang tak pelik ke, para perutusan ni tak datang pun kat China tapi macam mana mereka tahu nama-nama kerajaan Melayu ni?

Haaa tak datang? Serious la! Imej dari giphy.

Haa… rasanya korang dah pernah belajar semasa sekolah dulu yang Melaka ada menjalinkan hubungan dengan China. Melaka pernah menghadiahkan kain sutera dan payung emas kepada China.

Johor juga ada menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Buktinya ialah nama Johor pernah ditulis dalam kitab Qing Shilu.

Dalam pada itu, Sultan Abu Bakar pernah diaungerahkan pingat darjat kelas pertama Shuānglóng Bǎoxīng (Bintang Khazanah Naga Berkembar) oleh Maharaja Guangxu pada 10 December 1892 di Istana Tyersall, Singapura sebagai penghargaan layanan adil terhadap komuniti Cina di Johor.

Kisah Hang Tuah melihat muka Maharaja China guna kangkung

Pelik en, apasal guna kangkung? Imej dari Harian Metro & Supplybunny.

Selain dari kisah di atas, ada banyak lagi sebenarnya cerita-cerita menarik mengenai kerajaan Melayu dan China. Ada satu lagi kisah yang boleh dikatakan menunjukkan kebijaksanaan Hang Tuah ketika menghadap Maharaja Cina.

Semasa Hang Tuah berkhidmat untuk Empayar Vijayanegara dari India, beliau mewakili empayar tersebut sebagai wakil rajanya di China. Akan tetapi di China mereka mempunyai undang-undang rare — tiada siapa pun boleh melihat wajah Maharaja China.

Masa tu, Hang Tuah ni memang nak sangat tengok rupa Maharaja Cina ni. Jadi, dengan menggunakan akalnya, dia telah memesan kangkung (tak dipotong) semasa makan bersama maharaja. Lepastu dia makan kangkung sambil mendongakkan kepalanya, haa..time ni la dia ambik kesempatan tengok muka maharaja cina tu.

Menarik kan? Kisah-kisah tamadun China ni. Banyak je cerita dari negara lain yang unik tapi kita semua tak tahu. Selain dari cerita di atas, apa lagi kisah menarik pasal tamadun China dengan kerajaan Melayu yang korang pernah baca?