Budak ni dikatakan ada masalah otak sebab terlalu banyak main telefon

(This article is a translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

Kalau korang kaki media sosial atau ada berlambak group WhatsApp, kebarangkalian untuk korang tahu benda ni adalah tinggi. Video ni dah cetuskan macam-macam reaksi daripada pengguna internet. Sebabnya ia melibatkan benda yang dekat dengan hati ramai orang – budak kecil dan teknologi.

Tahu tak pasal benda ni? Screenshot dari Nina Ijan

Bagi yang tak tahu pasal benda ni, meh kitorang cerita kat korang. Dalam video ni – budak yang pakai baju biru tu pegang iPad dan susah nak berjalan dengan betul. Dia asyik-asyik jatuh bila cuba nak jalan. So, adalah orang screenshot benda ni dan kata – budak tu jadi macam tu sebab dia terlalu banyak gunakan teknologi – dalam kes ni guna telefon.

Tapi nampaknya itu bukanlah sebab budak tu sukar nak jalan. Kitorang ada hubungi mak budak ni, Siti Norshidah dan kawan dia, Nina Ijan. Ingat eh, Siti (mak budak tu) dan Nina (kawan baik mak budak tu). Diorang ada post kat Facebook untuk terangkan apa sebenarnya yang jadi kat budak tu. Rupa-rupanya…

Budak tu sebenarnya sakit, tapi bukan disebabkan terlebih guna telefon

Mengikut cerita Siti, ada hari tu – anak dia bangun dan susah nak jalan dengan betul. Siti pun telefonlah Nina – untuk tanya kalau anak dia pun ada masalah yang sama. So, Nina pun katalah; benda tu cuma jadi kalau kaki budak tu cramps atau sakit. So, Siti pun ambik video anak dia dan hantar video tu kat Nina untuk dia tengok.

“Nina telah menelefon saya selepas menonton video itu dan minta saya untuk kemaskan pakaian dan pergi ke hospital. Untuk maklumat anda, Nina adalah orang pertama yang akan hubungi berkaitan keadaan anak saya,”- Siti Norshidah memberitahu CILISOS

Telefon kawan baik. Imej dari Giphy

Siti beritahu kitorang jugak – dia hantar jugak video tu kat suami dia yang takde kat rumah masa tu. Dia jugak hantar video tu kat keluarga dan kawan terdekat untuk tanya pendapat diorang. Benda ni disebabkan anak dia ada simptom yang pelik – dia tidur hampir 23 jam sehari, muntah-muntah selama 5 hari dan kadang-kadang percakapan dia tiba-tiba terganggu.

Dia tunjukkan jugak video tu kat doktor yang rawat anak dia. Anak dia didapati ada masalah ‘acute post viral ataxia‘, masalah pergerakan yang disebabkan oleh kawasan otak yang digunakan untuk pergerakan, percakapan dan deria rasa mengalami kerosakan. Benda ni selalunya jadi kat budak-budak yang berumur 2 hingga 5 tahun, tapi boleh jadi kat budak yang lebih tua jugak.
Hahhh…pernah dengar tak? Nina Ijan

Walaupun dia kongsi video ni dengan orang-orang terdekat je, ada juga yang ambik keputusan untuk muat naik video tu kat media sosial. Akhirnya video tu jadi viral lah. Siti dan Nina pun tak tahu siapa yang muat naik video anak dia tu.

Selain daripada orang kata anak dia terlebih guna teknologi, macam yang kitorang kata kat intro – ada jugak orang kata anak dia ada masalah ‘neuro dead. Dalam bahasa mudahnya – mati otaklah. Benda ni tak betul memandangkan budak tu sebenarnya ada masalah pergerakan. Menurut Nina, Siti cuma tahu benda tu viral beberapa hari lepas dia bagi video anak dia kat orang terdekat.
Imej dari Giphy
Salah satu Facebook post pasal video anak Siti ni ditonton sebanyak 614,000 kali! Kalau korang tak percaya, cuba tengok screenshot ni;
Imej dari Facebook Rubani
Bila Siti dan Nina tanya Rubina, dia jawab – dia dapat video tu dari WhatsApp dan nak sedarkan orang ramai – kanak-kanak sepatutnya tak habiskan terlalu banyak masa dengan teknologi.

“Saya dapat video ini dari WhatsApp. Hasrat saya adalah untuk wujudkan kesedaran bahawa anak-anak tidak sepatutnya menghabiskan banyak masa di telefon mereka. “- Rubani beritahu Nina.

Siti dan suaminya kena kecam di atas sebab yang sebenarnya diorang tak buat pun

Tak seperti kebanyakan post pasal orang sakit kat media sosial yang dapat simpati ramai orang, selalunya siap ada orang nak derma lagi. Tapi video ni dikecam ramai. Benda ni mungkin disebabkan ‘caption’ orang yang muat naik tu tak betul.

Siti dan suaminya bukan setakat kena hadap kecaman-kecaman dari pengguna internet. Dah lah video tu dimuat naik tanpa mintak keizinan ibu bapa. Selalunya orang akan fikir kalau muat naik apa-apa bahan kat internet, ia benda biasa je. Tapi menurut pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia – tindakan macam ni ada akibat dia yang tersendiri.

Orang tengah membawang. Imej dari Nina

Lagi satu benda ni pasal etikalah. Cuba bayangkan ada orang lawat rumah korang, dia ambik makanan kat peti sejuk dan share makanan tu dengan orang lain kecuali hang, tanpa izin pulak tu. Macam mana korang akan rasa? Samalah macam kes ni – orang muat naik gambar anak Siti tanpa keizinan dia.

Dan ini bukanlah kali pertama orang kena viral dengan sebab yang salah. Baru-baru ni, Haneesya Hanee, yang dianugerahkan Dewi Remaja (macam ratu cantik gitu) diminta untuk serahkan semula gelaran tu. Sebabnya ada video yang viral tentang dia masuk kelab malam. Padahal video ni dimuat naik oleh kawan rapat Haneesya, yang akhirnya viral lepas ia dimuat naik oleh orang lain.

Dewi Remaja yang tiba-tiba jadi bualan orang ramai. Imej dari MStar

So berbalik kat cerita Siti tadi, salah satu isu lagi – susah gila nak kawal video-video yang viral ni. Masa artikel ni kitorang tulis, Nina ada mintak orang untuk turunkan video tu dari Facebook. Nampaknya adalah kesan sikit – ramai dah turunkan video tu. Tapi, dalam masa yang sama; video tu masih berlegar-legar lagi kat WhatsApp.

Polis tak boleh buat apa-apa sebab diorang tak jumpa ‘penyangak’ sebenar

Lepas dapat tahu video anak dia dah viral, Siti buat laporan polis dan suaminya ada email Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk laporkan benda ni. Kalau korang jumpa video pasal budak ni – korang kena maklumkan kat orang ramai cerita sebenar.

“Sebagai ibu bapa, kami cuma mahu orang berhenti menghantar atau memuatnaik video anak kami. Ini kerana, tidak seperti dakwaan beberapa orang di Facebook, saya tidak pernah memuatnaik video ini di Facebook atau Instagram.” – Siti Norshidah memberitahu CILISOS

Imej dari Imgflip

Kalau korang nak pastikan benda yang korang post tu berita betul, korang boleh je semak kat satu website ni – sebenarnya.my. Website ni dilancarkan pada tahun 2017 dan boleh mula digunakan pada tahun yang sama. Kitorang fikir benda fake news ni makin menjadi. So kitorang buatlah satu group kat Facebook untuk korang kongsikan benda-benda berita sensasi. Kitorang akan siasat berita tu BETUL ATAU BOHONG! Marilah join kitorang dalam tu…

Klik gambar untuk sertai group power ni!

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka