Dari syiling belah lapan sampai Dolar Malaya, ini duit-duit yang pernah wujud di Malaysia

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Sistem mata wang sangat penting untuk masyarakat kita sejak dari dulu lagi, kerana ia merupakan sistem yang telah memudahkan semua orang untuk membeli barang. Bukan tu saja, kita juga diperkenalkan dengan pembayaran kad kredit/debit dan sistem e-wallet di mana kita tak perlu bayar guna duit cukup sekadar imbas kod QR.

Sebenarnya, ada benda menarik disebalik sejarah mata wang ni kerana penduduk Tanah Melayu  pernah menggunakan cengkerang siput sebagai mata wang. Oleh itu, kalau nak tahu selanjutnya, marilah kami huraikan asal-usul sistem mata wang di Malaysia dan seluruh dunia.

Boleh beli barang dengan menggunakan kulit siput dan biji saga

Kiranya berharga jugalah cengkerang dan biji saga ni. Imej dari Shopee & Tokopedia.

Penggunaan sistem mata wang bermula pada abad ke 14 apabila duit syiling cina menjadi barang dagangan di Tanah Melayu. Ciri-ciri bentuk duit syiling ini ialah lubang petak di tengahnya dan mempunyai tulisan cina.

Selain itu, korang juga boleh membeli barang atau makanan dengan menggunakan sistem barter iaitu satu sistem perrtukaran barang tanpa menggunakan mata wang. Kalau nak guna sistem ni, korang mesti ada kemahuan yang sama dan mempunyai barang berlebihan untuk ditukar. Contohnya, korang beri seekor ayam kepada kawan korang yang ada seekor kambing kerana korang nak makan kambing manakala kawan korang pula nak makan ayam.

Selain cengkerang dan biji saga, mereka juga guna duit syiling Cina. Imej dari Syiling2 lama & duit kertas lama Malaysia.

Walaupun duit syiling Cina dan sistem barter sangat popular, kulit siput cowrie dan biji saga permah digunakan sebagai mata wang. Mereka akan menguntip kulit siput di pantai dan menggunakannya untuk membeli barang.

Bukan itu saja, pedagang di pelabuhan Melaka dikatakan menggunakan habuk emas, jongkong perak dan blok timah. Pedagang Cina di Sarawak pula membayar hasil tempatan dengan manik, serta penduduk tempatan saling membayar dengan barangan seramik dan tembaga.

Duit syling Sepanyol masih boleh digunakan walaupun dibelah lapan bahagian?

Mak aihh belah lapan pun boleh guna lagi? Imej dari Kingman Yacht Center.

Duit Syiling Sepanyol atau lebih dikenali sebagai “Piece of Eight” merupakan mata wang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Duit syiling Sepanyol antara duit yang paling mahal antara negara lain. Pada masa itu, ia boleh digunakan untuk membeli barang di mana-mana negara atau negeri seperti Perlis, Sabah, Singapura, Johor, atau Batam.

Dipanggil “Piece of Eight” kerana setiap ke lapan kepingan duit itu berharga 8 reals (mata wang Sepanyol pada masa itu). Hal ini kerana duit syiling dahulunya dinilai berdasarkan beratnya sebabtu mereka belah duit ni. Jadi, kalau korang pergi ke zaman ini dan terjumpa kepingan duit syiling itu, korang masih boleh gunanya untuk membeli barang.

Oleh kerana aktiviti perdagangan sangat berkembang pesat, Tanah Melayu juga tidak terlepas dalam mencipta sistem mata wang mereka sendiri bermula dari Melaka pada 1445. Kalau korang nak tahu, Portugis, Belanda dan British telah berdagang di Tanah Melayu, jadi kesemua duit Tanah Melayu serta duit luar negara telah berada di seluruh dunia.

Contoh duit syiling di Tanah Melayu. Imej dari Charm.

Di samping itu, terdapat juga mata wang yang berbentuk unik seperti:

  • Jongkong timah: Jongkong timah biase je tapi nilainya berubah mengikut masa dan tempat mengikut berapa banyak timah yang korang dapat dengan satu dolar Sepanyol. Boleh menjadi besar (blok 6 kg), tetapi ada juga yang lebih kecil.
  • Duit bentuk haiwan: Jongkong timah yang berbentuk seperti binatang, seperti buaya, kura-kura, gajah, dan serangga. Boleh digunakan untuk perdagangan, tetapi mempunyai unsur agama.
  • Syiling oktagon: Duit syiling berbentuk oktagon yang boleh dijumpai di Johor atau Terengganu.
  • Token pedagang: Mata wang tiruan dari pedagang Singapura.
  • Jokoh: Mata wang timah yang dikeluarkan oleh orang kapitan di Terengganu (dengan izin Sultan), khusus untuk digunakan di wilayah mereka dan rumah judi.

Masa tu semua duit syiling boleh diterima di mana sahaja contohnya korang guna duit Kedah di Johor. Tapi, korang kena tengok juga mata wang apa yang popular di negara tu kerana lagi popular, lagi mahal harganya.

Penggunaan duit secara bebas ini tidak digunakan apabila….

Mata wang hanya laku di sesebuah negara atau tempat itu sahaja

Pada mulanya, Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) berada di bawah Kerajaan Inggeris di India, dan mereka meminta Negeri-negeri Selat untuk guna mata wang rupee India sahaja. Lepastu, satu undang-undang telah diluluskan supaya orang hanya boleh berdagang dalam rupee India sahaja, tetapi ramai tak setuju kerana dolar Sepanyol masih bernilai untuk digunakan oleh pedagang.

Namun, pada tahun 1890-an, mereka memperkenalkan mata wang baru yang dipanggil “Straits dollar” kerana krisis kekurangan syiling. Tapi ni bukanlah wang kertas pertama yang dicetak sebab sebelum ni mereka pernah cetak wang kertas mereka sendiri.

Contoh wang kertas “Straits dollar”. Imej dari De La Rue.

Pada akhir tahun 1930-an, sebuah suruhanjaya mencadangkan bahawa kuasa untuk menjana wang untuk Negeri-negeri Selat serta Tanah Melayu dan Brunei yang lain harus dipegang oleh satu suruhanjaya mata wang sahaja.

Menjelang 1939 “Straits dollar” telah digantikan dengan “dolar Malaya” tapi nilainya masih sama. Dolar Malaya digunakan sehingga pencerobohan Jepun pada tahun 1942.

Jepun menghentikan penggunaan dolar Malaya dan mengeluarkan wang sendiri iaitu dolar Jepun (ramai panggil wang pokok pisang). Pada mulanya, dolar Jepun mempunyai nilai yang sama dengan dolar Malaya, tetapi tidak bernilai kerana terlebih cetak. Lepas Jepun kalah pada 1945, British kembali dan dolar Malaya digunakan semula.

Pada 1953, Borneo Utara dan Sarawak mengeluarkan mata wang mereka sendiri iaitu “dolar Malaya dan Inggeris Borneo“. Mata wang ini telah mendominasi nilai wang dolar Malaya serta digunakan di Tanah Melayu, Brunei dan beberapa kawasan di kepuluan Riau. Namun, ia hanya dapat bertahan sehingga 1967.

Korang boleh tengok contoh wang kertas ni. Imej dari Wikipedia, iProperty, Wikimedia & Graded Currency.

Malaysia memperkenalkan wang ringgit pada 1967

Masa tu kita guna simbol “$” lagi. Imej dari Peminat Duit Lama.

Dolar Malaya dan Inggeris Borneo dolar digunakan sehingga 1967 kerana selepas Singapura mahu mengeluarkan mata wang mereka sendiri. Selepas itu, Malaysia mengeluarkan mata wang sendiri iaitu “ringgit” tetapi kita guna simbol dolar ($) lagi (korang boleh tengok contoh gambar wang pertama Malaysia di atas ni).

Menjelang 11 November 1992, Kerajaan mengumumkan simbol baru untuk ringgit iaitu “(RM)” dan ia digunakan selepas Bank Negara Malaysia (BNM) merasmikannya pada 1 Disember 1992. Simbol (RM) ini juga merupakan cadangan dari bekas Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kini, duit syiling dan wang kertas lama Malaysia sangat mahal. Contohnya:

Oh ye, korang yang baca artikel ni ada simpan duit lama tak?