Apa paling sakitkan hati korang pasal pemandu Malaysia? Jawab survey ni untuk tau!

Ahhh memandu. Tak kira la kalau memandu ke kerja, balik rumah, ke pusat membeli belah, ataupun ke mana-mana tempat lagi… memandu kereta pastinya sesuatu yang kebanyakan rakyat Malaysia, muda atau tua, kaya atau sederhana, perlu hadapi walaupun suka atau tidak.

Ramai kita mesti tau betapa mengujinya kesabaran memandu kat Malaysia. Imej dari SAYS.

Menurut beberapa kajian, rakyat Malaysia telah mencatatkan kadar pemilikan kereta KETIGA TERTINGGI di dunia manakala penduduk Kuala Lumpur dianggarkan meluang masa selama 53 minit dalam kesesakan lalu lintas SEHARI. Tambahan lagi, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman juga telah mengumumkan bahawa bilangan kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 6.4 PERATUS pada tahun 2018 berbanding dengan tahun 2017 sebelumnya.

Jadi, dengan begitu ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kereta sendiri, dengan begitu tinggi bilangan kemalangan di jalan raya, kitorang pon tertanya…

Macam mana pemandu tipikal akan bertindak kalau terlibat dalam kemalangan di Malaysia???

Kali ni, kitorang di Soscili dan Cilisos telah berpakat dengan kawan-kawan kami dekat Allianz Malaysia untuk cuba dapat tau lebih tentang pemandu-pemandu Malaysia dan apa diorang akan buat jika terlibat dalam kerosakan kereta ataupun kemalangan di tengah jalan.

Kalau korang tak tau, Allianz Malaysia kini menawarkan perkhidmatan Allianz Road Rangers, iaitu, suatu bantuan kemalangan kenderaan PERCUMA yang disediakan kepada pemegang-pemegang polisi Allianz Motor Comprehensive. Ramai orang ingat korang hanya akan dapat perkhidmatan trak tunda macam polisi perlindungan biasa – tetapi dengan servis Allianz Road Rangers ni, diorang akan bersama korang di setiap langkah perjalanan!

Katakan korang tetiba terlibat dalam kemalangan pada tengah-tengah malam – korang akan boleh memanggil nombor bantuan 24-jam diorang dan diorang akan terus hantar Pasukan Motosikal untuk pastikan korang selamat (dekat Lembah Klang je). Kemudian, diorang akan hantar trak tunda untuk membawa kereta korang ke bengkel siap-siap jika perlu!

Malah, kalau kereta korang terpaksa diperbaiki dekat bengkel, perkhidmatan Allianz Road Rangers juga boleh hantar kereta tu terus kepada korang (hanya kalau dekat bengkel-bengkel tertentu) atau memberi korang baucer e-panggilan untuk kutip kereta korang dari bengkel lepas ia dah diperbaiki! (Tertakluk kepada terma dan syarat – untuk maklumat lanjut, korang boleh tau lebih lagi dekat laman web Allianz Malaysia!)

Tak percaya? Tekan gambar ni untuk tau lebih lagi! Imej dari Allianz Malaysia.

Jadi, dengan adanya perkhidmatan Allianz Road Rangers ni, korang takkan perlu risau lagi kalau terlibat dalam apa-apa kemalangan ataupun kerosakan kereta di tengah-tengah jalan. Tapi korang jangan la berperangai pulak masa bawak kereta kalau dah dapatkan perlindungan Allianz. Kang orang lain marah pulak, dan sebab tulah kitorang pun nak tanya…

Mempersembahkan… Survey Kereta Kaput 2019 bersama dengan Allianz Malaysia!

Berapa lama korang bawak kereta sebelum terlibat dalam kemalangan atau kerosakan pertama korang dekat jalan raya?

Siapa orang pertama yang korang akan panggil jika kereta korang tiba-tiba berhenti di tengah jalan?

Apa korang akan buat jika terlanggar kereta depan korang secara tak sengaja?

Ni lah soalannya dan lebih lagi yang kitorang nak tanya dengan Survey Kereta Kaput 2019 kitorang bersama dengan Allianz Malaysia! Tak kira lah kalau korang tak pernah terlibat dalam kemalangan atau hanya memandu kereta seminggu sekali – setiap jawapan korang amat dialu-alukan. Tapi cepat – survey tutup dalam masa dua minggu tau!

Tekan sini untuk ambil Survey Kereta Kaput 2019!