Sejarah & Politik

King George VI: Raja England yang mempunyai penyakit gagap

Sejak dulu, keluarga diraja Britain menjadi sumber berita utama dunia yang penuh dengan isu skandal serta kontroversi. Antara isu yang panas dan menjadi perbualan orang ramai — Princess Diana atau Meghan Markle. Walaupun penuh kontroversi, keluarga diraja Britain harus mengekalkan imej yang sempurna di depan kamera serta media.

The most popular British royals in 2020 | The Week UK

Keluarga diraja Britain pada zaman sekarang. Imej dari www.theweek.co.uk

Selain dari isu sensasi, keluarga diraja Britain juga menjadi salah satu monarki tertua dalam sejarah manusia, malah pernah terlibat dalam sejarah Perang Dunia Kedua. Suatu ketika dulu, negara England pernah mempunyai seorang raja yang merasakan Tuhan sedang mempermainkan nasibnya apabila…

Terpaksa melalui pengalaman yang perit dan mempunyai penyakit gagap

Walaupun dilahirkan dalam keluarga diraja, tak menjadikan Prince Albert Frederick Arthur George Saxe-Coburg-Gotha seorang yang bertuah. Semasa zaman kanak-kanak, beliau selalu jatuh sakit, malah digambarkan sebagai seorang yang penakut dan cepat menangis. Walaupun Prince Albert mempunyai seorang abang yang bernama Prince Edward tetapi beliau banyak menghabiskan masa dengan pengasuhnya.

Royal Princes Regret Not Fighting WWI

Prince Edward dan Prince Albert sebelum menjadi raja England. Imej dari warhistoryonline

Sepanjang mereka membesar, Prince Edward dan Prince Albert kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka, King George V dan Victoria May, Duchess of York (Mary of Teck) yang tak pernah terlibat dalam urusan penjagaan anak-anak. Selain itu, Victoria May kurang meluangkan masa dan King George V selalu mengkritik serta bersikap keras terhadap anak-anak. Mungkin ia menjadi satu kebiasaan dalam keluarga diraja zaman dulu dan melepaskan tanggungjawab kepada pengasuh.

Wedding of Prince George, Duke of York, and Princess Mary of Teck - Wikipedia

Gambar perkahwinan King George V dan Queen Mary. Imej dari Wikipedia

Nasib Prince Albert bertambah malang apabila mempunyai seorang pengasuh yang sangat tegas. Tambahan pula, pengasuh tersebut terus memaksa beliau untuk menulis menggunakan tangan kanan walaupun beliau sebenarnya kidal. Semasa berusia 8 tahun, Prince Albert sedar yang beliau mengalami penyakit gagap. Beliau juga melalui pengalaman yang memalukan apabila dipaksa menggunakan pendakap kaki untuk membetulkan kedudukan kakinya.

China Oem Gerakan Tinggi Ortopedik Afo Kaki Pendakap Kaki Menyokong Pengeluar Untuk Perlindungan Atau Immobilization,gerakan Tinggi Ortopedik Afo Kaki Pendakap Kaki Menyokong Pengeluar Untuk Perlindungan Atau Immobilization Pembekal

Contoh pendakap kaki. Mungkin pendakap kaki zaman dulu berbeza dengan zaman sekarang. Imej dari ms.huakangortho.com

Selepas Prince Albert meningkat dewasa, kehidupan beliau berubah 360 darjah sebab dapat…

Berkahwin dengan pilihan hatinya dan menjadi Raja England yang gagap

Sekitar tahun 1920, Prince Albert jatuh hati pada Lady Elizabeth Bowes-Lyon semasa perjumpaan antara keluarga mereka. Selepas itu, Prince Albert membuat keputusan untuk melamar Elizabeth tetapi ditolak. Ramai yang menyangka Elizabeth menolak lamaran Prince Albert disebabkan beliau seorang putera yang gagap. Sebenarnya, Elizabeth sendiri belum bersedia untuk menjadi sebahagian dari keluarga diraja.

Setelah dua kali menolak lamaran perkahwinan Prince Albert, akhirnya Lady Elizabeth Bowes-Lyon menerima dan mereka berkahwin pada 26 April 1923, di Westminster Abbey. Mereka mempunyai dua orang puteri Princess Elizabeth Alexandra Mary (yang sekarang ni menjadi Queen Mother Elizabeth II) dan Princess Margaret Rose.

King George VI and his family, Queen Elizabeth and Princesses Elizabeth and Margaret.: Colorization

Prince Albert dan Lady Elizabeth bersama dengan dua orang puteri mereka. Imej dari reddit

Pada tahun 1936, King George V, bapa kepada Prince Albert dan Prince Edward meninggal dunia. Tak lama selepas itu, Prince Edward menaiki takhta sebagai King Edward VIII. Beliau paling layak memegang takhta kerana merupakan putera sulung King George V. Selain itu, beliau juga dilihat lebih berkarisma, mempunyai rupa yang kacak dan lancar berbicara. Walaupun ada ciri-ciri menjadi seorang pemerintah, King Edward VIII mempunyai kelemahan tersendiritak pandai dalam politik, lemah dan suka mengejek kekurangan adiknya.

Setelah hampir setahun King Edward VIII menjadi raja, beliau membuat keputusan untuk turun takhta dan berkahwin dengan Wallis Simpson, seorang janda berketurunan Amerika yang dah 2 kali berkahwin. Bagi keluarga diraja Britain, berkahwin dengan ‘sisa’ orang ibarat satu pantang larang (pada zaman dulu lah) dan hal macam ni boleh mencemarkan serta memalukan kerajaan Britain.


governor of the bahamas

Gambar King Edward VIII dan Willis Simpson. Imej dari townandcountrymag

Takdir menentukan Prince Albert untuk menggantikan abangnya, King Edward VIII menjadi Raja England yang seterusnya. Dikatakan, Prince Albert mempunyai harga diri dan mental yang kuat cuma penyakit gagap menjadi kelemahan diri. Tambahan pula, tak pernah terlintas dalam fikiran beliau untuk menjadi Raja England sebab sedar kekurangan yang dihadapi untuk menjadi seorang pemerintah. Nak sebut huruf ‘K’ pun susah apatah lagi berucap depan orang ramai.

Keluarga Diraja dari balkoni Istana Buckingham selepas penobatan Raja George VI. Dari kiri : Queen Elizabeth I, Princess Elizabeth, Queen Mary the Queen Mother, Princess Margaret dan King George VI. Imej dari www.telegraph.co.uk

Pada 12 Mei 1937, Prince Albert dimahkotakan dan menaiki takhta sebagai King George VI untuk menyambung legasi bapanya, malah mengembalikan kepercayaan terhadap monarki. Walaupun beliau tahu seorang raja mempunyai tanggungjawab yang besar tetapi bukan perkara tu yang beliau risaukan. Kelemahan yang ada dalam King George VI membuatkan beliau takut untuk…

Berucap secara langsung kepada rakyatnya dan seluruh negara

Semasa pemerintahannya, radio pertama kali digunakan. Teknologi yang canggih pada masa tu membuatkan King George VI kena berucap secara langsung kepada rakyatnya. Sepanjang King George VI menjadi raja, beliau cuma merakam ucapan dan kemudiannya diedit sebelum diperdengarkan kepada rakyat. Akan tetapi, kali ni beliau terpaksa berucap menggunakan mikrofon dan secara on air.

Nasib tak menyebelahi beliau sebab ucapan tersebut berakhir dengan rasa malu. King George VI merasakan Tuhan betul-betul mempermainkannya sebab seorang raja tak boleh gagap dan harus menjadi sempurna.

King George VI semasa berucap di radio untuk pertama kali. Imej dari stmargarets.london

King George VI tak menggangap kekurangan dirinya penghalang untuk menjadi pemimpin yang hebat. Beliau cuba melakukan rawatan dengan doktor yang terbaik, namun masih tak boleh sembuhkan penyakitnya. Setelah beberapa kali mencuba, isterinya, Queen Elizabeth I menemui seorang terapi pertuturan dari AustraliaLionel Logue.

Selepas berjumpa dan melakukan beberapa teknik, Logue mendapati keadaan King George IV dapat dirawat dengan latihan pernafasan serta latihan tongue twisters “I have a sieve full of sifted thistles and a sieve full of unsifted thistles, because I am a thistle sifter”. Dengan latihan berterusan, beliau mempunyai kepercayaan pada diri, menjadi tenang dan gagapnya juga makin berkurang.

Book tells inspiring tale behind King's Speech film | Reuters

Ni lah pakar terapi yang banyak membantu King George VI — Lionel Logue. Imej dari reuters

Selepas itu, King George VI memberi ucapan mengisytiharkan penglibatan Britain dalam Perang Dunia Kedua terhadap Nazi Jerman, malah ucapan tersebut disiarkan oleh radio di seluruh negara! Ucapan hampir 6 minit dilakukan dengan baik oleh King George VI mendapat sambutan dari rakyat dan kerajaan England. Sejak dari itu, King George VI dan Queen Elizabeth I memberi sokongan dalam bentuk ucapan dan membuat lawatan ke negara lain.

Selepas Perang Dunia Kedua tamat pada 2 September 1945, keluarga diraja sempat membuat kunjungan ke Afrika Selatan. Bagaimanapun kunjungan ke Australia dan New Zealand terpaksa ditunda disebabkan King George VI jatuh sakit pada 1949. Walaupun sakit, beliau tetap melakukan tugas negara sehingga meninggal dunia pada tahun 1952.

Jawatan beliau sebagai Raja England digantikan oleh puteri sulungnya, Queen Elizabeth II pada tahun 1953 sehingga sekarang. Kalau korang nak tahu, kisah King George VI diadaptasikan menjadi filem The King’s Speech pada tahun 2010.

Prince Philip funeral: Queen Elizabeth II to bury her 'strength and stay' Prince Philip | Marca

Queen Elizabeth II dan Prince Philip. Imej dari redbookmag

Penyakit gagap bukanlah satu penyakit yang memalukan atau berkekalan

Biasa yang kita dengar, penyakit gagap hanya berlaku pada kanak-kanak dan bukan orang dewasa. Terdapat beberapa mitos pasal penyakit gagap yang mungkin kita pernah dengar iaitu:

  1. Orang yang gagap mesti kurang cerdik. Sebenarnya, tak ada kaitan pun antara gangguan gagap dengan kemampuan otak. Jadi tak ada alasan juga untuk membuat kesimpulan orang yang gagap adalah orang yang kurang cerdik.
  2. Penyakit gagap boleh berjangkit kalau mendengar seseorang yang gagap atau meniru seseorang yang gagap (sangat tak logik).
  3. Stress berlebihan boleh menyebabkan penyakit gagap.

Imej dari imgflip

Setiap orang ada masalah tersendiri kan? Apa yang boleh dibuat adalah kena sentiasa positif yang kekurangan boleh diperbaiki dan diatasi kalau jumpa cara yang betul. Contohnya macam King George VI, dari menjadi raja yang gagap dan akhirnya mampu menjadi seorang pemerintah yang hebat. Sebenarnya, kekurangan dalam diri bukan lah penghalang untuk berjaya, betul tak korang?

To Top

Send this to a friend