Google Chrome versi Malaysia boleh sekat porn? Kami test dan TERKEJUT bila dapati

Sekarang ni makin banyak produk dan perkhidmatan patuh syariah dilancarkan di Malaysia. Antaranya adalah Hotel De Palma yang dah beroperasi sejak sembilan tahun lalu, malah dikatakan mendapat banyak kunjungan non-Muslim. Dan of course, siapa tak pernah dengar pasal Rayani Air yang baru saja digantung perkhidmatannya atas masalah pengurusan.

Imej dari boardingarea.com.
Imej dari boardingarea.com.

Jadi kitorang tertarik bila dapat tahu ada web browser yang dibina khas untuk Muslim! Mengikut website Salam Browser, ianya adalah “Chromium based browser adhering to Islamic adab“, maknanya browser ni dibina menggunakan enjin Chromium (enjin sama yang digunakan oleh Google Chrome) tapi telah diubah suai selari dengan “Etika, Privasi, dan Keperluan Sekuriti.”

Cantik spek mata bro.
Cantik spek mata bro.

Ok… so takde la dorang advertise terang-terang sebagai web browser patuh syariah, tapi sebagai web browser yang mengikut adab-adab Islam.

Adab-adab Islam… daripada segi apa tu ye? Daripada info yang kami dapat kat website rasmi, Salam Browser menawarkan tiga fungsi utama iaitu menjauhi yang haram, menyumbang kepada komuniti, dan mengelakkan pencerobohan privasi. Jadi kami cuba test sendiri ciri-ciri yang ditawarkan ini semua…

Salam Browser block website-website lucah dan ganas

Bukan ini porn kami cari.
Bukan ini porn yang kami cari.

Menurut website mereka, Salam Browser akan “bagi warning pada lebih 1.4 juta website yang berunsur pornografi, judi, ataupun apa-apa kandungan yang menghina agama”. So kami cuba taipkan website lucah yang ada dalam kepala… sebab kepala kami memang tak berapa bersih (URL tak boleh kongsi sebab SOSCILI ada pembaca bawah umur). Ini mesej yang kami dapat:

Website terpaksa disensor untuk keamanan sejagat.
Website terpaksa disensor untuk keamanan sejagat.

Daripada 10 website porn yang kami cuba masukkan, semua keluar warning yang sama. Bila kami cuba bukak website bukan porn (sebuah forum) yang mengandungi bahagian porn, boleh pulak. Tapi boleh kata database yang mereka guna memang boleh pakai jugak la untuk menyekat kebanyakan website yang tak senonoh.

Selain website porn, judi, dan sebagainya, Salam Browser akan menjadikan carian kat Google lebih selamat.

salam-browser-safe-search
Ingat tak zaman dahulu kala tatkala takde video streaming?

Sebenarnya fungsi ni tak payah guna Salam Browser pun takpe, kat Google sendiri korang boleh klik “Turn on SafeSearch” untuk membuang website tak elok daripada hasil carian. Salam Browser cuma menjadikan benda tu automatik supaya senang kerja korang.

salam-browser-safe-search2
Dengan SafeSearch, korang cuma akan dapat gambar karipap yang kurang menggiurkan.

Tapi kalau korang masih gigih nak bukak porn, kacang je

Ok kitorang bukan nak ajar korang menyimpang dari jalan yang luruh, tapi supaya korang faham tentang teknologi yang berlaku di sebaliknya. Bila korang dapat warning pasal website yang kena block, korang boleh klik pada ‘Details’ dan klik lagi pada ‘Notification Mode’.

salam-browser-block-detection

Kalau korang tukar setting ni kepada ‘Notify’, website porn tadi tak akan disekat, sebaliknya cuma dapat ikon warning kat address bar je.

salam-browser-notify-mode

Dan kalau nak buang terus ikon tu dan surf tanpa batas mahupun kawalan, boleh disable terus Salam Protect daripada extension.

salam-browser-extensions

Jadi bagi orang yang terer IT, Salam Browser ni masih tak dapat nak block mereka 100%, sebaliknya kenalah bergantung kepada kekentalan jiwa dan kesedaran diri sendiri.

Korang boleh guna Salam Browser untuk bukak Sarawak Report!

Ada satu benda yang menarik kitorang jumpa dalam Salam Browser. Dalam ia menyekat akses ke sesetengah website yang biasanya korang boleh bukak, ia juga membuka akses kepada website yang disekat oleh kerajaan Malaysia!

Korang mesti pernah terserempak dengan notis ni kan?

salam-browser-makluman

Hahhhh dengan Slaam Browser, korang boleh selamba badak bukan website seperti The Sarawak Report, Medium, Malaysian Chronicle, Asia Sentinel, dan OutSyed The Box! Tak perlu dah bayar duit beli VPN ataupun cari extension, sebab Salaam Browser telah dilengkapkan dengan VPN yang terbina.

GIF dari Reddit.
Gunalah kuasa anda dengan tanggungjawab. GIF dari Reddit.

Kitorang tak taulah kalau gomen akan mengarahkan Salam Browser untuk block website-website ni semua, tapi sekarang ni sementara sempat, baca la The Sarawak Report dengan Medium puas-puas!

Malah disebabkan sistem VPN ni jugak, kalau korang disable Salam Protect seperti yang diterangkan kat atas, dan korang boleh surf website porn yang telah pun disekat oleh kerajaan! Errr… bukan kitorang yang ajar hoke.

Sebut pasal kerajaan, sebenarnya kitorang tertanya-tanya jugak, betul ke Salam Browser dibina oleh rakyat Malaysia?

Siapa yang sebenarnya membangungkan Salam Browser?

Kalau ianya dibangunkan kerajaan, mesti dah dapat nama 1Browser. Imej dari #techtroll aman.my.
Kalau ianya dibangunkan kerajaan, dah lama dapat nama 1Browser. Imej dari #techtroll amanz.my.

Salam Browser bukanlah web browser yang dibina daripada awal, sebaliknya hanyalah Google Chrome yang dipasang dengan extension khas. Walaupun begitu, kitorang kagum sebab ada pihak yang komited untuk menjadikan pelayaran Internet lebih selamat dan lebih menepati ciri-ciri Islam. Didorong oleh rasa nak tahu tentang syarikat di sebalik browser ni, kitorang dengan bantuan UiHua dari CIILISOS pun membuat penyiasatan ala Detektif Conan…

Kat footer website mereka ada dinyatakan yang Salam Browser dibina oleh SBRO Online Safety Solutions, sebuah syarikat yang jugak membina plugin sekuriti untuk Google Chrome. Website SBRO jugak menyediakan tiga pilihan bahasa iaitu English, Bahasa, dan Vietnam. Dan dari profile kat Chrome Store, ofis mereka beralamat di bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Bila kitorang cuba carik pekerja SBRO kat LinkedIn, kami dapat sorang Vietnamese dan sorang Russian. So tak sure samada mereka memang kompeni Malaysia atau ada bukak cawangan kat sini.

Kami cuba menghubungi SBRO melalui emel, dan ini reply yang kami dapat:

“Thank you for getting in touch and your interest! I am not the spokesperson for Salam Browser, but will pass on your contact details to the Comms team – they will be delighted to invite Cilisos to the official launch once the date is set.” – Wakil Salam Browser, melalui emel.

So… bila kitorang betul-betul dapat update daripada Geng kat Salam Browser, kitorang akan update. Nak jugak kenal dengan team disebalik browser nih.

Tanggungjawab masih bergantung kepada individu

Jadi daripada ujian yang kami buat, Salam Browser ni boleh digunakan dengan dua cara:

  1. Surf website dengan selamat dan bertanggungjawab
  2. Surf benda-benda tak elok dan bukak website yang telah disekat oleh kerajaan secara bermaharajalela

futurama-tak-sure

Macam mana pulak software yang sama boleh digunakan dengan cara yang sangat berbeza? Macam yang kami dah terangkan kat atas tadi, korang hanya perlu disable extension untuk melepasi sekatan Salam Browser, malah fungsi VPN percuma membolehkan korang surf website yang sebelum ni memang dah kena block dalam browser lain.

Tapi walaupun dengan pengetahuan macam mana nak disable sekatan ni semua, Salam Browser ni masih sangat sesuai digunakan untuk sesiapa yang nak surf Internet secara selamat, nak lagi kat tempat umum seperti di pejabat, cycber cafe ataupun kat perpustakaan awam (ada lagi ke orang pergi library).

Dan sebab itulah kita bukan sahaja perlu menghalang, tapi juga mengajar kenapa website-website begini perlu dijauhkan.

About MK Zainal 36 Articles
Editor di SOSCILI, hari-hari tengok movie.