- 7.4KShare sekarang!
- Email79
- Facebook7.3K
- Share
Kalau korang adalah pemilik sesebuah perniagaan, korang mesti tahu yang ia bukanlah sesuatu yang mudah, nak nak pula ketika pandemik ni. Tapi tanpa pandemik ni pun, masih ada pelbagai risiko lain yang perlu ditanggung. Contohnya…
Memandangkan Soscili juga tergolong dalam perusahaan kecil dan sederhana, kitorang nak tahu jugalah tentang perkara penting yang dipelajari oleh para peniaga yang ditimpa musibah, serta langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan semula perniagaan diorang. Jadi bersama dengan Allianz Malaysia, kita bersembang dengan tiga pemilik perniagaan yang pernah mengalami tragedi sebegini:
- Kebakaran: Ashraf dari Wok It
- Kecurian: Fikri dari Fast Phone Fix
- Banjir: Zaidatul dari Satu Keluarga Trading
Dan ini antara perkara-perkara menarik yang kitorang pelajari dari mereka:
1. Ashraf dapat tahu yang rupa-rupanya, nak dapatkan laporan kebakaran je kena bayar RM100
Kisahnya terjadi pada September 2020, dimana Ashraf Mohd Harun, pengasas bersama Wok It, dapat mesej melalui Instagram (IG) yang memaklumkan restorannya di Bangsar telah terbakar.
“Kami dapat mesej dari orang tak dikenali di IG yang mengatakan ada asap keluar dari kedai kami pada awal pagi. Kami segera meminta salah seorang pekerja terdekat untuk pergi ke kedai dan memeriksanya. ” – kata Ashraf kepada SOSCILI.
Jadi bila pekerjanya sampai je ke premis, api dah terpadam, tapi malangnya seluruh restoran dah dipenuhi jelaga.
Ashraf pun terus telefon Bomba untuk menilai keadaan tersebut, dan pada masa yang sama, dia juga telefon TNB untuk putuskan bekalan elektrik. Tapi apa yang dia tak tahu, prosesnya bukanlah semudah tu.
Dan rupa-rupanya, kita kena buat laporan polis dulu sebelum laporan Bomba boleh dibuat. Dan selesai je kedua-dua laporan ni dilakukan, barulah kita boleh hubungi pihak berkuasa lain macam TNB.
“Jadi, kami hubungi TNB sekali secara serentak. Tapi mereka kata mereka tak boleh datang sebelum Bomba buat penilaian terlebih dahulu. Peranan mereka (TNB) juga hanyalah untuk menghentikan bekalan elektrik, dan mereka takde bidang kuasa untuk apa-apa yang terjadi dalam kedai. ” – Ashraf.
Tapi Ashraf bernasib baiklah juga akhirnya sebab pihak berkuasa sangat membantu, dimana laporan dapat dilakukan dengan pantas. Sebab selalunya, mereka akan ambil masa sampai 14 hari untuk dapatkan laporan Bomba. Ashraf pula bernasib baik bila dia dapat laporan tu dalam masa sehari je, dan membayar RM100 untuk salinannya.
Eh, tapi kenapa pulak kena bayar untuk laporan Bomba?
Jadi, kitorang borak dengan Pegawai Cawangan Pengurusan Operasi Bomba, Tuan PgKB II Alimaddia Bin Bukri, yang mengesahkan, kita perlu bayar RM100 untuk Salinan Laporan Kecemasan dan Kebakaran (SLKK).
Selain tu, Ashraf juga bagitahu kitorang yang Wok It mengalami kerugian sehingga separuh daripada apa yang biasanya mereka perolehi (RM30,000-RM40,000). Tapi, mereka akhirnya berjaya bangkit disebabkan pelanggan setia mereka.
“Apa yang kami lakukan hanyalah menawarkan potongan 20% khas ke senarai e-mel (pelanggan setia kami) ketika kami membuka semula perniagaan.” – Ashraf.
Dan nampaknya perniagaannya di Bangsar kembali beroperasi seperti biasa setelah ditutup selama seminggu bagi tujuan baik pulih. P/s: Kalau benda ni jadi kat kedai korang, Allianz Malaysia ada cara untuk membantu. Nanti kitorang ceritakan di hujung artikel.
2. Fikri dapat tahu yang pihak berkuasa mungkin tak boleh tolong sangat bila kedai kena rompak
Walaupun pihak berkuasa sangat efisyen dalam kisah sebelumnya, tapi pemilik Fast Phone Fix, Muhammad Fikri ada pengalaman yang berbeza sikit.
Pada tahun 2018, kedai Fikri yang sebelumnya dikenali sebagai FPFmobileXpertz di Batu Caves telah dipecah masuk.
“Saya percaya rompakan itu berlaku pada waktu subuh ketika hujan turun dengan lebat. Perompak itu menggunakan palang besi untuk memecahkan kunci dan membuka pintu untuk memasuki kedai saya. ” – Fikri kepada SOSCILI.
Masalahnya, Fikri bukan jual berbagai jenis telefon je, tapi juga membaikinya. Dan pencuri tu curi SEMUA telefon dalam kedai… termasuk telefon yang dibaikinya.
Bila dia dapat tahu kedai kena rompak, Fikri terus buat laporan polis dengan harapan pihak berkuasa dapat menangkap penjahat tu. Tapi sebaliknya, dia pula yang disoal siasat... untuk tujuan penyiasatan la.
“Polis kemudian menyoal siasat saya dan mengambil gambar kerosakan yang berlaku di kedai saya.” – Fikri.
Korang mungkin terfikir yang polis akan bertindak macam CSI, mengambil keterangan saksi yang berada di tempat kejadian, dan ambil cap jari macam ni…
Tapi Fikri bagitahu kitorang yang polis cuma ambil gambar, pusing-pusing kedai, tanya berapa banyak yang hilang, dan… tu je.
Fikri kemudian ambil keputusan untuk tutup kedai selama dua minggu bagi tujuan membaik pulih. Perniagaannya mengalami kerugian berjumlah RM23,000 – melebihi pendapatannya yang sudah tak menentu – disebabkan kerosakan peralatan seperti rak pameran kaca dan komputer riba. (P/S: Allianz Malaysia juga ada cara untuk membantu). Jumlah kerugian ni juga merangkumi nilai telefon yang dicuri.
“Selain itu, beberapa pelanggan juga mendesak saya untuk memulangkan ganti rugi kepada mereka. Saya berada dalam keadaan sedih dan tak berdaya pada masa tu dan terpaksa meminjam sejumlah duit untuk menggantikannya.” – Fikri.
Tapi Fikri bertuah juga sebab dia ada rakan perniagaan yang dia boleh meminjam. Dan pada hari ini, perniagaannya beroperasi dengan nama dan wajah baharu. Ia juga dilengkapi dengan CCTV bagi tujuan keselamatan, dan untuk penyiasatan yang lebih baik kalau-kalau berlakunya lagi sesuatu yang tak diingini (minta dijauhkan). Dan nampaknya, perkhidmatannya juga mendapat permintaan yang tinggi sekarang.
3. Zaidatul belajar walaupun boleh buka kedai lepas banjir, tapi nak jual apa?
Setiap kali musim tengkujuh berlalu, banyak tempat di Malaysia akan dilanda banjir. Banjir yang berlaku di Hulu Langat pada bulan November 2020 baru-baru ni nampaknya dah banyak bagi kesan kepada beberapa perniagaan, contohnya Satu Keluarga Trading milik ayah Zaidatul Rizwani.
“Hujan turun dengan lebat di Hulu Langat mulai pukul 11 malam (4 November 2020). Saya bangun keesokan paginya untuk belajar, tapi masa nak solat, saya nampak paras air naik dengan begitu cepat. Masa ayah saya pergi kedai, tahu-tahu je air dah membanjiri kedai” – Zaidatul
Zaidatul juga bagitahu perniagaan ayahnya yang menjual Nanostix dan makanan sejuk beku mengalami kerugian sehingga RM2,500, yang merupakan separuh dari keuntungan yang biasa diperoleh setiap bulan. Ia juga merupakan satu-satunya sumber pendapatan ayahnya.
Disebabkan banjir juga, kedai tersebut ditutup selama dua hari. Tapi bila ia dibuka semula, perniagaan tersebut tak dapat beroperasi macam dulu. Salah satu sebabnya adalah mereka tak mempunyai stok yang banyak disebabkan kerosakan yang berlaku disebabkan banjir.
Selain tu, beberapa peralatan perniagaan lain seperti meja, peti sejuk beku dan barang-barang pembungkusan juga rosak dalam banjir. Memandangkan peralatan seperti peti sejuk beku itu dibeli dengan modal sendiri, mereka terpaksa menanggung 100% kerugian.
Ada juga sesetengah peniaga lain yang tak perlu menanggung kerugian ke atas peralatan mereka seperti peti sejuk beku. Sebab kadang-kala, peralatan ini dipinjamkan oleh pembekal dan bukan dibeli dengan modal peniaga sendiri. Tapi ini semua bergantung kepada perjanjian yang ditandatangani antara peniaga dan pembekal.
Tapi kalau korang sendiri ada peralatan mahal macam ni, lebih baik korang lindunginya dengan insurans. Ini membawa kita kepada penyelesaian yang kitorang bagitahu tadi:
Sama ada kebakaran, banjir, atau rompakan, Allianz Malaysia akan melindungi anda!
Disebabkan dalam artikel ni kita bincang pasal malapetaka yang dihadapi oleh pemilik perniagaan, Soscili dan Allianz Malaysia nak bagitau yang kita bukanlah nak tunjukkan Allianz Malaysia ni sebagai hero je. Sebaliknya, kitorang nak jelaskan keadaan sebenar yang perlu diatasi oleh pemilik perniagaan Malaysia untuk bertahan.
Tapi, kalau korang adalah pemilik perniagaan yang ingin melindungi diri dan perniagaan korang, kitorang serius boleh cakap yang Allianz Malaysia memang ada pelan yang sangat komprehensif, iaitu Allianz Smart Retail Shield. Sekiranya perniagaan korang mengalami masalah, Allianz Malaysia ada cara untuk membantu.
Sekiranya berlaku kebakaran, Allianz Malaysia akan melindungi bangunan, stok dan peralatan yang musnah akibat kebakaran. Dan kalau kawasan korang senang terdedah kepada banjir, korang juga boleh tambah perlindungan untuk bencana banjir.
Selain tu, terdapat juga Manfaat Bantuan Kesulitan tambahan yang boleh korang pilih, dan ia sangat berguna sekiranya berlakunya banjir atau kebakaran yang akan menyebabkan kedai korang ditutup lebih dari 72 jam. Dalam kes ni, Allianz Malaysia akan memberikan korang pendapatan harian sehingga 180 hari sementara korang sibuk buat kerja baik pulih, dan juga melindungi kerugian bangunan sekiranya berlaku kerosakan melebihi 15% dari jumlah bangunan yang diinsuranskan.
Selain tu, korang juga boleh menginsuranskan aset korang dari kecurian, pecah masuk atau penipuan melalui pelbagai jenis perlindungan yang korang boleh tambah. Contohnya macam kes Fikri yang kita bincangkan tadi, ni adalah beberapa manfaat yang boleh ditambah:
- Untuk alatan elektronik yang rosak atau dicuri ketika berlakunya rompakan, Allianz Malaysia akan memberi ganti rugi bagi kesemua barangan elektronik yang dijamin.
- Untuk paparan kaca yang pecah, Allianz juga akan menampung kos paparan kaca yang pecah tersebut.
- Selain tu, korang juga boleh memilih untuk perlindungan Wang dalam Premis atau Wang dalam Transit, yang melindungi korang sekiranya berlaku kes pecah rumah atau rompakan.
Tambahan pula, semua perkara yang kitorang senaraikan ni hanyalah sebahagian kecil je daripada apa yang Allianz Malaysia tawarkan. Dari data kepada pekerja korang, sehinggalah kepada tuntutan undang-undang; Allianz Malaysia ada sesuatu untuk korang. Dan paling best sekali, pelan ni boleh disesuaikan sepenuhnya, jadi korang boleh pilih perlindungan yang memang betul-betul korang perlukan saja!
- 7.4KShare sekarang!
- Email79
- Facebook7.3K
- Share