Pertandingan paling extreme dunia, sampai ada yang patah tulang, terkehel dan mati!

Tahun ini Malaysia akan menganjurkan Sukan SEA, sukan dwi tahunan yang menghimpukan 11 negara dari Asia Tenggara iaitu iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina, Laos, Timor Leste, Brunei, Myanmar dan juga negara kita sendiri Malaysia.

Untuk Sukan SEA tahun 2017, terdapat 405 acara yang akan dipertandingkan di temasya sukan yang dulunya dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Tetapi tiada satu pun acara yang boleh dibandingkan dengan sukan yang SOSCILI nak cerita hari ni.

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin ketika merasmikan sukarelawan Sukan SEA 2017. Sumber dari malaysiagazette.com

Untuk pengetahuan korang, sukan yang kami nak cerita ni dikatakan sebagai antara sukan paling ganas dan berbahaya yang pernah dianjurkan di muka bumi pada zaman moden. Siap ada mangsa yang mati ketika menyertai acara sukan yang diberi nama “Tough Guy Challenge”.

Selepas 30 tahun acara ni diadakan masih takde pemenang

Pertandingan ini pertama kali diadakan pada tahun 1987 di sebuah ladang seluas 600 ekar di Wolverhampton, England. Dianjurkan oleh Billy Wilson dengan nama samaranya “Mr Mouse”, Ia dianggap sebagai salah satu pertandingan perlumbaan paling sukar di dunia. Mana taknya, kira-kira satu pertiga daripada peserta yang datang tiap-tiap tahun akan gagal kat peringkat permulaan lagi!

Billy Wilson dengan nama samaranya “Mr Mouse” pengasas kepada Tough Guy Challenge. Sumber dari birminghammail.co.uk

Korang bayangkanlah, selepas 30 tahun acara ni diadakan, Wilson mendakwa masih tiada siapa yang pernah menamatkan pertandingan ini mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Akibat cabaran-cabarannya yang lasak dan berisiko tinggi, sukan ni biasanya akan memberi kesan terhadap peserta seperti mengalami luka, calar, kesan terbakar, dehidrasi, suhu badan menjadi terlalu rendah, panik, patah tulang, kejutan elektrik dan cedera pada urat saraf.

Kebanyakanya peserta akan mengalami patah tulang, terkehel dan tersingkir

Sumber dari theatlantic.com

Pertadingan ni biasanya dijalankan sebanyak dua kali setahun, iaitu pada akhir Januari ketika England tengah dalam musim sejuk dan pada awal Julai ketika musim panas. Trek permainan ini melibatkan jarak kira-kira 15 km secara keseluruhan.

Para peserta dikehendaki berjalan melalui tanah lumpur yang dalamnya mencecah 6 kaki, melalui halangan kayu balak yang diikuti dengan serangan tertentu.

Halangan yang pertama diberi nama Country Miles di mana para peserta terpaksa berlari sejauh 6 batu merentasi kawasan perkampunagan Perton, Staffordshire yang terletak di England. Ia di ikuti dengan Slalom di mana dorang perlu berlari naik ke atas bukit dan kembali semula ke bawah untuk beberapa kali.

Peserta mendaki bukit yang berlumpur. Sumber dari theguardian.com

Cuba korang bayangkan, dengan keadaan bukit yang curam pasti dorang akan tergolek dan dihimpit oleh peserta lain dan di sinilah kebanyakanya peserta akan mengalami patah tulang, terkehel dan tersingkir.

Itu baru peringkat permulaan. Larian ini menjadi lebih sukar apabila dorang terpaksa berenang merentasi kolam air yang hampir beku, menyeberangi lubang api dengan hanya titian kecil, jambatan tali dan jala yang mengalirkan arus eletrik.

Tak cukup dengan itu, dorang juga terpaksa merangkak sejauh 70m di bawah kawat berduri, berenang di dalam kolam yang dipenuhi dengan belut eletrik dan banyak lagi benda-benda yang hardcore.

Salah seorang peserta melintasi halangan api yang disertakan di dalam pertandingan ini. Sumber dari telegraph.co.uk

Menurut laporan akhbar tempatan yang kami jumpa, ada juga peserta yang mengalami patah leher, tulang punggung retak dan yang lebih mengerikan sampai tulang kemaluan dorang pun ada yang patah. Kira-kira 600 orang peserta juga mengalami masalah hypothermia selepas pertandingan dijalankan.

Permainan yang membawa maut

Pada tahun 2000, peserta Michael Green dari Leicestershire telah pengsan ketika perlumbaan berlangsung. Dia kemudianya telah disahkan meninggal dunia di hospital akibat serangan jantung secara mengejut kesan daripada hypothermia yang melampau akibat sukan ini.

Kat sini kami nak ceritakan secara detail apa yang membuatkan sukan ini disebut-sebut sebagai antara sukan paling extreme di dunia. Sesiapa yang berminat bolehlah try benda-benda ini dekat belakang rumah korang.

Sumber dari birminghammail.co.uk

Korang mungkin akan hanya tahu tentang erti penyesalan bila masuk peringkat kedua. Peringkat ini lagi mencabar di mana peserta kena menyeberangi kabel eletrik yang tergantung setinggi 40 kaki tanpa ada tali keselamatan pun.

Seterusnya, peserta kena lalui satu game yang diberi nama Brandenburger Gate di mana dorang terpaksa memanjat dinding setinggi 40 kaki. Dalam keadaan dinding yang menegak, dorang terpaksa memanjat dinding tu tanpa ada apa-apa alat bantuan macam tali ke apa.

Peringkat seterusnya pula melibatkan peserta merangkak 40 kaki (12.2 meter) melalui terowong yang dipenuhi air lumpur. Terdapat juga sebuah menara kayu setinggi 50 kaki yang perlu didaki.

Wayar eletrik yang terjuntai merupakan salah satu daripada halangan. Sumber dari telegraph.co.uk

Tak cukup dengan tu, peserta terpaksa berenang lagi, tapi kali ini di dalam kolam yang dipenuhi dengan banyak tali yang melintang.

Penyeksaan yang dihadapi boleh dikatakan macam di alam perang apabila tiba di halangan terakhir iaitu Torture Chamber, di mana di dalamnya terdapat sebuah terowong gelap yang ditenggelami air, dipenuhi dengan kayu-kayu tajam dan kabel elektrik yang terjuntai.

Hanya yang hati kering boleh menyertai

Walaupun acara ini ganas, tetapi ia tetap mendapat tempat di hati peminat-peminat tegar sukan extreme serata dunia. Pada tahun 2016 je ianya telah disertai sehingga 5,000 orang termasuk wanita. Kebanyakan peserta yang datang adalah dari negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Britain.

Peserta yang menyeberangi kolam dengan hanya munggunakan tali kabel. Sumber dari theguardian.com

Bagi sesiapa yang berminat tu bolehlah register. Dengan bayaran masuk bermula daripada £75 atau sekitar RM400 seorang. Tapi pastikan korang cukup syarat, umur mestilah di atas 16 tahun, tak mempunyai sebarang penyakit kritikal dan berani mengambil risiko sendiri di atas segala kemalangan yang berlaku.

Ini kerana sebelum mengambil bahagian korang perlu menandatangani waran kematian yang mengakui bahawa terdapat banyak risiko, bahaya, dan korang berjanji tidak akan mengheret pihak penganjur daripada sebarang liabiliti undang-undang.

Namun begitu, kalau ada peserta yang mengalami kecederaan tak perlulah risau kerana dorang telah pun sediakan pertolongan kecemasan yang dipantau oleh doktor, paramedik dan jururawat terterlatih.

Pesrta perlu menandatangani waran kematian sebelum mnyertai sukan extreme ini. Sumber dari thesun.co.uk

Kesimpulanya, pertandingan ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata terutamanya kepada mereka yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar. Tetapi, kalau korang nak try jugak, bolehlah join game seterusnya yang akan berlangsung pada 2 Julai 2017.

Mana tahu mungkin nasib korang menjadi juara yang pertama dalam sejarah game ni. Silap-silap boleh dapat title Datuk bila balik Malaysia.