Selit kunci celah jari? Sediakan pepper spray? Apa langkah berjaga-jaga sebelum korang keluar rumah?

Klik sini untuk jawab Survey Jaga-jaga Malaysia 2020!

Mesti ada di antara korang yang pernah dapat nasihat macam ni dari mak ayah kan…

  • Jangan cakap dengan orang yang tak dikenali, nanti kena pukau
  • Cepat-cepat kunci pintu kereta lepas masuk, takut nanti ada orang jahat cuba masuk kereta
  • Pegang beg tangan tu jangan menghadap ke jalan, nanti kena ragut pulak
Kalau korang tak kenal iklan ni, mungkin korang terlalu muda…

Tapi, dalam kehidupan sebenar – pernah tak korang berdepan dengan situasi yang membuatkan korang rasa tak selamat?

Kitorang dekat Soscili dan Cilisos ni pernah je ada perasaan macam tu. Lebih-lebih lagi bila kitorang tanya dengan kawan-kawan sepejabat: “pernah tak korang berdepan dengan situasi yang membuatkan korang rasa takut masa tengah jalan-jalan?“. Ini antara jawapan menarik yang kitorang dapat:

“Ada orang pernah cuba masuk dalam kereta aku masa tengah berenti kat lampu isyarat. Nasib baik masa tu kereta aku berkunci.” – Nabihah

“Kawan saya Dhinesh tengah berjalan sambil bercakap di handphone, tiba-tiba ada motosikal datang dan ragut handphone dia!” – Ui Hua

Tapi, ada juga la sorang yang cakap macam ni…

“Saya pernahlah juga rasa tak selamat sebelum ni. Tapi, tak pernah ada apa-apa yang berlaku pada saya.” – Leon

Kalau korang pernah berjalan atas jalan atau lorong, dan lepas tu tiba-tiba datang rasa risau, bukan korang je pernah ada perasaan tu sebenarnya!

Bagitau situasi menakutkan yang korang pernah hadapi dalam survey kitorang ni!

Seperti mana yang korang tahu, kitorang ni memang sukakan data, jadinya bersama-sama dengan kawan kitorang Allianz, kitorang nak tahu pasal pengalaman yang korang pernah hadapi pula masa tengah jalan-jalan. Termasuklah tips yang korang ambil untuk menjaga keselamatan diri macam sediakan pepper spray atau letak kunci tengah jari in case ada penjahat serang. Bagitau kitorang dalam Survey Jaga-jaga Malaysia ni sekarang!

Klik sini untuk jawab Survey Jaga-jaga Malaysia 2020!

Siapa lagi pernah buat macam ni? 🙋🏻‍♀️

Selain tu, kalaulah korang sekarang ni tengah cari perlindungan tambahan, Allianz sebenarnya ada tawarkan plan yang melindungi gaya hidup korang. Pernah terfikir tak korang boleh dapatkan plan insurans yang akan bayar korang, kalau korang kena rompak, jadi mangsa penyeluk saku, kena scam masa membeli-belah dalam talian, mahupun kalau laptop atau raket tenis korang kena curi?

Kalau korang berminat, bolehlah usha Allianz Lifestyle Protect di sini. Tapi sebelum tu, jawab survey kitorang dulu ye? Jangan tunggu lama-lama, survey ni ditutup pada 14 September 2020. Kongsi la cerita-cerita korang sebelum tarikh tu!

Klik sini untuk jawab Survey Jaga-jaga Malaysia 2020!