7 rakyat Malaysia kongsi macam mana ibu bapa diorang jatuh cinta

Masuk bulan Februari ni, kitorang pun dah tiba di musim perayaan Tahun Baru Cina! Dan pada musim-musim perayaan ni, mesti ramai pembaca kita yang tau perasaan balik kampung, jumpa keluarga, dan terpaksanya melayan soalan makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang… “Bila nak kahwin?”

Raya puasa ke raya Cina, tak sah kalau soalan jenis ni takda. Imej dari conteng conteng dan Bro, don’t like that la, bro.

Tapi kalau zaman sekarang ada benda-benda seperti Fesbuk, Instagram, dan Twisder yang mampu memudahkan usaha kita mencari jodoh, macam mana mak ayah kitorang dulu boleh berjumpa dan berjatuh cinta tanpa adanya internet ataupun media sosial untuk diorang melike-likekan gambar yang dipostkan oleh tarikan hati diorang???

Tapi kenapa Soscili sibok nak tau pasal ibu bapa kitorang?

Kalau nak eratkan silaturrahim suami isteri, boleh la guna ?. Imej dari Durex.

Untuk raya Tahun Baru Cina kali ni, kitorang berpakat dengan Durex untuk meminta korang tanya mak ayah korang soalan yang kitorang biasanya akan segan nak tanya, iaitu – macam mana diorang bertemu jodoh (dan kemudiannya lahirkan korang) ?? Sebagai tanda penghargaan, kitorang juga telah memberi para pemenang kita sepaket angpow sempena Tahun Baru Cina ni, serta juga sekotak kondom Durex Invisible Extra Lubricated 12s!

Kalau korang nak tau, punya lah ramai pembaca kita yang sudi berkongsi cerita-cerita cara ibu bapa diorang berjumpa, sampai kitorang pun pening nak pilih mana yang terbaik. Jadi, selepas meneliti entri-entri yang kita terima, inilah cerita-cerita yang kita rasa paling elok korang tau.

1. Seorang penunggu yang terjatuh cinta dengan “mangsanya” ?

Suatu masa dahulu, ayah Krishna pernah bekerja kat rumah hantu sebagai… salah satu hantunya. Tak tersangka pulak masa ini jugalah dia akan terserempak dengan wanita idaman yang bakal menjadi isterinya selama 30 tahun.

Ketika ibu saya masuk rumah hantu tu, ayah saya pun melompat untuk cuba takutkan dia. Tapi pada saat dia terpandang wajah ibu saya dalam lampu-lampu yang berkelip tu, itulah masanya dia terjatuh cinta pada pandangan pertama.” – Krishna

Dari situ, ayah Krishna pun cuba mendapat tahu di mana kolejnya ibu Krishna sedang belajar. Tak lama kemudian, ibu Krishna pun perasan ada lelaki yang dia tak kenal mengekorinya, lalu memberitahu abang-abangnya.

Lepas abang-abang mak saya dapat tahu, ayah saya pun kena pukul habis dengan diorang… tapi dia masih tak berputus asa. Dia tetap mengekori ibu saya sampai mak ayah ibu saya dapat tahu pasal dia, dan diorang terus suruh ayah saya tetapkan tarikh perkahwinan. Sebenarnya, mak saya bukannya nak kahwin pun, jadi dia cakap dia pun benci ayah saya pada tempoh awal perkahwinan diorang. Namun empat tahun kemudian, abang saya dilahirkan dan diorang pun hidup secara bahagia sejak tu.” – Krishna

2. Seorang askar yang terjatuh cinta dengan sehelai gambar majalah ?

Ye, ni gambar yang dihantarkan kepada majalah fesyen.

Ketika ibu Nor Zahrah berumur 15 tahun, dia hidup dalam kesusahan dengan neneknya di Batu Pahat, Johor. Ibunya sendiri pula telah berkahwin baru, jadi keluarganya berhasrat untuk mencarikannya seorang suami secepat mungkin. Maka pada tahun 1957, diorang menghantar sehelai gambarnya kepada suatu majalah fesyen untuk menolongnya mencari pasangan. Dan melalui itu lah, ayah Zahrah dapat melihat ibunya untuk kali pertama.

Dua-dua mak ayah pun stylo bukan main.

Masa tu arwah ayah jadi askar kat Singapura. Biasa la orang dulu, hiburan dia majalah. Tengok bahagian kenalan, ayah terpikat terus dan berkenan dengan gambar arwah mak yang paling cantik masa tu…” – Nor Zahrah

Dari situ, ayah Zahrah pun mencari wanita yang dilihatnya dalam majalah tu melalui maklumat yang diberi, dan pada bulan yang seterusnya, dia terus berjumpa keluarga ibu Zahrah untuk meminang. Kalau korang nak tau, kali pertama mak dengan ayah Zahrah berjumpa adalah masa diorang bernikah, dan walaupun ibu Zahrah tidak ada perasaan cinta sebelum tu, diorang tetap hidup bahagia bersama untuk lebih 50 tahun sehingga hari ibunya meninggal dunia.

3. Daripada pekerja terbaiknya kepada wanita idamannya ⛽

Mak dengan ayah Aisyah di pejabat stesen minyak diorang.

Sebaik sahaja ibu Aisyah berumur 18, dia mula bekerja di sebuah stesen minyak di KL. Stesen tersebut pula dimiliki seorang lelaki keturunan Pakistan, berumur 20 tahun lebih tua darinya, dan yang telah bercerai dengan dua anaknya sendiri. Kalau dua kisah sebelum ni melibatkan cinta pandangan pertama, cerita ni pula berdasarkan suatu hubungan yang dibina selama tempoh BERTAHUN.

Pada mula-mulanya, ayah saya bergantung kepada ibu saya untuk membantunya di pejabat stesen minyak tu, untuk mengurus pekerja-pekerjanya, dan untuk menyemak buku-buku akaun stesen tu. Tapi lama-lama pula, peranan ibu saya dalam hidup dia pun semakin berkembang sehinggakan ibu saya lah yang menolong keluarganya membeli-belah, menghantar ibunya ke sana sini, serta membantu menjaga dua anak-anaknya (abang-abang tiri saya) juga.” – Aisyah

Ayah Aisyah di stesen minyaknya.

Selama 8 tahun, ibu Aisyah bekerja di bawah bapanya, membelajar daripadanya dan menjadi semakin erat dengannya, sehinggakan pada suatu hari, ibunya pula yang bercadang untuk berkahwin dengan bapanya sendiri.

Saya rasa awak tak mampu menjaga keluarga awak dan anak awak sambil pula mengurus stesen minyak awak secara bersendirian. Eloklah kalau kita berkahwin supaya saya dapat tolong awak dengan semua ni.” – kata ibu Aisyah kepada bapanya. 
Lalu diorang berkahwin dan hidup secara bahagia sehingga ayah Aisyah pun meninggal dunia pada tahun lepas.

Pergh. Lain macam betul cara orang dulu bertemu jodoh.

Ada yang pura-pura jadi hantu, ada yang hantar gambar masuk majalah dan surat masuk radio, ada yang cuba panggil setiap nama sama dalam buku panduan telefon. Pergh. Orang-orang muda zaman sekarang memang kalah la kalau berbanding dengan tahap romantis orang dulu. Ke tak? (Poll berikut ni hanya untuk orang umur bawah 40 je ye)

Amacam? Kalau korang rasa korang lagi romantis dari orang dulu, cerita la sikit kat ruang komen! Mungkin kitorang boleh buat artikel kedua tahun depan pula… ?