Scammer Malaysia ni dikatakan dah tipu 7000 orang tapi cuma dipenjarakan SEHARI je?!

(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

Sekiranya ada satu perkara yang berkaitan dengan undang-undang mengenai kes penipuan kat seluruh dunia, ia mungkin secara amnya, semakin besar penipuan tu, semakin besarlah hukuman yang akan dikenakan.

Sebagai contoh: pada tahun 2008, seorang usahawan Amerika bernama Bernie Madoff telah ditangkap kerana mengendalikan skim piramid yang besar / skim Ponzi yang menipu pelabur yang dianggarkan $18 bilion. Hukumannya? 150 tahun penjara. 

Bernie Madoff habiskan sisa hidup dia kat penjara je. Imej dari NY Mag

Tapi kat Malaysia, walaupun ada peraturan yang ketat ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), aktiviti scam dah jadi perkara yang biasa kebelakangan ni. Baru-baru ni Mahkamah Tinggi Ipoh dah menolak kes mangsa penipuan emas terbesar kat Malaysia untuk memulihkan kerugian mereka dengan pertempuran undang-undang lebih kurang sedekad. Manakala yang tertuduh dikatakan hanya diberikan sebatan berbanding dengan hukuman yang dikenakan terhadap Bernie.

Ia bermula dengan syarikat yang dikenali sebagai Bestino Group Bhd

… ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Chong Yuk Ming, yang berasal daripada keluarga yang memiliki premis Batu Pahat Goldsmith, sebuah syarikat emas yang berpangkalan kat Ipoh dan beroperasi kat Malaysia, Hong Kong, dan Singapura. Mereka jugak didakwa menjalankan kilang penapisan kat Papua New Guinea yang diberikan oleh kerajaan’ (walaupun bekas Setiausaha Umum PKR PS Jenapala mengatakan ianya tak betul). Mereka jugak ada 3 kilang yang menghasilkan minyak asli. 

Kedai emas Batu Pahat Goldsmith kat Buffalo Rd., Singapura. Imej dari TripAdvisor

Jadi, macam mana sebuah perniagaan yang nampak macam kukuh berakhir dengan pertikaian dan pertempuran undang-undang selama sedekad? Okay, semuanya bermula sekitar 2006 bila Bestino mula didakwa mengumpul dana secara tak sah sekitar RM411 juta daripada 6,747 orang sebagai sebahagian daripada skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan besar. Selain tu, ia jugak terkandung dalam perjanjian syarikat tu yang mengatakan ia akan menjual aset emasnya kalau ada benda tak kena berlaku. 

Reputasi Chong jugak menjadi salah satu punca ramai orang percaya untuk melabur dengannya: 

“Dia seorang yang terkenal kat sini; semua orang tahu Chong tukang emas dan pemilik Batu Pahat Goldsmith.” – Naluran, pelabur dalam skim pelaburan emas Bestino, sumber dari FMT. 

Chong Yuk Ming (paling kanan) pada satu majlis pada tahun 2008 untuk mengambil alih kilang penapisan emas di Papua New Guinea. Imej dari The Star Online

Kitaorang tak jumpa info yang mencukupi mengenai pelan pemasaran tu, tapi menerusi blog yang kitaorang rujuk tu, nampaknya pelabur telah dibayar faedah bulanan sebanyak 3%, yang berakhir pada Jun 2009. 

Dan kat sinilah timbul perkara yang mencurigakan. Pada tahun yang sama, selepas dikatakan kurangnya ketelusan daripada syarikat tu dan banyak janji yang tak ditunaikan oleh Chong, ia jelas menunjukkan yang pelabur takkan dapat semula duit mereka.

Bestino ditangkap dan diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) kat premisnya di Ipoh. Ia kerana disyaki mengambil deposit secara haram, skim pelaburan haram, serta menawarkan untuk langganan atau pembelian saham. Ia kemudiannya digelar sebagai ‘operasi pengubahan wang haram terbesar kat negara ni.’ 

Serbuan BNM cuma dapat merampas RM14 juta

… yang, jelasnya, jumlah keseluruhan RM411 juta tu puncanya adalah daripada duit pelabur. Jadi apa yang terjadi kat lebihan RM397 juta tu kalau BNM cuma dapat rampas RM14 juta?

Tak cukup ni! Mana yang lain? GIF dari Giphy

Dan sebenarnya, takde siapa pun yang tahu. Ada khabar angin yang mengatakan Bestino berjudi dengan kesemua duit tu kat kasino Macau, tapi tak pasti sama ada ia betul ataupun tak. Bila Chong menjanjikan untuk kembalikan duit tu kat semua pelabur pada 30 April 2012 dengan mengatakan duit tu tersekat kat Hong Kong. 

“Wang itu kini berada di HSBC Hong Kong… Kami merancang untuk membayar balik kepada semua pelabur pada 30 April (2012).” – Chong Yuk Ming, sumber dari The Star. 

Pada bulan Mei tahun yang sama, Chong mendakwa ada masalah dalam proses tu dan dia tak dapat keluarkan duit tu dari Hong Kong, tapi dia masih beri jaminan kat semua pelabur bahawa mereka akan dapatkan semula wang pelaburan: 

“Tetapi yakinlah, wang itu selamat di Hong Kong … Kami pasti akan membayar balik kepada semua orang.” – Chong Yuk Ming, sumber dari The Star. 

Dan, sekarang ni dah 2019, dan ia pun tak berlaku …

Ahli-ahli Bestino Action Committee buat perhimpunan supaya duit dipulangkan. Imej dari FB Bestino Action Committee

Dan disebabkan janji palsu tu, pelabur tak puas hati dengannya. Lepas mereka menyeru BNM untuk membantu mereka selesaikan kes ni, BNM cepat-cepat menafikan penglibatan Bestino dalam kes ni. Dengan mengatakan yang ia tak terlibat dalam apa-apa ‘persetujuan persendirian antara syarikat dan pelabur’, dan sebab tu pelabur tu semua tak boleh buat apa-apa. Dalam keadaan terdesak, pelabur mintak bantuan PM Najib Razak (waktu tu) untuk tolong selesaikan kes tu, bahkan mereka sanggup berkampung kat luar pejabatnya kat Putrajaya!

Namun, macam semua orang tahu yang Najib Razak terlibat dengan beberapa kes undang-undang yang menjejaskan dirinya sendiri, jadi mungkin dia jugak bukanlah pihak yang boleh selesaikan kes ni …

Pengarah Bestino – pengakhirannya di mahkamah?

… dan ia mengenai kes PP v. Bestino Group Bhd & Ors And Another.  Pada tahun 2011, Chong dengan pengarah bersamanya secara rasminya didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Anti-Keganasan 2001 (AMLAFTA), serta Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. 

Pada bulan April tahun yang sama, hakim yang mengendalikan kes tersebut membenarkan permohonan pendakwa raya untuk menyertai perbicaraan mengenai dakwaan BAFIA dan AMLAFTA (yang sangat menjimatkan masa). Dengan jaminan yang ditetapkan pada RM1.5 juta pada setiap tertuduh. Dan pasport mereka jugak dirampas.

Waktu penghujung perbicaraan kes tu pada 2017 (6 tahun!!), hakim memutuskan yang pihak pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua defendan, dan sekali gus membersihkan mereka daripada tuduhan di bawah BAFIA dan AMLAFTA. Dan, keputusan tu dipertahankan oleh Mahkamah Tinggi dalam rayuan pada tahun berikutnya. 

Chong tinggalkan mahkamah lepas menang kes tu. Imej dari Harian Metro/ Press Reader

Walaupun dibebaskan daripada dakwaan BAFIA dan AMLAFTA, Chong dan Balachandran a/l Shanmugam (bekas penasihat korporat Bestino Group Bhd) dah disabitkan kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Atas sebab mengedarkan borang permohonan untuk kegunaan syarikat bagi penebusan saham (RPS) tanpa sebarang salinan prospektus yang didaftarkan dengan SCM.

Hukumannya? Kedua-duanya hanya dipenjarakan sehari, dan masing-masing didenda sebanyak RM600,000 (yang sepatutnya 6 bulan penjara) dan RM400,000 (yang sepatutnya 4 bulan penjara).

Ini bukanlah kali pertama permohonan pelabur ditolak dan dibatalkan

Sejak tahun 2006, pelabur berusaha keras untuk dapatkan semula wang yang telah dilaburkan, tapi tak berhasil. Rayuan demi rayuan dibuat ke pelbagai mahkamah tapi tetap ditolak. Rayuan pertama dibuat kat Mahkamah Tinggi pada 2017, tapi ditolak sebab hakim putuskan yang mereka ‘sepatutnya memfailkan saman terhadap syarikat pelaburan emas tu, dan bukanlah terhadap defendan tu sendiri’.

Pada tahun berikutnya, rayuan mereka ditolak lagi oleh Mahkamah Rayuan (kedudukan yang lebih tinggi daripada Mahkamah Tinggi), dan minggu lepas, rayuan mereka ditolak lagi oleh Mahkamah Tinggi, dan kali ni hakim tak bagi apa-apa sebab kenapa rayuan tu ditolak (ia tak ditetapkan oleh undang-undang untuk berikan sebab dan punca).

Pelabur Bestino berada kat luar Mahkamah Tinggi Ipoh lepas rayuan mereka ditolak. Imej dari The Star

Kerajaan Malaysia perlu laksanakan akta untuk melindungi pelabur

Walau bagaimanapun, mereka tetap tak putus asa: peguam mereka percaya yang masih ada lagi kes tak selesai, dan menasihati kliennya untuk buat rayuan lagi. Jurucakap pelabur jugak minta kerajaan untuk memperkenalkan Akta Perlindungan Pengguna dan Akta Perlindungan Pelabur, seperti yang berlaku kat negara asing. Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi:

“Bank Negara telah mengeluarkan butiran mengenai lebih daripada 70 penipuan di negara ini, jadi kerajaan mesti melakukan sesuatu mengenainya.” – A. Gopalan Nair, jurucakap pelabur Bestino, sumber dari Malay Mail. 

Sebab apa yang menyedihkan lagi, ia bukanlah satu-satunya skim pelaburan emas kat Malaysia yang kebas duit ramai pelabur: terdapat juga penipuan Royal Gold yang berjumlah sekitar RM400 juta, manakala Genneva Sdn Bhd pulak dikatakan dah kaut untung sebanyak RM10 bilion (!) daripada 35,000 pelabur! 

Mangsa penipuan Royal Gold. Imej dari Malay Mail

Akhirnya, tak ada siapa pun yang suka ditipu, dan diharapkan penjenayah dan penipu ni akan diberikan hukuman sewajarnya jika memang bersalah. Dan mangsa-mangsa penipuan akan mendapatkan kembali wang mereka balik satu hari nanti.

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)