Jenayah & Undang-undang

Kisah 3 perompak cuba lari dari polis Malaysia… tapi sampai ke pangkalan tentera Singapura

(This article is a translation. Visit our sister site, CILISOS)

Walaupun jiran kecil kita, Singapura yang terletak di Selatan ni terkenal sebagai antara negara paling selamat di dunia, itu tak bermakna yang diorang boleh goyang kaki je. Memang betul, Singapura sendiri tersenarai sebagai kuasa ketenteraan terhebat di Asia Tenggara, dan sering dilihat sebagai mempunyai angkatan bersenjata manusia yang paling efektif di Asia.

Disebabkan saiznya yang kecil, Singapura terpaksa melabur lebih dalam ketenteraan diorang supaya diorang tak kena buli. Memang kecil-kecil cili padi! Dan walaupun ketenteraan Singapura cuma ada 72,000 kakitangan yang aktif, diorang juga menghabiskan sehingga 3-4% (kadang-kadang 5%) dari KDNK nasional mereka pada tentera sendiri (kalau nak dibandingkan, Malaysia cuma membelanjakan kira-kira 1.13% pada tentera)! Bukan tu je, Singapura hebat sebab diorang juga yang membangun, mengeluarkan, dan mengeksport peralatan ketenteraan sendiri!

Kereta kebal ni siap ada wifi lagi wehh! Imej dari Kementerian Pertahanan Singapura

Walaupun Singapura jarang tunjuk kehebatan tentera (sebab Singapura aman damai), tapi korang tahu tak yang Singapura terpaksa kerahkan tentera diorang pada 2004 disebabkan kes perompak yang terlibat dengan rompakan bersenjata yang lari dari Malaysia?

Kisah ni bermula di Johor…

… ia dimana tiga orang samseng ni (seorang rakyat Malaysia, dua lagi dari Indonesia) yang bersenjatakan dua pucuk pistol dan satu senapang patah merompak seorang ahli perniagaan di sebuah pasar di Sedili, Kota Tinggi. Mangsa pada masa tu baru je nak masuk kereta, tiba-tiba dia terus dirompak dengan kehilangan sebanyak RM600.

Jumlah tu nampaknya tak memuaskan hati penyangak-penyangak ni, jadi diorang kemudiannya melanggar pengendali bot pelancongan, dan berjaya merompak lagi RM10,000 sebelum lari dari tempat kejadian. Wah, kaya gila pengendali bot boleh ada cash banyak macam tu.

Jadi, PDRM kita yang segak bergaya dengan baju biru kemudiannya bertindak mengejar kesemua penyangak ni. Tapi tak disangka-sangka, diorang semua sempat juga merampas sebuah sampan sebelum meredah lautan menuju ke arah Batam, Indonesia.

Tapi disebabkan kesemua perompak ni diekori, diorang kemudiannya mengubah haluan ke Pulau Tekong yang terletak di Singapura. Ia di mana diorang tinggalkan bot di sana, berpecah dan kemudiannya menyorok di dalam hutan.

Bunyi macam plan ala-ala Hollywood, kan?

Tapi apa yang diorang tak tahu adalah… Pulau Tekong tu sebenarnya…

“Sup?” Imej dari Redwire

Rupa-rupanya, diorang tak sedar yang Pulau Tekong adalah kem tentera utama di mana Singapura melatih rekrut NS diorang (latihan khidmat negara diorang)

GG weiiii

Malaysia dah terlebih dulu bagi notis dan bagitahu Singapura pasal tiga orang penyangak ni. Tentera Singapura, SAF pun berbesar hati untuk berkasi sebab sebelum ni asyik berlatih je. SAF yang ada pada masa tu cuma berkawad dengan senapang diorang, jaga 400 tentera yang lain (termasuk Gurkha) dan 300 anggota polis bersenjatakan senapang, 12 anjing pengesan, dua buah helikopter DAN sebuah pasukan khas yang dilengkapi dengan goggle night vision, untuk mencari tiga penyangak tu. Ye, cuma TIGA PENYANGAK tu.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Tapi yang paling bahagia masa ni mestilah lebih kurang 5,000 pelatih NS di pulau tu, yang berada di kuarters untuk ‘latihan dalaman’. Sebabnya, masa tu pengajar diorang dipanggil untuk membantu juga dalam mengesan ketiga-tiga perompak tu. Dengan kata lain, diorang cuti la beb.

Disebabkan Pulau Tekong adalah 90% hutan dan paya, jadi diorang ni ambik masa juga la untuk menjejaki penyangak-penyangak ni. Keadaan nampaknya semakin sukar bila hujan pula pada waktu petang. Tapi nampaknya tentera Singapura ni cekal je dan masih lakukan pencarian sepanjang malam dengan bantuan goggle night vision yang mahal tu.

Pengawal pantai pun nampaknya menjalankan tugas pada masa ni dengan membuat rondaan di sekitar pantai. Manalah tahu penyangak-penyangak ni berenang ke pantai, kan?

Secara keseluruhannya, pasukan pencarian SAF menghabiskan masa selama 3 hari untuk mencari perompak

Pencarian tu kemudiannya berakhir dengan penemuan 2 daripada 3 penyangak tu, apabila diorang ditahan oleh Kontinjen Gurkha masa diorang cuba untuk pergi ke sampan balik lepas menyorok. Takkanlah korang parking secara haram kat negara orang, lepas tu korang expect yang sampan korang masih ada kat tempat yang sama, kan?

Tapi lepas sekian lama bersembunyi, dia ditemui dalam semak. Dia boleh bertahan dengan minum air hujan dan makan kelapa, menunjukkan yang makanan Singapura sebenarnya boleh dimakan (gurau).

Tapi jangan risau, nasi lemak kita tetap the best. Imej dari Wikipedia

Berbalik kepada kes ni, Singapura kemudiannya menjatuhkan hukuman terhadap penyangak-penyangak ni dengan hukuman maksimum 7 tahun penjara dan 12 sebatan disebabkan kemasukan haram diorang ke Singapura, dan juga sebab mempunyai senjata api.

Memetik kata-kata hakim masa prosiding tu berjalan, dia kata 3 orang penjenayah ni bukanlah ‘penjenayah biasa-biasa’, sebab diorang ‘displayed an alarming bravado’, atau menunjukkan keberanian yang luar biasa.

Sebenarnya, angkatan bersenjata Singapura agak hebat, tapi diorang selalunya bosan

Ada peralatan ketenteraan paling hebat pun tak best juga kalau tak boleh nak guna, kan? Sebab tu la Singapura betul-betul fokus dalam mengasah ketenteraan diorang setiap masa. 

Askar dari Rejimen Infantri Singapura ke-3 semasa latihan pengerahan pada Januari 2018. Gambar dari The Straits Times

“… sama ada untuk misi kemanusiaan, konflik berintensiti rendah atau ancaman keganasan, atau bahkan dalam senario yang tidak dapat difikirkan tentang perang secara terang-terangan, saya fikir rakyat Singapura mempunyai keyakinan bahawa tentera selalu bersiap sedia, dan ahli khidmat negara juga komited dan bersedia untuk dilengkapi, mampu memenuhi misi mereka.” – Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Singapura

Dan, seperti yang ditunjukkan dengan peristiwa-peristiwa seperti penangkapan tiga perompak, malah krisis gajah yang melarikan diri pada tahun 1990 (ye, kita ada masalah pelik yang Singapura tolong selesaikan. Sorry ye Singapura) tapi kita gembira sebab Singapura nampaknya memang sentiasa boleh diharap untuk membantu Malaysia memerangi jenayah. 

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend