- 5.8KShare sekarang!
- Email41
- Facebook5.7K
- Share
Zaman sekarang, ada macam-macam cara untuk kita berjumpa dengan cinta hati seumur hidup kita. Sama ada bertemu dekat kafe hipster kegemaran korang ke, ataupun sambil me-like-kan gambar-gambar orang tu kat laman sosial, kini wujud pelbagai jenis kemudahan yang memang tak wujud masa zaman mak ayah kitorang muda dulu.
Sebab tu kitorang pun hairan… macam mana mak ayah korang bertemu jodoh zaman diorang muda dulu? Ni satu contoh daripada staf Soscili yang kitorang tanya:
“Ayah saya dulu wartawan. Sekali tu, dia telefon orang nak bercakap tentang berita yang dia tengah tulis. Tengok-tengok, yang angkat fon tu mak saya. Sembang-sembang, ayah pun terpikat, terus cari dan berjumpa mak, last-last, diorang pun berjatuh cinta lah…”
Siapa yang tengah sibuk tanya ni? Eheh… Durex
Eh… kenapa jenama kondom NOMBOR SATU kat dunia nak tau cerita mak ayah kitorang berjumpa? Ye lah, bulan ni dah masuk musim Tahun Baru Cina, jadi Durex pon nak dengar cerita-cerita keluarga korang sempena sambutan besar ni (lagi-lagi kalau keluarga korang jenis yang ada adik-beradik ramai ?).
Pemenang-pemenang yang kitorang pilih akan layak memenangi satu kotak kondom Durex jenis Invisible Extra Lubricated bernilai RM40 serta angpow RM100! Tapi cepat – pertandingan ni tutup 1 Februari tau, jadi kongsi la cerita-cerita korang sebelum tarikh tu!
- 5.8KShare sekarang!
- Email41
- Facebook5.7K
- Share