SPONSORED

Kajian: 6% rakyat Msia tonton program TV ketika memandu

Baru-baru ni, kitorang tanya apa tabiat #1 pemandu Malaysia yang paling menyakitkan hati korang, dan nampaknya puas gak korang luahkan perasaan!

Jadi, dengan kawan-kawan kitorang dekat Allianz Malaysia, kitorang buat la survey Kereta Kaput Survey 2019 (nama glamour untuk The Malaysian Driving Survey 2019) untuk kaji pasal kelakuan aneh dan tabiat pemandu kat Malaysia ni. Jadi, ni pendahuluan sebelum kita masuk ke isi kajian.

  • Tempoh Kajian: 20 Sept – 9 Okt 2019
  • Jumlah responden: 2,704
  • Kelompok jantina: Lelaki (64%), wanita (35%), lain-lain (1%)
  • 5 lokasi teratas: Selangor (40%), KL (25%), Johor (6%), Penang (5%), Perak (5%)… dan kita ada responden dari negeri lain jugak.
  • 5 kategori umur:  21-29 (32%), 30-39 (29%), 40-49 (18%), 18-20 (10%), 50-59 (8%), atas 60 (2%), bawah 17 (1%… jap, asal korang jawab survey memandu ni?!)

Sebelum tu, sebenarnya ada infografik penuh kat bawah yang korang boleh download. OK, baiklah, jom mula!

1. Perkara yang paling menyakitkan hati pemandu Malaysia ialah….

Ni pun agaknya korang dah boleh teka. GIF dari Giphy.

3 perkara yang paling menyakitkan hati berdasarkan responden kajian kitorang adalah:

  1. Tukar lorong tak guna signal (77%)
  2. Potong barisan masa jalan jem (67%)
  3. Pandu perlahan di lorong memotong (49%)

Untuk pengetahuan korang, menukar lorong tanpa memberi signal tak melanggar peraturan pun, tapi… ada undang-undang berkenaan dengan “memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa” yang boleh digunakan kalau korang tukar lorong dengan berbahaya tanpa beri amaran dekat orang lain.

Jadi… SIAPA sebenarnya yang tukar lorong tak guna signal ni? Ada satu soalan kitorang ni, 13% responden mengaku tak guna signal dan mereka sebenarnya adalah… lelaki yang memandu kereta buatan Malaysia!

*Gelak macam setan*

Perkara keempat paling menyakitkan hati ialah parking berlapis (44%)! Dan, walaupun benda ni memang melanggar peraturan, korang tak boleh ambil tindakan sendiri meskipun perangai dia macam ^%&%*. Jadi, kalau korang terperangkap dalam situasi macam ni… roger abang polis je, jangan korang hentam cermin kereta dia pulak.

2. Kebanyakan orang Malaysia prihatin dan bertanggungjawab bila berlaku kemalangan

Infografik penuh ada kat bawah

Bila kitorang tanya apa tindakan korang kalau terlanggar kereta orang lain, hampir semua (91%) jawab diorang akan berhenti, minta maaf dan bayar kerosakan tersebut. Bagus kan! Dan benda ni nampaknya sama mengikut semua kategori demografi termasuk umur, bahasa utama dan jantina.

Namun, ada pula 7% yang mengaku diorang akan cabut lari kalau takde orang dalam kereta! Aduh… tapi kalau korang ada jaminan insurans, korang tau la yang kerosakan ni semua boleh dituntut walaupun korang yang buat kerosakan tu.

Jangan buat perangai macam ni sudah. GIF dari Giphy.

Dan sebut pasal insurans jalan raya pula, kitorang dapat tau yang sponsor kitorang, Allianz Malaysia ni memang terkenal dalam kalangan responden kajian ni. Tapi, takdelah terkejut sangat, sebab Insurans Motor Komprehensif Allianz ni bukan je servis tunda kereta percuma dan tuntutan pembaikan. Malah, insurans diorang juga termasuk Allianz Road Rangers, iaitu servis bantuan kemalangan kenderaan PERCUMA di seluruh negara yang bersedia untuk bantu korang sepanjang perjalanan. (Kitorang sambung pasal ni kejap lagi!)

3. Lelaki lebih cenderung memandu rapat dengan kereta depan manakala perempuan lebih suka main handphone!

Bila kitorang kaji perbezaan pemandu lelaki dengan perempuan, kitorang dapat tau yang perempuan (42%) lebih cenderung main handphone masa memandu berbanding dengan lelaki (40%). Tapi, lelaki pula lebih berkemungkinan akan memandu rapat dengan kereta depan dan juga usha awek atas jalan!

Ni kalau langgar jugak, memang mintak penyepak ah cerita dia

Dan kalau korang nak tau pasal pemandu yang suka simpan senjata dalam kereta, kitorang ingat perempuan lah yang akan biasa simpan jika berlaku kecemasan… rupa-rupanya, lelaki yang lebih ramai simpan senjata dalam kereta diorang, tak kira lah objek tumpul (macam kayu baseball) atau tajam (macam parang).

Sebenarnya, ia HARAM UNTUK SIMPAN OBJEK-OBJEK NI DALAM KERETA! Takde masalah pun kalau korang nak simpan parang kat sawah korang, tapi kalau kat kerusi belakang kereta… errr… apa alasan korang nak bagi polis kalau diorang check kereta korang?

Tapi, jangan ingat perempuan pun tak langgar peraturan jalan raya – kajian kitorang menunjukkan jumlah lelaki dan perempuan yang mengaku melanggar lampu merah pun sama je (19% untuk kedua-dua jantina).

4. Golongan atasan lebih mengundang kemarahan bila terlibat dengan kemalangan

Kalau korang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya, korang tau ia memang satu pengalaman yang memang PAHIT untuk dilalui. Koranglah yang jadi sebabnya timbul kesesakan lalu lintas, dan pemandu-pemandu lain pulak akan lalu korang sambil menggeleng kepala

Stress gila doh!…. Imej dari geng kitorang kat AskLegal.my

Jadi, bila kitorang bandingkan pemandu dengan pendapatan kurang dari RM3,000 dan mereka yang berpendapatan lebih dari RM21,000 sebulan, kitorang dapat tau yang pemandu kategori atasan ni (17%) lebih cenderung untuk dihina oleh pemandu lain dan (47%) dari mereka ditinggalkan oleh pesalah yang tidak bertanggungjawab… nasib baik diorang takde masalah sangat untuk dapat kelulusan tuntutan insurans diorang. ?

Kitorang jugak dapat tau golongan atasan ni lebih banyak jumpa dengan longkai (56%) … dan mereka yang pendapatan bawah RM3,000 lebih cenderung untuk dibantu oleh orang awam. (Kami hurai lebih lanjut bawah ni)

Walau bagaimanapun, pemandu golongan atasan ni secara amnya mempunyai etika memandu yang lebih baik dan selamat – pemandu yang berpendapatan kurang dari RM3,000 lebih cenderung untuk langgar lampu merah, buang sampah ikut tingkap dan…. buat aksi romantik dengan pasangan mereka ketika di jalan raya?!

5. Jumlah orang Malaysia yang dibantu oleh orang awam hampir sama dengan mereka yang dibantu oleh LONGKAI!

Kalau ada orang bagi bantuan sebaik sahaja kereta korang rosak ataupun ditimpa kemalangan, lebih baik korang berwaspada. Sebabnya, walaupun 40% responden kita bagitau diorang dibantu oleh orang awam yang prihatin, bilangan yang hampir sama juga memberitahu yang diorang dibantu oleh longkai (37%)!

Siapa longkai ni sebenarnya? Untuk pengetahun korang, mereka ini orang yang suka mengambil kesempatan orang yang terlibat dengan kemalangan atau kereta rosak dengan “menghulurkan bantuan”. Daripada servis tunda kereta hingga ke khidmat guaman, mereka akan ambil sedikit caj bayaran daripada jumlah bil sebenar. Kitorang tak pasti la, longkai mana yang beroperasi dengan betul, tapi seram jugak la kalau terperangkap dalam situasi macam ni.

Kereta rosak ke bang? Ohh kitorang boleh tolong kalau nak

Berdasarkan dapatan kitorang, 34% pemandu pernah alami situasi di mana pihak bersalah melarikan diri sendiri, manakala lagi 21% pula pernah alami situasi di mana mereka tak tahu apa nak buat dan takde sebarang bantuan pun. Ada juga 6% dari mereka yang ditolak tuntutan insurans waktu kemalangan, manakala 3% pernah ditinggalkan sementara kereta mereka ditunda.

Baguslah majoriti mereka dibantu oleh orang awam yang prihatin… dan waktu macam ni lah sebenarnya ramai je orang yang sanggup membantu orang lain dalam kesusahan.

Tapi, kita tak boleh lah nak harapkan pertolongan dari orang lain je… bak kata pepatah Melayu, kita kena sediakan payung sebelum hujan. Jadi, kawan kitorang kat Allianz Malaysia ada sediakan Pusat Panggilan 24 jam untuk jawab panggilan korang, dan diorang juga telah jadikan keutamaan diorang untuk hantar Pasukan Bermotosikal yang dikenali sebagai First Response Bike Brigade (di Lembah Klang je) untuk memberi bantuan terlebih dahulu.

Lepas tu, mereka akan hantar trak tunda Allianz (bukan trak tunda macam dalam filem Longkai tu) yang akan bawak kereta korang ke salah satu bengkel servis Allianz yang sah.

Ni konfem takde sembang duit tepi bang. Imej dari Allianz Malaysia

Dan dengan perkhidmatan ni, korang takkan dibiar terdampar tepi jalan – kerana Allianz Malaysia akan sediakan Perkhidmatan Pengangkutan siap dengan baucar e-hailing supaya korang boleh balik rumah dengan selamat. Bagaimana dengan khidmat baiki pulak? Kalau layak, diorang akan selesaikan tuntutan dalam masa 10 minit je melalui Tuntutan ODX Motor Allianz ?.

6. 4% kemalangan berlaku kerana pembuli jalan raya, dan 7% kerana jalan di Malaysia TERUK

Infografik penuh ada kat bawah

Dua punca utama responden kitorang terlibat dengan kemalangan kerana ada orang langgar (38%, memang badi) dan jadi mangsa pasal orang lain tekan brek kecemasan (23%). Selain itu, 4% juga berkata mereka dibuli oleh pembuli jalan raya.

“Celaka, sekarang kau dah jadi nombor statistik!”

Untuk pengetahuan korang, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia ada buat kajian pada tahun 2017, dan daripada 13.3 juta pendaftar pemandu di Malaysia ni, 2.4 juta dari mereka pernah hilang sabar atas jalan raya. Erti kata lain, 2 per 10 dari pemandu kat dalam Malaysia ni kurang kasih sayang bila atas jalan raya.

Memang bahaya perkara ni, dah satu hal orang lepaskan geram dengan tekan hon dekat pemandu lain atas jalan raya… ada pulak kes orang bergaduh sampai hilang nyawa, macam kes seorang lelaki berumur 29 yang meninggal dunia kat Bangi akibat insiden kemarahan jalan raya. Tak berbaloi lah korang.

7. Sebut pasal tabiat buruk bila memandu, 6% dari pemandu di Malaysia tengok movie sambil memandu?!

Infografik penuh ada kat bawah

Jujur la kan, penulis sendiri pun buat benda ni… tapi bila jalan jem je lah, pasal boring gila doh setiap hari hadap jem! Tambah lagi dengan aplikasi penstriman sekarang… tapi itulah, kita sama-sama lah taubat berhenti buat benda ni, setiap kali bukak apps ni dalam kereta bayangkan lah potret orang tersayang.

Apa yang lebih menakutkan ialah 13% pemandu alami microsleep waktu memandu! dan 13% juga mengaku buat aksi romantik dengan pasangan mereka semasa memandu… tapi… ada ke antara korang yang buat aksi romantik lepas tu tidur dalam kereta!? Lupa pulak nak tanya.

8. Terperanjat kitorang tau… kebanyakan responden berumur 20-an memandu kereta dengan cukai jalan yang dibayar oleh ibu bapa -__-“

Sementara 25% dari responden kitorang yang berumur 21-29 tahun kata mereka yang membayar cukai jalan dan kereta tersebut, 55% dari mereka kata semua perkara yang melibatkan kereta mereka (macam pinjaman, cukai jalan, insurans) dibayar oleh ibu bapa mereka! Untung lah!

Tapi, kereta diorang ni bukan kereta eksekutif pun… sebahagian besar (65%) daripada mereka memandu kereta buatan Malaysia, diikuti dengan kereta buatan Jepun (23%). Dan, nama kereta diorang pun semua comel je:

Umur kereta korang bila ayah hadiahkan, dengan nama yang korang bagi.

Sebenarnya, ramai pemandu Malaysia tak pasti apa diorang patut buat bila terlibat dalam kecemasan jalan raya…..

Menurut kajian kitorang, 1 daripada 4 pemandu di Malaysia tak tau apa nak buat bila terlibat dalam kemalangan. 

Jadi untuk korang tau sekarang, langkah pertama adalah jangan gelabah dan cuba fahamkan situasi kejadian. Ambil nota dan gambar sebagai bukti kejadian dan kerosakan yang berlaku, dan dapatkan maklumat pemandu yang terlibat (seperti IC dan lesen memandu). Lepas tu, pastikan korang buat laporan polis dalam masa 24 jam. Pada masa yang sama, korang boleh hubungi ejen insuran, dan mereka akan beri nasihat dan petunjuk dalam membaiki kerosakan kereta korang.

Korang tengok betapa tenangnya brader ni call ayah dia

Tapi, sambil bercakap tentang insurans, kitorang terkejut bila dapat tahu yang satu suku daripada pemandu Malaysia ni tak tahu pun diorang terikat dengan syarikat insurans yang mana! Tambahan pula, hanya 51% tahu apa yang termasuk dalam pelan insurans diorang manakala hanya 28% daripada mereka yang tahu ada servis kereta tunda percuma (biasanya semua syarikat insurans macam ni), dan selebihnya, 21% tak tahu langsung pasal insurans kereta mereka.

Perkara ni sebenarnya penting giler, supaya korang sentiasa bersedia untuk buat keputusan jika berlaku kejadian yang tidak diingini. Oleh itu, kawan kitorang kat Allianz Malaysia ni sentiasa bersedia dengan membantu korang sepanjang proses ni.

Selain dari kelebihan yang kitorang bagitau tadi diorang pun boleh hantar kereta korang sampai depan rumah (hanya didapati di bengkel terpilih Allianz) ATAUPUN beri korang baucar e-hailing supaya korang boleh datang amik sendiri (tertakluk kepada terma & syarat, untuk maklumat lajut boleh layari lawan web diorang.)

Ini 6 kelebihan Allianz Road Rangers. Untuk maklumat lanjut, boleh klik sini.

Jadi, dengan Road Rangers ni, korang tak perlu lah nak risau sangat kalau terlibat dengan kemalangan. Sebabnya, Allianz ada menjanjikan 6 titik sentuh yang kami highlight-kan semula untuk memudahkan urusan korang jika terlibat dengan kemalangan.

  1. Pusat panggilan 24-jam: Korang kena hubungi talian ni 1800-22-5542 jika berlaku kemalangan.
  2. Pasukan Bermotosikal: Abang motor Allianz akan teman korang sampai trak tunda tiba.
  3. Trak Tunda: Trak tunda ni dilengkapi dengan teknologi terkini dan mereka akan bertanggungjawab untuk bawak kereta korang sampai ke balai polis dan kemudian ke Bengkel Panel yang disahkan oleh Allianz atau bengkel francais jika diminta.
  4. Perkhidmatan Pengangkutan: Allianz siap bagi korang kod perkongsian perjalanan, supaya korang boleh pakai dari tempat kejadian atau balai polis.
  5. Tuntutan ODX Motor Allianz: Kerosakan Sendiri (OD) boleh dituntut atas talian secepat 10 minit tanpa melibatkan ejen atau orang lain.
  6. Penghantaran Kenderaan: Kereta korang yang dah repair tak perlu nak ambil kat bengkel, Allianz boleh hantar ke pejabat atau rumah korang.

Jadi, Ingat! kalau ada kemalangan, pelanggan kenderaan Allianz boleh hubungi 1800-22-5542. Dan, untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan percuma Allianz Road Rangers, boleh layari laman web korporat Allianz Malaysia di allianz.com.my.

Macam biasa, bagi korang yang suka baca data kajian orang, Soscili akan tinggalkan lebih maklumat kat bawah ni sebelum kita akhiri artikel ni:

  • Rukun Negara Pertama…. kepercayaan kepada Tuhan, 40% pemandu akan baca doa sebelum memandu, dan 34% ada bahan, alat atau simbol keagamaan dalam kereta
  • Sebahagian kecil pemandu Malaysia percaya benda Tahyul… 6% akan beli nombor 4D lepas kemalangan, dan 2% akan mandi limau untuk buang badi.
  • Sebab utama kereta tersadai tak bergerak… 40% bateri kereta kong!
  • Perbezaan pemandu kereta buatan Malaysia dan Jepun…. Pengguna kereta Jepun mementingkan kebersihan kereta mereka, dan pengguna kereta Malaysia suka langgar lampu merah.
  • Sebahagian besar tak ambil kisah pun untuk repair kereta… 21% tak ambil peduli pun untuk betulkan bahagian kemek dan calar, sikit punya hal lah!
  • Kebanyakan pemandu (36%) terlibat dengan kemalangan pertama mereka lepas 3+ tahun memandu.
  • 1 daripada 10 pemandu Malaysia tak pakai tali pinggang keledar bila memandu… dan hanya 41% akan suruh penumpang memakai tali pinggang keledar.
  • Hanya 14% yang ada pemadam api dalam kereta diorang… nampak remeh, tapi benda ni mampu menyelamatkan nyawa korang tau.

Dan untuk infografik penuh:

Tekan imej untuk tengok infografik penuh!

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend