Macam mana ibu bapa korang jatuh cinta? Bagitau kitorang dan menang!

Zaman sekarang, ada macam-macam cara untuk kita berjumpa dengan cinta hati seumur hidup kita. Sama ada bertemu dekat kafe hipster kegemaran korang ke, ataupun sambil me-like-kan gambar-gambar orang tu kat laman sosial, kini wujud pelbagai jenis kemudahan yang memang tak wujud masa zaman mak ayah kitorang muda dulu.

Ada yang sampai berkahwin beranak melalui Tinder! Imej dari Says.

Sebab tu kitorang pun hairan… macam mana mak ayah korang bertemu jodoh zaman diorang muda dulu? Ni satu contoh daripada staf Soscili yang kitorang tanya:

“Ayah saya dulu wartawan. Sekali tu, dia telefon orang nak bercakap tentang berita yang dia tengah tulis. Tengok-tengok, yang angkat fon tu mak saya. Sembang-sembang, ayah pun terpikat, terus cari dan berjumpa mak, last-last, diorang pun berjatuh cinta lah…”

Siapa yang tengah sibuk tanya ni? Eheh… Durex

Eh… kenapa jenama kondom NOMBOR SATU kat dunia nak tau cerita mak ayah kitorang berjumpa? Ye lah, bulan ni dah masuk musim Tahun Baru Cina, jadi Durex pon nak dengar cerita-cerita keluarga korang sempena sambutan besar ni (lagi-lagi kalau keluarga korang jenis yang ada adik-beradik ramai ?).

Pemenang-pemenang yang kitorang pilih akan layak memenangi satu kotak kondom Durex jenis Invisible Extra Lubricated bernilai RM40 serta angpow RM100! Tapi cepat – pertandingan ni tutup 1 Februari tau, jadi kongsi la cerita-cerita korang sebelum tarikh tu!

    Nama*

    Emel*

    Macam mana mak ayah korang boleh bertemu buat pertama kali?

    Pastu, macam mana diorang boleh mula berdating pula?

    Sekarang, dah berapa lama diorang bersama?

    Korang ada gambar mak ayah korang waktu muda? (Tak wajib, tapi lagi tinggi kemungkinan korang menang kalau ada gambar!)

    Saya setuju untuk memberi CILISOS Media SDN BHD dan Reckitt Benckiser (M) Sdn Bhd untuk menggunakan kandungan yang saya hantarkan dalam bahan promosi mereka, tanpa royalti dan tanpa had. Walau bagaimanapun, CILISOS Media dan Reckitt Benckiser (M) tidak mengaku hakmilik mahupun bertanggungjawab atas sebarang kerosakan daripada penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan kandungan yang dihantar ataupun sebarang perlanggaran hakcipta yang berkaitan.

    Saya mengesahkan bahawa saya berumur 18 tahun ke atas.