Perkara-perkara pelik dalam kes penyeludupan h3r0in 450KG dari Malaysia ke Australia

Awak semua sudah baca ke belum kes penyeludupan heroin 450KG dari Malaysia ke Australia (Melbourne)? Kalau belum tahu lagi, Malaysia dikejutkan dengan penyeludupan dadah jenis heroin seberat 450KG bernilai RM431.8 juta oleh seorang warganegara Malaysia. Polis Persekutuan Australia (AFP) telah melakukan serbuan dan mendapati dadah tersebut disimpan dalam kontena berisikan jubin.

Pada masa sekarang, kes ini sedang tekun disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia (AFP).

Timbul persoalan dalam kes penyeludupan ini iaitu…

Bagaimana dadah seberat 450KG boleh lepas untuk penghantaran?

Banyak boi 450KG, dah sama berat dengan Beruang Grizzly. Imej dari Herald Sun.

Apabila difikir betul-betul mengenai kes ini, bagaimana dadah seberat itu boleh lepas dari Malaysia ke Melbourne? Ye la, kalau nak tahu terdapat prosedur yang perlu diikut kalau nak eksport barang ke luar negara. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diikut kalau nak eksport barang:

  1. Langkah pertama: Pengikaran Kastam — Semua pengeksportan barangan ke Malaysia hendaklah diikrar oleh Ejen Kastam yang dilantik atau Pengisytiharan Sendiri atau Pengguna Langsung (Direct User).
  2. Langkah kedua: Klasifikasi barang — Pengeksport perlu mendapatkan pengesahan mengenai barangan yang akan dieksport ke Malaysia sama ada ia tertakluk kepada sebarang duti / cukai dengan mendapatkan kod tarif yang betul bagi barangan berkenaan.
  3. Langkah ketiga: Semak sama ada barang berkenaan adalah barang kawalan atau Barang larangan eksport — Semak sama ada barang yang hendak dieksport adalah barang terkawal atau tertakluk kepada larangan eksport atau sekatan oleh pihak berkuasa. Semak sama ada barangan berkenaan memerlukan Permit Eksport / Kelulusan dari Agensi Kerajaan Lain (OGA) atau Agensi Pengeluar Permit (PIA). Permit / kelulusan perlu diperolehi sebelum sebarang pengeksportan dilakukan.
  4. Langkah keempat: Pengikraran & penyediaan dokumen untuk pelepasan kastam — Setiap pengeksport hendaklah membuat pengikraran penuh dan benar mengenai barang-barang yang dieksport, secara sendiri atau oleh ejennya semasa kedatangan atau pendaratan barang-barang tersebut di Malaysia.
  5. Langkah kelima: Pemeriksaan barang — Pihak berkuasa (JKDM) berhak untuk memeriksa consignments bagi memastikan pengeksportan tersebut mematuhi undang-undang dan peraturan. Mana-mana pegawai kastam yang hak boleh menjalankan pemeriksaan fizikal pada mana-mana barang apabila diperlukan.
  6. Langkah keenam: Pembayaran duti/cukai — Duti / cukai yang kena dibayar ke atas barangan yang dieksport hendaklah dibayar oleh
    pengeksport pada saat kedatangan barang tersebut. Pembayaran duti / cukai boleh dibuat di kaunter atau melalui pembayaran atas talian.
  7. Langkah ketujuh: Kelulusan kastam — Barang yang hendak dieksport boleh diluluskan untuk dilepaskan dengan syarat duti / cukai telah dibayar dan permit (jika berkenaan) telah diperolehi.
  8. Langkah kelapan: Pelepasan kastam — Pelepasan kastam boleh dibenarkan setelah semua tindakan yang telah ditetakpan oleh pihak JKDM telah dipatuhi dan dipenuhi.
  9. Langkah kesembilan: Menyimpan dokumen — Rekod-rekod pengeksportan hendaklah disimpan di dalam Malaysia untuk tempoh tujuh (7) tahun, kecuali sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan olehnya.

Sumber: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (untuk bacaan lebih lanjut korang boleh tekan sini).

Mestila banyak, kalau tak, banyak la barang tak sepatutnya dieksport. Imej dari Imgflip.

Kalau baca langkah-langkah di atas ni, sememangnya rumit kalau kita nak eksport barang ke luar negara. Cuba korang fokus betul-betul dengan langkah-langkah ini, penyeludupan dadah heroin ini mungkin takkan lepas di langkah ketiga lagi kerana barang dieksport perlu disahkan sama ada ia barang kawalan atau barang larangan dieksport.

Mungkin ini beberapa taktik yang dilakukan oleh penyeludup iaitu ‘penipuan kod tarif‘. Langkah kedua ada menyatakan “Pengeksport perlu mendapatkan pengesahan mengenai barangan yang akan dieksport ke Malaysia sama ada ia tertakluk kepada sebarang duti / cukai dengan mendapatkan kod tarif yang betul bagi barangan berkenaan”.

Kalau tipu kod tarif pun, nanti korang kantoi juga, so jangan mimpi la. GIF dari giphy.

Jadi, kemungkinan penyeludup telah memalsukan kod tarif supaya boleh lepas untuk dieksport. Dia juga mungkin menggunakan kod tarif untuk jubin memandangkan dalam kontena tu ada jubin.

Kedua, berlakunya salah guna kuasa antara kalangan pihak berkuasa. Dalam kes ini, mungkin boleh berlaku juga “kawtim” antara penyeludup dengan pihak berkuasa kerana sebagaimana kita tahu langkah-langkah ketat dalam mengeksport barang. Akan tetapi, kita tak nak perkara ini akan berlaku la.

Kami akan mengemas kini artikel ini seiring perkembangannya…bersambung!